Thursday, January 8, 2026

Oreo X Babymonster

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli oreo ini sebab Amani nak kan kad bergambar artis Korea iaitu Babymonster.. Rajin betul Amani kumpul kad-kad gambar ini.. Siap ada folder sendiri..

Sha beli inti coklat juga sebab Sha makan biskutnya.. Amani suka yang inti vanila tu..

Kalau ada ayat ini, maksudnya adalah kad tu..

Dapatlah dua.. Sha bukan kenal pun ahli kumpulan Babymonster ini..

Siap ada tandatangan pada bahagian belakangnya..

Buku | Noktah yang Memujuk oleh Iddin Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang dalam pembacaan Sha tahun lepas (Jun 2025) tapi setakat selak-selak ja.. Tahun ini baru Sha baca betul-betul.. 

Buku ini bukan kategori puisi, ia lebih kepada petikan kata-kata daripada penulis tentang hal-hal yang melingkungi dirinya.. Banyak kesalahan ejaan yang perlu diperbaiki dan ada beberapa ayat yang seolah-olah tergantung atau tak kena penggunaan perkataannya.. Walaupun ini bukan buku kegemaran saya, tetapi masih okay untuk di baca semua buku.. Bolehlah buat layan-layan..

Sha baca dan selesai pada 06.01.2025..

Published March 1, 2022 by NASEEHAT Holdings Sdn Bhd

Wednesday, January 7, 2026

Tasto Cottage Fries Ikonik Burger Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa dia memang unik.. Makan kerepek kentang tapi rasa macam makan burger.. kikiki.. Unik tapi sedap dan tak pelik pada lidah.. Memang boleh layanlah.. Menarik gila rasa dia..

Tasto Cottage Fries Ikonik Burger Malaysia (60g) - RM3.20

Okaylah isi dalam dia..

Persiapan Sekolah Sesi 2026 #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha hantar kain ela untuk dijahit pada Isnin (22.12.2025) dan ambil pada Isnin (05.01.2026).. Upah jahit untuk 5 helai kain dan 8 helai tudung ialah RM235.. Berhuhuhu ja lah kita membayarnya.. Tapi jahitannya kemaslah.. Ini termasuk upah jahitkan lencana dan tanda nama Amani sekali.. Imani kena tunggu buka sekolah baru boleh hantar untuk jahit lencana dan tanda nama..

Selesai dah anak-anak basuh semua ini.. Tinggal nak gosok ja..

Cameron Valley Tea: Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak pernah beli jenama teh ini tapi lepas encik suami bawa balik sebab dapat cenderahati, terus jatuh cinta dengan rasa dia.. Jadinya, sajalah Sha beli rasa laici pula.. Bila kita bancuh tu memang semerbaklah bau laici namun dari segi rasa pula tak terllau kuat.. Adalah hujung-hujung tu rasa laici.. Sedap dan menarik.. Kalau bancuh untuk tetamu dna tambah ais pun sedap ini..

Kalau korang nak beli 1 sachet ja, boleh klik SINI..

Cameron Valley Tea: Lychee (25 bag X 2g) - RM13.90

Tuesday, January 6, 2026

ebook | Siri Maskeret Cinta - Colours oleh Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik cinta tulisan Kaoru ini berada pada zaman indah tanpa sebarang penapisan, jadinya berkesempatanlah Kaoru menghidangkan kita sisi gelap dunia percintaan.. Ada babak bunuh diri, cinta berbeza umur, adegan peluk-peluk dan sebagainya yang tak sepatutnya.. Cerita cintanya pelbagai dan setiap satu tu memang di luar jangkaan.. Menarik ja dibaca kalau kau dewasa dan faham mana yang baik, mana yang buruk.. Lama tak baca komik macam ini.. Tahun ini kita terjah ja semua jenis bacaan..

Sha baca pada 04.01.2026 dan selesai pada 05.01.2026

Published February 1, 2004 by Gala Unggul Resources Sdn. Bhd.

Nestle Milo Bites Double Choc

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gandingan rasa coklat dan milo tu memang ngamlah.. Puas lidah menikmati rasa coklat yang berganda.. Gigitan yang memberikan keseronokkan pada lidah.. Bila gigit tu mula-mula akan rasa coklat dulu dan kemudiannya milo pula.. Memang asyiklah..

Nestle Milo Bites Double Choc (25g) - RM2.55

Ada dalam 11 ketul..

Keratan rentas coklat..

Papa Zola The Movie Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ye.. Akhirnya.. Sha berjaya tengok Papa Zola The Movie buat kali kedua.. Kali ini tontonan berjalan lancar dengan sedikit gangguan yang tidaklah mencacatkan tontonan.. Berjaya jugalah tengok dengan gembiran.. kikiki.. Sha tengok berdua ja dengan encik suami.. Banyaklah bahagian yang Sha terlepas pandang masa tontonan kali pertama tu terubat di tontonan kali kedua ini..

Tontonan kali pertama Sha nampak KJ pada watak Kachax dan tontonan kali kedua, Sha nampak Aflin Shauki pada watak YonB.. kikiki.. Tapi Kachax tu memang mengingatkan Sha pada KJ.. Tambah bila dia cakap Tall, Dark and Handsome.. kikikiki.. 

Yeah!! Dapat juga bergambar dengan bas merah jambu ini.. kikiki..

Bayar untuk seorang ja sebab Sha tebus MovieMoney.. Mahal wei tiket lepas pukul 12.. kikiki..

Monday, January 5, 2026

Zus | Pink Lemonade

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sebelum ke Lahat, sempatlah menyinggah Zus.. Sha beli kopi kesukaan Sha dan satu air dari siri refresher.. Mujurlah applikasi Zus berbunyi, kalau tak memang lupa ada buat pesanan air dekat aplikasi Zus tu.. kikiki.. Masa ambil air tu, sajalah Sha tanya staf Zus tu, kalau terlupa ambil air.. Masih boleh ambil ke walaupun lewat.. Adik tu kata kalau guna tumbler, biasanya bila pelanggan bagi tumbler baru diorang buat air.. Selalu ja ada orang terlupa dan ambil lewat.. Tapi korang janglah pula buat ya.. Tak sengaja tu, okaylah.. Kalau sengaja tu tak baguslah..

Kali ini Sha beli air pink lemonade.. Saja nak cuba.. Sedaplah juga sebab gabungan lemon, laici dan soda.. Menyegarkan tekak.. Rasa soda tu sampai ke malam tau.. 

Kita pakai tumbler baru warna merah untuk air Iced Buttercreme Spanish Latte tu.. Tumbler hitam tu Sha bubuh pink lemonade..

Pink Lemonade - RM8.20
Iced Buttercreme Spanish Latte - RM13.20

Jalan-jalan Makan Kenduri di Lahat, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin (29.12.2025) Sha terima jemputan kenduri kahwin dari rakan sekerja semasa di PSAS.. Tempat kenduri tu di Ghomah Kendughi, Lahat Perak.. Unikkan nama tempat tu.. kiki.. Kendurinya berlangsung semalam.. Sha pergi berdua ja dengan encik suami, anak-anak tak jadi ikut.. Gerak dari rumah jam 9 pagi, lalu jalan lama ja.. Tak ada nak kejar apa, tenang-tenang ja.. Sempatlah menyinggah beli air di Zus dan makan roti canai dekat Bidor.. Lepas tu terus gerak pergi tempat kenduri.. Meriahlah jumpa kawan-kawan masa kerja di PSAS dulu.. Ada tu memang Sha tak ingat langsung siapa.. Mujurlah encik suami kenal.. kikiki.. Kiranya ini trip pertama untuk tahun 2026..

Suka lalu sini.. Cantik ja pemandangan dia.. Ini laluan sebelum sampai Pekan Bidor..

Berdua ja kami..

Menu yang diambil.. Nasi arab dengan lauk daging masak hitam, dalca dan ulam-ulaman.. Lepastu ambil kuih, buah tembikai dan sepotong kek bersama semangkuk bubur gandum.. Air Sha ambil air kosong ja..

Sempatlah menyinggah AEON Station 18, Ipoh.. Tengok wayang dan beli mainan comel ini..

Singgah makan char kuey teow udang dan kuey teow goreng kerang dulu tak jauh dari Taman Herba Gopeng..

Ini pula singgah tepi jalan..

Selamat sampai di parking kuarters.. 12 jam jugalah keluar merayap hari ini..

3 bekas durian ini berharga RM45.. 2 bekas durian D24 dan satu bekas durian bukit.. Durian D24 tu memang berkrim dan manis.. Durian bukit tu pula, rasa pahit-pahit dan tak manis..

Oriental Kopi: Coffee Cham, Mocha & Royal Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi jenama ini memang pekat dan padu.. Paling best tak manis.. Berbaloilah untuk dicuba.. Tapi Sha memang sekadar mencuba ja.. Buat rasa-rasa..

Gandingan kopi dan teh dalam minuman ini macam tak ngam.. Rasa teh tu lagi menyerlah dari kopi.. Memang bila minum air ini terasa tehnya.. Kopi tu ada tapi macam samar-samar sahaja.. Okaylah untuk yang minat teh tapi nak sedikit sentuhan kopi..

Oriental Kopi: Mocha (40g) - RM3.90
Padu betul gandingan kopi dan coklat dia.. Memang kaw.. Puas hatilah kalau memang sukakan rasa kopi dengan sentuhan coklat.. Minjm sejuk pun sedap ini.. Rasa yang saling melengkapi diantara keduanya.. 
Padu betul rasa coklat dia.. Memang ngam untuk peminat coklat.. Sesuailah minum masa sejuk-sejuk.. kikiki.. Tapikan air ini tak manis tau.. Rasa coklat tu sangat menyerlah pada lidah Sha..

Sunday, January 4, 2026

ebook | Pilih Kolej Apa? oleh Umi Danial

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sukalah dengan garapan penulis mengenai apa yang perlu dilakukan semasa menunggu keputusan SPM dan selepas mendapat keputusan SPM.. Bagaimana nemilih bidang yang ingin dipelajari.. Penulis juga masukkan apa yang perlu dibuat andai permohonan IPTA tiada jawapan.. Malah rayuan ke IPTA senyap.. Penulis juga masukkan tentang perkara yang boleh dibuat sementara menunggu kemasukkan ke IPTA.. Memang menariklah pada Sha..

Cuma kekurangan novel ini dan juga punca yang menyebabkan Sha sikit hati adalah editing.. Terdapat banyak perenggan yang berulang-ulang dalam novel ini.. Kalau ikut hati memang nak berhenti ja baca tapi gagahkan juga sebab isi dia best..

Sha baca dan selesai pada 02.01.2026..

Published September 18, 2012 by PTS Litera Utama Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com