Tuesday, July 25, 2023

China | The Haunting 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada kisah mengenai Kumanthong dalam filem ini.. Tapi lebih rumitlah..

Kali ini pun sama.. Jiang Shuo yang buat hal dan Qin Yiheng yang kena selesaikan masalah.. Ish.. Ish.. Banyak kai dah di pesan oleh Yiheng tapi biasalah Shuo bukan nak dengar.. Beli juga rumah dengan murah dan terpaksaberdepan dengan sihir hitam yang ada dalam rumah tu.. Cumanya selain sihir, mereka juga terpaksa berlawan dengan kultus gila yang membunuh keluarga Yiheng..

Movie: The Haunting 2
Also Known As: Xi Wu Da Shi
Director: Wang I Fan, Wu Cheng Zhe
Genres: Mystery, Horror, Thriller, Supernatural
Country: China
Release Date: Apr 20, 2023
Duration: 1 hr. 20 min.
The so-called "haunted house" refers to a house where someone has died in a tragic manner. It is said that those who die in such a way are unwilling to accept their untimely demise because their lifespan has not been fulfilled. "Mr. Haunted House" Jiang Shuo, on the other hand, purchases haunted houses at low prices, purifies them from evil and impurity, and then resells them at high prices. One day, disregarding the advice of his companion Qin Yiheng, Jiang Shuo insists on buying an unusually cheap small western-style building. By chance, he discovers a hidden mysterious tomb in the haunted house and encounters a "female ghost" inside. Subsequently, various bizarre incidents of murder, darkness, and eerie events start to occur...


Julie's Milk Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang rajin beli biskut pelbagai perisa dan jenama sebab Amani akan sarapan atau bawa sebagai kudap-kudapan di sekolah.. Sha tukar-tukar supaya dia tak bosan.. Sambil-sambil tu, bolehlah Sha buat entry di blog ini.. kikiki..

Harga ikut tempat dan pasaraya sarasanya.. Masa Sha beli ini tengah ada promosi.. Murahlah sikit harganya.. kikiki.. Berbaloi beli sebab dia dalam pek individu.. Senang Amani nak bawa sebagai kudapan dia di sekolah.. Shapun bawa juga ke pejabat.. Tak sempat nak makan berat, Shamakan biskut ini je.. Sedap sebab rasa susu dan saiznya senang nak kunyah.. kikiki.. Comel je..

Julie's Milk Crackers (306g) - RM5.90

9 pack

Ada 10 keping biskut dalam 1 sachet tu..

Diskusi Digital@PNM 2023 Siri 2: Di Sebalik Tabir Animasi Di Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini ada Diskusi Digital@PNM 2023 Siri 2: Di Sebalik Tabir Animasi Di Malaysia yang dilaksanakan secara maya di Youtube dan juga bersemuka..

Diskusi yang mengupas topik yang sangat menarik iaitu tugas juruanimasi di sebalik tabir sesuatu karya animasi di Malaysia.. Memang menarik kerja di balik takbir ini.. Betapa tanpa mereka ini kita tak akan dapat menonton animasi-animasi yang menarik di kaca tv mahupun di laman youtube.. Kerjaya yang menarik dan juga mencabar..


Bersama panel kali ini:-

1) En. Khairur Rizal Jalani
- Animasi Awang Kenit

2) En. Muhammad Hafeez Salleh 
- Kesan khas (Star Wars: the Mandalorian)
- Animasi Bukit Sekandang

3) En. Fayrus Effenddy Haruddin
-Animasi pengiklanan 

UK/US | Luther: The Fallen Sun (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang pembunuh gila.. Bukan gila biasa-biasa tapi luar biasa gilanya.. Membunuh demi kepuasan diri.. Bukan bunuh biasa-biasa okay.. Siap buat rakaman untuk dipaparkan kepada audiens yang gila dan juga kepadakeluarga mangsa yang dibunuh serta polis.. Pembunuh yang menangkap orang awam dan membunuh.. Menggunakan sesiapa sahaja yang rahsianya didapati secara atas talian.. Parasit yang gila.. Menggunakan teknologi dengan cara yang jahat.. Siapa sahaja yang menghalang, pembunuh ini akan cari orang lain yang boleh membantu dengan mengugut mereka.. Memang gila..

Paing gila bila orang awam yang dia culik dipaparkan di laman sesawang untuk penonton pilih cara mereka akan dibunuh.. Gila.. Gila.. Memang gila..

Luther: The Fallen Sun
2023 ‧ Thriller ‧ 2h 9m
A serial killer terrorizes London while disgraced detective John Luther sits behind bars. Haunted by his failure to capture the cyber psychopath who now taunts him, Luther decides to break out of prison to finish the job by any means necessary.

Monday, July 24, 2023

Kluang RailCoffee: Original Railway Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi ini encik suami beli di Kluang, Johor.. Beli masa beliau pergi ride dengan kawan-kawan.. Beliau tahu isterinya suka kopi, tu yang ditapaukan sebotol.. Sha suka kopi dia.. Best.. Padu, lemak dan pekat.. Memang terbaiklah.. kikiki..

Original Railway Coffee - RM6.90

D Topian Sungai, Tanjung Malim, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tahu pasal tempat makan ini pun sebab pemiliknya rajin pos dekat FB.. Dari dua minggu lepas lagi teringin nak ke sini tapi kekangan masa.. Tambahan pula kedai ini buka Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja cuma waktu je berubah-ubah.. Kadang seawal jam 4, kadang pukul 6.30.. Bergantung pada keadaan dan tukang masak.. Kedainya comel je.. Terletak berdekatan dengan chalet dan sungai.. Pada Sha memang berbaloi datang sini kalau anda peminat udang.. Sha teringin sangat nak pergi sebab nengokkan nasi goreng udang dia tu.. Mengancam sungguh.. Udang pun fresh, besar dan banyak.. Memang berbaloilah harga dia tu.. Total bayar RM43.. Pada Sha sangat berpatutan untuk makanan dan minuman yang kami pesan.. InsyaAllah, nanti nak cuba nasi goreng ikan rebus dia pula.. Tu pun mengancam juga..

Char kuetiau Udang - RM8

Chicken Chop - RM13

Nasi goreng Udang Petai - RM9

Selak nasi baru jumpa petai.. Besar-besar petainya..

Limau asam boi (2), oren jus dan teh o ais.. Air dia memang mantap dan sedap.. Orange tu puas hati beb.. Limau asam boi pun padu..

Kedai makan dia comel je.. Tapi pilihan makan best..

China | The Haunting (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton di iqiyi filem ini.. Jiang Shuo ini tergoda dengan tawaran jualan murah satu property ini tapi tanpa disedari ada masalah dengan bangunan itu.. Sebaliknya pula yang berlaku bila mereka disambut dengan kematian salah seorang penghuni dalam bangunan tu.. Mujurlah dia datang dengan dua kawan dia lagi.. Kerana mereka, akhirnya terbongkar satu kisa pembunuhan yang berlaku lama dahulu di bangunan tersebut.. Itupun selepas beberapa orang mati.. huhuhu..

Movie: The Haunting
Also Known As: Hei Lou Guai Tan , Xiong Zhai Bi Ji Shao Nian Pian
Director: Wang I Fan, Wu Cheng Zhe
Genres: Action, Horror, Mystery, Thriller, Revenge
Country: China
Release Date: Mar 25, 2023
Duration: 1 hr. 2 min.

Jiang Shuo, unable to resist the temptation of the cheap haunted property owned by Ying Xijia, bought the building despite the objections of Qin Yiheng and Yuan Zhen. Upon taking over, they discovered that the tenants here behaved strangely, and one after another, people were cursed to death by the legendary "Ghost King." In the end, the three of them worked together to uncover the truth, dispel the ghostly rumors, solve a long-standing grudge, and bring the perpetrator to justice.

~~ Adapted from the novel "Haunted Houses Handbook" (凶宅笔记) by Er Shi San (贰十三) ~~

ebook | Abang Gengster Falls in Love oleh Cik Bawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada satu bahagian buku ini berulang dari buku bertajuk Pencuri Hati Si Playboy oleh Cik Bawang..

Bolehlah layan.. Sengal dan kelakar.. Gengster tapi baik.. kikiki.. Lepas tahu keseluruhan cerita memang sedihlah kehidupan Nik Benjamin, mujurlah ada Bella.. Cuma agak tak menarik sebab ada babak berulang dari buku lain.. Mungkin kalau diringkaskan bahagian tu dan fokus pada Bella dan Nik Benjamin lagi okay kot..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2023..

Published March 1, 2017 by Trop Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

7E Cafe: Beryl's Dark Chocolate with Sea Salt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang dah lama Sha target nak beli.. Bila jumpa di 7E Cafe, teruslah Sha beli.. Sedap.. Rasa coklat dia berlemak dan memang ada garam tau.. Garam tu seketul seketul, kecillah bukan besar pun tapi garam.. Coklat tu jadi lagi wow dengan adanya garam tu.. Lain macam rasa dia, untuk yang tak biasa mungkin akan rasa sedikit pelik..Sha suka.. Coklat gelap dan ketulan garam laut memang memukau.. Campur dalam kopi pun best ini..

Beryl's Dark Chocolate with Sea Salt - RM26.00

Ada 36 keping coklat..

1 petak tu ada 3 keping..

Rupa coklat dia..

Sunday, July 23, 2023

Malaysia | Imaginur (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jadi semangat nak tengok filem ini lepas baca review Farhana.. Korang kalau tak tahu nak tengok filem atau drama apa, pergilah jenguk blog Farhana.. Lepas baca review Farhana, mesti tergoda nak tengok filem atau drama yang da ditonton Farhana.. 

Superb!! Memang tepat sangat bahagian ramai yang menangis bila dengar lirik ‘Teriaklah…teriaklah..teriaklah..’ Sebab Sha pun menangis masa bahagian ini.. Trauma kehilangan yang buatkan minda bercelaru dan kenangan berubah.. Gandingan dua pelakon ini memang terbaik.. Dua-dua berjaya sampaikan watak mereka dengan baik.. Memang terasa perasaan tu.. huhuhu..

Bila tengok filem ini, buat Sha sangat menghargai perasaan dan juga kenangan yang Sha ada.. 

IMAGINUR
Genre: Romantik Sci-fi
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2023
Idea Asal: Redza Minhat
Skrip: Redza Minhat, Nik Amir Mustapha
Pengarah: Nik Amir Mustapha
Produksi: Lumatic Films

Pelakon: Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa Dato’ Afdlin Shauki, Meor Hashim Manaf, Dato Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Takahara Suiko, Ruzana Ibrahim, Pekin Ibrahim, Anas Ridzuan

Sinopsis Imaginur
Mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpi Zuhal.

Pada satu hari Zuhal terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba mengejar wanita yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Usai sedar Zuhal berada di sebuah hospital di sisi bapanya yang menghidap Alzheimer. Di situ dia telah diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar hipnosis untuk merawat masalah yang dialaminya. 

Ketika ke pasar raya bersama bapanya untuk membeli barang, Zuhal terserempak bekas teman wanitanya yang kini menjadi tunangan orang.

Saat dia berkonfrontasi dengan bekas teman wanitanya, dalam dia tidak sedar bapanya telah hilang. Zuhal telah pulang ke rumah tanpa bapanya di sisi sehinggalah disedarkan oleh adiknya iaitu Isma. 

Menyedari hidupnya makin kusut dengan situasi yang berlaku, Zuhal nekad bertemu pakar hipnosis di sebuah pusat bernama Hypnotica milik Dr Ramli. 

Selepas bertemu Dr Ramli, Zuhal seakan tidak percaya dengan penerangan Dr Ramli yang agak mengelirukan dan dia rasa seperti telah ditipu oleh 'scammer'. Namun dia tetap meneruskan sesi itu selepas terjumpa kelibat Nur di sana. 

Adakah Nur sebenarnya wujud atau hanya imaginasi Zuhal semata-mata yang larut dalam sesi terapi bersama Dr Ramli? 

Pocky Double Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap sebab double coklatnya.. kikiki.. Snek yang mengasyikkan.. Tambah bila makan sambil membaca.. Laju je bergeraknya.. Tahu-tahu dah habis.. kikiki..

Pocky Double Chocolate (39g) - RM3.19

Meriah isinya.. Ada 19 batang..

ebook | Bintang Terbaik oleh Emy Roberto

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sweet je cerita dia.. Ada part yang Sha tak berkenan dan tak sesuai tapi masih okay dibaca.. Kisah Leyla dan Red yang terluka dan bertemu di bumi asing.. Perkenalan yang singkat membuahkan cinta.. Geram juga dengan ego Red.. Mujurlah Red ada kawan baik yang sentiasa memberikan kesedaran.. 

Satu yang mengujakan dalam ini walaupun ada watak orang ketiga namun tak ada babak yang bukan-bukan.. Watak yang paling Sha suka dah tentulah Jay.. Jay seorang kawan yang selalu ada untuk kawan-kawannya..

Published August 1, 2020 by Emy Roberto
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com