Wednesday, June 21, 2023

Variety Malaysia | Travelawak: Projek Bapak Bapak (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod pertama nampak macam diorang tak berapa serasi tapi bila masuk episod 2 Sha respeklah dengan Roy Azman.. Bagus betul bila dia tukar tempat dengan Jalaluddin Hassan untuk cabaran pertama mereka..

Adoila.. memang gelak dan senyum je dari episod 1 sampai akhir.. Comel je masing-masing dalam program ini.. Tak sangka Roy Azman ini nakal.. kikiki.. Sakan dia mengusik Jalaluddin.. Aduhlah.. Penyeri betul Roy Azman ini.. Seronoklah tengok geng bapak bapak ini berjalan ke negara orang dan melaksanakan cabaran yang disediakan pihak produksi..

TRAVELAWAK : PROJEK BAPAK BAPAK
Mula siaran : 23 Mac 2023
Waktu siaran : Khamis, pukul 9:00 malam
Siaran TV/Platform penstriman : Astro Warna (CH107), Sooka atau Youtube Channel Astro Gempak
Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali

Travelawak Projek Bapak Bapak sebuah rancangan travel dan lawak terbaharu di Astro Warna dimana geng bapak bapak bercuti tanpa isteri dan melakukan beberapa cabaran seperti bungee jump, waze swinger, masuk rumah hantu dan macam-macam lagi cabarannya.

Tong Garden Almonds Mixed Anchovy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloi bayar lapan ringgit bila tengok kuantiti kacang badam dia.. Ikan bilis tu ada cumanya dia guna ikan bilis saiz kecil tu, jadi agak terlindung di sebalik kacang badam.. kikiki.. Okaylah pada Sha sebab ikan bilis dia pun rangup sama macam kacang badam tu.. Puas hati sebab bila tengok dekat tempat lain, mahal satu pek ini.. Belas-belas ringgit.. Ini Sha beli di kedai runcit biasa je..

Tong Garden Almonds Mixed Anchovy (140g)
RM8.00

Dapat satu bekas ini.. meriah dengan kacang badam.. Ikan bilisnya comel dan tersembunyi di sebalik kacang badam..

Coretan 20 Jun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha raikan ulang tahun kelahiran Amani.. Memang dah tanya dia nak apa untuk harijadi dia.. Sha belikan peralatan melukis, kek cheese dan bawa dia makan di McD.. Walaupun sebelum ini Amani lagi suka KFC tapi sekarang dia pilih McD.. kikiki.. Janji ada ayam goreng.. Layan.. Kek Cheese tu memang permintaan dia tiap-tiap kali harijadi dia.. Tahun lepas je tak ada sebab dating dengan mak.. Selagi ada rezeki pasti mak tunaikan permintaan Amani.. Suka Sha tengok reaksi dia bila buka hadiah yang Sha berikan.. 

Mak doakan semoga Nur Amani sentiasa dalam perlindungan Allah.. Menjadi muslim yang baik.. Aamiin..

Suka Amani dapat kek cheese dan peralatan melukis..

Tunaikan hajat Amani nak makan McD..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, June 20, 2023

India | Vikram Vedha (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok sebab ada adik kerja kat tempat Sha ini yang cadangkan.. Okaylah.. Lama tak tengok Saif Ali Khan beraksi.. kikiki.. satu polis dan satu lagi gengster.. Serbuan yang berakhir dengan kematian penjenayah akhirnya membawa si polis kepada si gengster.. Gengster menyerah diri dan memberikan satu cerita.. Tak lama lepas tu kawan polis tu mati dan polis tu menyedari dalam salah satu serbuan mereka, adik gengster tu mati.. Setiap kali bertembung, gengster memberikan satu cerita dan membongkarkan kejadian yang berlaku.. 

Bahagian akhir bila keseluruhan cerita terbongkar, gengster dan polis bergabung tenaga.. Okaylah layan santai..

Vikram Vedha
2022 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 40m
A tough police officer sets out on a mission to track down and eliminate a gangster with a reputation as legendary as his own.

Minute Maid Plus+ Orange

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di kedai runcit.. Memang air ini kena tambah ais baru sedap nak minum.. Kalau minum dia saja, rasanya agak manis.. Ini botol kecil.. 

Minute Maid Plus+ Orange (300ml) - RM2.60
These drinks come with the key selling point of providing 100% of NRV (Nutrient Reference Value) of vitamin C at 33.3mg of vitamin C per 100ml.

ebook | Humayra : Lembayung Cinta Dari Ilahi oleh Aina Hamra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang gadis yang cuba bangkit dari perbuatan manusia jahat yang menyebabkan cita-cita tak dapat digapai.. Bangkit dengan pengorbanan sepupu dan adik.. Namun tak mudah nak hilangkan perasaan renda diri.. Pertemuan semula dengan rakan lama mengesahkan perasaan hati yang tersembunyi..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2023..

Published June 1, 2020 by Rinsya Chasiani
Sha langgan dan baca di aplikasi eSentral..

US | Extraction 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Babak masa Tyler cuba selamatkan Ketevan dari penghuni penjara memang ngeri betul.. Hahaha.. Lepas tu bila tengok babak diorang kena berlawan dengan askar Davit, Pergh!! Sakan okay.. Tak patut Sandro maklumkan bapa saudara dia yang gila tu di mana mereka berada.. Disebakan tindakan Sandro, Yaz terkorban.. Memang kejam gilalah.. 

Tayler diminta untuk selamatkan Ketevan dan dua anaknya oleh Mia, bekas isteri Tyler.. Masa misi menyelamat, mereka dah berjaya tapi terganggu bila Sandro tak boleh terima bapa dia kena bunuh.. Walhal bapa dia jahat gila kot..

Filem ini memang terus je, tak ada pusing-pusing.. Misi menyelamat dan membebaskan.. 

Extraction 2
2023 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 2m
Back from the brink of death, commando Tyler Rake embarks on a dangerous mission to save a ruthless gangster's imprisoned family.


Monday, June 19, 2023

Twisties: Nasi Goreng Berasap

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dah lama tapi simpan dalam peti.. Risau expired, Sha letak atas meja makan.. Tapi tu lah, bila tengok gambar berapi-api tu jadi seram pula nak makan.. Seram kalau pedas melampau.. Sekali encik suami buka dan makan.. Lepas tu dia cakap tak pedas pun.. Sha amik satu dan rasa.. Ye lah.. Tak pedas pun.. Sedap je.. Sudahnya ralit makan berdua dengan encik suami.. Kikiki.. Boleh beli lagi ini.. Memang terasalah nasi goreng dia tu.. kikiki.. 

Tengok gambar tu yang seram nak makan.. kikiki..

Novel | Tangisan Sri Melati oleh Hafiz Ab Kadir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka dengan kerekter Awang.. Kekal membantu Amir walaupun teruk Amir di tohmah penduduk kampung hanya kerana kesalahan lalu.. Awalnya Sha memang tak menyangka langsung akan penjahat yang pertama walaupun penjahat kedua tepat dalam tekaan Sha..

Buku ini secara keseluruhannya memang best.. Jalan cerita, isi dia dan juga mesej yang cuba disampaikan.. Tapi cara penulis menyampaikan cerita agak tak kena dengan Sha.. Terlalu perlahan dia punya keterujaan tu.. Seksa juga nak habiskan.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 18.06.2023..

Published January 1, 2022 by Mahakarya

Taiwan | Oh No! Here Comes Trouble (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Maaflah.. Episod pertama tak ada babak yang menakutkan tapi masuk episod 2 keluar babak seram campur kelakar.. Tak tahulah nak takut ke nak gelak.. Menarik betul drama ini.. Tapi jangan tertipu dengan seram dan lawak yang dihidangkan.. Drama ini juga turut menyampaikan perasaan seorang anak yang kehilangan ayahnya.. Bagaimana dia merawat hatinya..

Drama ini berjaya tangkap Sha untuk tonton hingga ke episod akhir.. Sha tertarik sangat dengan watak utama iaitu Pu Yi Yong.. Walaupun berada dalam keadaan keliru dengan kebolehan yang dimiliki dan sedih dengan kehilangan ayah dia, namun dia tetap cuba membantu mereka yang datang meminta tolong.. Chen Chu Ying ini pula polis yang membantu Yi Yong dalam menyelesaikan kes yang datang pada Yi Yong tapi lebih pada kepentingan peribadi sebenarnya.. Geram juga seba dia fokus pada peningkatan kerjaya dia.. Tak fikir langsung perasaan Yi Yong tapi masuk episod ke 11 baru nampak perubahan.. Geram sangat dengan polis ini.. Lepas tu ada juga Cao Guang Yan, rakan sekelas Yi Yong yang selalu kemalangan disebabkan Yi Yong.. kikiki.. Tapi tak sangka lepas 2 tahun, Guang Yan pinda sebelah rumah Yi Yong dan turut membantu Yi Yong.. Paling kelakar bila Yi Yong tidur rumah Guang Yan seba tak nak hadap mereka yang datang minta tolong dia..

Filem ini berunsurkan supernatural dengan kebolehan Yi Yong menulis kaligrafi bagi membantu mereka yang tak nampak di mata.. Tapi tak seram pun sebaliknya agak menyedihkanlah juga..

Drama: Oh No! Here Comes Trouble
Also Known As: Bu Liang Zhi Nian Qing Chu Shi
Screenwriter & Director: Lin Kuan Hui
Genres: Mystery, Comedy, Drama, Supernatural
Country: Taiwan
Episodes: 12
Aired: Apr 15, 2023 - May 13, 2023
Aired On: Saturday
Original Network: iQiyi
Duration: 52 min.
Pu Yi Yong is a typical high school student. When he unexpectedly gains superpowers after waking up from a car accident, his previously uneventful life is suddenly not so ordinary anymore.

Novel | K-Pop Girl: Ahgase Yang Luar Biasa oleh Mira Ishak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan cerita unik.. Penulis menggabungkan unsur rentas dimensi, sains dan artis dalam penceritaan.. Penggunaan nama watak pun unik.. Walaupun Sha tak adalah minat sangat dengan kumpulan GOT7 ini tapi okay je baca novel ini.. Kenalah ambil tahu bacaan anak-anak kan.. Kisah aghase yang cuba menyelamatkan kumpulan GOT7 dari krisis tak dijangka di dua dimensi yang berbeza.. Memang okaylah untuk bacaan remaja, dewasa dan peminat kumpulan GOT7..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2023..

Published October 6, 2022 by Bookiut
Baca koleksi buku Amani
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com