Shoplinks.Asia

Saturday, May 20, 2017

Kerjaku Pembantu Pustakawan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semua tahukan Sha kerja sebagai Pembantu Pustakawan (PP)..
Selain dari jaga Kaunter Sirkulasi untuk proses pinjam dan pulang buku,
kami Pembantu Pustakawan (PP) ada banyak kerja lain yang perlu dibuat..
Tambah PP yang duduk dekat Kolej Komuniti atau Politeknik..

Kami juga kena shelving (susun buku) di rak semula..
Kalau ada pembelian buku baru pula, kami kena cop hak milik, tulis harga buku dan nama pembekal dekat buku.. Bubuh strip keselamatan.. Kemudian buat cataloging.. Cataloging nie melibatkan rekod bertulis dan juga rekod dalam sistem.. Kalau dekat tempat Sha, pakai Sistem ILMU..
Lepas katalog, baru print Spine label, barkod, Sticker colour (Memudahkan pencarian buku) dan balut.. (sebab tu i terror membalut.. hehehe)..

Inilah antara kerja-kerja yang dilakukan oleh PP.. Banyak sebenarnya job sampingan lain.. Tapi yang hakikinya inilah.. Tapi lain tempat lain cara katalog nya.. basic je sama.. kalau tempat Sha pakai LCC (Library of Congress Clasification) untuk pendidikan.. Kalau dekat Perpustakaan Negara, diorang pakai DDC (Dewey Decimal Clasification).. Untuk perubatan pun lain tau.. So setiap tempat berbeza..

Saje je Sha nak share dengan korang mengenai perkerjaan Sha nie.. Kotlah korang-korang yang baca teringin nak kerja macam Sha.. So dapatlah sedikit pengetahuan..

 
Proses katalog yang pertama..
Manual dan online..
 
 
Ini online guna Sistem ILMU..
 
 
Kalau buku tu ada CIP lagi mudah nak katalog..
Laju je kerja siap.. Hehehe..



CIP tu maksud dia seperti berikut:-
In publishing and library science, Cataloging in Publication (CIP, or Cataloguing in Publication) data are basic cataloging data for a work, prepared before publication by the national library of the country where the work is principally published or by the library of a publishing organisation, such as a government department. The name reflects the usual practice of including that information in the corresponding publication—in the case of books, on the copyright page, where it can be useful for cataloguers when they are adding such items to their collections. The national libraries' CIP staffs restrict the range of publications that CIP will be prepared for, for instance requiring access to assistance from the publisher's staff. - Sumber Wikipedia

4 comments:

  1. smoga akak terus smngat dalam setiap harii.. <3

    ReplyDelete
  2. BAGUS SEKALI PERKONGSIANNYA.

    ReplyDelete
  3. seronoknye keje sha ni.. Lea mmg minat kalau bab2 buku ni.. Tp x de rezeki nk kerja sbagai pp.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. kat tempat MV pakai DDC...yup yang ada CIP cepatlah..kalau tempat MV ni ...dr shelving,catalog,daftar hak milik semua buat ...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI