Thursday, December 11, 2025

Hari Graduasi Tahun 6 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti untuk hadir ke Majlis Graduasi Imani.. Tamat dah sekolah rendah.. Sha suka lagi sekolah buat majlis ini di sekolah sahaja.. Tak payah nak berhanis duit buat di tempat yang gah-gah.. Pada Sha buat macam ini pun dah cukup bermakna sebenarnya.. Sederhana tapi sangat meriah dengan kehadiran ibu bapa tanda sokongan..

Sha tunggu sampai habis Majlis sebab nak sampaikan hadiah penghargaan pada semua guru-guru yang mengajar Imani untuk tahun akhir ini.. Paling istimewa dah tentulah Guru Kelas Imani merangkap cikgu Matematik dia, cikgu ini bersama Imani selama 6 tahun.. Ada sekali tu nyaris ditukarkan tapi berjaya dikekalkan dengan rayuan dari anak murid serta ibu bapa dan cikgu tu sendiri.. Turut istimewa di hati kami dah tentulah Cikgu Bahasa Melayu Imani yang mengajar selama 5 tahun berturut-turut.. Cikgu Bahasa Melayu inilah bertungkus lumus memberi tugasan pada Sha dan Imani sepanjang PKP dulu demi memastikan Imani pandai dan lancar membaca, mengeja serta membina perkataan.. Memang kenangan sungguh..

Sha doakan semoga semua jasa bakti guru-guru yang mengajar Imani selama 6 tahun ini diberikan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan kelapangan rezeki serta dirahmati Allah selalu.. Aamiin.. Aamiin..

Belikan dia jambangan comel ini.. 

Sempat mak mengabadikan gambar kenangan dengan Imani.. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com