Monday, April 1, 2019

Balik Kampung 30 & 31 Mac 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Abah Sha dah keluar wad Rabu (27.03.2019) aritu.. Jadinya Sabtu, kami adik beradik pakat balik ke kampung untuk tengok abah dan juga pulihkan semangat beliau.. Sebab abah agak tertekan bila doktor bagi ubat darah tinggi dan juga kencing manis.. Kalau ikutkan abah memang tak ada masalah ini.. Bila check dekat rumah pun memang kecing manis dengan darah tinggi abah okay je.. Lagi pun bila abah makan ubat-ubat tu abah jadi pening dan timbul kesan melecur dekat badan dan tangan abah.. Allergic ubat kata doktor.. Lagilah abah runsing.. Sabtu tu memang nampak abah lemah dan tak bersemangat.. Makan pun sikit je.. Cakap pun perlahan je.. Bawa abah gi makan luar dan jalan ka AEON.. Walaupun lepas tu Sha kena gerak balik Kg. Gajah, tapi bukan selalu kan.. Sampai Kg. Gajah dah dekat pukul 10 malam.. Mandi lepas tu tidur..

Ahad pagi tu lepas sarapan dan basuh baju, gerak balik gi rumah abah.. Gi pasar dulu cari ikan dengan abah.. hehehe.. Saja bawa abah jalan-jalan.. Baru nampak abah cakap banyak dan ceria.. Tengahari tu baru nampak abah makan banyak sikit.. Anak-anak macam biasalah.. Sambung mandi manda di kolam.. Mujurlah bawa baju lebih.. Lama tak berkumpul ramai-ramai dengan adik-adik.. Seronok dan meriah rumah abah.. Yang paling garang dah tentulah Sha (Makyang).. Adik marah anak pun mention nama MakYang.. Hahaha.. Sabar jelah..


11 comments:

  1. Bestnya dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga masa hujung minggu.

    ReplyDelete
  2. seronok kan bila dapat bercuti di kampung sendiri

    ReplyDelete
  3. bila dpt berkumpul terasa meriahnya. moga abah sha sihat-sihat aje hendaknya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..sedikit sebanyak dapat gembirakan hati abah Sha..

    ReplyDelete
  5. semoga abah puan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  6. semoga ayah akak sentiasa sihat. aamin insyalalh <3

    ReplyDelete
  7. bukan selalu kan dpt berkumpul ramai2 mcm ni... pelaung mcm ni lah kena manfaatkan selalu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »