Saturday, April 6, 2019

Pindah Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam kekalutan dan kesedihan, kami dapat berita gembira untuk pindah rumah awal.. Sha sekarang duduk kuarters di tingkat 2.. Sejak tahun lepas, MIL duduk dengan kami.. Penghujung tahun lepas Sha buat surat mohon pindah duduk di aras bawah sebab penghuni sedia ada akan berkahwin dan pindah ke blok lain.. Setelah lama menunggu, akhirnya rumah itu kosong dan kebenaran pindah barang berjaya kami perolehi pada 03 April 2019.. Sha masuk kerja pada 05 April 2019 dan terima surat untuk pindah masuk.. Petang Jumaat (05.04.2019) Sha minta kebenaran keluar untuk ke TNB dan uruskan pemasangan elektrik.. Tapi tak berjaya sebab technician TNB belum selesai proses penamatan elektrik penghuni sebelum ini secara online.. Kalau tak ada aral, Isnin nanti baru TNB akan buat sambungan elektrik..

Sha dah merancang susun atur bilik dan perabot.. Jumaat tu juga Sha cari almari baju untuk Sha.. Terjumpa sekali dengan almari buku.. Dua perabot ini hanya RM400 siap penghantaran.. Perabot selesai.. Kemudian Sha beli cat untuk rumah sekarang yang penuh dengan hasil seni anak-anak dan rumah baru.. Malamnya kami cari karpet untuk lantai yang rosak dalam bilik utama dan bilik study.. Dapat karpet lebihan dengan harga RM100.. Beli pekakas untuk mengecat dan tombol pintu baru..

Nak pindah rumah pun perlukan duit yang banyak.. huhuhu.. Masa tengok rumah tu pun Sha dah buat perancangan siap-siap..

Ini suasana rumah baru yang belum dikemas dan disusun atur..
Bilik ketiga tu bilik mak mertua Sha..
Bilik kedua untuk anak dara dua orang tu..

16 comments:

  1. Selamat mengemas dan mendeco ya Sha.

    ReplyDelete
  2. Kenapa berpindah pula, Kak Sha. Macam-macam benda kena buat sebelum pindah masuk ke rumah baru. Bila dah pindah masuk, fokus untuk mengemas & menghias pula😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mohon pindah nak mudahkan MIL akak kalau nak ke klinik atau ke mana2.. MIL akak dah tak boleh berjalan.. Duduk rumah bawah ini senang sikit Jannah..

      Delete
  3. Banyak kerja bila berpindah rumah ni.
    Mudah2an beres sebelum bulan puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Memang nak diselesaikan seawal yang boleh..

      Delete
  4. alhamdulilah..dapat gak pindah rumah baru..:)

    ReplyDelete
  5. letih wooo pindah randah.. tp puashati la dpt dok bawah kan.. x letih mendaki..

    ReplyDelete
  6. nampaknya puasa dan raya di rumah baru lah yaa

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »