Sunday, October 20, 2024

ebook | There Must Be More Than That! by Shinsuke Yoshitake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengajar kita yang masa depan tak boleh diramal.. apa sahaja boleh berlaku pada masa hadapan namun kita boleh merancang dan mempelbagaikan rancangan kita.. Malah jawapan bukan semestinaya betul atau salah sebaliknya boleh jadi mungkin.. Memang comellah buku ini.. 

Sha baca dna selesai pada 19.10.2024..

Published October 6, 2020 by Chronicle Books LLC

Hurix's Sugar Free: Lemon & Grape

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Mujurlah memang ada beli gula-gula Hurix ini.. Bila encik suami dan Imani sakit tekak baru ini, mereka bolehlah legakan tekak dengan gula-gula ini.. Memang okaylah sangat untuk mereka.. Cumanya ini bukanlah ubat.. Sekadar melegakan dari batuk dan gatal tekak saja.. 

Hurix's Sugar Free: Lemon

Hurix's Sugar Free: Grape

Besar saiz gula-gula dia..

ebook | Zombie in Love by Kelly DiPucchio, Scott Campbell (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah zombie yang mencari pasangan untuk ke majlis tari menari.. Pelbagai cara yang diusahakan namun tak berjay hinggalah akhirnya dia mengambil jalan akhir iaitu mengiklankannya dalam suratkhabar.. Comel gila bila tengok usaha si zombie dalam memenangi hati perempuan untuk dijadikan pasangan tapi akhirnya beliau berjumpa juga pasangan yang serasi..

Sha baca dan selesai pada 18.10.2024..

Published August 23, 2011 by Atheneum Books for Young Readers

Saturday, October 19, 2024

Hershey's Cookies 'N' Creme: Rich Coffee & Salted Caramel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Yang kopi tu memang akan jadi kesukaan Sha.. Buka saja bungkusan tu, semerbak bau kopi.. Masuk ja mulut, meriah dengan rasa kopi.. Memang bestlah untuk jiwa yang sukakan kopi dan coklat.. Sha pun tak sangka yang Sha akan suka coklat putih tapi gabungan kopi tu buat coklat ini jadi sedap, tambah dengan biskut.. Krup krap, krup kraplah mengunyahnya..

Karamel tu pun sedap tak manis sangat.. Memang bila gabung dengan coklat putih, pastu ada ketulan biskut jadi lagi sedap.. Mengancam..

Hershey's Cookies 'N' Creme: Rich Coffee (38g) - RM2.89
Hershey's Cookies 'N' Creme: Salted Caramel (38g) - RM2.89

ebook | The Girl Who Lost the Light in Her Eyes by Juliette Ttofa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengisahkan tentang seorang gadis yang kehilangan cahaya dan kegembiraan dalam hidupnya akibat perasaan negatif dan kehilangan.. Buku ini menggunakan metafora cahaya untuk meneroka emosi dan bagaimana ia boleh pudar apabila seseorang mengalami kesulitan.. Dengan ilustrasi lembut dan kata-kata yang penuh empati, buku ini membantu pembaca, terutamanya kanak-kanak, memahami emosi mereka dan mencari cara untuk menyembuhkan diri.. Buku ini juga berjaya memberikan cahaya kepada Sha..

Sha baca dan selesai pada 17.10.2024..

Published August 31, 2020 by Routledge

Kopiko Assorted: Coffee & Cappuccino

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gula-gula kesukaan sebab rasa kopi.. Ada dua rasa dalam bungkusan ini.. Ada rasa kopi dan cappuccino.. Dua-dua sedap.. Rasa kopi tu lebih kuat berbanding cappuccino yang lebih lembut rasa dia..

Kopiko Assorted: Coffee & Cappuccino (119g) - RM2.40

Kopi - 17pcs
Cappuccino - 19pcs

Friday, October 18, 2024

ebook | Tidy by Emily Gravett

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak bersiaran dengan buku.. Jadinya kita bacalah buku bergambar yang pendek-pendek untuk mengembalikan emosi membaca.. 

Buku ini tentang seekor musang bernama Pete yang sangat obses dengan kebersihan dan kekemasan.. Pete memastikan segala-galanya bersih, malah sanggup mengubah hutan yang cantik menjadi tempat tandus kerana terlalu ingin hutan terlihat rapi.. Namun, akhirnya Pete menyedari bahawa keterlaluan menjaga kebersihan boleh membawa lebih mudarat daripada kebaikan.. Dengan menggunakan ilustrasi yang penuh warna dan gaya penceritaan yang lucu, Tidy menyampaikan mesej tentang pentingnya keseimbangan dalam menjaga alam sekitar.. Ia mengajar pembaca, terutamanya kanak-kanak, untuk tidak berlebihan dalam usaha mengekalkan kebersihan..

Sha baca dan selesai pada 17.10.2024..

Published March 21, 2017 by Simon & Schuster Books for Young Readers

Van Houten Vegan Almond & Berries

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap coklat dia.. Cuma tu lah. kacangnya lemau.. Potong betul.. Buah berries tu dia bubuh ketulan kecik, jadinya syoklah mengunyah.. Ada pula sedikit rasa masin, memang jadi lagi bestlah makan coklat ini.. 

Van Houten Vegan Almond & Berries (45g) - RM7.30

Ketulan badamnya banyak tapi bila gigi, lemau pula dia.. huhuhu..

Teko Aladin Kuda Merah Menyala

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam semasa memandu ke pejabat, separuh perjalanan tiba-tiba teko aladin ini menyala.. Mulanya malap dan kemudiannya terus terang.. Sha terus telefon encik suami dan tanya.. Encik suami tanya Sha dah dimana dan kereta ada tak tersenggok-senggok.. Sha bagi tahulah Sha dah lepas Masjid Klan dan kereta okay ja, jadinya encik suami suruh teruskan perjalanan sampai ke hospital.. Sampai di hospital, lampu masih menyala.. 

Petang tu dalam pukul 2.30 encik suami datang tengok.. Risau berlaku kebocoran.. Boleh menyebabkan perkara yang lebih besar pula jadi.. Bila diperiksa, tak ada pula kerbocoran, cumanya oil filter longgar sikit.. Jadinya encik suami ketatkan semula.. Mungki sebab kena percikan air semasa memandu semalam, tu yang sensor dia menyala.. 

Semalam hujan lebat dan banyak kawasna yang air bertakung.. Jadinya memang bersimbah-simbahanlah semalam.. Tu yang agaknya sensor dia menyala..

Petang semalam dan pagi ini Alhamdulillah dah okay.. Teko aladin tu dah tak menyala..

Boleh pula dia menyala tiba-tiba..

Info Penting : Simbol tersebut akan menyala sekiranya minyak pelincir bagi sesebuah kereta itu kehabisan ataupun berkurangan. Kekurangan minyak enjin juga boleh disebabkan terdapat kebocoran yang mengalirkan minyak enjin keluar.

Disebabkan itu, enjin kenderaan akan menjadi lebih kasar sehingga menyebabkan kerosakan yang akan memakan kos yang tinggi untuk dibaiki. Oleh itu, simbol ini tidak boleh dipandang remeh oleh pemandu kerana akan membawa kepada kesan yang agak buruk pada kenderaan anda.

ebook | You Matter by Christian Robinson

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang mengetengahkan mesej penting bahawa setiap orang berhak dihargai, tidak kira betapa kecil atau tidak pentingnya mereka mungkin rasa.. Buku bergambar ini menonjol dengan gaya ilustrasi yang ceria, warna-warna terang, dan imej-imej yang menarik.. Melalui penceritaan visual yang mudah tetapi mendalam, penulis berjaya menunjukkan pelbagai perspektif, termasuk serangga kecil, burung di angkasa, dan manusia yang berdepan cabaran hidup.. Buku ini mengajak pembaca untuk merenung bahawa dalam setiap situasi, seseorang itu masih penting dan mempunyai nilai tersendiri.. Secara keseluruhannya, You Matter merupakan karya yang memberi inspirasi dan mencetuskan rasa tenang..

Buku ini juga berjaya meransang emosi untuk kembali membaca pada Sha..

Sha baca dan selesai pada 17.10.2024..

Published June 2, 2020 by Atheneum Books for Young Readers

Thursday, October 17, 2024

Van Houten Vegan Salted Caramel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat vegan ini keluaran Van Houten.. Setakat ini yang Sha tahu ada 3 rasa tapi Sha baru jumpa 2 jenis saja.. Salah satunya yang ini.. Sedap wei.. Walaupun vegan tapi sedap.. Berbaloi sangat dibeli..Walaupun ada garam tapi gabungan coklat, karamel dan garam himalayan tu sedap.. Bila gigit tu memang terasa ketulan garam tu tapi tak adalah masin dia melampau ke apa.. Dia macam ngam-ngam saja.. Kalau jumpa lagi, memang Sha beli lagi..

Van Houten Vegan Salted Caramel (45g) - RM7.30

Cumanya, tu lah.. Ada kekacang juga tapi tak banyak.. Adalah dalam 4 ketul.. kikiki..

ebook | Lengkapkan Hati Kita oleh Rose Aleyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Zania yang agak sadis jugalah.. Terpaksa menerima cemuhan dan hinaan dari orang sekeliling hanya kerana dia membesarkan anak kakaknya.. Iyalah tiba-tiba balik dengan anak kecil tanpa suami, siapa ja yang tak mencemuh.. Kemunculan semula Zharif merumitkan keadaan.. Bukan mudah untuk Zania melalui semua ini, hatinya yang sakit tiada siapa yang tahu.. Namun Zania sedar Zharif lebih berhak maka satu perjanjian dibuat.. 

Sha baca dan selesai pada 15.10.2024..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com