Amani Darjah Satu - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Thursday, January 5, 2017

Amani Darjah Satu

Assalammualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selasa permulaan Amani ke darjah satu.. Agak kelam kabut pagi tu.. Patutnya hantar adik dia dulu tapi g hantar Amani dulu.. So Sha tinggalkan encik suami untuk kita tengok Amani sementara Sha hantar Imani ke PASTI.. Pastu patah balik ke sekolah Amani.. Mujurlah tak jauh.. Mereka kena beratur dekat tapak perhimpunan untuk taklimat dari PK HEM.. Lepas tu baru ke kelas..
Dalam kelas ada guru kelas dah.. Comel cikgunya.. hehehe.. Cikgu perempuan.. Cikgu tu bagi penerangan mengenai peraturan keluar masuk kelas, kutip fail peribadi, kad gigi danmkad perubatan.. Pastu cikgu sains lak ambil alih untuk sesi pengenalan antara murid dan pelantikan ketua/penolong kelas..

Sha tak tunggu masa sesi nie sebab nak ke rumah transit.. Amani nanti transit rumah pengasuh Imani dulu.. Untuk mandi dan makan tengahari sebelum ke Sekolah Agama.. Masa kat umah pengasuh nie dapat kain sekolah anak-anak pengasuh nie.. Settle soal transit dan bayaran, Sha terus gerak g Econsave kat Slim.. Nak beli baju sekolah tambahan.. Memang kena standby 5 pasang baju untuk sebelah pagi.. Sha takkan sempat nak basuh dan gosok baju dia.. Hari ini pun dah kepenatan.. Terkejar-kejar ke sana sini.. hehehe..

Kul 9.30 pagi Sha pergi balik sekolah nak tengok Amani Okay tak kat kantin.. Mereka rehat jam 9.30pagi sampai 10.00pagi.. Alhamdulillah.. Sha sampai je dekat sekolah tengok Amani dah beli makanan.. Dia beli meehoon sup (50sen semangkuk).. Sha paling risau bab makan.. Amani nie memilih macam Sha.. Tapi bila tengok dia okay, mau makan.. Legalah Sha.. Lepas habis rehat, Sha balik..

Kul 1.30 petang Sha gi balik sekolah.. Kali ini untuk kenalkan Amani dengan pemandu van yang akan amik dia dan hantar dia ke umah transit.. Settle nie bawa dia tu umah transit untuk mandi, makan dan bersiap.. Sha dengan encik suami lak gi solat.. Pukul 2 petang Sha pergi ambil Amani dan juga anak pengasuh tu untuk bawa ke sekolah agama lak.. Sekolah agama ini tak boleh tunggu, so Sha tawakal jelah tinggal.. Kali ini memang Amani kena survive sendiri sebab tak ada kawan-kawan yang dia kenal sekolah agama sekali.. Rehat je ada anak pengasuh tu.. kira okaylah kan..
Seharian yang memenatkan dan mencabar hati Sha.. Inikan, naluri dia lain sikit dari seorang ayah.. Kerisauan melepaskan anak untuk berdikari dan belajar sendiri.. Ke Sha je yang macam nie?? Hahaha..

Amani Darjah Satu
Sampai je dia cari kawan-kawan yang dia kenal..
Kemain lagi semangat..

Amani Darjah Satu
Cikgu kelas Amani..

Amani Darjah Satu
Yeah!! Pandai dah beli makanan..

Amani Darjah Satu
Seronok belajar di sekolah..

Amani Darjah Satu
Ini masa ambil dia habis kelas dekat sekolah agama..
Seronok je dia..
Yang sebelah Amani tulah anak pengasuh tu.. Kakak Nana..

Amani Darjah Satu
Kepenatan.. Mujurlah malam nie ustaz ada hal tak ngaji..
Amani tak biasa lagi..
Belum pukul 8 dia dah tido..
Sha lak lambat masak malam nie..
Lepas masak, kejut dia makan pasti dia sambung tido balik..
Memang betul-betul penat nie..

9 comments:

  1. Alhamdulillah...letih ya Amani...

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan Sha. dan doa semoga anak2 sentiasa di bawah lindunganNya.insyaAllah

    ReplyDelete
  3. rindu nak makan bihun sup sekolah ... hehe

    amani penat first day sekolah, nanti lama lama biasalah tuuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom gi sekolah balik nak Kim Chaa.. hehehe
      Tu la.. dia baru lagi kan.. lemau jelah sebelah petang..

      Delete
  4. amani darjah !?
    cute. comel. kecik molek aje amani ekk, sha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a.. Aida.. dah darjah satu.. tu la, bukan amani je kecik molek.. Ramai gak pelajar2 lain yg kecik molek je cam dia.. hehehe.. rasa cam tak caya je bila nengok mereka..

      Delete
  5. penat kan..wani pun sama...dah makin susut badannya

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..