Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini memang santai di rumah ja lah selain jadi pemandu untuk Imani.. Jam 9.30 pagi Sha bawa Imani ke Behrang 2020 untul ambil kawan-kawan kelas dia bawa ke rumah kami.. Hari ini ada kerja kumpulan yang mereka perlu siapkan.. Kalau ikutkan ada ja mak yang nak ambil waktu balik tapi Sha yang tawarkan diri untuk ambil dan hantar mereka semula..Sha masakkan spaghetti ja untuk kawan-kawan Imani ini.. Jam 1.30 petang baru Sha hantar mereka balik ke rumah.. Adalah mak yang mesej dan berterima kasih pada Sha.. Okay ja sebab buat kat depan mata Sha.. Tak adalah risau sangat anak merayap ke mana-mana..
Hari ini sempatlah beli 5 ekor ayam seberat 10.120kg dengan harga RM91.99.. Encik suami bersihkan dan Sha pula akan pek kan dalam bungkusan untuk sekali masak.. Ada lah juga Sha beli sotong sebab tengah promosi.. Dapatlah sekilo RM10.. Bila dah bersihkan dapatlah 2 pek..
Ini hari Isnin Sha buat satu pusingan besar ja.. Cukuplah 30 minit lebih Sha bersenam.. Inipun terserempak lagi dengan anjing tapi okaylah sebab ada kereta dan motor lalu lalang.. Staf Politeknik baru balik kerja kan.. Tak adalah risau sangat..
Ini pula hari selasa.. 1 pusingan besar juga.. Tapi tak cukup 30 minit.. kikiki.. Tak pastilah kenapa.. Walhal lalu jalan yang sama ja..
Ini pula hari ini.. Dapat 30 minit dan lebih 3000 langkah.. Ini pun mujurlah buat 1 pusingan ja.. Kalau tak memang mandi hujan Sha dan Amani.. Elok ja kami dah nak sampai kuarters, hujan pun mula turun.. Masa lalu dekat dengan asrama pelajar pun dah gelap dan berangin sebenarnya..

























No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..