Thursday, February 13, 2025

Majlis Persaraan & Perpisahan Pegawai Bertukar Keluar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini ada Majlis persaraan dan juga perpisahan.. Minggu lepas lagi dah dibuat kutipan untuk jamuan.. Begitulah kehidupan.. Ada yang dah sampai masa tamat perkhidmatannya, maka bersaralah dia.. Ada yang diberikan peluang meneruskan perkhidmatan di tempat lain maka berpisahlah kita.. Dua staf bersara, 2 bertukar keluar dan 1 berhenti (ni staf MyStep)..


Ini je sempat snap gambar.. kikiki.. Ada ja makanan lain macam pulut dengan laksa tapi Sha tak ambil.. Tak lalu nak makan semua.. Sha makan nasi lauk asam pedas ikan, sambal kentang dan kerabu mangga..

ebook | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Sekolah Pertama oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Koleksi komik pendek bertemakan Sekolah Pertama.. Pelbagai cerita yang berjaya disampaikan oleh individu berbeza yang memberikan pengalaman pertama kepada kita.. Setiap komik ada kekuaran yang tersendiri.. Ada yang cemerlang dan ada yang biasa-biasa sahaja namun semuanya memberikan inpak pada pembaca.. Memang cunlah..

Sha baca dan selesai pada 12.02.2025..

Published October 30, 2023 by Komik-M

Wednesday, February 12, 2025

Wall's Cornetto Hokkaido Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim dengan rasa yang creamy dan bersusu.. Memang sedap tapi saiznya terlalu comel.. Tak padan dengan harganya.. kikiki.. Sedaplah sebab tak adalah pelik rasanya.. Dia punya biskut tu pun sedap.. Lain dari cornetto yang biasa tu..

Wall's Cornetto Hokkaido Milk (80ml - 50g) - RM3.70

Dihiasi dengan bijirin rnagup berwarna-warni..

Jepun | Golden Kamuy: Hokkaido Shisei Shujin Sodatsuhen (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tunggu nak tengok drama dari sambungan filem Golden Kamuy ini.. Kisah dalam drama ini bersambung terus dari filem dia.. Kalau korang tak tengok filem itu, dekat bahagian awal drama ini dia ada tunjuk sedutan dari filem.. Kira masih okaylah untuk faham apa jadi dekat filem..

Bermulalah pengembaraan Sugimoto yang abadi bersama Asirpa dalam mencari penjenayah yang memiliki tatu peta pada badan mereka.. Asirpa dan Sugimoto turut dibantu Shiraishi.. Kemudiannya Shiraishi telah diupah pasukan lawan untuk jadi pembelot tapi lepas tu mereka terpaksa berkerjasama sebab pihak ketiga mula main jahat dengan membuat peta palsu.. Sekarang 2 kena lawan 1.. 

Tapi tu lah.. Ini baru bahagian 1, kena tunggu lagi sambungan.. huhuhu.. Betul ke pengkhianat akan mengkhianati ataupun sebenarnya yang tak disangka itulah pengkhianat.. Aduh!! Menanti lagilah kita..

Asirpa, Sugimoto Saichi & Shiraishi Yoshitake

Drama: Golden Kamuy: Hokkaido Shisei Shujin Sodatsuhen
Also Known As: Gooruden Kamui: Hokkaido Shisei Shujin Soudatsuhen, Golden Kamuy: Scramble for the Hokkaido Tattooed Prisoners Arc
Director: Katagiri Kenji, Kubo Shigeaki
Screenwriter: Kuroiwa Tsutomu
Genres: Action, Adventure, Historical, Comedy
Country: Japan
Episodes: 9
Aired: Oct 6, 2024 - Dec 1, 2024
Aired On: Sunday
Original Network: WOWOW
Duration: 60 min.
Set immediately after movie "Golden Kamuy," the hunt for the escaped prisoners with the tattoos that collectively reveal the location of hidden gold is in full swing. Retired war veteran Sugimoto Saichi and Ainu native Asirpa are in the hunt to find the gold before others do so and their journey to find the gold nuggets enters a new phase.

~~ Adapted from the manga "Golden Kamuy" (ゴールデンカムイ) by Noda Satoru (野田サトル). ~~

Mighty White: Peanut Butter with Crystal Sugar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wah!! Sedapnya roti dengan inti mentega kacang ini.. Memang akan jadi kesukaan Sha lah.. Bau dan rasa mentega kacang tu memang mewah sungguh cuma sedikit manis sebab ada ketulan gula.. Memang terasa tau gula tu bila kita gigit.. Memang akan beli lagilah lepas ini.. Roti yang sedap dimakan sebagai sarapan semasa memandu atau semasa snatai-santai di rumah..

Mighty White: Peanut Butter with Crystal Sugar (50g) - RM1.20

Tuesday, February 11, 2025

ebook | Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM): Nostalgia Sekolah oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 9 komik pendek dalam ini berkaitan kenangan zaman sekolah.. Memang mengimbau nostalgilah pada yang membaca.. Setiap komik berbeza jalan ceritanya.. Ada yang bagus dan patut dikembangkan menjadi komik yang lebih panjang dan ada yang biasa-biasa sahaja.. Setiap cerita membawa kita kembali ke nostalgia di waktu persekolahan.. Mungkin akan ada cerita yang dekat dihati dan ada cerita yang tak sampai ke hati..

Sha baca pada 10.02.2025 dan selesai pada 11.02.2025..

Published October 30, 2023 by Komik-M

Jomlah Membalut dan Mengecop

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini selesaikan buku tulis dan buku kerja anak-anak pula.. Bila Amani dah boleh balut buku sendiri, kerja jadi cepatlah.. Amani selesaikan buku kerja dia, Sha pula balutkan buku kerja Imani.. Lebih mudah bila nama tak payah tulis.. Sha copkan aja dekat buku.. Cuma ada sesetengah buku tu kena biarkan sekejap bagi nama tu kering sebab permukaan dia tu.. Tapi mudahlah dari nak kena tulis satu-satu.. kikiki.. Lama dah sebenarnya Sha buat cop tu, tahun ini baru nak guna.. Sebelum ini Sha pakai pelekat tapi tu lah bila kemas-kemas rumah lypa mana letak pelekta nama tu.. Mujur ada yang cop ini.. 

Tinggal yuran dan buku teks sekolah agama Imani ja belum selesai lagi..

Jom membalut..

Jomlah mengecop.. kikiki..

Zus Expresso Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Pekat betul.rasa kopi dia..Tak manis dan rasa coklat tu tak mengatasi rasa kopi.. Sedang elok ja dia gabung berdua.. kikiki.. Sha beli dekat kedai dalam hospital.. Boleh tahan juga harga dia.. hahaha..

Zus Expresso Mocha (240ml) - RM4.90

Monday, February 10, 2025

Misi Solat Lima Waktu #4: Diari Umrah Imran oleh Nazry Salam, Nazrul Ali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Koleksi dari Misi Solat Lima Waktu ini memang bagus untuk dibaca anak-anak kita dan juga orang dewasa.. Kali ini Imran bawakan kita kisah bagaimana keluarga Imran mengerjakan Umrah.. Ada urusan ziarah dan juga pelbagai info serta keperluan untuk melakukan Umrah.. Memang baguslah buku ini.. 

Komik yang comel..

Perjalanan Yang Tidak di Rancang - Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas kenduri, Encik Suami bawa kami terus ke Banting.. Awalnya nak melihat tempat sejarah tapi dah terlajak ke Pulau Indah melihat pelabuhan dan tempat kontena.. Memang menariklah tengok kapal dan kontena yang bersususn-susun tu.. Lepas tu kami gerak terus ke Pulau Carey tengok Istana Bandar.. 

Solat dulu di sini..

Berhadapan dengan masjid ada orang jual cendol dan aiskrim buatan sendiri.. Makan dulu.. kikiki.. Aiskrim durian dia memang padulah.. Kami siap patah balik lepas tengok istana untuk beli lagi aiskrim..

Istana Bandar ini hanya ada istana.. Tak ada bayaran masuk.. Bolehlah nak jelajah dan tengok bahagian dalam dia.. Ada batu keterangan mengenai Istana ini..

Ini bahagian dapur..

Bahagian hadapan Istana.. 

Lepas tu kami naik Bukit Jugra.. Pergh!! Curam dan mengerikan terutama bila nak turun..

Pemandangan dari atas Bukit Jugra.. Cantik gila.. Lama gak kami kat atas ini menik.ati pemandangan..

Owh ya, dekat Bukit Jugra ini ada info juga mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Bukit Jugra ini..

Lepas tu kami singgah makan di PantaiBagan Lalang.. Pergh!! Asam Pedas dia memang padu.. Sha ambil asam pedas tetel.. Berbaloilah bayar.. Puas hati..

Selesai mkaan, encik suami bawa ke KLIA tengok kapal terbang berlepas dan mendarat.. Memang betul-betul memuaskan hati bila dengar bunyi enjin kapal terbang tu masa nak berlepas.. Ngauman dia bukan biasa-biasa.. 

Hwa Tai Golden Assorted Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha beli pek pelbagai isi ini.. Anak-anak kat rumah asyik lapar ja.. Jadinya bila ada biskut ini, adalah makanan sampingan buat kunyah-kunyah.. kikiki.. Harga pun okay dengan isi dalam dia.. Ada biskut yang Sha pernah makan dan ada yang pertama kali Sha tengok.. Menarik juga isi dalam dia.. Rupanya jenama Luxury dan Pesta juga berada bawah jenama Hwa Tai ini..

Hwa Tai Golden Assorted Biscuits (505g) - RM5.68

Hwa Tai Custard Cream (1X100g)
Pesta Hebat Chocolate (1X50g)
Pesta Hebat Milk (1X50g)
Luxury Golden Oatz (1X40g)
Luxury Vegetable Calcium Cracker (1X45g)
Luxury Cereal & Chia Seed Calcium Cracker (5)
Hwa Tai Sugar Cracker (2X16g)
Hwa Tai Siang Siang Cream Cracker (2X14g)
Luxury Tiramisu Cream Sandwich (2)
Luxury Lemon Cream Sanwich (2)

Sunday, February 9, 2025

Kenduri Aqiqah Di Klang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi kami ke Klang.. Majlis aqiqah anak buah.. Alhamdulillah perjalanan lancar..  Gerak jam 10 pagi dari Behrang dan sampai di Klang jam 11.30 pagi.. Ngam ngam majlis baru mula.. Sempatlah Sha jumpa mak saudara dari Cheras sebelum gerak balik jam 12.30 tengahari..

Sha makan kambing bakar, kuih muih dan buah..

Dapat cenderahati dan cabutan bertuah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com