Shoplinks.Asia

Monday, May 22, 2017

Kebangkitan : Antologi Cerpen Seram 1.0 oleh Ida Anuar, Ummu Hanan, Kufaz, Prof Zoref, Sue Aliff, Fazlina, Azwa Addy, Syaida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel koleksi 8 nama, 8 cerpen seram ini merupakan special edition untuk Pesta Buku 1 Malaysia..
Penulisnya ialah Ida Anuar, Ummu Hanan, Kufaz, Prof Zoref, Sue Aliff, Fazlina, Azwa Addy & Syaida..

Jalan Lama & Janin oleh Sue Aliff
Bertemu dengan mereka bukanlah perkara yang dibanggakan tapi bertemu yang baik memang menguntungkan.. Sudahlah berbuat dosa.. Ditambah pula dengan membunuh.. Akhirnya dosa menghambat hidup..

Pulau Menanti & Dalang oleh Ummu Hannan
Satu kisah di pulau.. Mujur hati masih kuat pada Allah, kemalangan berjaya dielakkan.. yang satu lagi kisah akibat cemburu.. Cemburu dengan kebahagiaan manusia lain sehingga sanggup nak membunuh..

Apartment & Homestay oleh Ida Anuar
Dua tempat dengan kisah yang menyeramkan.. kedua-duanya mengganggu manusia..

Kemalangan & Playboy oleh Azwa Addy
Kisah pertama akibat kemalangan langgar lari, mangsa yang tak bersalah mati.
Kisah kedua pula mengenai manusia yang tak reti nak hormatkan perasaan orang lain.. Akhirnya ada yang sakit hati hingga nekad melakukan perbuatan terkutuk..

Penunggu Laut & Penunggu Kota Lama oleh Prof Zoref
Subjeknya penunggu.. Satu mencari manusia untuk dibuat korban.. Satu lagi memakan korban kerana ketamakan manusia..

Lucid & Pulang oleh Kufaz
Lucid ini baru first time Sha baca.. Nanti nak carilah artikel pasal nie.. Menarik ceritanya..
Pulang pula pasal kisah kepulangan yang diseru.. Kerana tidak menerima takdir..

Dendam & Dendam Aminah oleh Syaida
Dua kisah yang menggunakan dendam sebagai subjek.. Satu dendam seorang kawan sehingga akhirnya yang berdendam menjadi gila. Aminah pula diseksa sehingga akhirnya mendendami manusia yang bahagia..

Lintah oleh Fazlina
Kerana inginkan kecantikan, sanggup melakukan perkara salah.. Akhirnya nyawa menjadi korban..

Kesemua cerita dalam buku ini memang best.. Ada yang biasa, ada juga yang baru.. Gaya penulisan yang berbeza memang memberikan pelbagai rasa pada Sha sebagai pembaca..

Sha baca pada 20.05.2017 dan selesai pada 21.05.2017.

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI