Assalamualaikum..
Hye semua..
Bengkel yang sangat menarik.. Penceramah dia memang sempoilah.. Bergelak ketawa ja dari awal sampai habis.. Memang tak bosanlah.. Tips dan teguran mengenai pemakaian, pertuturan dan layanan dengan orang awam.. Termasuklah kes-kes SISPA yang kelakar dan tak masuk akal..
Cumanya Sha memang tak pakai make up, kiranya aktiviti akhir tu Sha mampu admire je lah.. kikiki.. Penceramah tunjukkan demo pemakaian alat solek dan ada jualan alat solek juga.. Harga yang diberikan memang tak masuk akal lah.. Berbaloi sangat-sangat..
Bengkel ini sediakan sarapan dan juga makan tengah hari.. Pagi ada sandwich dan air teh o.. Tengahari dapat nasi ayam berempah dan air mineral..
Rezeki no 17.. Bertuah Sha hari ini sebab terpilih untuk menerima Gold Bar ini.. Edisi Aidilfitri..
Sempat jugalah beli 2 kotak minyak wangi ini dengan harga RM10..
Bengkel Transformasi Keterampilan & Personaliti Diri Penjawat Awam 2026
Anjuran : Puspanita Daerah Muallim dengan kerjasama Majlis Daerah Tanjong Malim
Tarikh: 5 Mei 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Auditorium Seri Tanjong, Aras 3, Blok A, Majlis Daerah Tanjong Malim

























Alhamdulillah rezeki, tahniah Sha!
ReplyDeleteBukan kaleng² hadiah tu 👍🏻
W'salam Sha..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki no. 17 dapat gold bar.. LZ suka kursus begini sebab dapat belajar make-up dan dapat ilmu ketrampilan diri.
Waaaah dulu pernah dpt training personality begini saat masih di HSBC. Memang rutin juga, supaya staff cabang bisa pandai make up. Sebab harus ketemu customers kan.
ReplyDeleteSukaaa training begini ..
Aiiih dpt lucky draw juga ya kak. Macam gold yg saya dapat dari uncle gedek 😄
bestnya dapat gold coin tu boleh kumpul gold.
ReplyDelete