Shoplinks.Asia

Sunday, January 22, 2017

Amani Tak Nak ke Sekolah

Assalammualaikum..
Hye semua..

Tabik Spring Sha pada mak ayah yang punya ramai anak..
Sha yang ada dua je ni pun huru hara..
Khamis 19.01.2017, Amani menangis-nangis tak nak pergi sekolah agama..
Dia nak pergi sekolah agama yang sama dengan kawan dia Umairah..
Puas dipujuk, dia tetap tak nak pergi..
Bebudak.. Sekolah nak sama dengan kawan..

Bukan Sha tak nak bagi..
Tapi sekolah agama yang Amani nak pergi tu ada banyak masalah..
Yang paling utama masalah keselamatan..
Tiada pemantauan guru ataupun security Guard..
Anak-anak dibiar lepas bebas, sedangkan sekolah tu terletak berdekatan dengan jalan utama..

Sha hantar dia sekolah agama yang ini sebab ada pemantauan dari guru besar sendiri..
Mak bapa tak sampai lagi, kena tunggu dalam pagar..
Kelas pun hanya ada satu je untuk setiap darjah..
Pelajaran yang diberikan pun Alhamdulillah, Sha puas hati..
Yang paling penting, hari pertama persekolahan mak bapa tak dibenarkan menunggu..
Mak bapa disuruh balik.. Untuk anak-anak belajar berdikari..

Encik suami marahlah bila Amani buat perangai..
Siap bawa Amani ke sekolah lain yang memang tak ada langsung kawan-kawan yang dia kenal..
Encik suami cakap, kalau nak tukar sangat meh ayah tukar kat sini..
Sekolah lah jauh dari kawan-kawan..

Jenuh juga memujuk dalam keadaan kaki Sha yang masih sakit..
Selepas kedua-dua nya reda barulah encik suami bersembang dengan Amani..
Kenapa Amani kena pergi sekolah..
Bersembang lah mereka berdua dari hati ke hati..
Sha memang tak larat.. makan ubat je tidur..

Encik suami ada cakap dengan Sha, kalau mak dia dulu.. dah diikatnya encik suami dekat bawah kuarters..
Sebab tak nak ke sekolah.. sampailah ayah balik baru encik suami dilepaskan..
Kalau zaman sekarang buat cengginie, mak ayah meringkuk dalam penjara..
Sebab mendera anak..
Betapa bezanya dulu dan sekarang kan..
Macam-macam ragam anak nak kesekolah..

9 comments:

  1. Sabar sha... anak2 mmg cam gitu la, nak biasakan diri ada yg kena take time gak kan.... semoga amani cpr sesuaikan diri ye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. awal-awal nie memang macam-macam kerenah mereka..

      Delete
  2. Betul, sha dan maznee anak sama 2 orang
    .
    Bila anak tak nak ke sekolah pun dah ramai
    .
    Kalau mak ayah yang anak anak ramai tu cam ne
    .
    Allah hu rabi
    .
    Memang tabik spring la. Toing toing
    .
    😃
    .
    Maznee doakan Sha berjaya pujuk anak nak sekolah agama tu
    .
    Walaupun kawan tak ada lagi.
    .
    Nanti ada la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. lepas sesi father daughter talk, nampak dah Okay sikit.. hehehe..
      Kan mazne kan.. tabik Spring..

      Delete
  3. Tue lah. Sekarang cepat jer viral kalau benda2 macam tue. Takpe nanti lama2 ok lah amani tue. Mula2 nie jer. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula nie Macam-macam perangai mereka.. hehehe..

      Delete
  4. Teringat masa zaman kanak2.. ada kawan yang nangis lah tak nak kena tinggal dengan mak ayah... ada yang panjat pagar la.. biasala tu kot kak budak2..mula2 je tu,nanti diorang ada kawan,cikgu baik2 ..mesti dia sendri rasa seronok ke sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. macam-macam ragam bebudak bila awal persekolahan nie..

      Delete
  5. alhamdulillah wani xda masalah tue..cuma dia dibuli dan dimarah oleh seorang bapa budak tanpa usul periksa..kesian juga dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI