Friday, February 15, 2019

Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom mandi dengan Carrie junior Bubly Bar.. Memang seronok anak-anak Sha terutamanya si Imani itu bila dapat sabun Carrie Junior ini.. Lama dia berendam dalam bilik air.. Sabun badan sam, dua tiga kali.. Baunya yang wangi dan menyegarkan memang disukai Imani.. Masa mandi jadi lebih seronok dna gembira dengan adanya sabun Carrie Junior ini.. Tunggu apa lagi... Jomlah serbu kedai dan beli.. Ada 3 pilihan bau.. Pasti jadi kesukaan anak-anak.. Tak percaya?? Jom baca kelebihan sabun Carrie Junior ini.. 


MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR
~MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit. 

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

10 comments:

  1. Wah! Carry Junior dah ada dalam bentuk bar senang sikit nak kontrol dari main bubble ni.

    By the way dah tukar template ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs. A.. kurang sikit diorang ni main buih dalam bilik air.. 😁

      Kena tukar.. template sebelum nie, problem..

      Delete
  2. Wangi sangat bau sabun tu. Satu rumah boleh bau wangi.

    ReplyDelete
  3. baru perasan juga Carie Junior ada dalam bentuk sabun ..

    bagus juga lebih jimat

    ReplyDelete
  4. Dulu kecik2 pun pkai ni. Best. Hehe

    ReplyDelete
  5. Syfai dulu selalu pakai. Cantik sgt beg Carrie tu

    ReplyDelete
  6. sy mmg pakai carrie junior ni esp yg shower foam tu... nnt boleh laa cuba yg ni pula

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com