Tuesday, January 17, 2017

Peristiwa Minggu Ketiga Persekolahan

Assalammualaikum..
Hye semua..

Macam-macam hal..
Baru hari Isnin minggu ketiga..

Amani..
Masa amik dia nak gi sekolah agama, mama kat rumah transit bagi tau Amani jatuh tangga..
Tangan dia luka.. Sha dah susah hati..
Sebab tak nampak dia lagi..
Bila dia keluar dari rumah nak masuk kereta..
Terus Sha tanya.. Amani okay ke??
Okay.. luka sikit je kat jari..
Sha pun tengok jari dia.. terkopek sikit kulitnya..
Alhamdulillah.. hanya luku sikit di jari..
Bahagian lain badan dia okay..
Lega rasa hati..
So sepanjang jalan nak kesekolah agama memang sha pesan jelah..
Sebab Amani nie jenis kena pesan selalu baru dia akan ingat..

Imani
Pagi dekat rumah happy je..
Singgah 7eleven beli sugus..
Sampai je sekolah dia buat perangai..
Sha mak yang kental..
Angkat je dia terus letak dalam taska..
Cium dahi lepas tu terus tinggal.. memang tak toleh dah..
Petang masa amik tengok dahi dia hijau..
Cikgu bubuh minyak.. Tanya dia kenapa..
Dia cakap terjatuh.. Alahai Imani..
Sha tak risau sangat sebab Imani memang ada terantuk sebelum tu kat tempat yang sama..
So just pantau dia jelah.. tengok ada muntah-muntah ke tak..
Alhamdulillah.. Dia okay je sepanjang petang hingga bangun tidur..

Bila anak sekolah.. macam nie lah..
Balik je belek badan anak..
Bukan apa, kadang-kadang dia dah tak sakit..
Dia tak ada cakap dengan kita..
Bila belek bolehlah tahu tang mana lebam.. tang mana luka..
Tamabah dua-dua anak dara.. lagilah kena belek selalu..

12 comments:

  1. Macam2 ragam ye Sha. Syafi nanti xtau lah mcm mana. Hehe

    ReplyDelete
  2. Huk huk betul Sha...esp parents zaman sekrg. Mak zaman dulu2 kalau kita luka makin dimarahnya hehe jiwa kental jek kita dulu kan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Linda.. berbeza betul dulu & sekarang..

      Delete
  3. yep, memang kena tanya budak-budak ni....extra carefull ;)

    ReplyDelete
  4. anak2 ni xsah kalo xdak luka lebam spnjg pbesaran mereka kan =)

    ReplyDelete
  5. fuhhh mencabar tu akak.. pg2 elok balik ke rumah lebam2. dh ok ke dahi

    ReplyDelete
  6. kesiannya amani.. mmg waktu nak besar ni. mcm2 jadi. smoga amani sntiasa dalam lindunganNYa. amin..

    ReplyDelete
  7. betul...MV hantar anak ke taska..memang akan check badan masa balik...tindakan berjaga2...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com