Tuesday, January 3, 2017

Tutorial Sambal Sotong Kering

Assalammualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha nak share tutorial sambal sotong menggunakan sotong kering..
Ini resepi sambal paling mudah dan simple..
Hanya perlu 3 bahan utama iaitu sotong kering, cili giling @ cili blender dan bawang besar yang dihiris.. Bahan sampingan lain ialah gila, garam dan air asam jawa serta sedikit minyak untuk menumis..

Tutorial ini Sha buat untuk rujukan anak dara Sha dimasa hadapan..
Cewah!! Berangan Sha ini..
Manalah tahukan nanti kalau Sha dah tak ada, bolehlah diorang tengok blog Sha ini..
Belajar dari Blog je.. Hahaha..
Semua dihujung jari..

Bahan utama
Semangkuk sotong kering yang direndam dan dibasuh..
Sebiji bawang besar yang dihiris..
Cili giling 2 sudu besar..

Panaskan minyak..

Masukkan cili giling dan tumis hingga naik bau..

Masukkan air asam jawa
Ini agak-agaklah ye..

Bubuh gula dan garam secukup rasa..

Last sekali masukkan sotong..
Biarkan seketika sehingga kuah sedikit kering..

Bolehlah dimakan bersama nasi ataupun roti..
Serious sedap.. Hahaha..
Puji diri sendiri lak..
Jemputlah cuba ye..

Selalunya Sha masak simple dan mudah bila tak punya masa..
Kalau weekend menu dia lain macam sikit.. Hehehe..

8 comments:

  1. Memang sedap tue Sha. Kalau ana makan dengan roti jer dah cukup.On diet katanya tp bertambah2 tak jadi jugak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh!! Memang best Ana makan dgn roti.. Sha pun suka..

      Delete
  2. Sodap ni sha.. Nak cuba nanti.. Thankz sha kongsi resepi ni..

    ReplyDelete
  3. sedapnya. busyra suka sambal sotong kering! mkn dgn nasi panas2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yg balas komen nie pun terliur dan.. rasa cam nak g masak lak.. hahaha

      Delete
  4. sotong kering ni feveret aida.
    tapi tu la, mr.asben x makan :(
    kalau balik umah mak, confirm suh mak buat kan.
    nanti mak masak la lauk lain utk menantu dia hi hi hi...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com