Resepi Asam Pedas Melaka - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Monday, January 30, 2017

Resepi Asam Pedas Melaka

Assalammualaikum..
Hye semua..

Suka makan asam pedas??
Tak suka pun tak apa..
Boleh baca je entry ini..
Sha memang peminat Asam Pedas..
Tapi tak pandai sangat masak..
Selalu kalau nak makan memang gi ke Melaka..
Atau pun kirim kat Encik Suami kalau dia outstation ke Melaka..

Resepi Asam Pedas ini dari sepupu Sha kat Melaka..
Memang mantap dan sedap..
Sini Sha sharekan resepi..
Tutorial lain kali ye..
Terlupa nak amik gambar masa sepupu Sha masak..

Resepi Asam Pedas
Bawang besar
Bawang Merah
Halia
Bawang putih
Lada hitam
Serai
Cili giling
Minyak
Air asam jawa
Bahan-bahan kat atas ini main agak-agak je kuantiti dia.. Tak ada kuantiti khas.. Ikut citarasa masing-masing..

Sayur ikut nak masak asam pedas apa..
Ayam/daging pakai kentang
Ikan pari/selar/parang pakai bendi@terung dan tomato

Cara memasak
Tumbuk bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.. kemudian baru masukkan lada hitam.. lada hitam tak nak halus sangat..
Panaskan minyak.. masukkan bahan tumbuk tadi.. goreng bagi wangi, masukkan cili giling.. Masak sampai cili garing.. masukkan ikan/ayam dulu.. Dah agak separuh masak, masukkan air asam jawa.. Air asam jawa ikut kuantiti ikan/ayam.. Biar mendidih sampai pecah minyak.. Dah siap..

Tips memasak..
Kalau pakai ayam atau daging kena bubuh serai.. daun limau ikut suka.. nak bubuh boleh.. tak bubuh pun takpe.. Ikan xyah buh serai pun takpe..

7 comments:

  1. Salah satu makanan kegemaran ni..Sedap2 hee

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Shahida,

    Asam pedas is one of my all time favorite.. Resepi ni sangat bermakna utk org yg pandai makan asam pedas tapi tak reti masak macam saya.

    Thanks for sharing kak.. :-)

    ReplyDelete
  3. Ana kalau ada lebihan kuah asam pedas, cepat2 buat jemput-jemput. Makan time hi tea memang tak pandang kiri kanan.

    ReplyDelete
  4. teringat pulak makan asam pedas melaka time p melaka dulu.. memang sodap..

    ReplyDelete
  5. macam sedap jea..tapi buat tapi hubby kita tak berapa minat asam pedas..huhu

    ReplyDelete
  6. sedapnya kalau dapat buat tapiiii masalahnya ciktie sorang je yang suka asam pedas

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..