Sunday, January 4, 2026

Magnolia Tin Roof Brownie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim vanila yang ditaburi dengan ketulan brownies dan kacang badam hancur.. Lepas tu ada pula sos coklat.. Memang sedaplah.. Tak manis pun.. Ketulan brownie fia tu tak besar dan tak kecik, bila makan tu memang terasalah.. Kacang badam dia walaupun hancur tapi ketulan dia banyaklah.. Memang bila makan tu, setiap gigitan tu ada ketulan kacang badam..

Magnolia Tin Roof Brownie (750ml) - RM10.99

Aiskrim perisa vanila dengan sos coklat, brownie dan kacang badam..

Seketul yang kat tengah tu, brownie tau.. Ada yang besar sikit bila kita kaup aiskrim tu..

Novel | Kesumat Banglo Kartika oleh Mars Land

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita mulakan 2026 dengan buku yang dihadiahkan Amani kepada Sha.. 

Awal-awal bacaan Sha macam tak boleh nak kaitkan langsung watak utama tu dengan tajuk novel ini, bila berjaya sampai ke 3/4 cerita barulah Sha faham.. Penulis berjaya menyampaikan cerita yang sangat berlapis-lapis dan penuh misteri.. Watak utama dia nama Syahrin, seorang pelakon yang sangat popular dengan cerita romantis tapi ada masalah pelik untuk tidur.. Syahrin ini kalau nak tidur kena naik kereta, baru dia lena.. Masalah ini juga hampir menyebabkan Syahrin dan kekasih dia maut.. Satu hari Syahrin dapat tawaran untuk berlakon dalam filem seram.. Melalui tawaran ini Syahrin mula mencari pengalaman seram dan berjaya menjiwai watak.. Malah kerana watak ini jugalah Syahrin akhirnya berbaik dengan sahabat lama dia dan kisah lama Syahrin akhirnya muncul semula untuk ditamatkan.. 

Jalan cerita dia seram dan penuh tanda tanya.. Tekaan Sha untuk beberapa watak tu, memang betullah.. Cumanya pengalhiran dia tu agak sedihlah juga..

Sha baca dan selesai pada 01 Januari 2026..

Published February 1, 2025 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Saturday, January 3, 2026

Ellenka FiberCreme Multi-Purpose Creamer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa pilihan lain untuk krimer.. Sha lebih suka bancuh sendiri kopi Sha supaya boleh kawal penggunaan gula.. Jadinya memang suka tambah krimer berbanding susu pekat.. Terjumpa krimer ini.. Sha memang guna untuk tambah dalam kopi ja.. Tapi kalau tengok pembungkusan dia tu, boleh guna untuk pelbagai jenis.. Masakan, kek, minuman dan lain-lain.. Bila Sha bancuh dengan kopi, rasa dia agak menariklah.. Memang ada kelainan dan beri rasa yang lebih unik serta sedap di lidah Sha..


Cassava extract (containing dietary fiber oligosaccharides) mixed with healthy coconut oil.

Goodreads | 2026 Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Semangat!! Semangat!! Jomlah membaca walaupun macam dah tak berapa nak lekat.. kikiki.. Kadangkan, bukan sebab tak nak membaca tapi suka terganggu.. Sha akan lekat membaca kalau jalan cerita buku tu memikat.. Bukan tak ada buku yang sedap dibaca tapi suka terganggu dengan drama cina.. kikiki.. Tu yang kadang tak berapa nak fokus.. Tahun ini kita cuba cari fokus balik.. 

Kalau kawan-kawan blogger ada yang sertai cabaran membaca ini, bolehlah bubuh link dekat ruangan komen.. Nanti Sha singgah ya..

1 Januari 2026 dah boleh mulakan cabaran membaca yang baru..

Siap ada Winter Challenge yang akan berlangsung dai 1 Januari hingga 1 April 2026..

Sasaran Sha untuk Tahun 2026 dan mungkin tahun-tahun akan datang.. Kita letak satu angka kekal dan tengoklah semangatnya macam mana..

Aik Cheong It’s Cup Long Black Extra Shot

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gabungan dua jenis kopi yang memberikan rasa padu dan menyegarkan.. Segar mata lepas minum tau.. Ini kopi kosong.. Kalau nak tambah gula boleh, tak tambah pun okay ja.. Kalau suka nak tambah krimer pun boleh.. Memang sedaplah kopi dia.. Mantap..

Isi dalam dia ada
1. Arabica pure roast & ground
2. Columbian Single Origin Pure roast & ground
3. brown sugar (2 sachet)
4. Stir

Masukkan ke dua-dua kopi.. Dia ada penyangkut.. Lepas tu bolehlah masukkan air panas ikut aras yang dah disediakan dalam cup tu..

Friday, January 2, 2026

Goodreads | Year in Books 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka pula Goodreads keluarkan graf yang cantik macam ini dan hantar ke email.. Sha tahu pun masa jalan-jalan dekat Thread, ada orang kongsikan.. Goodreads hantar email pada 29 Disember 2025 dan Sha masih lagi membaca.. Jadinya graf ini hanya paparkan 101 buah buku sahaja.. Tapi masih okaylah pada Sha sebab graf dia cantik sangat.. Jadinya kita kongsikan dekat semua platform.. Gigih tau.. Walaupun sebelum ini macam makan hati dengan Goodreads sebab banyak buku Melayu tak ada dalam Goodreads.. Lepas tu dah tak boleh nak tambah buku.. Tapi lepas dapat graf cantik ini macam semangalah sikit nak membaca.. kikiki..

Setahun bersama buku-buku sama ada fizikil mahupun digital..

103 buku/ebuku dan top 5% pembaca..

Siap ada pecahan jumlah buku yang dibaca mengikut bulan.. Disember tu 3 buah tau.. Paling sikit Januari tu lah.. Memang putus asa masa tu.. Lepas tu, sikit-sikit Sha bina balik semangat..

Sikit sangat jumlah muka surat ini.. Kebanyakkan buku yang Sha baca dan ulas dekat Goodreads kadang tak ada jumlah muka surat pun.. Ini antara punca tak semangat nak buat ulasan dekat Goodreads.. huhuhuhu..

Lagend lah sangat.. huhuhu..

Manga tu berada di kedudukan pertama.. Seram memang forte Sha lah.. Selain komik dan novel bergambar..

Antara yang Sha bagi 5 bintang..

Selamat tinggal 2025.. Berjayalah dapat penanda buku ini sampai Disember dan tambahan 3 lagi yang menunjukkan langkauan sasaran dalam membaca..

Cadbury Dairy Milk Mousse

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak beli coklat Cadbury.. Macam-macam rasa ada sekarang ini.. Ini antara yang terbaru.. Coklat dengan mousse di bahagian tengahnya.. Awal tu Sha ingatkan mousse dia tu lembutlah ataupun cair.. Tapi bila makan sama ja keras dia macam coklat tu.. Tapi okaylah ada kelainan.. 1 pek ini tahan seminggu.. Kalau dulu, sekali makan ja habis ini.. Sekarang ini memang dah kuranglah.. Kadang tu orang lain yang habiskan.. Sha makanlah dalam 2,3 potong kecik tu.. Tapi kalau coklat gelap, memang tak kongsilah.. 

Cadbury Dairy Milk Mousse (110g) - RM9.50

Gebu gebas coklatnya.. Bahagian tengah tu ada mousse..

My Year 2025 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun 2024, Sha tak buat pun entry ini.. Jadinya jomlah kita tengok setahun Sha dengan buku.. Sha ambil di Goodreads.. Inipun, ada ja buku yang tak masuk sebab tak ada dalam Goodreads.. Susah dah sekarang ini sebab kita tak boleh nak tambah buku yang tak ada.. Kebanyakkannya buku Bahasa Melayu..

Sha berjaya baca 103 buah buku dengan jumlah muka surat 15,390 helai.. Kalau ikutkan, banyak lagi tapi ada sesetengah ebuku@buku tu tak bubuh jumlah muka surat..

Buku paling sikit muka suratnya Sha baca bertajuk I Feel Happy by D.K. Publishing dan buku yang paling banyak muka suratnya bertajuk Di Akhir Mimpi Yang Usang oleh Syaz Eym..

Purata muka surat yang Sha baca ialah 149 muka surat..

Buku yang paling popular bertajuk The House on Mango Street by Sandra Cisneros dan buku yang baru sahaja ditambah ke Goodreads bertajuk Ecah oleh Syaz Eym.. 

Purata bintang yang Sha bagi di Goodreads..

Buku dengan bintang yang paling tinggi Sha bagi bertajuk Di Akhir Mimpi Yang Usang oleh Syaz Eym..

Buku pertama yang Sha baca dan buat ulasannya di Goodreads bertajuk BARA BEENA oleh Syaz Eym..

Sha tutup tahun 2025 dengan buku bertajuk Ke Hadapan Bakal Bekas Suami Farah Edora oleh Syaz Eym..

Bawah ini Sha kongsikan gambar buku-buku yang berjaya Sha baca sepanjang tahun 2025..

Penanda buku yang berjaya Sha kumpulkan sepanjang tahun 2025..

Thursday, January 1, 2026

Danisa Traditional Butter Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap pula makan biskut mentega yang dapat masa kenduri hari tu.. Tu yang gigih Sha cari lagi.. Jumpa yang ini dekat 99 Speedmart.. Harga okay, lepas tu dia dalam tin.. Belilah buat makan dekat pejabat.. Tahanlah dalam 3,4 hari.. Cicah dengan kopi, memang asyik.. kikiki.. Sedaplah biskut dia.. Biskut mentegakan.. Mana mungkin tak sedap.. Cuma yang ada kismis tu Sha kurang suka.. Makan lah juga..

Danisa Traditional Butter Cookies (368g) - RM11.90

Cantik tin dia.. Habis biskut boleh simpan barang lain.. kikiki..

Kepelbagaian jenis biskut di dalam tin.. Ada 5 jenis.. 

Zus | Lychee Strawberry Cooler, Hot Velvet Creme Latte & Chocolate Kunafa Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli air di Zus pagi Selasa aritu.. Kali ini Sha tulis dekat remarks tu "Dua2 air dalam tumbler. tq" sebab boleh taip 30 huruf ja.. Kenalah ringkas dan sampai mesejnya.. Memang staf Zus tu tunggu Sha sampai, terima tumbler dari Sha baru dia buat air.. Beli ini pun sebab nak guna voucher yang Zus bagi.. Dapatlah diskaun sikit.. Cumanya bila bubuh dalam tumbler ini, tak dapatlah nak nikmati keindahan air tu, tambah yang dari siri Refresher.. kikiki.. Sha sukalah Zus Slim River, staf dia bagi ais lebih dekat Sha dan air Sha tu memang kekal rasanya walaupun ada ais lebih.. Ini kali kedua Sha beli di cawangan Zus Slim River untuk air yang ada ais..

Kali ini Sha beli dari siri Refresher dan Creme juga.. Sha rasa dua siri ini memenag ngam dengan tekak Sha.. 

Lychee Strawberry Cooler (Tumbler hitam) - Pergh!! Rasa air dia memang menyegarkan.. Gabungan laici, lemon, strawberi dan soda tu berjaya memberikan rasa yang ngam di tekak dan bau yang mengasyikkan di hidung Sha.. Memang best..
Hot Velvet Creme Latte (Tumbler pink) - Sha saja cuba air ini sebab ada pilihan panas dan sejuk.. Sha ambil yang panas dan kurang manis.. Sedap untuk tekak Sha.. Gandingan kopi dan sirap creme brulee tu memang ngamlah kat tekak SHa.. Rasa halus dia tu, tak mengganggu rasa kopi.. Masih ngam dan lembut ja bila lalu tekak..

Chocolate Kunafa Cake - Kek coklat dia mantap.. Tambah bila dia letak crispy kunafa tu dekat bahagian tengah.. Memang lagisyok nak mengunyah..

Lychee Strawberry Cooler - RM9.20
Hot Velvet Creme Latte - RM14.20
Chocolate Kunafa Cake - RM15.90

7E Cafe | Korean Dakgalbi Chicken Onigiri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin banyak pula flavour onigiri dekat 7E ini.. Semuanya menarik untuk dicuba.. Kali ini Sha ambil Dakgalbi Chciken.. Sedap sebab dia ada pedas-pedas manja.. Lagipun sejak-sejak Sha rajin panaskan dalam microwave sebelum makan, rasa dia jadi lagi umph.. kikiki.. Onigiri yang ini boleh beli lagi, rasa dia menarik.. Pedas dia tak keterlaluan dan ketulan ayam meriah.. Sedap.. 

Korean Dakgalbi Chicken Onigiri (116g) - RM4.90

Meriah tau inti dia.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com