Thursday, June 18, 2015

Promosi Tune Talk

CONFIRM!!!! TOPUP RM30 DAPAT FREE 1GB !!!!!!
FREE YEOP!!!FREE YONG!!!

Bermula  dari 12:01am 15 June 2015 hinggalah diberitahu.

Biasa saya topup rm100 sebulan dan amik 3GB data...
So sebelum nie saya topup rm 100 free rm40
Total rm140 tolak 3gb rm99... baki rm41 utk saya call....

Dengan plan baru nie.. saya perlu
Topup rm30 minggu pertama.. free 1GB data
Topup rm30 minggu kedua ..... free 1GB lagi...
Topup rm30 minggu ke tiga .... free 1GB lagi...
Total ada rm90 kredit dalam henpon...
Minggu terakhir amik rm42  1GB... ada lagi rm48 utk call...

So dengan topup rm90 sebulan boleh dpt 4GB data sebulan.... 
Anda mahu???
Hubungi saya...
0192673703 - Sha

Tuesday, June 16, 2015

Kopi Ladyku by Ainul Hazrah

Assalamualaikum..
Salam ceria semua..

Novel yg penuh dgn babak2 lucu dan memikat..
Seorang gadis berusia 18 tahun..
Seorang lelaki berusia 30 tahun..
Bagaimanakah mereka boleh menjadi suami isteri..??
Cerita yang mengajar erti keinsafan dan kesyukuran..
Selain itu terdapat juga pengajaran untuk mereka yang berkahwin walaupun abru sahaja berkenalan..
Bagaimana membentuk sifat sabar, Saling mempercayai...
Walaupun hanyalah novel yang difantasikan penulis, Namun banyak juga yang boleh dikutip dan dijadikan tauladan oleh pembaca..

Membaca novel ini seolah-olah kita melaluinya.. Cerita yang sangat sempoi dan mudah difahami.. Menarik disebabkan karekter Icha.. comel, sengal, nakal, garang dan spontan.. Penuh dengan adengan2 lucu dan diselitkan pengajaran serta kesedihan..

Sinopsis Belakang Buku:- Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.


Baidura dan adiknya, Izhar telah menawarkan pekerjaan sebagai kopi ‘lady’ di pejabat mereka kepada Arisa dan membawa gadis itu tinggal bersama mereka. Sebagai anak kampung yang polos dan lurus, semuanya begitu asing buat Arisa. Banyak suka duka yang berlaku di dalam era baru kehidupannya.



Akhirnya, kehadiran Arisa di dalam keluarga itu menjadi buah mulut saudara-mara. Demi menutup mulut tempayan yang sentiasa terbuka itu, Izhar telah bersetuju untuk mengahwini Arisa. Arisa pula bersetuju untuk berkahwin dengan Izhar kerana Izhar telah berjanji untuk membiayai pelajarannya ke menara gading.



Walaupun bukan kerana orang ketiga, pasangan yang baru mengenal bahagia itu dilanda badai juga. Kapal mereka terumbang-ambing di lautan tanpa haluan. Mereka ingin mencari arah, tapi seakan tenggelam punca. Kini, mereka hanya mampu bertahan selagi terdaya.



“Betul Iz nak kahwin dengan Icha? Dia tu bukan betul sangat, rempang-rempang bahasa. Wayar berselirat, tak putus saja lagi.” - Muiz -



“Wayar dia cuma berselirat, belum putus lagi. Bila dah kahwin nanti, saya akan susun balik wayar tu elok-elok dan takkan biarkan dia putus, Insya-ALLAH!” - Adib Izhar-

Minuman Detox

Assalamualaikum...
Semenjak dua menjak nie..
Saya rajin cuba air detox..
Berikut antara resepi yang saya buat..

Detox 2
1. 2 gelas air masak
2. 3 hirisan lemon
3. 4 hirisan timun
4. Beberapa ketul ais
5. 5 titisan CMD
Campurkan dalam satu bekas. Pastikan air sentiasa sejuk.

Detox 750
1. 750ml air
2. 9 hirisan lemon
3. 9 hirisan timun
4. 1 inci halia dihiris
5. 5 helai daun pudina
6. 5 titisan CMD
Masukkan kesemua bahan dalam botol dan biar semalam dalam peti ais


Detox with Lemon (yang nie belum buat lagi - lemon juice nya xde)
Minuman nie boleh diamalkan pada waktu pagi selepas bangun tidur..
Hanya perlukan 2 sudu kecil lemon, 5 titis CMD dan segelas air.
Campurkan dan minum. Buat sejurus bangun tidur.

Monday, June 15, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum..
Berakhir sudah cuti sekolah selama 2 minggu..
Hari ini anak-anak kembali ke sekolah..
Seronok bila cuti sekolah.. Rehat minda dan bermain..
Pada kanak2 yg bersekolah, cuti sekolah adalah waktu yg dinanti-nantikan..tp tidak pada Amani..
Cuti sekolah x best sb2 x belajar dan ada abg2 besar transit di sekolahnya..
Tapi dia tetap suka dan gembira bila di bawa berjalan..Seronok seorg kanak2..
Sha bwk dkt2 je..Kebetulan dpt panggilan interview, so bwk lah anak2 jenjalan..dua dlm satu..
Bawa mereka ke pasar malam (Jarang bawak anak gi Pasar Malam) cari baju Puteri.. Dah lama Amani nakkan baju Puteri nie.. Jadi bila jumpa belikanlah sorang sepasang..
Selebihnya mereka di rumah sahaja.. Bermain dan bergaduh.. hehehe..

Makan aiskrim di Cameron Highlands

Minum milo dulu utk tenaga..

Mengkreatifkan minda..

Mari kita susun-susun..

Kuli Rumah Untuk Dia oleh Aireen Aryana

18370857

“Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bisa mengutip cinta-cinta yang tersulam….”

Menarik..Kalau da jodoh larilah kemana pun, pasti ketemu jua..
Bagaimana seorang gadis yang telah didik agama berubah menjadi sosial..
Kemudian berubah menjadi agak baik..
Disebabkan xnak bekerja dengan syarikat ayah, dia menerima untuk menjadi seorang pembantu rumah.. Disini segalanya bermula..
Bayangkanlah.. belajar tingi2 sampai luar negara tapi sebab nak senang kerja sebagai pembantu rumah.. Memang lawak.. seorang perempuan yang up to date jadi minah tepung... Hehehe.. sweet giler.. Lepastu berlaku trajedi yang membawa kepada satu perubahan yang baik.. Dua sahabat semakin dekat dengan agama.. Cerita yang simple dan sempoi..Dalam ketidaklogikan ada terselit pengajaran.. Bacalah mungkin boleh memberi inspirasi..

Berminat?? Boleh baca online di Aireen Aryana

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel

Sunday, June 14, 2015

Tarikh Lahir Mengikut Kalender Islam

Assalamualaikum...
Meh nak share macam mana nak tengok tarikh lahir kita mengikut kalendar Islam
Klik Link nie http://www.al-islam.com/Loader.aspx?pageid=922
Saya jumpa info ini dekat blog SayidahNapisah.com
Menarik.. Cubalah.. hehehe..

Ini saya punya


Sabtu Ahad Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Ahad yang mendung dan sejuk..
Pagi ini sambung aktiviti mengemas..
Persiapan menyambut Ramadhan..
Nanti xde la penat sangat..
Semalam da settle ruang dapur..
Tinggal nak simpan pinggan mangkuk yang x pakai..
Hari ini sambung mengemas di bilik study lak..
Kemudian gosok baju kerja..nasib baik baju sekolah anak da settle minggu lepas..
Walaupun berkerjaya, kerja rumah still kena bereskan..
Jangan lupa waktu rehat untuk diri sendiri..
Salam ceria buat semua suri rumah sepenuh masa dan ibu2 yang bekerjaya...
Walau siapa pun kita, kita adalah perempuan, ibu, isteri terhebat..
Semoga sentiasa kuat dan sihat..

Gambar tiada kaitan..

Saturday, June 13, 2015

Rempah Ayam Madu BBQ

Sedap tau..
Pedas pedas manis..
Rempah nie walaupun dia tulis kat situ perkataan ayam,
Tapi boleh jer guna kat sotong ke, udang ke..
Ikut suka kitalah..
Saya beli kat member FB Nor Azwa
Kalau nak bolehlah order dekat beliau..
Cara nak guna dia, senang jer..
Basuh ayam, udang or sotong tu..
Lepas tu buh rempah nie.. Agak2 lah ye..
Perap la ikut suka.. saya x perap lama..
Lepas tu bolehlah dipanggang atau di goreng..

Inilah rempahnya

Yang nie perap ngn Sotong

Birth of a Beauty 2014

Korean lagi..
Drama bersiri yang sangat menarik..
Bagaimana seorang perempuan bangkit dari perasaan cinta yang membuta tuli..
Seorang isteri yang berkorban segala-galanya untuk seorang suami namun kemudian ditinggalkan kerana perubahan fizikal..Bukan sahaja ditinggalkan tapi juga dibunuh..
Seorang mertua yang terlalu mementingkan status..
Seorang lelaki yang cuba melupakan kisah silam..

Mengisahkan seorang isteri yang dikahwini atas niat tertentu, kemudian cuba dibunuh namun bangkit untuk berubah.. Dari seorang perempuan yang xbrape cantik bertukar menjadi perempuan yang sangat cantik.. Bagaimana proses memikat semula suami berubah menjadi proses membalas dendam.. Cerita pasal perempuan, isteri dan menantu.. Seronok..

Kekurangan drama ini adalah pembedahan plastik..
Jangan tiru ye..Xsesuai.. Kecuali sebab perubatan..
Tapi di penghujung cerita ada nasihat diberikan...
Kecantikan dalaman itu datangnya dari keyakinan kita...
Serta kasih sayang terhadap diri sendiri...

Sinopsis :- Han Tae Hee is the heir of a large company. He is suffering from a broken heart syndrome due to a psychological shock. To get the woman he loves back, he completely changes an unattractive and overweight Sa Geum Ran to beautiful Sara. In the process, Han Tae Hee falls in love with Sara.



Friday, June 12, 2015

Aduhai Bos Bertuah! oleh Zan Zarida

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk dengan isi cerita x kena..
Cerita okaylah tp x brape suka dgn watak utama iaitu Zamil dan Dian..
Watak Asmidar memang best..
Ada pengajaran diselitkan..
Rahsia hanya mengundang masalah..
Perkara yang kita nampak belum tentu perkara yg sebenar..Novel ini x sesuai untuk di adaptasi menjadi drama..Banyak negetifnya..
Berkisarkan hubungan suami isteri yg berantakan hanya kerana satu peristiwa..
Isteri meninggalkan suami tanpa izin..
Suami yg tidak berusaha memujuk isteri..
Kekasih lama kembali menagih cinta..
Tapi berakhir dengan bahagia..


Sinopsis belakang buku :- Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya.

Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan! 
Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata. 

Cinta tetap cinta… berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri?
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com