Sunday, March 1, 2026

Membeli-belah di Watsons

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas Mesyuarat PIBG SMK, Sha singgah di Segi kononnya nak carilah sabun cecair sebab ada jualan Rahmah.. Bila sampai tengok orang ramai betul nak bayar, malas Sha nak beratur.. kikiki.. Sha nak beli sabun mandi cecair ja pun.. Jadinya petang masa ke bazzar Ramadan di Slim, Sha ajak encik suami singgah Watsons dengan niat nak cari sabun mandi cecair dan harapnya adalah jualan murah.. Memang jumpalah.. Watsons pun memang tengah buat sale gila-gila.. Memang rambang matalah dibuatnya.. Mujurlah hati nekad dengan tujuan iaitu sabun mandi cecair.. Selalu tu sabun Lifebuoy ini mahal kot.. Bila dia jual bawah RM10, memang Sha ambil tanpa perlu fikir-fikir.. Awal tu ambil 4 pek ja, masa nak bayar Sha ambil lagi 2 pek nak cukupkan RM100.. Selain potongan harga, Sha dapat extra 10% diskaun lagi.. Tu yang rasa berbaloi gila.. Ubat gigi Colgate tu pula Amani dan Imani yang pakai.. Gigi diorang dah makin sensitif jadinya ini ja ubat gigi yang sesuai dengan diorang.. Selalu tu RM21 lebih tau yang twin box tu.. Bila dapat harga tak sampai RM16, memang Sha beli lebih..

Sekarang ini bila berbelanja memang kena beli masa potongan harga.. Tak boleh dah nak setia di satu pasaraya ja.. Duit pun memang kena ada ja dalam akaun.. Sha ini bila selalu beli barang rumah, bolehlah ingat sikit-sikit mana yang mahal, mana yang murah.. Jumpa murah ini, belilah buat stok.. Sekurang-kurangnya dapatlah berjimat walaupun seringgit dua.. Tak boleh dah nak main ambil ja.. Kena fikir panjang dan buat kira-kira.. Harga barang makin naik bukan makin turun.. Naik gajinya sikit, harga barang pula makin mencanak-canak.. huhuhu..

Masa nak bayar ini, ada kejadian kelakar.. Boleh pula kad Maybank Sha problem.. Sakit ja hati.. Nak bayar guna apps MAE pun tak boleh.. Mujur encik suami ada.. Gunalah kad bank rakyat beliau dulu.. kikiki.. 

Cantikkan bag Watsons ini.. RM1 harga dia.. Sha beli sebab warna merah.. Semua barang ini Sha bayar RM107.75 ja selepas tolak diskaun tambahan 10%.. Berbaloi kan.. Adik cashier tu cakap, nak dekat raya nanti lagi banyak sale.. Bolehlah shopping lagi.. kikiki..

Lifebuoy Multivitamin Bodywash 800ml (Lemonfresh, coolfresh with menthol, total 10, moisture plus, sea mineral & salt) - RM9.54 X 6 pack
Watsons Anti -Bacterial Rejuvenating Orange & Lime (1L) - RM9.45
Antabax 250ml (Sakura & Extra Cool) RM4.14 X 2 botol
Colgate Sensitive PRo Relief (30g) - RM2.71 X 2box
Colgate Sensitive (2X210g) - RM15.89 X 2box
Systema Full Head - RM4.60
Ini harga selepas potongan di rak tau, belum tolak potongan 10% lagi masa bayar dekat juruwang..

Ini barangan percuma yang Sha dapat dari pembelian di atas.. Ada beg shopping, shampoo rambut Safi Shayla, sabun mandi Shokubutsu, ubat gigi colgate dan sampul duit raya.. Diskaun dapat, barangan percuma dapat, lagilah rasa berbaloi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com