Monday, July 14, 2025

Blind Box Nestle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha singgah Kedai Mesra Petronas beli stok aiskrim, eh dapat blind box.. Rupanya pembelian RM20 ke atas akan dapat 1 blind box ini.. Kalau tengok design yang ada pada kotak, semuanya menarik.. Isi dalam blind box ini rantai kunci dengan patung comel yang oleh digantung pada bag.. Sha tak pasti lah event ini dekat Kedai Mesra Petronas sahaja atau tempat lain pun ada.. Ini pun sebab menyinggah beli stok aiskrim, tu yang dapat sekotak..

Beli aiskrim untuk stok kudap-kudap.. Dapat 1 kotak blind box dari Nestle..

Sha dapat 'Plush' bentuk air tin Nescafe bernama Coby.. Besar juga saiz dia..

Ada 5 bentuk Nestle 'Plush'.. 

Temujanji Tampalan Gigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki Imani pagi ini dapat doktor yang sangat baik.. Awal tu dia tak bagi doktor tu sentuh gigi dia.. Sakit sebab ada lubang dekat gigi tu.. Tapi pujukan demi pujukan, akhirnya selesai tanpa banyak drama.. Memang terbaiklah doktor tu.. Sha pun tak payah nak keluar suara.. Memang sepenuhnya dia ikut arahan doktor tu.. Dapat doktor yang baik pun rezeki..

Nama Imani dah masuk dalam senarai untuk bilik bedah.. Kemungkinan dalam hujung Oktober atau awal November.. Kali ini kena tahan wad sebab prosedur nya agak lama dan sedikit besar.. Nak buang 2 gigi taring dan akar gigi taring ini agak panjang.. Harapnya semua baik-baik sahajalah.. Aamiin..

Awal pagi dah kena ikut mak ke Hospital.. Ada temujanji..

Bulan 9 nanti jumpa doktor gigi dengan doktor bius..

Menang GiveAway Sempena Birthday 2025 by Blogger Notie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak perasan pengumuman Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025 oleh Blogger Notie ini.. Kebetulan pagi Rabu tu tengah ralit tengok Threads, tu yang perasan email masuk dari Kak Notie.. Terus balas.. Terima kasih kak.. Lepas tu terus Sha terjah blog Kak Notie.. Yeah!! Memang ada dalam senarai pemenang.. Sha peserta terakhir rupanya yang berkesempatan komen "Saya Nak" di entry GiveAway Sempena birthday 2025..

No 10. guys.. Alhamdulillah rezeki..

Hadiah selamat sampai pada 12.07.2025 tapi Sha baru ambil semalam.. Sha dapat notifikasi whatsapp dari penghantar.. Tu yang tahu Sabtu dah sampai.. Memang tak sabarlah lepas nampak gambar kotak.. Terima kasih Kak Notie untuk hadiah yang ohsem dan comel ini..

Argh!!!! Comelnya..

Sunday, July 13, 2025

ROSHEN Konafetto Bianco - White Choco

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha datang lagi bersama jajan viral.. kikiki.. Ini Sha beli dari rakan sekerja.. Beliau beli pek besar dan jual semula dalam pek kecil.. Jadilah buat rasa-rasa.. Kali ini Sha beli yang ada coklat putih di bahagian dalam biskut wafer tu.. Menariklah rasa dia.. Gabungan rasa coklat dan coklat putih beserta wafer.. Ngamlah untuk tekak Sha.. Sebungkus ini memang tak lamalah, kejap ja habisnya..

ROSHEN Konafetto Bianco - White Choco (10pcs) - RM6

Coklat menyaluti wafe berwarna putih dengan isi dalam wafer tu krim coklat putih.. Menarik kan..

Thailand | Haunted Tales (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini menyampaikan 3 kisah seram yang berbeza.. Ketiga-tiganya tentang dendam cuma disampaikan dengan cara yang berbeza.. Memang menarik penyampaian bagi setiap kisah.. Bolehlah layan suka-suka walaupun tengok sambil pause.. kikiki.. Kisah 1, dendam apabila dibunuh.. Kisah kedua pula penggunaan ilmu hitam dalam mengurung roh di sebuah hotel.. Kisah ketiga tentang dendam zaman lampau..

Movie: Haunted Tales
Screenwriter & Director: E Suphakorn Riansuwan
Genres: Horror, Supernatural
Country: Thailand
Release Date: Mar 11, 2021
Duration: 1 hr. 50 min.
An omnibus of three short horror stories.

“Haunted Car”: Pete, a young businessman takes a taxi back home from the airport. The driver makes a detour, excusing the roadblock from a nearby construction and starts to reveal shocking secrets hidden deep in Pete’s tormented past.

“Reborn”: Tiwa, a smart and pretty girl, has a special power to communicate with the dead. She accepts to help a haunted hotel owner to set the captive spirits free. Tiwa then mentally recalls the gruesome murder in one of the rooms, the incident that kept them suffering for a long long time.

“The Book of Truth”: Jess, a horror writer, receives a mysterious e-mail about the strange curse of the ancient scripts engraved on palm leaves. He writes his new stories on the leaves he found at a remote resort, not knowing that everything he writes on the leaves will become true!

Toasty Margarine Sugar Croutans

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rangup ya.. Syok betul kunyah.. Tak adalah manis sangat walaupun bergula.. Sha beli dekat kedai ECO.. Isi dalam bungkusan tu berbaloilah dengan harga dia.. Banyak juga.. Saiz dia tu walaupun comel, memang syoklah nak kunyah..

Toasty Margarine Sugar Croutans (100g) - RM2.60

Isi dalam dia.. Comel-comel ja ketulan rotinya..

Saturday, July 12, 2025

7-Eleven Dried Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kesukaan Imani sebenarnya.. Sha musykil juga kenapa dia suka.. Imani sanggup simpan duit belanja sekolah dia untuk beli pisang kering ini.. Sha tertanya-tanya, jadinya Sha mintalah sikit ke Imani untuk rasa.. Sedap rupanya, macam makan pisang sebenar cuma versi rangup.. Memang rasa pisang betul, sedap tau.. Bolehlah dijadikan kudapan sendiri atau anak-anak.. Isi dan harga tu, bolehlah..

7-Eleven Dried Banana (30g) - RM7.90

Inilah rupa pisang yang dah di beku keringkan.. kikiki..

Germany | Brick (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini punya penamatkan, memang menyakitkan hati.. Kita ini dah terujalah tengok diorang yang terkurung dalam kepungan batu bata tu cuba cari jalan keluar, selesaikan misteri.. Sekali bila dah keluar penamat dia hampeh.. Hampeh betul.. Ish!! Geramlah.. Gigih tau layan.. Motif dia sebab kebakaran ja..

Sepasang suami isteri yang bermasalah, bangun pagi tengok mereka terkurung.. Tak ada jalan keluar sebab semua ruang telah disekat dengan batuan bata yang bermagnet.. Mereka hanya boleh ke tepi atau ke bawah sahaja.. Bergabung dengan jiran tepi, mereka turun ke bawah.. Berenam sekarang, mereka cuba turun lagi ke bawah.. Kali ini mereka jumpa seorang lelaki yang menemani rakannya dah mati.. Pada masa yang sama mereka jumpa seorang lelaki di rumah tepi yang kehilangan tangan.. Bila turun paling bawah, mereka tetap terperangkap.. Watak lain semua mati kecuali sepasang suami isteri tu.. 

Brick
Also known as: Tuğla
2025 ‧ Drama/Mystery/Sci-Fi/Thriller ‧ 1h 39m
When a mysterious brick wall encloses their apartment building overnight, Tim and Olivia must unite with their wary neighbours to get out alive.

Friday, July 11, 2025

eclipse Plus Mint: Loquat Pear

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu Sha nampak gula-gula ini dekat Kedai Mesra Petronas tapi mahal sangat harga dia.. Sudahnya Sha beli dekat Shopee ja bersama barangan lain, dapatlah harga murah sikit.. Sedaplah rasa gula-gula dia.. Berangin tapi tak adalah kuat, manja-manja ja dia punya berangin tu.. Memang bestlah.. Berbaloilah beli.. kikiki.. Menarik tau rasa dia.. Unik tapi masih sedap di lidah.. Sebekas ini tahan dekat 2 minggu baru habis.. Berbaloilah pada Sha..

eclipse Plus Mint: Loquat Pear (30g) - RM6.40

Gula-gula dia warna oren.. 3/4 ja isi dia..

China | Mountain Guardians (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang Onmyoji yang cuba merampas Daya Naga kepunyaan China.. Mujurlah ada tok guru China yang mampu bertarung dan merampas kembali daya naga tersebut.. Masalahnya ketamakan general tentera telah mengorbankan banyak nyawa akibat perjanjian dengan Onmyoji jahat tu.. Manusia dengan ketamakan berpisah tiada.. 

Movie: Mountain Guardians
Also Known As: Yin Yang Shou Shan Ren
Genres: Thriller, Mystery
Country: China
Release Date: Aug 13, 2024
Duration: 1 hr. 22 min.
In the early Republic of China, as Japan seeks to invade, a mysterious Onmyoji is sent to disrupt China’s Feng Shui by locating its dragon veins. Led by Master Qi, a group of Chinese Taoists uncovers the plot and engages in a fierce battle of strategy and magic to protect their nation’s sacred power.

Beli Satu Percuma Satu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab Zus buat promosi di Shopee bermula 6.7 (8 malam) sampai 9.7.. Jadinya nak merasakan Sha pun belilah.. Ada 4 rasa iaitu Kopi Coklat, Kopi Cham, White Coffee dan Kopi O.. Sha beli satu yang Kopi Coklat dan yang percuma Sha pilih White Coffee.. Sha bayar RM15.70 sahaja lepas tolak pos percuma dan coin shopee yang ada.. Bolehlah untuk 2 pek.. Oleh kerana kopi ini sampai lambat, Sha dapat extra voucher RM5.. Selamat dah guna beli 2 botol pes tomyam dan 1 botol pes paprik..

Beli Kopi Coklat percuma Kopi Putih..
Macam unik pula bila tengok kopi coklat tu.. Nanti dah minum Sha buat entry lain ye..

Thursday, July 10, 2025

Thailand | Ziam (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa Sha dah tengok terlalu banyak filem dan siri tentang zombi, tapi tetaplah berdebar lain macam.. hahaha.. Semua drama atau filem zombie yang Sha layan sama ada dari yang penuh babak kejar-mengejar, tembak-menembak, sampailah yang perlahan dan penuh emosi.. Tapi Ziam ini lain macam..

Apa yang buat Sha terpaku ketika menonton Ziam ini ialah gabungan unik antara seni mempertahankan diri Thai dan elemen seram zombi.. Bunyinya macam pelik, kan? Tapi serius memang menjadi serta mengujakan dan ngam gila.. Babak berlawan oleh hero sama ada dengan manusia mahupun zombie memberikan kepuasan lain macam pada kita yang menonton..

Zombi dia lain macam tau.. Nampak betul zombie dia menakutkan, agresif, laju dalam babak kejar mengejar dan sangat ganas ya.. Lepas tu zombi dia boleh upgrade.. Lepas upgrade jadi lagi ganas gila.. Sampai Sha rasa, “kalaulah kejadian macam ini berlaku betul-betul, memang tak sempatlah Sha nak fikir panjang, tahu-tahu ja dah kena gigit zombi..” Tambah pula dengan jalan cerita yang laju dan kesan gore yang sangat realistik, memang buat jantung kita yang menonton tak sempat nak bertenang.. Sha tengok ini memang sambil tutup mata, jeling dan berdebar-debar..

Yang paling Sha suka dalam filem ini dah tentulah adegan berlawan.. Biasanya filem zombi penuh dengan babak tembak-tembak dan strategi bertahan kan.. Ziam ini lain sikit sebab hero dia guna seni bela diri Muay Thai sebagai senjata utama.. Pertarungan tangan ke tangan bukan saja unik, tapi sangat mengagumkan.. Setiap tumbukan dan tendangan nampak betul-betul menyakitkan dan puas hatilah bila kita tengok..

Memang layanlah walaupun filem ini mampu beri tekanan pada mental dan fizikal kita sebab seram dia tu melibatkan tekanan pada kelansungan hidup, ikatan emosi antara 3 watak iaitu Singh, Buddy dan Rin.. Paling gila dah tentulah sebab zombi dia lari laju dan serangan tak ada belas kasihan punya.. hahaha..

Movie: Ziam
Also Known As: Pak Gud Teen Teeb, Pak Kat Tin Thip
Screenwriter: Oat Vatanyu Ingkavivat, Nut Nualpang, Jan Weerasu Worrapot
Screenwriter & Director: Tent Kulp Kaljareuk
Genres: Action, Horror, Martial Arts
Country: Thailand
Release Date: Jul 9, 2025
Duration: 1 hr. 36 min.
In a world succumbing to hunger, a determined Muay Thai fighter fends off a zombie outbreak inside a hospital to save his beloved.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com