Tuesday, September 23, 2025

Toblerone Dark

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat hitam dengan madu dan nougat badam di dalamnya.. Memang sedaplah kunyah sebab tak manis lepas tu ada rasa ketulan kecil yang kenyal-kenyal.. Memang layanlah, tau-tau ja dah habis sebungkus.. kikiki.. Selalu makan yang kuning tu ja, bila dah cuba yang coklat gelap ini Sha lagi suka yang ini.. Coklat gelap ini lebih mewah rasa coklatnya dan tak manis..

Toblerone Dark (100g) - RM8

Keratan rentas coklat..

ebook | Aku Dengar Kat Tepi Jalan Ada... oleh Kron, Dragon Teo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan kisah-kisah pelik, misteri dan urban legend tempatan yang mungkin kita pernah dengar sepintas lalu.. Penulis berjaya menulis cerita dengan gaya santai tetapi penuh rasa ingin tahu, membuatkan kita sebagai pembaca tertanya-tanya, betulkah semua cerita ini sekadar mitos, atau sebenarnya ada kebenaran yang terselit di sebalik setiap cerita jalanan itu? Sebuah bacaan ringan yang seronok dibaca untuk mengisi masa lapang sambil membiarkan minda kita hanyut dengan teka-teki kehidupan seharian..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2025..

Published January 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Monday, September 22, 2025

Cloudiz Mini Biscuits filled with Cocoa Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengancam ya biskutnya.. kikiki.. Paling syok bila tengok gambar kartun spongebob pada kotak tu.. kikiki.. Biskut comel dengan inti krim coklat.. Tak manis tu yang paling best.. Krim coklat tu sedang elok ja di bahagian dalam.. Tu belum lagi corak menarik pada permukaan biskut.. Ada muka senyum, muka pakai kaca mata dan love.. Owh ya, biskut ini ada orang beri sebenarnya jadi tak pastilah dimana ada jual..

Cloudiz Mini Biscuits filled with Cocoa Cream (30g)

Ini pek comel dalam kotak bersama gambar Patrick..

Lupa pula nak terbalikkan biskut tu.. kikiki..

EzyGo Fish and Double Cheese Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula tu Sha ingatkan burger ayam, bila baca balik bungkusan baru perasan burger ikan rupamya.. Tapi sedaplah sebab dah ada sos dan juga keju.. Sha makan sikit, selebihmya Amani yang makan.. Amani tambah sos cili nak bagi rasa pedas-pedas sikit.. Sha makan awal tu memang tak tambah sos, pun dah sedap.. Panaskan dalam microwave lebih kurang 1 minit 30 saat, lepas tu terus makan.. Mudah dan cepat..

EzyGo Fish and Double Cheese Burger (108g)

Penang White Coffee: 3in1 White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Padu betul rasa kopi ini.. Sha bancuh dalam cawan besar untuk kurangkan rasa manis tapi rasa kopi dia tetap ngam.. Memang berbaloilah kalau nak beli paket besar.. Ngam betul minum panas-panas tapikan kalau bancuh sejuk pun sedap ini sebab kopinya padu.. Ini antara kopi yang Sha beli dalam entry sebelum ini..

Penang White Coffee: 3in1 White Coffee (40g) - RM2.59

Sunday, September 21, 2025

Kelas Tambahan Tahun 6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 13 - 21 September 2025 (16/09/2025 - Cuti), setiap pagi Sha akan hantar Imani ke sekolah agama untuk kelas tambahan.. Kelas tambahan ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan PSRA yang dijangka akan dilaksanakan pada hujung bulan September.. Okaylah pada Sha sebab usaha dari ustaz dan ustazah haruslah dihargai dengan menghadirkan diri.. Sha memang sedaya upaya usaha hantar juga Imani ke sekolah agama walaupun Rabu tu, Sha dah mula kerja dan encik suami berada di luar kawasan.. Sha tak naklah hampakan usaha ustaz dan ustazah yang mengorbankan waktu cuti mereka untuk anak-anak ini.. Cuma pada hari Jumaat (19.09.2025) ja Imani tak perlu ke sekolah, sebaliknya kelas tambahan diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet.. Sepanjang kelas tambahan tu semalam dan hari ini ja encik suami yang uruskan.. Imani minta ayahnya hantar guna motor..

Semoga segala usaha dan tenaga yang dicurahkan ustaz dan ustazah mendapat balasan ganjaran yang baik dari Allah.. Aamiin..

Ini Sha beli masa hari ketiga dia semangat ke kelas tambahan sebagai hadiah.. Sukalah dia..

Wall's Sweet Heart

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariklah rasa dia.. Sha suka rasa aiskrim strawberi di bahagian dalam.. Cukup rasa masam dan manisnya.. Coklat yang salut bahagian luar pula nipis ja, tak adalah tebal mana dan rapuh.. Memang makan habis coklat baru makan aiskrim strawberi tu.. Gandingan yang menarik.. Paling comel dah tentulah bentuk dia tu.. 

Wall's Sweet Heart 50g) - RM2.90

Comelkan bentuk hati/love..

Bahagian dalamnya warna merah jambu melambangkan rasa strawberi..

EzyGo Cheese Toasted Sandwich

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini encik suami banyak beli jenama EzyGo ini.. Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal sandwich ini.. Sha rasa brand yang sama ja cuma tang EzyGo dan Ezy Taste tu ja beza.. Lepastu yang ini bila makan ada aksi keju yang memanjang tu.. Kiranya memang macam dalam gambar tu lah, cuma panjang lagi.. kikiki.. Kena panaskan 1 minit 30 saat baru ada cheese pull.. Kalau dari segi rasa, dia macam ada manis sikit dan rasa tu buat kita tak muak makan.. 

EzyGo Cheese Toasted Sandwich (86g)

Saturday, September 20, 2025

Tong Garden Peanut Butter Crunchy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba mentega kacang dari jenama Tong Garden ini.. Sha beli sebab ada tawaran istimewa untuk harga dia.. Memang sedaplah, mewah rasa kacangnya.. Sedap dimakan bersama roti apa pun.. Kalau sapu atas waffel pun sedap ini.. Paling besat sebab ada ketulang kacang.. Jadi bila kita gigit tu memang terasalah kacangnya..

Tong Garden Peanut Butter Crunchy (340g) - RM6.99

Bila sapu atas roti, baru nampak ketulang kasar kacang.. Besar-besar juga ketulannya..

Buah Tangan Dari Thailand #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam encik suami balik dari jelajah 5 hari 4 malam ke Thailand.. Kali ini beliau pergi 5 biji motor besar ja.. Kali ini pun beliau balik dengan buah tangan yang boleh tahan banyaknya.. Kali ini pun sama ja ayatnya pada Sha sebelum balik.. "Saya beli air Meiji sikit ja tau.. Berger sikit.." Tapi bila sampai, sebundut.. Jenuh Sha adjust peti sejuk.. Imani, awal-awal dah minta nak bawa bekal ke kelas tambahan berger kesukaan dia.. Sabar ja lah..

8 jenis burger dan 2 jenis sandwich..
Ada antara berger ini, yang beliau tak pernah beli lagi.. Beliau beli supaya Sha boleh masukkan dalam blog.. Terharu rasa.. kikiki..

8 botol susu Meiji.. 2 kopi untuk Sha, 2 susu putih untuk Amani, 2 coklat dan 2 susu strawberi untuk Imani..

Kali ini dapat beg bila beli 6 botol susu Meiji.. Cantikkan beg dia.. Memang muat 6 botol dalam beg tu..

Encik suami beli beras jenama Royal Umbrella juga.. Pek 1kg dan 2kg.. Cumanya encik suami tak pasti ada beza ke tak beras ini selain berat tu..

McCormick Garlic & Herb Spread

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab dah keputusan stok sapuan bawang putih untuk roti di rumah.. Bila pergi TF Value Mart, hanya ada jenama ini sahaja.. Belilah juga.. Okaylah rasa dia tapi Sha tak suka sangat.. Kurang mantapnya.. kikiki.. Bolehlah makan cuma tak sesedap macam yang pernah Sha kongsikan sebelum ini.. Dia ada rasa herba yang terlalu kuat.. Sebenarnya ada ja yang tak ada herba tapi nanti plain sangat pula kan.. Bila buka botol tu, memang tak perasan sangat herba tu, bila dah sapu baru nampak.. Bau dia pun tak berapa kuat, bolehlah..

McCormick Garlic & Herb Spread (135g) - RM14.50

Bila sapu tu, baru nampak herba dia..

Setelah dibakar atas pan..

Friday, September 19, 2025

Menang Pertandingan Teka Silangkata

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Khamis (22/08/2025) hari tu, ada pertandingan teka silangkata dekat Perpustakaan anjuran Unit Pentadbiran.. Sha boleh turut serta sebab tak terlibat sebagai urusetia, sekadar memberikan tempat untuk pertandingan dijalankan ja.. Mula tu memang tak nak sertai tapi bila urusetia pujuk untuk cukupkan peserta, Sha pun sertailah.. Memang tak jangka pun akan menang, sebab soalan dia tu menguji betul.. hahaha.. Sekali dapat mesej dibawah..

Sha terima mesej ini Rabu (17.09.2025) pagi..

Menang tempat ketiga tu..

Aduh!! Tak cantik pula orang yang tolong ambilkan gambar ini.. Jadilah buat kenangan..

Samudra Tic Tic Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab Sha ingatkan isi dia tu kek coklat yang bersalut coklat.. Sekali bukan.. Bersalut coklat tu, betul.. Cumanya bukan kek lebih pada bijiran atau biskut kot sebab keras dan rangup.. Cumanya jenuh nak habiskan.. Manis.. Memang tak boleh makan sekaligus.. Jadilah untuk cuba ja, lepas ini memang tak belilah.. Manis sangat, jenuh nak habiskan..

Samudra Tic Tic Chocolate (80g) - RM3.90

Bagus pembungkusan dia, ada satu lagi plastik yang perlu dibuka sebelum kita boleh makan..

Ketulan tu bersalut coklat dan seperti biskut atau bijirin.. 

Komik | Aku Dengar Kat Lebuh Raya Ada... oleh Soo Siew Boon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi komik dan cerpen seram yang menyajikan kisah-kisah kebimbangan manusia terhadap benda-benda ghaib yang dikaitkan dengan lebuh raya, tempat yang sepatutnya selamat dan biasa tetapi tiba-tiba menjadi kawasan misteri dan menakutkan.. Penulis berjaya menyusun suasana yang menegangkan melalui ilustrasi serta dialog yang padat, menjadikan pembaca merasa jantung berdegup kencang dan rasa ingin tahu tentang apa yang akan berlaku seterusnya..

Walau bagaimanapun, sesetengah bab mungkin terlalu cepat beralih dari satu situasi ke situasi lain tanpa penjelasan yang mendalam, membuatkan kita sebagai pembaca merasa kurang puas dengan perkembangan plot.. Tetapi secara keseluruhan, buku ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan bacaan ringan bertemakan seram yang mendebarkan, sesuai sangat untuk bacaan malam hari bila suasana lebih sunyi..

Sha baca dan selesai pada 19.09.2025.. 

Published March 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Thursday, September 18, 2025

Want Want Senbei & Want Want Purple Sweet Potato Senbei

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya yang suka makan kracker ini, Amani.. Sha pelik jugalah kenapa selalu sangat dia minta belikan.. Selalu Amani minta yang biasa tu ja.. Baru-baru ini Sha tengok ada perisa ubi ungu.. Sha belilah, kot rasa dia lagi menarik.. Sha ingatkan manis tapi rasa keju.. Ada rasa ubi ungu tu cuma tak manis.. Kiranya dua-dua sedap dengan rasa yang tersendiri.. Memang layanlah makan kracker beras ini..

Want Want Senbei (92g) - RM5.50
Want Want Purple Sweet Potato Senbei (56g) - RM4.90

Cracker beras ada 16pcs dan cracker ubi manis ada 10pcs..
Rasanya ringan, rangup, dan rapuh bila digigit, macam gabungan keropok beras dengan biskut manis.. Ada sedikit rasa masin dari lapisan perasanya, tapi diimbangi dengan rasa manis halus yang melekat di lidah.. Setiap gigitan ada kerangupan yang memuaskan, tapi lepas tu cair perlahan-lahan dalam mulut.. Ada juga sedikit rasa beras bakar yang wangi.. Memang asyik..

Masih kekal dengan tekstur rangup dan rapuhnya, tapi ada aroma ubi ungu yang manis-berlemak dan sedikit wangi macam keledek bakar.. Lapisan perasanya tak terlalu masin, jadi rasa manis asli ubi ungu tu masih ada.. Lepas digigit, selain kerangupan yang memuaskan, ada rasa lembut dan manis semula jadi yang kekal di hujung lidah..

ebook | Telah Kutinggalkan Pesan oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini ada 10 cerpen pendek.. Kesemua cerita menyampaikan pesan, pesan tentang kehidupan.. Ada yang terasa dekat di hati, ada yang memberikan impak tanpa sedar.. Setiap cerita mengajar kita tentang syukur, reda dan juga betapa berharganya kehidupan walau bagaimana payah sekalipun.. Pesan yang diberikan untuk setiap cerita tu membuatkan Sha menangis.. Menangis kerana bersyukur dan menginsafi diri..

Kadang kita tergelincir dan akan ada sesuatu yang menarik kita kembali dalam kita tak sedar.. Pada Sha, walaupun mungkin cerita didalam buku ini hanyalah rekaan penulis namun setiap patah meninggalkan kesan di hati.. 

Sha baca dan selesai pada 18.09.2025..

Published March 1, 2024 by Batcha Enterprise

MQC Coffee Smooth & Creamy 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau biasa kita jumpa jenama-jenama besar dalam kategori kopi 3 in 1, kali ni Sha terjumpa satu jenama baru ketika membeli barang di Jualan Rahmah.. Kopi 3 in 1 ini keluaran syarikat MQC Group Sdn. Bhd.. Sha beli sebab tertarik dengan ayat Original Malaysia pada pembungkusan kopi tu..

Sekali pandang, bungkusan nampak sederhana tapi kemas, cukup menarik untuk buat orang cuba. Rasa kopinya pula, boleh tahan! Tidak terlalu pahit, tidak terlalu manis, kira seimbang untuk orang yang suka kopi segera tapi tak nak rasa yang terlalu “berat”.. Krimer dan gula tidak mendominasi rasa jadi aroma kopi masih terasa jelas di lidah..

Satu lagi sebab buat Sha tertarik nak cuba ialah harganya yang mesra poket berbanding jenama besar.. Mungkin itu antara sebab ianya dipasarkan di program jualan komuniti, supaya lebih ramai boleh rasa kopi dengan harga mampu milik..

Kesimpulannya, walaupun ini mungkin jenama baru, tapi berbaloilah pada Sha untuk dicuba.. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi antara pilihan utama di pasar raya..

MQC Coffee Smooth & Creamy 3in1 (12 sachet X 30g) - RM7.80

Pekat kopinya..

Wednesday, September 17, 2025

Sanwa Soda Cracker: Tri-colour Quinoa & Sesame

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada ja Sha nampak biskut ini dekat pasar tapi tak terbeli.. Bila nak beli gula-gula untuk letak di perpustakaan dan bagi anak-anak, Sha tambah sekali 2 jenis biskut ini.. Sedaplah biskut dia sebab rangup macam keropok.. Bijan tu memang ada rasa bijan dan juga ketulan bijan dekat biskut.. Memang layanlah bila kunyah.. Tri-colour Quinoa tu pun sedap.. Memang syok kunyan.. Rangup ja.. Biskut ini pun separuh Sha letak di perpustakaan untuk pengunjung makan..

Sanwa Soda Cracker: Tri-colour Quinoa (480g) - RM16.50
Sanwa Soda Cracker: Sesame (480g) - RM16.50

Setiap jenis ada, 21 pek comel.. Memang mudahlah nak dimakan..

Setiap pek comel ini, ada 4 keping biskut.. Ini tinggal 3 sebab Sha dah makan 1 baru teringat nak ambil gambar...

Ini pula Tri-colour Quinoa tu.. Sama ada 4 keping dalam setiap pek..

India | 100 (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini tentang seorang lelaki yang sangat bersemangat untuk menjadi polis.. Tujuan dia adalah untuk menentang penjahat namun bila dah dapat tawaran, perkara yang tak disangka pula berlaku.. Dia ditugaskan sebagai tukang jawab telefon, jawatan yang dia gelakkan sebelum ini.. Mula tu memang nampaklah tak bersemangatnya dia sampailah dia melakukan kesilapan dalam menjawab telefon.. Kesilapan tu menyebabkan seorang budak diculik.. Demi menebus kesilapan dia mula melakukan sesuatu yang dia pandai iaitu mencari dan menjejak.. Akhirnya budak yang diculik selamat..

Satu kes penculikan dan pemerdagangan manusia untuk dijadikan pelacur berjaya menimbulkan minat yang mendalam pada dia dengan jawatan tu.. Namun bukanlah mudah nak selesaikan kes tersebut sebab rakan baik dia turut terlibat.. 

100
2019 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 58m
Sathya, a young policeman, curses his luck when he gets posted in a control room. However, his life takes an unusual turn after the 100th call he overhears.

Tuesday, September 16, 2025

Mentos Soda Fruits & Fruity Delight

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli gula-gula ini dekat shopee ja.. Separuh letak dekat rumah, separuh lagi nak letak dekat perpustakaan.. Sha beli yang dibungkus semula.. Tak pernah jumpa rasa ini, tu yang beli.. Saja nak cuba.. Isinya tak sama banyak, tapi bolehlah.. Sha tak perasan pula perkataan repack tu.. Ingatkan dia datang dalam pek asal.. Bolehlah.. Dah beli dah pun..

Fruity Delight tu agak unik gabungan rasa dia tapi mengejutkan sebab rasa dia sedap walaupun gabungan tu nampak macam mustahil.. Terutama sekali yang rasa mangga dan taro tu, sedap..

Mentos Soda Fruits (180pcs) - RM16.50
Mentos Fruity Delight (191pcs) - RM16.50

Strawberry - 59
Grape - 50
Melon - 36
Lemon - 35

Peach Orange - 83pcs
Mango Taro - 108

ebook | Miss Badut oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nora selalu diejek oleh Tiara hanya kerana ayah dan abang Nora berkerja sebagai badut.. Namun pada suatu hari, abang Nora ditimpa kemalangan dan Nora perlu menggantikan tempat abang dia sebagai badut.. Awalnya tiada apa yang terjadi.. Namun begitu pada jemputan kedua, rahsia Nora terbongkar dan Tiara memalukan Nora.. Bukan mudah untuk Nora namun ini adalah kehidupannya.. Nora membela diri sendiri dan menerima takdir hidupnya..

Manusia ini bila dah senang memang selalu memandang rendah pada mereka yang susah dna bertungkus lumus mencari rezeki.. 

Sha baca dan selesai pada 12.09.2025..

Published April 1, 2024 by Batcha Enterprise

Belanja MySara Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha macam nak beli makanan dalam tin tapi bila fikir-fikir balik, baiklah Sha beli keperluan Sha dan dua anak dara ini.. Keperluan bulanan yang memang perlu.. Bila ada 3 perempuan dalam rumah, keperluan yang ini memang kena lebihlah.. Ada MySara ini, bolehlah Sha beli lebih keperluan yang ini.. Tambahan lain tu biskut dan nestum untuk sarapan sebelum ke sekolah..

Perbelanjaan kali pertama di 99 Speedmart RM63.55.. Beli sebab harga murah sikit dari tempat lain.. Tapi tu lah, tak banyak pula stoknya bila murah.. huhuhu..

Sha singgah TF Value Mart pula lepas tu.. Sementara tak ramai orang waktu pagi ini, eloklah terus ja beli barang.. Nanti dah ramai orang, Sha juga yang stress nak menunggu.. Sha suka lagi belanja dekat TF ini sebab kalau tak cukup baki tu boleh bayar tunai ja.. Biskut tu ada 2 pek.. Semuanya RM37.96, Sha guna MySara RM36.45, baki RM1.51 tu Sha bayar guna tunai..

Monday, September 15, 2025

Isnin Yang Sibuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi pun sibuk juga Sha.. Kali ini berseorangan sebab encik suami bertugas luar kawasan.. Lepas hantar Imani ke sekolah agama untuk kelas tambahan, Sha terus ke 99 Speedmart Behrang Resident untuk tebus MySara.. Tak ada pula barangnya.. Makanya jomlah ke 99 Speedmart Bandar Behrang 2020 pula.. Alhamdulillah dapat walaupun tak semua.. Lepas isi minyak kereta, sabarlah Sha menunggu depan TF Value Mart untuk menebus baki MySara tu.. Pagi-pagi ini tak ramai orang.. Alhamdulillah, selesai dengan jayanya.. Kemudian Sha ke 7E Cafe mencari makanan kegemaran sebelum ke Tealive membeli air.. Tengok jam dah hampir jam 11 pagi, makanya jomlah kita ambil Imani..

Sempat menyinggah beli Tealive.. Promosi 2 untuk RM10.. Sha beli Coffee Peng dengan Sparkling Plum Juice.. Okaylah dua-dua air ini.. Sesuai dengan harga dia tu.. Hadiah untuk Imani yang rajin pergi kelas tambahan dan kelas mengaji malam..

Suka dia dapat air Tealive.. 

Ini baru balik dari bawa Imani mengaji.. Padatkan aktiviti Sha hari ini.. Tak sempat nak rehat.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com