Monday, April 15, 2019

Melaka 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ke Melaka weekends hari tu.. Perancangan asal nak bawa arwah abah sekali.. Tapi tak ada rezeki.. Kami tetap teruskan sebab MIL masih ada kan.. Homestay pun dah bayar booking.. Jadinya pagi Sabtu kami gerak dai Politeknik jam 8.10 pagi dan sampai Restoran Jejantas Sg. Buloh lebih kurang jam 9 pagi.. Janji dengan adik nak kumpul kat sini dan sarapan.. Makan nasi lemak dan A&W.. Sha naik dengan adik.. Baru lapang sikit kereta.. Gerak 2 kereta je..


Dari R&R Sg Buloh kami terus gerak ke Traditional Food Industries.. Nak cari mee siput je sebenarnya.. Hahaha.. Tapi bila dah masuk, terus lupa diri.. Tambah kedai dia dah makin cantik.. Lagilah..

Kemudian gerak ke Pedas, Linggi untuk makan tengahari di Kedai Makan Pak Raub, malangnya kedai penuh dan padat.. Jadinya kami tapau je lauk dan nasi untuk makan di Homestay.. Meriah betul lauk yang kami pilih.. Semuanya gulai lemak.. hahahaha.. Ada itik, daging salai, ikan keli dan telur itik.. Tambahan lain sayur taugeh, sayur peria, 5 bungkus nasi dan tauhu begedil..

Kemudian terus ke Melaka.. Singgah kedai ECO barulah ke Suri Homestay.. Memang puas hatilah homestay nya.. Sha kongsi di entry lain.. 

Anak-anak dah tak sabar nak terjun kolam.. Lepas makan, rehat kejap baru bagi diorang terjun kolam.. Sampai 6.30 petang berendamnya.. Malam kami pergi makan asam pedas dengan lempeng berdekatan Makam Hang Tuah.. Lepas makan terus gerak balik.. Tidur.. Penat.. 

Inilah menu makan tengahari kami.. Semuanya RM52 sahaja.. Semangkuk daging salai, 2 potong itik, 2 ekor keli, dua biji telur, sebekas tauhu begedil, semangkuk sayur taugeh, semangkuk sayur peria dan 5 bungkus nasi..

Kedai ini letaknya lepas tol Pedas Linggi.. Keluar tol dan ke kiri.. Senang je nak cari.. Google Maps je, mesti jumpa..


19 comments:

  1. semua lauk masak lemak tu..hehee mesti sedapkan.
    Wah nampak menarik je homestay tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. memang sedap sis.. Harga pun tak mahal..

      Delete
  2. Seronoklaa boleh mandi kolam tuuu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Macam best je homestay tu, ada pool. Anak2 suka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best pun puan hazel.. kesukaan anak2..

      Delete
  4. meriah percutian. kanak2 tu mesti semua gembira =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang happy habis.. tambah bila nampak kolam..

      Delete
  5. ms dtg linggi tu hari PRK rembau ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya.. tak perasan pula.. Sha kat Linggi 13.04..

      Delete
  6. Sesekali layan lauk berlemak kan..yummy.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »