Sunday, May 8, 2016

Cinta Top Secret oleh Laila Kamilia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yes.. Berjaya habiskan juga..
Kali ini lambat sikit sebab ada halangan yang mendatang.. Kikikiki..
Mana taknya.. Novel nak baca, drama Dia Semanis Honey nak tengok.. 
Drama Korea Signal lagi.. 
Tu belum lagi nak penuhkan aktiviti dengan anak-anak..

Cinta Top Secret oleh Laila Kamilia ini memang best.. 
Bukan cerita cinta yang biasa.. 
Ada gabungan penyiasatan ala-ala James Bond gitu.. 
Mendebarkan dan juga penuh misteri.. 
Watak Zain aka Zed memang ohsem.. 
Manakala watak Eisya melengkapkan jalan cerita.. T
ak sangka pula endingnya sangat ohsem.. 
Ada rahsia dalam rahsia.. Penyiasatan dan jawapan memang sangat lari.. Not bad..
Menarik untuk dibaca.. Latar tempat yang digunakan pun memang best best..

Mula baca - 02.05.2016
Selesai baca - 04.05.2016

Saturday, May 7, 2016

Drama Melayu - Suami Tanpa Cinta

Assalamualaikum..
Hye semua..
Selalu review drama korea kan..
Kali ini sha nak review drama Suami Tanpa Cinta..
Kenapa??? Sebab Sha minat lakonan Janna Nick..

Drama yang sangat ohsem..
Tapi tak sesuai ditonton bersama anak-anak ye..
Pada Sha lah.. Lakonan yang hebat dari Janna Nick dan Shukri Yahaya..
Gandingan yang hebat..

SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?

Friday, May 6, 2016

Adena 2.0 dari Uswah Islamic Clothing

Assalamualaikum
Hai semua... Inilah tudung yang ohsem dari Uswah Islamic Clothing..
Adena Double Loop..
Dua kali sarung dah siap..
Instant shawl yang sangat ohsem sebab dijahit sekali dengan inner dibahagian dalam..
So tak payah dah nak pakai inner..
Kain pun lembut sangat..
 
Adena 2.0
Sky Orchid.. 
(Abaikan muka tu ye.. Panas tu..)
 
Nampak tak gabungan warna yang sangat ohsem..

Projek Seram Cermin oleh Zaifuzaman Ahmad, Illya Abdullah, Suzani Nadzir dan Julie Jasmin

Assalamualaikum..
hye semua..

Projek Seram, sebuah novelet yang menggabungkan 4 penulis dalam setiap temanya..
Kali ini menjadikan cermin sebagai subjek utama..

Perjanjian Tanpa Rela oleh Zaifuzaman Ahmad
"Kecantikan yang dilihat, belum tentu kau yang punya.."

Isi hati yang tersembunyi, tiada siapa yang tahu.. Sekali lagi penulis berjaya menyampaikan cerita dengan cara tersendiri.. Puaka pada cermin tak akan hilang selagi ada perasaan dendam dan marah dalam hati manusia..

3 Permintaan oleh Illya Abdullah
"Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada Korban perlu dipersembahkan..."

Kerana dengki manusia menjadi gelap.. Kerana teraniaya manusia berpaling dari Allah.. Sedangkan ujian patutnya merapatkan manusia pada Allah.. Kerana percayakan syaitan nyawa ibu dan adik jadi taruhan.. Kejamnya hati Sofea Jane, namun kerana sayangnya pada Damien akhirnya dia berkorban.. Kesian, marah, geram dan sedih bersatu dalam hati saat membaca cerita ini.. Sofia Jane nasibmu sangat sedih..

Rasukan Ayunindya oleh Suzani Nadzir
"Ku bawa kau dalam matiku!"

Sedih lah cerita ini.. Hanya kerana dengki dan tidak disukai, Ayunindya telah berpaling kepada syaitan.. Kesian Andika dan Rahsetia serta keturunan mereka, hanya kerana dengki yang tidak berdosa jadi mangsa.. Adoi.. Ngeri owh nak tengok cermin..
Ada satu lagi cerita.. Mujurlah memang x suka merenung cermin.. Sekadar memandang.. Bila baca cerita2 dalam ini, lagi kuranglah nak mengadap cermin.. Terbayang-bayang kot.. Kikikiki..

Sirna Seri oleh Julie Jasmin
"Tenung aku, puja aku, naik Seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku!"

Adoi.. Ngeri baca macam mana Wina dengan Rozie mati.. Memang ngeri dan sadis.. Cermin dipandang supaya nampak cantik, malangnya lain pula yang jadi.. Bila Iman tiada, yang salah dijadikan pegangan. Berjanji pada yang tak sepatutnya mengundang petaka yang sangat dasyat. Nyawa juga jadi taruhan..

Hai la cermin.. Banyak sungguh mala petaka yang kau bawa.. Sedangkan kau hanyalah sekeping kaca.. Mujurlah memang tak suka tengok Cermin.. Tapi Projek Seram Cermin memang ohsem.. Tahniah buat semua penulis..

Tarikh baca : 01.05.2016
Selesai baca : 02.05.2016

Thursday, May 5, 2016

Kelibat : Hadirnya Tidak Diundang

Assalamualaikum..
Hai semua..

Novel ini hanya ada 189 muka surat..
Ada 14 Cerpen pendek.
Kesemuanya berkaitan dengan kelibat..

Meroyan oleh Syafeza Sauli
Jangan berjanji kalau tak mampu nak tepati. Perjanjian yang mengundang malapetaka bila tak tertunai. Yang menjadi mangsa, orang lain. Meroyan jadinya.

Siapa Tak Berteman? oleh Faten Anur
Setiap peristiwa ada sebabnya. Bila dikata tempat itu x elok mesti ada punca. Baiklah jangan di cari masalah. Nanti dijadikan teman, lagi payah.

Saka Tok Mat oleh Harith Hakeem
Bila orang lama membela saka, yang jadi mangsa anak cucu.. Kalau tiada iman didada memang boleh menyesatkan.

Hantu oleh Zafirdani
Alahai.. Kesian Yus.. Malang nasibnya.. Tapi, siapa ye perempuan itu? Adakah dia manusia atau hantu??

Lori Nombor 11 oleh Norhanisamila
Gangguan demi gangguan.. Hingga ke akhir Cerpen gangguan mendatang..

Gelang oleh Nurdilla Zaini
Gemercing gelang mengundang pendamping tanpa sedar.. Mujur ada yang kukuh Imannya, dapat menerima sidia disaat pendamping terus mengganggu..

Kabus Masa oleh Izzati Mukhali
Hanya kerana dengki dengan kelebihan yang dimiliki oleh Azam, Aiman sanggup menganiayanya.. Malangnya tiada tindakan yang boleh diambil ke atas Aiman. Nyawa Azam melayang..

Bukan Silapnya oleh Norzaymah Al-Rashid
Kerana saka yang perlu diperturunkan, insan yang tak berdosa menjadi mangsa.. Mujurlah ada yang sudi membantu..

HAH! Aku Sergah Kau Orang oleh Web Sutera
Kelakar pula bila baca dari sudut syaitan dan iblis.. Mengganggu manusia x kira masa.. Manusia leka pasti jadi mangsa..

Almari Tok Embah oleh Baharuddin Sairi
Maaflah.. Tak tau nak komen apa.. Mungkin saya yang x faham.. Tapi ceritanya tergantung.. Almari.. Kelibat tu fahamlah sikit 2..

Menuju Duniamu oleh Chua Pei Yong
Tiada punca.. Tau2 je dah ending..

Puteri Lembah Bujang oleh Azizon Othman
Nice.. Saka yang muncul disebabkan cuba melindung. Gangguan datang kerana menolak pinangan.. Masih ada lagi manusia yang tidak boleh menerima penolakkan.. 

Rahsia Riviera II oleh Qashdiera
Gangguan demi gangguan dari makhluk yang sentiasa mengganggu.. 
Hanya yang lemah menjadi mangsanya..

Aku Nampak oleh Mesbo
Diganggu oleh yang terbuang. Penampakkan kerana tidak bertuan.

Kesimpulannya, mereka sentiasa ada disekeliling kita. Berusaha menyesatkan sekiranya terleka. Maka kena selalu dekatkan diri dengan Allah.. Amalkan mengaji dan berzikir sepanjang masa supaya hidup sentiasa dalam lindungan Allah.

Tarikh baca 29.04.2016
Selesai baca pada 30.04.2016

Jalan di PBAKL, MAEPS 2016

Assalamualaikum..
Pengalaman di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 memang sungguh tak terjangkau..
Tidak seindah yang dikhabarkan..
Terlalu banyak yang tidak memuaskan hati..
Mujurlah memang ada tujuan untuk ke sini..
Kalau tak, tak tahulah dapat singgah ke tidak..

Sha pergi pada 29.04.2016..
First day..
Food truck tidak bersedia..
Dari satu dewan ke satu dewan memang jauh la juga..
Kemudian yang paling tak best bila booth Karangkraft ada di tiga tempat berjauhan..

 
 
 Hari pertama.. So lengang lagilah..
Di sesetengah tempat memang jadi tumpuan..
Sebab ada Program Nilam di Dewan D rasanya..

 

 Rembatan yang berjaya dilakukan di PBAKL 2016..
Hanya dapat 6 dari sembilan..
3 yang tak dapat ialah
Projek Seram Hotel
Korban
Karma

Wednesday, May 4, 2016

Projek Seram: ISTANA oleh Maria Kajiwa, Syasya Bellyna, Helmi Effendy dan Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Lama menunggu kedatangan novel ini..
Sha tertunggu sebab teringin sangat-sangat nak baca pasal Gundik Uyang..
Menggebu-gebu perasaan tu..
Jom Baca ulasan Sha mengenai ISTANA

GUNDIK UYANG oleh MARIA KAJIWA
Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci!
Karya sis Maria Kajiwa memang tidak pernah mengecewakan.. Gundik Uyang, Kisah yang merentasi zaman.. Kesetiaan rakyat pada raja membawa hingga ke keturunan yang jauh.. Walaupun dikatakan gila tetap setia menjaga dan melindung.. Bila cinta membutakan hati, rakyat menjadi taruhan.. Ohsem sangat.. Walaupun pendek namun penuh isinya. Bukan sekadar cerita.. First time dengar pasal Kemamang dan cara pengubatannya.. Baru tau pasal daun ketumpang yang seakan serupa daun sirih dan daun kaduk. Bertambah lagi ilmu..
WUJUD oleh SYASYA BELLYNA
Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud
Kesilapan yang tidak disengajakan mengundang malapetaka yang berterusan. Kesian Wangi dan Fai bertarung penuh usaha namun Wangj terpaksa melaluinya semula. Pengorbanan Fai adakah sia-sia?? Harapnya sis SyaSya Bellyna akan membuat novel penuh Wujud. Tidak puas melalui usaha Wangi dalam melawan Edlyn. Kerana dendam, keturunan yang tidak bersalah terpaksa mengorbanankan diri.. Sedih untuk Fai.. Ohsem giler..
PURBAKALA oleh HELMI EFFENDI
Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti
Cempakasari.. Nama yang mengundang musibah untuk bertandang.. Kisah yang digarap penuh seram dan thrill.. Dari Kisah sejarah Raja Bersiong menjadi satu kisah yang sangat dramatis dan ngeri.. Langsuir berperang dengan vampire.. Pergh!! Kalau buat filem mesti meleleh air mata ketakutan.. Mesti cantik gambaran yang dipaparkan.. Gambaran kerajaan Kedah Tua.. Tak terjangkau dek akal.. Encik Jamalee yang kekal tidak berperasaan.. Kesian Raja Inderawangsa.. Kerana cinta hidupnya derita dan hilang pedoman.. Memang terbaik.. Macam mengembara di bumi Kedah lak..
KORBAN GANGREN oleh NAIM TAMDJIS
Jika sudah masuk ke dunianya, korban pengakhirannya
Bila Iman tiada di Dada.. Maka hanyutlah manusia ke dunia Jin.. Alahai ngeri membaca apa yang dimakan Ismet.. Loya dan kembang tekak.. Mujurlah Azhael bertahan dan kejam berjaga-jaga.. Jin, syaitan sentiasa berusaha menyesatkan.. Cerita yang penuh pengajaran..

Saya mula baca Istana pada 27.04.2016 dan settle pada 28.04.2016..
Novel yang sangat ohsem..
Kesemua penulis memang terbaik..

 
Beli dengan Kak Maria Kajiwa..
Dah jadi koleksi adik saya..
Sebab Projek Seram ini kan berwarna warni..

Wordless Wednesday #48

Assalamualaikum..

Tuesday, May 3, 2016

Cemburu dengan Anak

Assalamualaikum..
Hai Kawan-kawan semua..
Entry ini adalah sambungan dari entry 

Cemburu.. Perasaan yang memang sinonim dengan manusia..
Kalau dulu Sha cemburu tengok orang lain ada emak dan Sha tiada.
Tapi sekarang perasaan cemburu itu bertukar kepada anak Sha.

Sebelum Sha dapat Imani, Sha memang rapat dengan Amani.
Tapi lahir sahaja Imani, Amani lebih rapat dengan ayah dia.
Kadang-kadang tu cemburulah juga.
Tapi anak perempuan memang akan rapat dengan ayah.

Amani mungkin rasa macam Sha ketepikan dia lepas Imani lahir.
Tapi hakikatnya, keduanya Sha sayang.
Walaupun Amani rapat dengan ayah, tapi bila mandi pagi tetap nak Sha mandikan.
Cuma bila tidur tu memang dia cari ayah dia..

Imani pula berbeza, dia tak kisah..
Sha ada pun okay, Sha tak ada pun okay..
Imani manja dan sangat nakal..

Amani pula sangat protective dengan apa yang dia ada..
Biasalah dia dah umur tiga tahun baru dapat adik..
Tapi tetap sayang adik.

Walau apa pun keduanya Sha sayang.
Mereka tak kisah sangat berjauhan dengan Sha.
Tapi kalau berjauhan dengan ayah, dibilangnya hari bila ayah nak balik.
Kejap-kejap tanya, ayah mana.. Ayah mana..
Nampak tak betapa garangnya emak..
Garang tapi sayang..

Monday, May 2, 2016

Perasaan Saat Mula Menjadi Seorang Emak

Assalamualaikum..
Hai semua..

Entry ini sebenarnya permintaan dari seorang adik blogger..
Awak tau siapa awak..
Dia minta Sha kongsikan perasaan seorang emak..

Jadi, mari kita berkongsi rasa dan perasaan ya.
Saat mula diberitahu Sha mengandung, macam-macam bermain di fikiran.
Bersediakah Sha? Sungguh ke Sha mengandung ini?
Banyak juga rasa yang dikongsi oleh ibu-ibu mengandung Sha tak rasa..
Namun itu bukanlah penghalang. Sha pegang, Insya Allah semuanya akan 'go with the flow'.
Kalau kita terlalu banyak berfikir pun kita tetap akan melalui situasi itu.

Pengalaman mengandung anak pertama memang berbeza dengan anak kedua Sha.
Masa anak pertama Sha sangat aktif.
Suka makan. suka berjalan. Lasak. Tak macam orang mengandung.
Yang paling tidak boleh Sha lupa masa jatuh motor.
Masa tu usia kandungan Sha 7 bulan.
Mujurlah Encik Suami tidak ke mana-mana masa tu.
Alhamdulillah, Baby kuat dan Sha pun tak ada masalah.
Sempatlah check in satu malam dekat hospital.
(Sila jangan ikut perangai Sha ini ya.)

Saat dan detik ketika melahirkan memang sangat-sangat menginsafkan.
Bukan mudah membawa nyawa lain dalam badan kita.
Kemudian bila dia keluar perasaan protective sangat kuat.
Masa dalam pantang Sha sangat tak suka orang lain pegang anak Sha.
Rasa macam mereka nak ambil anak tu dari Sha.
Lama jugalah nak hilangkan perasaan protective tu.
Rasanya lepas anak Sha dah masuk 2 ke 3 bulan baru Sha ok, orang pegang anak Sha..
Itu pun sebab kena letak anak dekat rumah pengasuh.
Mula-mula itu memang asyik teringat dekat anak je.
Lama ke lamaan, Sha tawakal pada Allah setiap kali hantar anak dekat pengasuh.
Sha cuba mudahkan pengasuh menjaga anak Sha..
Sha mandikan dahulu pagi-pagi sebelum hantar anak ke rumah pengasuh.
Bagi anak Sha bersih, wangi.. Supaya orang senang dan suka..

Cabaran yang sangat besar bila dapat anak ke dua..
Pengalaman mengandungkan Nur Imani memang berbeza dari kakak dia.
Sha tak boleh nak makan.. Lembik.. Sampai kena tahan wad..
Puasa pun banyak tinggal.. Tapi lepas check in hospital, terus paksa diri..
Paksa juga makan.. Paksa juga minum.. Cari makanan yang boleh tekak terima..
Cuma satu je kesilapan Sha, Sha x gagahkan diri makan ubat dan vitamin.
Yang ini memang tak boleh masuk. Kesannya pada Imani..
Kulit dia sensitif.. Mudah gatal-gatal dan merah-merah..
Dugaan menunggu Imani dua tahun memang banyak tapi sayangnya seorang emak tiada tandingan..

Bila sudah punya anak sendiri baru Sha faham perasaan mereka yang bergelar emak.
Bukan mudah menjaga anak. Saat mereka mula ke sekolah perasaan risau lain datang bertandang.
Okay ke anak aku di sekolah? Cikgu bagi perhatian tak dekat dia?
Bolehkah dia bergaul dengan rakan-rakan? Dia belajar ke main dekat sekolah?
Macam-macam kerisauan seorang emak.
Kena kentalkan jiwa dan raga. Kena yakinkan diri yang anak kita akan ok.
Kena selalu positifkan diri. Tapi memang bukan senang.
Macam mana marah pun seorang emak, malam mesti dia renung dan peluk anak..
Kasih sayang yang tiada batasnya..

Sunday, May 1, 2016

WOOP - Pure Beauty

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan semua..
Jom Sha share dengan semua aktiviti yang menarik dari WOOP.
WOOP dengan kerjasama Watsons telah melancarkan WOOP Pure Beauty.
Dekat sini dia tawarkan produk Pure Beauty, syarat yang paling penting..
Kena ada Kad Ahli Watsons.

http://purebeauty.woop.my/?friend=1019  

Konsep dia sama je macam WOOP cuma produk dia dari Watsons.
Produk kecantikan..
Ada Big Mission yang bagi point banyak..
Ada Daily Mission, yang ini kena rajin jenguk untuk jawab..
Tidak semestinya hari-hari tapi sesekali jenguklah..
Walaupun point dari Daily Mission nie sikit tapi sikit-sikit, lama-lama jadi banyak..
Daily Mission nie lagi senang.

Kalau Big Mission cam susah sikit..
Contoh macam dekat bawah ini.
 
Tengok point yang dia bagi tu.. 600 beb..

 
Tapi susah sikitlah..
kena print voucher dulu..
Lepas itu, pergi Watsons bila produk Pure Beauty guna voucher itu.
Kemudian ambil gambar resit pembelian dan upload.
Lepas dia sahkan baru dia bagi 600 point tu.

 
Ini antara daily mission yang kena jawab.
Masa jawab daily mission ini dia akan suruh kita pilih trial kit produk Pure Beauty.
Dapat barang free lagi.. Ohsem kan? 
Jawab soalan-soalan ini je, Sha dah dapat kumpul 500 point.
Mudahkan..

 
Ini rewards yang Pure Beauty tawarkan.
Watsons point.

 So.. Tunggu apa lagi..
Jom joint..

Amani, Imani dan Ayah

Assalamualaikum..
Hai semua..
Macam inilah jadinya bila ayah lambat balik..
Selalu ayah ada je dekat rumah..
Bila sesekali ayah balik lambat, habis dipaut kaki ayah..

Keletah Amani dan Imani..



 
Tak nak dilepaskannya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com