Thursday, April 25, 2019

Pindah Rumah - Rumah 201 Clear

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. setelah bertungkus lumus selama 2 minggu lebih, Sha dan suami berjaya juga mengosongkan dan membersihkan rumah lama kami untuk proses penyerahan kepada Pihak Pentadbiran Politeknik.. Buat pengetahuan semua, Sha duduk dalam kuarters di tingkat 2 sebelum ini.. Oleh kerana MIL Sha dah duduk dengan kami dan beliau tidak boleh berjalan, maka encik suami memohon untuk pindah ke ground floor.. Awal bulan April hari tu kami diberikan surat untuk berpindah rumah.. Maka bermulalah proses mengangkut, membersih dan menyusun atur di rumah lama dan rumah baru.. Buat berdua je, tu yang lambat dan perlahan.. Hari ini (25.04.2019) encik suami akan serahkan semula kunci rumah kepada pihak pentadbiran.. Nanti bila pihak pentadbiran nak periksa rumah dia akan panggil encik suami sekali..

Kami lambat mengosongkan dan membersihkan rumah lama ini sebab sambil pindah dan kosongkan, kami juga nak kena kemas rumah baru.. Tu yang lambat dan perlahan.. Ada orang tak nak faham.. Barang 10 tahun.. Faham-faham jelahkan.. Betapa banyaknya.. Ini pun rumah baru masih bersepah-sepah lagi barang dan ada separuh barang kami buang dan bagi orang.. 05.04.2019 hingga 24.04.2019 masa yang kami ambil untuk mengosongkan dan membersihkan rumah ini..

Rumah lama yang dah dibersihkan
1. Ruang tamu
2. Bilik tidur utama dan bilik air di bilik tidur utama
3. Bilik tidur kedua
4. Bilik tidur ketiga
5. Bilik bacaan
6. Bilik air kedua
7. Stor
8. Dapur dan ruang untuk letak mesin basuh

Encik suamilah yang paling bertungkus lumus membuang paku, menampal (piller) semula dinding, mengecat dan membasuh rumah.. Sha cuma tolong pastikan setiap bilik kosong, angkut, sapu-sapu dan susun barang je.. 

16 comments:

  1. Alhamdulillah selesai semuanya. Syukur juga sebab dapat pindah ke ground floor kan Kak sha. Memudahkan MIL 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Memang syukur sangat dapat turun groundfloor..

      Delete
  2. selamat berpindah ke rumah baru sha.. walaupun masih dalam tempat sama.. brg 10 tahun sis leh paham.. mcam2 hadooo hehe

    ReplyDelete
  3. Selasai dah semua nampaknya. Berminggu-minggu juga masa yang diambil untuk selesaikan urusan pemindahan barang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi lama sebab tak pack dan pindah mengejut Jannah.. Lepas tu dua rumah nak kena setup serentak.. tu yang makan masa..

      Delete
  4. Bila dah pindah sepenuhnya dah lega kan Sha..cuma tinggal letih jelah..sekurang-kurangnya tinggal kemas sikit-sikit dalam rumah.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC.. nie tinggal sikit sikit untuk rumah baru..

      Delete
  5. akhirnya selesai sudah ngemas n bersihkan umh tu..mmg penat la kn bak kata sha 10thn punya brg nk ngemas

    ReplyDelete
  6. Begitu kisahnya...ingatkan sha nak reno tingkat atas sebab tu angkut barang ke bawah. Nampak nau ketinggalan kita ni.

    Tapi mujur juga pindah ke tingkat bawahnya, boleh pindah sikit2. Kami dulu pun dari rumah sewa ke rumah beli ni pindah barang sikit2 juga. Sebab dekat.

    Apapun moga dipermudahkan urusan sha sekeluarga

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan pindah rumah sha

    ReplyDelete
  8. yg tak faham tu jenis yg x penah pindah rumah...once dah rasa...hahhhh br dia tau langit tu tinggi ke rendah hehehe

    ReplyDelete
  9. dulu selalu rasa best tgk kwn2 yg pindah sekolah, terbayang lah pindah rumah n ada persekitaran baru. sekarang bila dah alami sendiri proses pindah rumah tuh, penat setahun pun tak hilang

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »