Sunday, January 17, 2016

Fenomena El Nino 2016

Assalamualaikum...
Perkongsian bersama..

Fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan di antara 20% – 60% dan kenaikan suhu sekitar 0.5°C hingga 2.0°C berbanding biasa. Untuk makluman, pada hari biasa (Normal day) suhu maksimum adalah di antara 28.6°C dan 35°C manakala semasa hari panas (hot day) pula suhu maksimum adalah di antara 35°C dan 37 °C.

Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba,

Musim kering berpanjangan pula boleh menyebabkan beberapa masalah seperti krisis bekalan air, cuaca panas, kebakaran hutan dan jerebu. Antara penyakit-penyakit yang berkait dengan masalah ini adalah kejadian penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu iaitu jangkitan pada saluran atas pernafasan (upper respiratory tract infection - URTI), asma dan konjunktivitis. Kanak-kanak dan warga emas adalah antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakitpenyakit ini.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai seperti berikut;
- Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak.
- Hadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
- Pakai pakaian yang ringan dan elakkan pakaian tebal dan ketat.
- Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.
- Orang ramai disarankan agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes iaitu penyebab denggi seperti bekas plastik, tin kosong, tayar dan pasu bunga.
- Orang ramai yang menyimpan air di dalam bekas adalah disarankan supaya memastikan bekas penyimpanan air adalah bersih dan selamat iaitu tidak pernah digunakan untuk menyimpan bahan kimia atau racun.
- Semua bekas penyimpanan air ditutup supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, tidak tercemar oleh bakteria dan haiwan perosak. Masukkan abate ke dalam bekas-bekas air yang terbuka. Air yang disimpan perlu ditukar sekiranya ada perubahan bau, warna, rasa dan terdapat pembiakan nyamuk atau lumut di dalam bekas penyimpanan.
- Berjimat dalam penggunaan air seperti menggunakan air yang telah digunakan (kitar semula) untuk menyiram pokok, mencuci kereta, mencuci lantai dan longkang.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape.


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya bersiap sedia dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi masalah ini. Nasihat kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi krisis ini boleh diperolehi daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia


Selain itu info mengenai cuaca ini juga boleh diperolehi di Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Anda Perlu :
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. 
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan 
  • Hadkan aktiviti luar 
  • Kerap berehat 
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda 
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar. 
  • Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup. 
  • Bersenam dalam cuaca panas
 
sila dapatkan rawatan segera ye..
 

Roh Rumah Sewa karya Naim Tamdjis

Assalamualaikum...

Meh Sha nak share pasal kegemaran Sha yang paling baru ini..
Sha dah semakin addicted dengan novel-novel seram tempatan..
Tak terkejar rasanya nak memiliki novel-novel hebat ini..

Buat masa ini jiwa dan raga tidak berape boleh nak membaca novel cinta..
Hati tu dah tertusuk dek panahan karya seram tempatan...

Yang paling baru Sha baca adalah karya Naim Tamdjis..
Roh Rumah Sewa...
Seram dan kelakar serta bersejarah...
Memang ohsem sangat bila baca..
Terasa-rasa seperti watak utama la pula..

Karya yang ditampilkan oleh adik Naim Tamdjis ini memang dekat dihati..
Walaupun bukan orang perak, namun Sha kini dah menetap di Perak..
Baru-baru ini pernah sampai ke Gerik..

Latar novel Roh Rumah Sewa ini adalah di Gerik..
Jadi terasa-rasa seolah berada di Gerik..

Seram tuh memang seram.. Tapi dalam masa yang sama mampu membuatkan sha ketawa..
Watak hantu yang diceritakan memang menyeramkan..

Namun aksi watak utama dan watak sampingan juga berjaya menggeletek jiwa untuk ketawa..
Satu kelainan yang sangat bagus..
Seram dan kelakar... Memang 10/10 lah Sha bagi...

Sha baca dan selesai pada 17 Januari 2016..

 
Diterbitkan oleh Buku Prima..

Saturday, January 16, 2016

The Good Dinosaur

Assalamualaikum....
Jom layan citer kartun nak...
Filem omputih nie nampak macam best je..
Sha menonton bersama anak-anak...

The Good Dinosaur
Filem yang ok dan best.. Kalau ambil sebagai hiburan ok lah..
Pengajaran yang bagus dalam ini ialah, kita kena berusaha mengatasi rasa takut yang ada dalam diri bukannya menyerah kalah tanpa berusaha.. Sahabat yang baik adalah sahabat yang kekal saat kita susah dan berusaha menolong kita..
Namun saya x berapa suke bila filem ini menggambarkan manusia seperti anjing...
Part nie memang saya xboleh terima..
Sangat-sangat x boleh terima..
Part dinosaur tu dah sangat ok dan best..
Tapi apa pun kenalah tonton sendiri dan nilai...
Lain orang lain pandangannya..

10 Soalan dari Blogger Nur Sabrina

Assalamualaikum..
Hye semua.. Sha telah di tag oleh Nur Sabrina...
Cik Sab telah menyediakan 10 soalan untuk Sha jawab..
Ohsem sangat soalan-soalannya...


Jawapan Sha pada Soalan-Soalan Cik Sab ialah :-
1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik)
Ayat boombastic nie yang x pandai nie.. kikiki.. saya cubalah ye...
Saya Shahida Mohamed merupakan seorang anak kepada ayah saya.. seorang isteri kepada En. Suami saya... Seorang emak kepada dua orang gegurl. Merupakan seorang penjawat awam dalam bidang Sosial (Perpustakaan) dan juga seorang part-timed blogger yang sangat suka makan dan membaca. Saya juga seorang yang sangat suka menonton drama korea dan filem aksi adventure..

2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab.

Simple, ohsem dan saya suka burung yang tertempek kat bunner awak Cik Sab..

3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak.

Perkara yang sangat saya takut adalah kehilangan orang-orang yang saya sayang.. Kehilangan mampu membuatkan saya berduka dan merana..

4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa.

Pernah.. Sebab saya xde mak.. Seriously memang jelous r dengan kengkawan yang ada mak.. Tapi alhamdulillah bila meningkat dewasa, semakin memahami.

5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?

Wakakaka... Pernah kot.. zaman sekolah dulu.. sebab rasa dia berkarisma dan macho.. Ala zaman bebudak baru nak up la katanya...

6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa? 

Saya pilih masak dan tapau sebab saya tidak berapa suka makan diluar Kenapa ye??? Saya berkerja dan juga perlu menguruskan dua orang anak dara yang berusia 6 dan 3 tahun.. Selalunya saya akan masak pada hujung minggu dan juga ketika tidak terlalu penat ataupun dah xde idea nak beli apa.. Saya sangat jarang makan diluar sebab anak-anak masih kecil dan agak lasak tapi akan membeli untuk dibawa balik pada hari berkerja. Selalunya beli lauk atau tapau nasi goreng jer. Nasi memang masak kat rumah.

7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why?

Perkara yang paling saya trauma ialah kena gigit anjing... Sakit weih... dahlah sakit kena gigit pastu nak kena samak dengan air lumpur.. Lepastu kena rawat dengan misi pula.. Kena cucuk... Sakit tuh... 

8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni?

Mulanya saya berblogging sebab ingin meluahkan perasaan dan berkongsi cerita mengenai anak saya.. Kemudiannya jadi seronok dan best sebab boleh berkongsi maklumat serta hobi dengan pembaca (Macamlah ada orang baca.. < serius perasan.. wakakaka..).

9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan.

Bangga sangat.. Walau macam mana susahpun saya berjaya membina kehidupan saya dengan berjaya.. Saya suka diri saya sekarang sebab saya berusaha mendapatkan apa yang saya ada sekarang.. Alhamdulillah semoga semuanya baik-baik sahaja..

10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.

 Saya sangat ingin mempunyai Kereta Kelisa keluaran Perodua.. Malangnya sampai sekarang saya masih tidak berjaya.. Rasa macam x berbaloilah pula beli kereta secondhand dan kecik sedangkan keluarga dah besar dan tanggungjawab makin banyak.. Warghhhh!!! Tapi teringin sangat..

Alhamdulillah.. Berjaya juga menjawab semua soalan Cik Sab nie.. Malangnya saya tiada idea nak soal dan siapa saya nak tag.. Warghhhh!!!! Nak jawab soalan pun lama... Maaf ye Cik Sab...

Friday, January 15, 2016

KENAPA TUDUNG SEKOLAH BERBEZA HARGA WALAUPUN MATERIELNYA SAMA?



KENAPA TUDUNG SEKOLAH BERBEZA HARGA WALAUPUN MATERIELNYA SAMA?

Ada yang bertanya, walaupun Tudung Sekolah materiel Lycra, namun kenapa harganya berbeza?

Sebenarnya, Lycra terdiri dari pelbagai jenis dan kualiti. Ada yang berat 280g, 320g, ada yang 420g. Ada jenis kain yang lembut dan ada jenis kain yang NAMPAK LEMBUT akan tetapi apabila dipakai ianya terasa PANAS dan tidak menyerap peluh.

Kita telah mencuba beberapa jenis Lycra selama ini dan kita telah dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan komen dan maklumbalas rakan-rakan.

LYCRA LEMBUT

Akhirnya kita mengambil keputusan untuk HANYA menghasilkan tudung dari Lycra yang lembut dan sejuk dipakai sahaja dan kita terpaksa korbankan sedikit dari segi harga.

MAJORITI IBU-IBU SAYANGKAN ANAK

Dari maklumbalas yang diterima, majoriti ibu-ibu lebih mementingkan tudung yang selesa dipakai oleh Si Comel kesayangan mereka berbanding TUDUNG MURAH yang panas apabila dipakai lama.

Dengan perbezaan hanya RM3-4 sahaja untuk tudung lycra lembut, ibu-ibu yang sayangkan anak mereka sanggup korbankan sedikit untuk mendapatkan tudung yang lebih selesa dipakai.

Pada mereka, apalah sangat perbezaan RM3-4 berbanding Si Comel yang mereka sangat sayangi.

Kami di TudungSiComel juga sangat ingin melihat lebih ramai Si Comel bertudung seawal usia dan dengan itu kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan lebih banyak Tudung kanak-kanak yang lembut dan SELESA dipakai.

Kami juga sayangkan Si Comel anda

TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT ISTIMEWA

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa kita, jemput puan KLIK pada LINK mesra smartphone (Loading sangat Laju) di bawah:

Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa


KEISTIMEWAAN BERBANDING TUDUNG SEKOLAH BIASA
  • Awning Lembut yang MUDAH dibasuh menggunakan mesin basuh dan tidak rosak
  • Lycra Korea LEMBUT dan Selesa dipakai (Imported Korean Lycra)
  • Potongan Khas (cutting) yang telah menjalani sesi ujikaji selama lebih dari 2 tahun dan mampu membuatkan Si Comel SELESA memakainya.
  • Putih Nila yang sentisa kelihatan bersih sesuai untuk Si Comel sekolah rendah yang lasak.
  • Mempunyai hampir 2000 Testimoni Positif dari rakan-rakan yang pernah membeli sebelum ini.
  • Mudah dipakai dan Si Comel pasti tidak rimas menggayakannya, in shaa Allah.
SAIS
Berikut adalah ukuran labuh dari dagu bagi setiap saiz dan cadangan umur yang bersesuaian dengan Si Comel puan. Sekiranya Si Comel puan adalah bersais badan biasa rakan sebaya, in shaa Allah sesuai dengan sais yang kita cadangkan.
  • Umur 4 – 7 tahun sesuai Saiz SS (labuh 12 +/- 1 inci)
  • Umur 8 – 10 tahun sesuai Saiz S (labuh 14 +/- 1 inci)
  • Umur 10 – 12 tahun sesuai Saiz M (labuh 16 +/- 1 inci)
Testimoni



Tunggu apa lagi jom dapatkan TudungSiComel di SINI. Berbaloi-baloi

DirectD Gadget Mega Store

Assalamualaikum..
#throwback entry...

Sabtu 09.01.2016, sha berpeluang ke DirectD Gadget Mega Store..
Pergh!!! Memang ohsem dan besar..
Macam-macam jenis phone ada kat sini..
dengan eksesori yang pelbagai..
Hargapun murah dan sangat berpatutan..

Mujur sebelum ke sini Sha dah survey dulu di website DirectD Gadget Mega Store..
Handphone apa yang Sha nak dan perlukan..
So datang sini, pergi ke tempat pameran telefon, try dan usha je..
Kemudian terus pergi kaunter servis tanya ada stock atau x.
Kalau ada stock handphone yang kita nak, baru boleh naik tingkat satu..

Dekat tingkat satu ini, kita just maklumkan handphone apa yang kita nak..
Nanti dia akan ambil handphone dan bagi offer yang best..
Offer best nie biasanya screen protector (Glass) + Casing + power bank..
Campur semua dapatlah best price..
Kira memang berbaloi dan murah lagilah beli disini dari beli di kedai-kedai biasa..
Pada Sha lah.. Orang lain Sha xtau..

 Kelebihan bila kita ke DirectD untuk membeli Handphone dan aksesori.
Directd Gadget Mega Store key features:-

# Huge space - 18,000 square feets - The largest in Malaysia.
# New Pre-Owned corner - more than 200 used sets available! *NEW!!
# Ample parking space
# Live display of more than 180 smartphones and tablets! With new models added!!
# More than 300 gadgets for sales.
# More than 1000 varieties of accessories for you to choose from.
# Service counter with seating space.
# All your telco needs - bill payment, package and bundling subscription, prepaid, change of plan and many more. From top telco providers in Malaysia - YES, Maxis, DiGi and U-Mobile.
# Installment facility for both credit card and non credit card holder(fast approval)
# Free Wi-Fi.

 Ruangan pameran Handphone untuk dicuba.

 Kaunter pertanyaan dan juga mengetahui handphone yang ingin kita beli tu masih ada stock atau tidak.

Tingkat 1, tempat kita membeli handphone dan aksesori..
Kita kena berbaris dan mengikut giliran untuk dilayan.

Kredit gambar : Mr. Google.. (Lupa nak snap gambar tempat nie.. Hehehe..)
Pesanan dan tips dari Sha..
Sekiranya x nak terkeliru ataupun confuse untuk membeli handphone apa,
lebih elok search dulu di website Directd Gadget Mega Store.
Bila dah sampai sini, boleh test dulu handphone tu sebelum membeli.
Seeloknya datang awallah supaya tidak rimas dengan ramainya orang..

Taman Herba di Perpustakaan PSAS

Assalamualaikum...
Demi mencantikkan kawasan persekitaran tempat kerja..
Maka kami berusaha menanam..

Sabtu 09.01.2016 dengan bantuan pelajar kami bercucuk tanam di Perpustakaan..
Kali ini pokok yang ditanam ialah:-
1. Cekur
2. Pegaga
3. Ulam Raja
4. Sambung Nyawa
5. Kaduk
6. Selasih
7. Limau Purut

Semoga berjayalah pokok-pokok nie tumbuh subur dan sehat..
Supaya menjadilah Taman Herba kami...

 Tanaman yang akan ditanam..

 Taman herba.. Sebelum pokok-pokok ditanam..

 Yeah!! Pokok-pokok telah ditanam..
Lepas ini nak cari pokok hiasan untuk susun disekita batu pula..
Kita cantikkan sedikit demi sedikit...

Thursday, January 14, 2016

Projek Seram Hotel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak share review mengenai Novel seram terbaru. Novel ini sha beli terus dari penulisnya Naim Tamdjis.. Memang ohsem sangat.. Oh ya Novel Projek Seram Hotel ini ditulis oleh empat orang penulis.. Ada empat tajuk..

1. Bell-Boy - Ninie Othman
"Selamat datang tuan…"
Ulasan Sha : Pergh!! Memang terasa-rasa ok.. Rasa macam dia ada je memerhati.. Cerita yang memberi keinsafan.. Bila nafsu menjadi tuan maka yang salah menjadi benar.. Perbuatan jahat yang sangat kejam hingga menyusahkan manusia lain.. Hat nie seram dalam masa yang sama sedih juga.. Pergh!! Bayangkan gabungan perasaan seram dan sedih.. Memang confuselah kejap..

2. Gentayangan - Naim Tamdjis
"Kerana iri hati dan dendam, manusia sanggup berbuat apa sahaja."
Ulasan Sha : Penulisan yang sangat bagus.. Mulanya Sha sangka watak utama tu sangat ohsem sebab berjaya memulihkan semula Hotel yang diganggu.. Tapi bila dah nak dekat habis muncul pula misteri dua watak berbeza.. Warghhhh!!! Stress tau sebab kena tunggu sambungan..
Pada Sha cerita ini memang ohsem.. Mulanya ingatkan gangguan hantu tu hanyalah main-main.. Bila baca rupanya hantu tu betul dan mereka disitu bersebab.. Udahlah baca waktu malam.. Nasib baik bukan dekat hotel.. Kalau x, memang x tidolah..

3. Hotel San Devily - Eqbal Mohaydeen
"Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini"
Ulasan Sha : Seriouslly seram rasa bila baca.. Walaupun baca pada waktu siang tapi keseramannya terasa sampai ke tulang.. Gerak hati manusia tu sentiasa betul.. Kalau hati kata x mau janganlah diteruskan.. Jenuh juga kalau Hotel seperti ini betul-betul wujud.. Ke memang ada, sha je xtau.. Pergh!! Kalau baca malam macam manalah agaknya... Nasib baiklah xde niat nak tido hotel dalam waktu terdekat ini.. Cite ini memang seram dan seriouslly sangat menakutkan.. Silalah jangan ada hotel ginie ye..

4. Tamu Tak Diundang - Aziah Zainal
"Ada makhluk lain antara kita"
Ulasan Sha : Cerita yang memang mampu membuatkan semua bulu roma merinding.. Kita selalu dipesan jangan kutip atau amik barang yang kita jumpa walau dimana pun.. Biasanya barang itu bertuan ataupun tempat menyimpan makhluk seperti jin, syaitan dan iblis. Tapi manusia suka melupakan amaran itu bila melihat barang yang dijumpai itu cantik dan unik.. Gangguan yang diceritakan dalam bahagian ini seolah-olah real.. Walaupun baca di siang hari masih berjaya menimbulkan perasaan seram..

Secara keseluruhannya bila membaca novel ini dari muka surat yang pertama hinggalah yang terakhir mampu membina perasaan seram tu dengan konsisten.. Malah makin lama makin high.. makin high.. Sehingga membuatkan diri berfikir 3,4 kali juga untuk bermalam di Hotel.. Wakakaka.. Seram kot.. Trylah baca untuk mendapatkan feel tersebut.. Sha suka sangat..
 

Pintu Kuda Merah Meragam

Assalamualaikum..
Saja nak share story dengan kengkawan...
Sha x pastilah sama ada kengkawan yang pakai kereta ini mengalami masalah yang sama macam Sha atau tidak..
Pintu Kereta Sha x rapat..
Bila langgar bumper or lubang, mesti lampu menyala..
Memaklumkan yang pintu x rapat...

Sudahnya encik suami adjust sikit besi tu...
Bagi ngam-ngam.. Barulah dia ok..

Model apa ye... hehehe...
Proton Saga SV..

So kalau kengkawan mengalami masalah yang sama..
Trylah buat macam Sha buat nie..
Manalah tau berkesan juga..
 
  Jom ketuk dia..

 Besi nielah yang Sha maksudkan...
Kena buka skru dan adjust sikit..
 
  Mujurlah encik suami boleh nak godek-godek..

Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wednesday #34

Assalamualaikum..


  Inilah apa yang sha rasa..
Kenkadang tu rasa bersemangat sangat-sangat dengan kerja..
Dan ada masanya rasa macam nak jadi surirumah sepenuh masa..
Menguruskan anak-anak..
Memasak.. Try and error..

Namun bagaimanapun, semangat tu kena sentiasa ada..
Ada yang rasa macam ini juga?

Dried Apple Flower Tea untuk Melancarkan Penghadaman

Assalamualaikum...
Dried Apple Flower Tea..
Memang ohsem..
Sebelum ini Sha ada cerita pasal Dried Roselle Tea kan...
Boleh baca kat SINI dan SINI mengenai Dried Roselle Tea..

Kali ini Sha nak citer pasal Dried Apple Flower Tea..
Kenapa Sha berminat sangat nak cuba Dried Apple Flower Tea nie...??
Sebab khasiatnya.. Macam yang sha share kat bahagian bawah entry nie..
Sha paling suka part Melancarkan penghadaman, Membantu Penurunan Berat Badan dan Menghilangkan Lebihan Lemak..
Part Kecantikkan kulit dan baik untuk kulit nie bonus pada Sha...
Sha beliDried Apple Flower Tea ini kat Nadines.hut..

Masa memula sampai tu, bila sha buka je bungkusan plastik pembalut tu..
Pergh!!! Bau dia harum sangat.. Macam aromaterapi...
Memang best.. Excited sangat nak cuba..

Khasiat Dried Apple Flower Tea

Melancarkan penghadaman

Membantu masalah jerawat dan jeragat 

Bagus untuk kecantikkan kulit 

Membantu penurunan berat badan 

Boleh dinikmati bersama rose bud tea 

Mempunyai rasa yang segar dan manis. 

Ia baik untuk kulit 

Meningkatkan pencernaan 

Menghilangkan lebihan lemak 

Meringankan pigmentasi


  Beli dua bekas terus..

Seriously memang wangi

Cara Nak Minum.. 
Sha bancuh dengan 1/2 sudu kecil Dried Apple Flower Tea bersama 2,3 ketulan kecil gula batu..
Nak minum nanti tapislah bunga tu dulu.. Pastu boleh guna untuk bancuhan kedua..
Biasanya 1/2 sudu Dried Apple Flower Tea tu boleh guna dua kali minum..
Memang best dan menyegarkan..Sedap rasa dia walaupun x buh gula batu..
Sha selalu minum pada waktu tengahari dan malam sebelum tidur..
Sebelah malam ini sha selang selikan dengan Dried Roselle Tea..

Tengok gambar atas nie.. Ohsemkan..
 
TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Tuesday, January 12, 2016

Novel Seram Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua.. Jom menyeramkan diri...
Sha beli novel ini direct dari penulis novel Naim Tamdjis..

Sha bayar pada 04.01.2016.. dan pada 05.01.2016 novel pun sampai..
Memang cepat dan pantas..
Nantikan review penuh dua novel ini ye..

Sha nie bukanlah berani sangat tapi entah kenapa novel-novel seram ini menarik minat..
Sekarang nie memang duk beli novel seram jer..
Bila dapat baca tuh rasa macam thrill sangat..
Memang kagum dengan penulis Malaysia yang berjaya menulis karya-karya seram ini..

Roh Rumah Sewa - Naim Tamdjis
Projek Seram Hotel - Ninie Othman, Naim Tamdjis, Eqbal Mohaydeen dan Aziah Zainal

 Siap dapat tandatangan penulis lagi..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com