Assalamualaikum..
Hye semua..
Cerita seram campur kelakar.. 4 rakan iaitu Anas, Yasin, Asri dan Fateh berjumpa kembali dan merancang untuk masuk ke sebuah vila lama yang mempunyai harta karun.. Memang kelakarlah sebab masing-masing penakut dan vila tu macam seram sikit.. Paling kelakar masa babak Joey dengan Azhan Rani.. kikiki.. Dua orang ini kan, memanglah.. Anas tu ada tujuan tersembunyi sebenarnya.. Ingatkan dia tu dah mati tapi rupanya lain pula.. Bolehlah layan santai-santai..

Para X Norma
Genre: Seram, Komedi
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2025
Pelakon: Joey Daud, Azhan Rani, Epy Kodiang, Amir Nafis, Ellie Suriaty Omar, Kamarool Haji Yusoff
Sinopsis: Mengisahkan empat sahabat karib Yasin, Asri, Fateh dan Anas yang terpisah sejak kecil dan kembali bersatu selepas 30 tahun. Anas kemudian mencadangkan satu pelan gila: merompak sebuah vila tinggal misteri bernama Vila Casablanca yang dikatakan berhantu tetapi dikhabarkan menyimpan harta lebih RM10 juta. Namun, apa yang menanti mereka jauh lebih menakutkan daripada entiti ghaib iaitu rahsia, pengkhianatan dan kegelapan dalam diri mereka sendiri.

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..