Sunday, April 28, 2019

Pindah Rumah - Beli Barang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry ini untuk perkongsian berapa perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang urusan pindah rumah ini.. Tak adalah detail.. Sekadar kenangan je, untuk dibaca semula nanti..

Almari baru..
Almari buku dan Almari baju Sha.. Dua ini Sha dapat dengan harga murah sebab kedai tu nak tutup dan almarinya bolehlah nak pakai.. Almari buku tulah yang paling puas hati.. Besar dan kukuh juga almarinya.. Hampir penuh dengan buku.. Hehehe..

Antara barang yang Sha beli untuk rumah baru.. Karpet lebihan itu RM100.. Cat tu tambah 2 tong lagi sebab lukisan anak-anak Sha tu, dasyat..

Almari baju.. 1 ini RM240.. Mulanya beli 2 je, bila dah sampai kat rumah.. Encik suami call kedai suruh hantar 1 lagi bagi cukup 3.. Baru cantik susunan dia.. Hehehe.. Almari ini letaknya di ruang tamu untuk simpan baju sekolah yang digosok, baju kerja encik suami dan jubah Sha..

Katil Amani dan Imani.. Beli sebab bilik kecil, tak muat nak bubuh dua katil.. Kena guna katil tingkat macam ini baru okay.. Lagipun dah sampai masa mereka tidur berdua je tanpa Sha..

Bila pindah rumah, memang banyak yang perlu ditambah dan diubah suai.. Kalau tak nak pun okay je, sebab rumah kuarters ini dah ada kelekapan perabot seperti katil, tilam, kerusi dan kusyen, meja belajar, almari hiasan, almari baju dan almari solek.. Okay dengan tak okay jelah.. Sebab usianya dah menjangkau belasan tahun kan.. 

12 comments:

  1. berhabis jgk la sha nak msk rumah baru..huhu

    ReplyDelete
  2. selamat berpindah sha.... suka tgk rumah baru... mesti excited nak hiaskan...

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya kak sha masuk rumah baru. Kinah mungkin lepas raya la kot masuk rumah huhu

    ReplyDelete
  4. Memang banyak perbelanjaan kalau pindah rumah ni.
    Penatnya tu tak kira lagi.

    ReplyDelete
  5. wah, selamat berpindah. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Nak deco raya ni pun jenuh mikir nak deco macamana. Keluar duit lagi :D

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  7. selamat berpindah dan berkemas hehe. Berkenan tengok almari tu cantik pulak bila susun 3

    ReplyDelete
  8. selamat pindah umah baru!!! bab mengemas tu adoi la. jenuh yer. cantik alamari baju tu, tak nampak mcm 2 buah...

    ReplyDelete
  9. memang cantik almari baju bila susun macamtu!

    ReplyDelete
  10. Seronoknboleh deco2 umah baru Kan..

    ReplyDelete
  11. sblm pindah kita rs mcm x yah laa beli brg baru... nnt rs dah ok br beli... tp once dah pindah...alamak, kena beli jg brg ni brg tu hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »