Tuesday, April 16, 2019

Melaka 2019 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari kedua kami di Melaka.. Bermula seawalnya.. Pagi dalam 7.30 camtu adik Sha dah terjun kolam.. Sha, encik suami dengan MIL ke Nasi Lemak Lereh di Klebang untuk sarapan dan bungkus.. Memang ohsem.. Sha suka nasi lemak sambal sotong dia..

Ini sarapan untuk yang di rumah.. Sibuk mandi sampai lupa nak makan.. hehehe..

Kemain pagi lagi dah berendam.. Berhenti kejap je, lepas tu sambung lagi..

Sha keluar gi beli makanan untuk grill.. Beli ayam, daging kambing siap perap dan hotdog.. Sambil grill, sambil mereka mandi.. Pukul 4 lebih berhenti dan sutuh bebudak tidur sebab malam nak keluar jalan..

Malamnya kami ke bangunan depan kapal dekat bandar hilir.. Nak cari t-shirt Melaka.. Buat kenangan gitu.. Ada satu kedai kat bahagian atas.. Naik tangga lepas tu ke kiri.. Pekerja dia memang ohsem melayan kerenah kami..

Lepas cari T-shirt kami jalan ke Bangunan Merah.. Imani dah berzikir nak naik beca.. Nak naik beca.. Bawalah mereka naik beca.. RM25 untuk satu beca.. Memang meriahlah.. Lepas tu kami ke Pasar Borong Batu Berendam.. Makan roti canai dengan kuah asam pedas.. Pergh!! Layan okay..

Sampai rumah terus basuh baju-baju yang beli semalam.. Nak pakai esok pagi.. Sedondon gitu.. hahaha..

9 comments:

  1. saya yang duk melaka ni pon tak habis jalan melaka lagi..kekekek

    ReplyDelete
  2. Saya kalau gi Klebang memang cari coconut shake je. Walaupun dah bertahun-tahun duduk Melaka tapi masih x pernah naik beca. Kak Sha tak naik Melaka River Cruise ke?

    ReplyDelete
  3. Sedapnya digrill tuuu.fuhhhh!! Mantoppp

    ReplyDelete
  4. Banyak tempat menarik di Melaka ni

    ReplyDelete
  5. Seronok berendam Amani dan Imani. Hehe

    ReplyDelete
  6. bestnya jalan-jalan Melaka. Kalau datang time cuti sekolah mengadap jem jela sesak sangat ramai orang masuk Melaka.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »