Friday, April 22, 2016

Cermin Mata Patah??

Assalamualaikum..
Hye kengkawan..
Biasalah bila ada anak yang tengah membesar..
Semuanya nak dibuat main..

Pagi 20.04.2016, dah siap-siap nak Pergi Kerja tapi cermin mata xde..
Bila tanya dengan my gegurl, katanya dalam kotak.. 
Buka-buka, tengok dah tertanggal.. Sedihnya..
Sha kalau x pakai spek memang x boleh drive.. 
Bahaya.. Sebab rabun jauh..
Xpelah petang nanti bawa gi kedai, sebab bila sha tengok skru dia tertanggal..

Mujurlah ada sicomel yang lama..
Spek nie x pakai sebab kecik dan power silaunya kurang.. 
Memang saja simpan dalam kereta..
In case yang macam nie terjadi..

Nak buat macam mana kan.. 
Sel-sel otak sedang berhubung.. 
Bilalah nak bawa untuk dibaiki..

 
Inilah sicomel yang masih berjasa..
Kecik dan power silau pun x berape..
Tapi bolehlah untuk dipakai..
Buat sementara.. dari langsung blur jer..

 
Inilah keadaanya..
Rupanya, si adik dok main spek mata Sha..
si kakak kononya nak amik dan simpan..
Tertarik kuat sampai batang tu tercabut..
Takut mak marah, kakak nyorokkan dalam kotak..
Alahai anak... 
Dua-dua kena marah..

Thursday, April 21, 2016

Kisah Seram Malam Jumaat #1 - #5

Assalamualaikum..
Minat membaca??
Suka baca karya-karya seramlicious??
Punya hand phone Android..??
Download lah app Ilham Karangkraf..
Kenapa??
Boleh membaca online..

Apa kena mengena ngan tajuk entry nie??
Ada.. Kisah Seram Malam Jumaat nie ialah karya pendek yang dihasilkan secara bergilir-gilir oleh penulis seramlicious.. Setakat ini dah ada 4 cerita pendek.. Entry nie Sha buat sebagai penghargaan kepada penulis-penulis seramlicious yang sentiasa bersemangat memberikan cerita yang terbaik dan ohsem untuk tatapan pembaca..

Kalau nak ikuti detail mengenai Kisah Seram Malam Jumaat, boleh ke Blog BP Ohsem ye..
Setakat nie, semua cerita yang disiarkan punya kekuatan dan kehebatan yang tersendiri..

Senarai mereka yang terlibat dengan Kisah Seram Malam Jumaat..
Selamat mengikuti cerita pendek ini setiap Khamis malam Jumaat.. Jangan ketinggalan tau.. Penulis-penulis seramlicious nie punya kehebatan yang tersendiri.. Rugi kalau x baca..

Disebabkan cerita yang disiarkan ini cerita pendek, maka review Sha untuk setiap cerita juga akan pendek sahaja ye.. Kikikiki.. Jangan Marah.. Review nie ikhlas dari hati.. Kalau ada teguran tu, jadikan iktibar.. Mana yang baik kita ikut.. Yang x baik kita xyah gedik-gedik nak ikut.. Selamat membaca review Sha..

Alarm oleh Eqbal Mohaydeen
Alahai.. Yang nie kan.. Sabar jelah.. Dahlah memang selalu letak HP dekat dengan diri masa tidur.. Ish.. X baik tau Eqbal nie.. Lepas baca citer nie, seram tau dengar bunyi alarm HP.. Wargh!!! Menci la...

Nombor Ekor oleh Eqbal Mohaydeen
Gedik lagi nak main no Ekor.. Percaya pada orang yang salah.. Memang jadi mangsalah.. Punya banyak cara lain untuk jadi kaya, cara salah juga nak guna.. Pelikkan manusia nie.. Jadikan iktibar ye.. Jangan gedik-gedik nak buat gini.. Sepuk nanti..

Teksi oleh Salleh Kausari
Ok.. Nasib baiklah Sha dah x naik teksi.. Wakakaka.. Kalau x memang xtau lah, camne agaknya nak naik teksi balik.. Sebab tu orang tua-tua cakap jangan keluar waktu senja.. Ada sebabnya..

Kisah ke empat..
Kem Motivasi oleh Helmi Effendy
Pergh!! Memang meremang.. Cara serangan banshee tu, ganas giler.. Yang buat lagi ohsem bila tetiba muncul Citra dan Badruz dari novel Dari Alam Lain.. Memang mengancam..

Mancis oleh Sufi Abqari
Nantikan ketibaannya.. Malam ini, jangan lupa temujanji kita ye..

Wednesday, April 20, 2016

Wordless Wednesday #46

Assalamualaikum..

Menang Review Novel #Qarin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Rezeki hari ini.. (05.04.2016)
Sha menang peraduan Review Novel Qarin oleh Ilya Abdullah..
Dapat hadiah Novel Manuscript oleh Saidee Nor Azam..
Pergh!! Memang berhajat nak dapatkan novel tuh..

Alhamdulillah, x sangka menang contest nie..
Yelah saingan sume sengit-sengit tuh..
Review Sha biasa-biasa jer..
Nak baca review Sha??
Klik Qarin by Illya Abdullah

Terima kasih sekali lagi pada Sis Ilya Abdullah kerana menganjurkan review contest nie..
All the best sis..

 
Keputusan diumumkan pada 05.04.2016

Novel Manuscript by Saidee Nor Azam sampai pada 18.04.2015..
Tapi dapat kat tangan pada 19.04.2015
Alhamdulillah.. Semoga sis Ilya Abdullah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan berkarya..

 

Tuesday, April 19, 2016

Fitnah Siber : U-Turn ke Jalan Yang Lurus

Assalamualaikum..
Hye semua..
Bila joint Kursus dekat INSTUN, akan ada sesi bersama penceramah Luar..
Kali ini Penceramah luar yang dijemput ialah PU Rahmat (Finalis Pencetus Ummah Musim Pertama).
Tajuk yang disampaikan ialah Fitnah Siber : U-Turn ke Jalan Yang Lurus..
Sekejap jer sesi bersama PU Rahmat nie..
8.30pagi - 10.30pagi je..
Oklah kan.. hehehe..

Jom layan gambar..

 

 

 

Bersama PU Rahmat..
Ceramah yang menarik

Monday, April 18, 2016

Dia Imamku oleh Najwa Rahman

Assalamualaikum..
Hye guys..
Saja relaxkan Minda dan jiwa dengan Novel cinta..

Novel Dia Imamku oleh Najwa Rahman nie, memang ohsem.. Macam-macam perasaan ada dijiwa..
Sha sangat benci dengan watak Syamimi dan Zulaikha.. Perampas yang x pernah mengerti bahawa lelaki yang dah berkahwin adalah lelaki yang telah mempunyai isteri.. Sha suka cara Najwa menggambarkan watak Insyirah.. Memegang kukuh dengan pendirian dan tidak mengalah mempertahankan perkahwinan.. Watak Insyirah yang strong dalam meluahkan dan menegaskan bahawa dia ialah isteri kepada Naufal..
Seriously novel yang sangat sesuai dibaca oleh mereka yang ingin berkahwin muda @ berkahwin semasa masih menjadi pelajar.. Banyak pengajaran dan panduan.. Bagai mana Naufal dan Insyirah membina kehidupan dan membentuk keluarga mereka.. Bukan senang tapi dari situlah pengalaman di perolehi.. Novel yang sangat ohsem.. Sha mampu meletakkan diri Sha di tempat Insyirah dan merasai kesakitan dan kegembiraan yang dilalui Insyirah..
Tahniah Najwa Rahman.. Semoga terus menghasilkan karya yang ohsem..

Start baca 11.04.2016
Selesai pada 13.04.2016

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer

KURSUS UM02/16: CAKNA CYBER di INSTUN

Assalamualaikum..
Yeah!! Kursus lagi..
13 - 15 April 2016

Yuran RM30
Makan 3 kali sehari..

Kursus yang ohsem ok..
Hari last ada tetamu jemputan ok..
Yang tu kita share dalam entry lain ye..

Jom layan gambar dulu..
Makan masa kat Kursus nie pun ohsem..

Tentatif program..

Rahsia Fitnah oleh Ustaz Mohd Ridhzuwan

Hack Me Now, Hack Me Then..
Ohsem ok..

Penyalahgunaan IT dalam Pentadbiran Tanah..
Hat nie xde kena mengena ngn kami..
Tapi penceramah dia best.. Guna slang perak..

Disebalik Tirai Siber
Madu dan Racun Dunia IT
oleh Dr. Mashitoh dari UPSI

Slot terakhir oleh Puan Aminah dari INSTUN
Teknologi Menjana Pendapatan Ke-2

 
 Jom main Kahoot!

 
Yeah!! Dapat hadiah..

Sunday, April 17, 2016

Cinta Kita Macam Drama Dalam TV, Cuma... Oleh Haryani Kamilan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama x baca novel cinta..
Novel karya Haryani Kamilan nie unik..
Unik pada tajuk..
Unik juga sebab ini sambungan..
Novel sebelum nie tajuknya Aku, Espresso dan Latte
Yang tu saya x baca..
Saya suka cover novel nie.. Ohsem sangat.. Jalan cerita not bad..
Ada scene dalam nie mengingatkan saya pada memori lama..
Saya memang meminati bidang masakan, dan ianya sebahagian dari cerita ini..
Kalau buat drama, memang chomel..
Cerita cinta yang santai dan mampu membuatkan saya tersenyum-senyum..
Tahniah penulis untuk cerita yang ohsem..

Start baca 12.04.2016.. Settle baca 13.04.2016

Pinjam dari adik Sha..
Published September 5th 2015 by PTS

Saturday, April 16, 2016

Trauma oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Membaca trauma mengundang satu perasaan insaf dalam diri..
Mendidik anak-anak sekiranya terleka boleh mengundang sesuatu yang tidak disangka.. 
Kata kunci trauma tu sendiri memainkan peranan dalam keseluruhan cerita ini..
Trauma yang dirasakan oleh watak Utama terbawa-bawa ke dalam diri Sha.. 
Bukan senang mengolah cerita yang bermain dengan emosi.. Walaupun Sha dapat menjangka yang dijumpa Arfa bukanlah Miza tapi hati tetap menidakkan mewujudkan Niza..
Bila pembunuhan demi pembunuhan berlaku.. Kehilangan demi kehilangan.. 
Yang jahat dan kejam mula menonjolkan diri.. Terleka je kita dari memantau anak boleh menyebabkan mereka jauh terpesong.. Pengajaran yang diberikan Trauma kepada Sha memang sangat dalam.. Meninggalkan kesan yang x mungkin hilang..
Sesungguhnya pergantungan kepada Allah itu perlu setelah berusaha sehabis baik.. 
Semoga kita tidak didatangkan Trauma yang dasyat..

Lama juga nak menghadam Trauma dan meredakan diri dari Trauma..
Mula membaca 09.04.2016
Selesai membaca 11.04.2016

Published 2015 by Buku Prima

Friday, April 15, 2016

Sambal Tempoyak Dlaila

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama sebenarnya menahan diri dari membeli..
Walaupun gambar Sambal Tempoyak nie sentiasa berkeliaran di FB..

Tapi akhirnya, benteng pertahanan gagal..
Pada 05.04.2016, Sha telah membuat pesanan dengan agent Sambal Tempoyak Dlaila..

Penantian berakhir pada 11.04.2016..
Pergh!! Memang terbaik..
X sia-sia sha order dua..
Ohsem sangat nie..

Sambal Tempoyak Bilis Petai dan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Cendawan Kukur..
Beli satu bekas setiap satu nie..
Melepaskan rasa di hati...

Kerana gambar nie... benteng pertahananku roboh..

Alhamdulillah Sambal Tempoyakku dah selamat sampai..
Buka je dari plastik, terus salin bekas..
Kikikiki.. Senang nak simpan..
Memang terbaiklah..

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Cendawan Kukur

Sambal Tempoyak Bilis Petai

Memang x tungguh dah..
Dapat je terus makan dengan nasi goreng..
Memang sedap dan memuaskan hati...

Ramadhan nanti nak order lebih..
Boleh makan masa sahur..
Pembuka selera yang ohsem..

Carwash Behrang 2020 ditutup?

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebelum ini Sha ada share mengenai Carwash terbaik di Behrang 2020 kan?

Entry tu boleh klik SINI.
Untuk makluman semua, Carwash tu tidak lagi beroperasi..
Tapak tempat Carwash tu akan dijadikan Maahad Tahfiz..

Pakcik tu kata dia ada buka Carwash tu dekat tempat lain..
Tapi jauhlah dari Behrang 2020..
Dekat Slim Village katanya..
InsyaAllah kalau Sha berjaya jumpa tempat baru Carwash nie, Sha share sini ye..

Tinggal kenangan..

Thursday, April 14, 2016

Drama Korea | Please Come Back, Mister (2016)

 
Drama: Please Come Back, Mister
Also Known As: Dolawayo Ajeossi, Hello My Precious Person, Goodbye My Beloved One, Annyeong Sojunghan Nae Saram, Hello, My Precious, Come Back Ahjussi, Come Back Mister, Come Back, Uncle, Come Back Alive
Director: Shin Yoon Sub
Screenwriter: Noh Hye Young
Genres: Comedy, Romance, Drama, Melodrama, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 24, 2016 - Apr 14, 2016
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: SBS
Duration: 60 min.
Assalamualaikum..

Drama lakonan bi Rain nie, walaupun x sepopular Descendants of the Sun tapi best pada Sha..
Sebab yang pertama ialah ada Rain..
Rain kan ohsem.. Watak yang Rain bawa dalam nie pun memang sangat kena dengan Rain..
First episod, biasa jer..
Start second episod bila watak Young-soo tu dah mati dan rohnya masuk dalam badan Rain, citer nie berubah seratus peratus..

Drama Come Back Mister ini kalau ikutkan biasa jer..
Citer pasal dua orang lelaki iaitu Young-soo (pekerja di pasaraya, selalu gaduh ngn bini dia sebab melebihkan kerja dari keluarga) dan Gi-tak (gengster tapi buka restorant dan sangat menyukai seorang pelakon nie). Kerana seorang lelaki iaitu Cha Jae-gook (bekas suami pelakon dan juga tokey pasaraya) hidup diorang kucar kacir.. Maka bermulalah pengembaraan dalam menebus semula kesilapan lalu.. Dapatkah mereka melunaskan apa yang tertunggak sebelum mereka mati?? Tanpa mereka sedari, hidup mereka saling berkait antara satu sama lain. Bila mereka kembali semula ke dunia selepas mati, banyak rahsia yang mula terbongkar. Kenalah tengok sendiri drama yang penuh jenaka, sedih marah dan romantik ini..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com