Shoplinks.Asia

Tuesday, January 3, 2017

Projek Seram Kem oleh Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad dan Aida Adia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan tahun 2017 Sha dengan Projek Seram Kem..
Mengisahkan 3 cerita dari 3 penulis..
Dengan warna tema kuning..
Ini buku yang ke dalam Projek Seram dari Buku Prima..

Kisah Latifah oleh Maria Kajiwa
"Mereka masih mengawal tempat itu..."

Kisah yang meruntun hati..
Membaca kisah ini membuatkan bulu roma merinding kesedihan dan marah..
Sesungguhnya zaman perang merupakan zaman yang kalau boleh dielakkan..
Kerana peperangan membawa kepada petaka dan juga kesengsaraan..
Latifah mangsa yang hilang ditelan zaman..
Kisahnya tiada siapa yang peduli..
Membaca Kisah Latifah mengundang kesedihan yang tak bertepi..
Kak Maria berjaya membangkitkan emosi..
Kerana dalam Kisah Latifah ada hubungan adik beradik yang kuat..
Hubungan persahabatan dan juga persaudaraan..
Serta perasaan yang terseksa dan terdera..

Kisah Seram Malam Jumaat oleh Zaifuzaman Ahmad
'Bukan dalam hutan aje, dalam kem pun banyak...'

Pergh!! Terbaiklah..
Memang tak mengecewakan..
Cerita dalam cerita.. Akhirnya yang mendengar cerita pula diganggu..
Hahaha.. Adoilah..
Dari satu cerita ke satu cerita hinggalah akhirnya bertembung sendiri..
Meremang dibuatnya..

Kem Rahsia oleh Aida Adia
'Ganggu ketenanganku, petakalah hidupmu...'

Memang best.. Bukan sekadar cerita..
Tapi dapat sedikit ilmu mengenai dunia ketenteraan..
Cerita yang penuh pengajaran..
Mengenai persahabatan dan juga pantang larang didalam hutan..
Bertepatan dengan kata-kata Ganggu ketenanganku, petakalah hidupmu..
Memang betul-betul petaka..
Dua nyawa menjadi korban..

Start baca pada 01.01.2017
Settle baca pada 02.01.2017..

Projek Seram Kem oleh Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad dan Aida Adia

7 comments:

  1. Amboi Sha. Cepatnya habis baca. Tercabar nie. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Lama dah tunggu nak sambung baca balik..
      Tu yang cepat.. Lagipun Sha memang ikut perkembangan Projek-projek Seram nie.. Jom baca sis..

      Delete
  2. Ala, Kak Sha... Nie yang buat saya jeles nie.. Huhu tahun nie bajet library nak beli jugak la projek seram nie... hihihi proposal akan dibuat sekarang... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila.. sila.. hehehe..
      beli semua tau.. dari hotel, restroom, lombong, kem, kerusi.. highway, airport, wad.. baru cukup syaratnya.. hehehe

      Delete
  3. As salam Shahida.. TERIMA KASIH atas reviewnya.. percaya tak, Shahida antara tukang review yg saya tunggu2 setiap kali karya saya publish.. ๐Ÿ˜„
    Sangat membangkitkan semangat saya utk terus berkarya..
    err.. nak tegur satu boleh tak? ๐Ÿ˜
    nama saya AIDA ADIA bukan Aida Aris.. he he he..
    Moga ukhwah kita berpanjangan.. ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Maaf sis.. tak perasan tertypo nama dia.. time kasih sudi singgah blog Sha dan baca review dari Sha.. terharu nie.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      Delete
    2. Sha, sila pm page akk AIDA ADIA.. ๐Ÿ˜‰

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI