Wednesday, February 23, 2022

ebook | Luq oleh Dilla Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buku ketiga dari penulis yang Sha baca.. Buku ini menarik.. Perubahan watak dari jahat kepada baik tu tidak mendadak dan berlaku secara perlahan-lahan.. Penyampaian penulis mengenai Luq dan Irdina sagat menarik.. Luq yang kering dan baran, penjaga kelab malam di Kl.. Kemudiannya datang Irdina gadis bisu yang ingin membalas dendam melalui Luq tapi akhirnya terjatuh cinta dengan Luq.. Bukan mudah hubungan mereka.. Berliku perjalanan hubungan mereka tambahan pula dengan perangai baran Luq.. 

Sha baca pada 21.02.2022 dan selesai pada 22.02.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published December 2017 by anaasa publication

Maggi Tom Yam Kaw

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Tom Yam Kaw ini sebab nak cuba.. Hehehe.. Rasa dia lain sikitlah dari Maggi Tom Yam yang sedia ada tu.. Tapi Sha suka lagi yang jenama Mamee Chef.. hehehe.. Yang ini okaylah.. 

RM7.80 - 5 bungkus dalam 1 pek ini..

Ada pes, condiment dan magi..

Sha tambah udang dan bahan-bahan steambot sebab sayur tak ada.. hehehe..

Wordless Wednesday 2022

 

Tuesday, February 22, 2022

Bila Cherry Berry Melanda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tewas juga petang tadi.. Hehehe.. Setelah empat hari menanggung ketidakselesaan di perut, gagah jugalah gi jumpa doktor jam 2 petang tadi.. Tak lalu dah.. asal makan je nak ke toilet.. Walhal bukan makan apa pun.. Makan bubur.. makan roti.. Ujian kan.. 

Kerja dalam hospital, tapi tetaplah takut gi jumpa doktor.. memang kena gelak je dengan encik suami.. Hahahaha.. Semoga kembali sihat.. owh ya Sha masih ke pejabat cuma bila sakit perut, Sha elakkan makan jelah.. Minum air je.. 


Crispy Special Edition: Peanut Butter Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan Sha Menang Hamper Crispy kan.. Dalam hamper tu ada biskut ini.. Jadinya jom Sha kongsikan review Sha mengenai biskut ini.. Buka je penutup dia, semerbak bau mentega kacang.. Biskut ini okaylah.. sedikit keras namun tak manis.. Jadinya sesuai dimakan bersmaa secawan kopi.. Kikiki.. Tapi puas hatilah tengok ketulan coklat crispy yang menghiasi biskut tu.. hehehe..

Sebalang Peanut Butter Cookies..

Tengoklah ketulan coklat crispy yang menghiasi biskut tu.. Puas nengoknya..

ebook | Takdir Yang Menentukan & Bukan Puteri Bunian oleh Rose Aleyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini ada dua tajuk tapi pendek je dua-dua cerita.. Namun sangat menyentuh hati..

Takdir Yang Menentukan
Mengisahkan tentang Firdaus yang kemalangan dan kerana kemalangan itu Firdaus menjadi penjaga buat seorang kanak-kanak bernama Muhammad Hakeem.. Seluruh kasihnya tertumpah buat Muhammad Hakeem, sehinggalah kemunculan Aimy..

Bukan Puteri Bunian
Kisah Izmir yang jatuh cinta dengan kampung Hazim.. Kerana Hazim hidup Izmir berubah menjadi lebih baik dan dekat dengan Islam.. Di kampung Hazim jugalah terbitnya rasa cinta di hati Izmir..

Sha baca dan selesai pada 21.02.2022..


Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published by RMA Studio

Mister Potato Crunch: Cheese Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ternampak ini berhampiran kaunter bayaran, teruslah amik.. Ada 3 rasa tapi Sha beli dua je.. Produk Mister Potato ini katanya di bakar bukan di goreng.. Jadinya, jomlah kita cuba.. Apa je yang tak sedap kalau dibubuh cheese kan.. Ini antara makanan yang best bila disalut cheese tapi cheese dia tak adalah banyak gila.. Just nice.. Kunyah.. Kunyah.. Dah habis.. hehehe..

RM3.80

Dapatlah sebekas buat kunyah-kunyah..

Monday, February 21, 2022

Novel | Eva oleh Tey Marzuki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Eva ini kisah pasal seorang perempuan bernama Eva yang terselamat semasa tempatnya diserang asap beracun hingga menyebabkan ramai orang mati.. Hanya beberapa kerat sahaja yang terselamat, antaranya ialah Eva, Aki, Kornia dan Rachel.. Namun Rachel mengambil keputusan membunuh diri sebab tak nak membebankan rakan yang lain.. Kemunculan Maya agak mengganggu sebab Maya seorang yang celupar dan mementinkan diri.. Eva kemudiannya menyelamatkan Adam dan juga Zara.. Dalam masa yang sama mereka terpaksa mengelak dari diburu Hunter.. Hunter ini pasukan yang jahat dan sangat kejam.. Kebetulan Aki berjaya mencipa radio dan mendapat siaran morse code memberitahu tempat selamat bernama Alta.. 

Perjalanan mereka ke Alta menemukan mereka dengan beberapa perkara yang tak dijangka.. Sejarah silam Aki dan rahsia yang disembunyikan Adam.. Kemudiannya mereka ditangkap dan beberapa nyawa melayang.. Berjayakah yang terselamat menjumpai Alta.. Kenalah baca..

Manusia selalu hilang kemanusian bila merasakan diri mereka terdesak namun masih ada yang berpegang kepada kemanusian.. Bukan mudah menjadi berani dalam dunia yang serba mencabar.. Sebuah cerita yang menarik dari penulis..

Sha baca pada 19.02.2022 dan selesai pada 20.02.2022..

Koleksi peribadi Sha..
Published May 17th 2021 by DearNovels

Lotus's Mild 3 in 1 Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak membeli dah kopi 3in1 ini.. Yang ini rakan pejabat beli buat bancuh di pejabat.. Agak keras rasa dia walaupun kecil je paketnya.. Hehehe.. Memang terangkatlah bila bancuh.. Sha bancuh bila terlalu sejuk di pejabat dan perlukan air panas.. Nampak gayanya memang kena sediakan kopi untuk dibancu di pejabat.. Pejabat Sha kali ini sejuk.. Alhamdulillah..

Filem China | White Snake 2: The Tribulation of the Green Snake (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak kongsi review filem atau drama kan.. Sha cuba ye.. Hehehe.. Masih mencari momentum di tempat kerja baru.. Bukan mudah nak sesuaikan diri tapi Sha berusaha sebab ini keinginan Sha..

Jom sembang pasal filem ini pula.. Lama sebenarnya Sha tunggu filem animasi ini lepas tonton White Snake yang pertama.. Sambungan ini menyaksikan adik si ular putih berdendam dengan sami yang mengurung kakak dia.. Sedangkan lelaki yang menyayangi kakak dia berpaling kepada sami.. Disebabkan dendam ular hijau terperangkap dalam dunia Asuraville.. Bukan mudah untuk keluar dari dunia tersebut bila ketaksuban ular hijau ingin membunuh sami yang mengurung kakak dia.. 

Okaylah.. Layan santai-santai je.. Sha suka tengok sebab animasi dia cantik gila.. Memang layanlah.. Nampaknya tahun 2022 ini akan ada animasi seterusnya.. Sabar menanti gitu.. hehehe..

White Snake 2: Green Snake
2021 ‧ Fantasy/Animation ‧ 2h 12m
With help from a mysterious masked man, Verta the green snake-demon sets out to rescue her sister Blanca the White Snake from the demon-slaying monk Fahai.

Sunday, February 20, 2022

Burger King: Hokkaido Salmon Mentaiko

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun baru tahu Burger King ada burger salmon ini.. Ini encik suami beli untuk Sha tapi sebab tak sihat, Sha makan separuh je.. Alhamdulillah sedap burgernya.. Memang mewah dengan rasa ikan salmon.. Kira berbaloilah encik suami beli pada pandangan Sha.. Harganya Sha tak pasti sebab encik suami beli sekali dengan ayam goreng burger king.. 

Ini keratan rentas burger Hokkaido Salmon..

Ini pula iklan burger king..

Komik | Love Triangle oleh Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengandungi 4 cerita pendek mengenai cinta.. Dua cerita yang terakhir saling berkaitan.. Baca santai-santai di hujung minggu gitu.. Okaylah ceritanya.. Simple dan menarik..

Sha baca dan selesai pada 20.02.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2013 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com