Shoplinks.Asia

Friday, May 19, 2017

Air Nabeez

Assalamualaikum..
Hye semua..

PUASA DAH DEKAT..
BUATLAH AIR NABEEZ UNTUK MINUM
SETIAP KALI SAHUR..
SUNNAH YANG RAMAI ORANG TAK TAHU..

Air Nabeez

Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Cara-caranya:-

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter.
Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya.
Carik2 isi kurma.
Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye.
Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur.
Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau.
Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Selamat mencuba.

Dapat sesuatu? Sila Share pada orang lain nak tahu juga..

6 comments:

  1. perkongsian menarik..Insha Allah akan cuba buat

    ReplyDelete
  2. Camne rupanya tu sha.. Nanti up la gambo nye ye..

    ReplyDelete
  3. Ana pernah buat juga. Bagus utk badan.

    ReplyDelete
  4. Hakak dah try buat hari tu. Boleh tahan sedap jugak.... Manis manis buah gitu

    ReplyDelete
  5. yg ni ...MV tak boleh nak minum..hahaha..tak masuk dek tekak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI