Tuesday, January 27, 2026

Keropok Laila

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keropok ini viral dah lama.. Memang lama dah Sha teringin nak rasa.. Bila berpeluang ke Kelantan, encik suami bawakan Sha ke sini.. Masa Sha datang ini, gerai yang masak-masak keropok Laila ini dah tak buka.. Ingatkan kami salah tempat.. Rupanya ada jual yang beku saja.. Jadinya Sha belilah 6 bungkus.. Nak bagi kawan dan makan sendiri.. 

Kalau korang berminat nak cuba, bolehlah beli dekat Jeti Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan..

Setelah digoreng.. Rasa dia memang sedaplah.. Lain dari keropok yang biasa tu.. Ada rasa daun kesum.. Pada Sha memang sedaplah.. Rangup tapi lembut..

Sebungkus ini RM5 ada 10 keping dalam dia..
Bahan-bahan keropok Laila ini ialah ikan segar, daun kesum, bawang dan cili..

Hasil Tangkapan di Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara hasil membeli belah di Kelantan.. Memang meriahlah Sha berbelanja.. Bukan selalu dapat ke sini.. Alang-alang datang ini kita belilah apa yang boleh nak dibeli..

Keropok laila.. Sha beli 6 pek.. Ini antara tujuan utama Sha ke Kelantan selain kenduri..

Beli juga tongmo ini 3 bekas.. 1 bekas RM10.. Sha beli tiga-tiga jenis.. Ayam ja tak ada.. Kalau tak memang beli juga yang ayam..

Sempat beli 2 biji tembikai.. 2 biji ini RM11.30

Sha beli beras wangi Thai tu 3 beg (1pek tu 5kg dan harganya RM28) untuk MIL, adik ipar dan Sha.. Lepas tu beras cap serindit tu Sha punya.. 1 beg tu 9 kg dan harganya RM42..

Buah colek, mangga, kedondong, limau bali dan burger CP tu 5 pek..

Bekas ini ada air meiji kopi dua botol dengan yogurt buah 4 botol..

Durian Raja Kunyit (Sekilo RM37) dan Durian Kampung (sekilo RM13) sebekas ini RM100.. Sha campur sekali ja duriannya sebab yang banyak tu Raja Kunyit.. Durian kampung tu sikit ja isinya..

Tercalar Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Tersagat hati Sha mendegar bunyi geseran antara motor dan kereta Sha.. Geramnyalah hati.. Motor tu dia nak mencelah juga.. Walhal lampu baru ja hijau, kereta baru nak gerak.. Punyalah tak sabar nak jalan, mencelah antara kereta Sha dan motor skuter.. Memang zrapppp lah bunyinya.. Sha hanya mampu menekan hon sajalah.. Geram betul.. Lepas tu agaknya dia takut, terus dia langgar lampu merah, kena snap dengan kamera dekat lampu trafik.. Hurm.. Sabar jelah..

Sampai parking Sha turun dan snap gambar hantar dekat encik suami.. Sebelm tu dah telefon dan mengadu..

Kejadian jam 6.58 pagi dekat lampu isyarat simpang empat Behrang..

Mula-mula Sha snap tak nampak apa yang teruk..

Bila dah cerah sikit, Sha ambil lagi sekali gambar.. Tersagat sikit dekat bumper bahagian kiri.. huhuhu..

Monday, January 26, 2026

Temujanji SOPD Pertama Tahun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha kena jumpa doktor di SOPD.. Sekejap ja jumpanya sebab Sha ambil nombor terlebih dahulu.. Pukul 8.50 pagi baru Sha turun jumpa doktor.. Sampai klinik, Sha terus masuk bilik doktor sebab dia dah panggil nombor Sha.. Doktor buat pemeriksaan dan bagi temujanji untuk buat mammogram.. Mammogram ini boleh buat 2 tahun sekali.. Jadinya tahun lepas tak buat, kenalah buat tahun ini.. Sha tinggalkan nombor telefon dan nanti klinik akan telefon untuk bagi tarikh untuk buat mammogram.. Doktornya sangat baik.. Suka Sha..

Ambil nombor ja dulu sebab Sha nak kena masuk perpustakaan terlebih dahulu..

Temujanji Mata MIL di Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi-pagi lagi Sha ikut encik suami bawa MIL ke Teluk intan untuk rawatan mata.. MIL nak buat laser mata.. Temujanjinya jam 10 pagi tapi kena ada dekat klinik jam 9.30 pagi.. Sampai ja jururawat minta turunkan tandatangan pada borang dan bayar.. Lepas tu jururawat tu bubuh ubat titik dekat mata MIL yang nak di laser.. 3 kali jugalah.. Doktor jumpa dulu untuk periksa mata.. Lepas tu jururawat tu cuci muka MIL.. Sebelum masuk bilik rawatan dia sapu iodin dekat separuh muka bahagian mata yang nak di laser.. Sejam juga dia buat laser tu.. Lepas selesai kena rehat dulu dalam 1 jam jugalah.. Lepas buka penutup mata, doktor periksa dan boleh balik.. Jururawat dia bagi ubat makan dan ubat titik ada dua jenis.. Mata kena pakai kaca mata hitam sepanjang masa.. Hari kedua baru boleh basuh muka.. Mata tak boleh kena habuk, cahaya.. Tak boleh gosok mata.. Lap mata dengan tisu ja.. Tisu pun sekali pakai ja.. Lap dan terus buang..

Kliniknya di Teluk Intan.. Ahad tu untuk dia buat rawatan mata.. Masa kami datang tu dah ada 2 orang 1 dalam bilik rawatan dan satu lagi tengah menunggu giliran.. Masa giliran MIL dalam bilik rawatan, ada lagi yang datang dalam 3 ke 4 orang..

Singgah kedai ECO beli kaca mata hitam yang lebih besar sebab MIL bawa yang jenis klip ja.. Dia tak selesa..

Jalan-jalan Makan Kenduri di Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kami gerak dari Behrang jam 2.30 petang hari Jumaat menuju ke Kelantan untuk kenduri kahwin sepupu encik suami yang akan berlangsung pada hari Sabtu.... Awal perjalanan ini Sha bawa kereta terlebih dahulu sampailah ke Petronas di Hentian Rehat Simpang Pulai.. Encik suami isi minyak dan Sha beli roti buat alas perut sebelum gerak semula.. Lepas isi minyak, encik suami bawa kereta pula sampailah ke Kelantan.. Perjalanan ke Kelantan agak perlahan sebab bertembung dengan banyak lori.. Perjalanan balik pula lancar dan sangkut sekejap masa nak turun sebelum sampai Belum Rainforest Resort.. Ada kemalangan.. 

Keluar tol Kuala Kangsar untuk lalu ke Lenggong, kemudian naik Gerik menuju ke Kelantan..

Kami singgah dua kali di Masjid ini.. Masa nak ke Kelantan singgah solat Asar di sini.. Masa balik singgah solat maghrib..

Cerah lagi masa lalu disini..

Singgah makan malam di Jeli sebelum gerak semula ke hotel.. boleh tahan makanannya.. Ada lagi lauk lain yang Sha pesan iaitu tomyam campur, dengan pad krao pao..

Makan nasi kerabu lauk lemak bakar dulu sebelum gerak ke tempat kenduri..

Berkumpul di Homestay dulu sebelum ke dewan untuk majlis akad nikah dan bersanding..

Majlis bermula dengan upacara akad nikah..

Singgah beli colek dulu dekat sini.. Sakan jugalah bershopping disini.. kikiki..

Singgah masa dalam perjalanan balik.. 

Kami singgah makan di Gerik dan bertolak semula jam 9 malam Selamat sampai ke Behrang jam 11.30 malam..

Sunday, January 25, 2026

Munchy's Lexus Lemon Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut munchy ini datang dengan krim perisa lemon.. Menyegarkan tekak dan lidah bila makan.. Buat yang suka sesuatu yang sedikit masam, biskut ini sesuai untuk anda.. Krim lemon dia tu ngam-ngam ja dan sedap dimakan bersama biskut.. Tak terlalu mengganggu.. Memang kelainan yang menyelerakan..

Munchy's Lexus Lemon Cream (190g) - RM5.29

Isi dalam pek tu ada 10 pek comel..

Setiap pek ada 2 set biskut..

Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Kelantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keluar ja hotel terus singgah makan di Lieniey Nasi Kerabu Tumis.. Perut kena isi dulu.. Lagipun encik suami nak bagi Sha cuba lemak bakar.. Memang mantaplah nasi kerabu dia.. Sha yang tak makan taugeh pun boleh makan.. kikiki..

Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Jalan Abdul Kadir Adabi, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Nasi lemak telur mata (2) - RM13.00
Nasi kerabu daging bakar + solok - RM9
Nasi kerabu lemak bakar + telur masin - RM8.55
Teh o panas (2) - RM2
Teh o ais - RM2

Moccona Liquid Espesso

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Moccona Liquid Espesso (160ml) ini 1 sachet ja.. Harga 1 sachet ini RM5.78.. Saja nak cuba yang jenis cecair pula.. Selalu nampak, tak pernah cuba.. Jadinya Sha belilah untuk cuba.. Okaylah kopi dia.. Sama ja macam kopi serbuk.. Boleh bancuh dengan air panas dan minum.. Nak tambah gula, susu atau ais, ikut selera masing-masing.. Minum kosong pun sedap.. Memang terasalah padunya kopi dia tu.. 

Bila buka dan tuang dalam cawan.. Pekat cecair kopinya..

Ini pula setelah ditambah air panas.. Padu kopi dia.. Boleh bancuh ikut kesesuaian tekak.. Nak tambah gula atau pun susu..

Saturday, January 24, 2026

Che Wok Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hotel yang kami tidur masa di Kelantan.. Daftar masuk jam 11.30 malam hari Jumaat.. Daftar keluar hari Sabtu, jam 7 pagi.. Tidur semalam ja.. Itupun agak kurang memuaskan.. Tersalah pilih hotel, tepi jalan utama.. Memang bisinglah kenderaan lalu lalang.. Bilik pula betul-betul mengadap jalan.. Ber huhuhu ja lah.. Kami cuba juga untuk minta tukar bilik tapi tak berjaya.. Layan ja lah.. Memang jenuhlah nak tidur dengan bunyi kenderaan yang bertalu-talu lalu..

Encik suami buat tempahan melalui Agoda.. Tak ada bayar deposit.. Memang bayar harga bilik ja dekat Agoda, bagi nombor booking, staf buat salinan ic dan tandatangan borang, daftar masuk dan dapat kunci berserta alat kawalan tv..

Che Wok Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

2 katil queen..

Ada almari 'build-in', sejadah dan penyakut baju..

Ada cermin, tv, cerek elektrik, 2 botol air mineral, nescafe, teh, cawan dan sofa..

Peti ais.. Lantai dia tu memang macam tu..

Bilik air ada pemanas air tapi tak panas pun, lebih pada suhu biasa.. Ada juga shampu dan sabun dalam bekas comel..

Wall's Musang King Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kek dan aiskrim.. Menarik sebab bahagian kek tu lembut ja, bila gigit bahagian aiskrim tu baru terasa kesejukkannya.. Memang ngamlah di tekak Sha.. Rasa durian dia pun sedap dan mantap.. Syoklah layan di pagi, petang dan malam hari..

Wall's Musang King Cake (40g) - RM4.90

Kek yang lembut..

Bahagian tengah tu aiskrim.. Sejuk ja bila makan..

Malaysia | Santau Perempuan Terlarang (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha layan cerita ini sebab kisah mistik.. Pelakon dia okaylah.. Lepas itu episod dia pendek ja.. Kisah Sapora yang berdendam. endam yang disimpan terlalu lama kerana hatinya hancur.. Iqbal ini pula artis yang baru nak naik, tapi tak pernah berpeluang.. Sampailah Iqbal berjumpa dengan Sapora dan kehidupannya mula berubah.. Malangnya Iqbal tak sedar yang dirinya terperangkap dalam satu perjanjian yang tak dijangka.. Pada masa yang sama seorang lelaki misteri sentiasa cuba menghalang Sapora dari mengganggu Iqbal.. 

Semua yang cuba memberikan masalah pada Iqbal pasti akan menemui kemalangan yang tak dijangka.. Siapa sebenarnya Sapora dan apa kaitan sebenarnya natara Sapora dan Iqbal.. Berjayakah Iqbal kembali ke jalan yang benar atau Iqbal akan terus hanyut..

Cerita dia dah menarik cuma masa Sapora lawan dengan Pendeta ja, kelakar sikit.. kikiki.. 

Santau Perempuan Terlarang

Episod: 10
Tarikh Tayangan: 18 Disember 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Cerita Asal: Hj Zeel
Penulis Skrip: Lee Chonz
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Marc Sadique, Amin Iman

Sinopsis: Diinspirasikan dari sebuah kisah benar. Kisah seorang perempuan yang mengabdikan diri kepada iblis dan seorang artis yang hauskan populariti.

Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon yang sudah lama bertarung nasib dalam industri seni namun terus dipinggirkan. Walaupun menghadiri uji bakat tanpa henti, namanya sering tenggelam apabila watak utama yang diimpikan berulang kali menjadi milik Ako Danial (Fadlan Hazim), pelakon sensasi yang sentiasa menjadi rebutan penerbit.

Tekanan demi tekanan akhirnya memberi kesan kepada kehidupan peribadi Iqbal apabila hubungan dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), mula retak akibat masa depan yang kabur dan kerjaya yang tidak menentu.

Ketika hidupnya berada di titik terendah, Iqbal diperkenalkan oleh rakannya, Maman (Amin Iman), kepada seorang wanita misteri bernama Sapora (Emma Maembong), yang dikatakan mampu membantu melalui rawatan tradisional bagi ‘membersihkan aura’ dan membuka jalan rezeki.

Pertemuan dengan Sapora menjadi titik perubahan besar apabila kehidupan Iqbal berubah secara drastik dan impian yang selama ini sukar digapai seolah-olah terbentang di hadapan mata. Namun, kejayaan itu hadir bersama persoalan yang menghantui apakah sebenarnya harga yang perlu dibayar dan adakah Iqbal sedar dirinya sedang terperangkap dalam satu perjanjian yang tidak disedarinya?

Friday, January 23, 2026

Magnolia Minty Choco

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sajalah Sha cuba versi mint dari jenama Magnolia ini.. Walaupun harga dan saiz macam tak ngam ja tapi bolehlah.. Namun nak dibandingkan dengan jenama King's Mint Choc Chip Ice Cream, jauhlah sikit rasa dia.. Sedap lagi aiskrim dari jenama King's.. 

Jenama magnolia ini bukanlah tak sedap, sedap cuma rasa mint dia manja-manja ja.. Ketulan coklat dia memang banyaklah seperti yang dia bubuh dekat bekas tu.. Sedap dan masih okay untuk dimakan.. Cuma harga dia agak tak berbaloilah.. 

Magnolia Minty Choco (750ml) - RM10.99

Aiskrim pudina dengan coklat lebih.. 

Meriah dengan coklat.. Aiskrim dia warna hijau kekuningan..

Servis Kedua Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha buat temujanji untuk servis kereta hari ini.. Sha minta waktu yang paling awal sekali, jam 8.30 pagi.. Awal datang, awallah siap.. Sebelum servis, staf akan tengok kereta dulu bersama tuan kereta.. Lepas tu staf akan bagi harga dan pelanggan turunkan tandatangan.. Pelanggan tunggu, staf pun buatlah kerja.. Kereta masuk bengkel jam 9 pagi dan selesai semuanya jam 10.30 pagi..

Sha bayar RM192.10 untuk servis kedua ini.. Patutnya mahal lagi, RM300 lebih tapi encik suami tolak 2 perkara tu yang jadi murah sikit.. Encik suami kata buat yang wajib ja.. 

Awal tau Sha sampai dekat Proton Center untuk servis kedua.. 

Patutnya buat masa 10973 tapi sebab nak jalan jauh, kita buat awal sikit..

Jam 9.18 pagi dah selesai.. Ini kereta dibawa untuk cucian.. Cucian kereta ini percuma.. 

Yeah!! Siap.. Cantik berkilat..

EcoShop | Pau Mini Pandan Kaya, Kaya dan Kopi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha beli pau comel dekat kedai Eco.. 1 pek tu ada 4 ketul dan harganya RM2.60 ja.. Memang berbaloilah beli sebab sedap walaupun murah ja.. Sajalah Sha nak cuba.. Memang sedap, lembut dan intinya banyak juga.. Nak kukus pun mudah ja.. Memang sesuailah buat sarapan atau minum petang.. Beli dan buat stok kat rumah pun best juga ini.. Sha paling suka yang rasa kopi tu..

Pau Mini Pandan Kaya (27g) - RM2.60
Pau Mini Kaya (27g) - RM2.60
Pau Mini Kopi (27g) - RM2.60

Warna putih tu pau kaya, hijau pandan kaya dan yang coklat tu kopi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com