Wednesday, November 21, 2018

Cinta Semanis 'Carrot Cake' oleh Fatinilam Sari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel cinta yang sweet dan dalam masa yang sama membawa konflik rumah tangga dan juga kekeluargaan.. Kisah Irina yang dikejar cintanya oleh Firdaus.. Dalam masa yang sama seorang lelaki muncul mengaku kawan ayahnya.. Irina yang memilih untuk pergi kepada ayahnya menempuh dugaan diculik.. Berada di bumi asing bersama lelaki asing tidak membuatkan Irina lupa pada agamanya.. Irina dan Bram jatuh cinta namun dendam Bram pada ayah Irina menghancurkan hubungan mereka.. Berjayakah mereka bersatu atau Firdaus kembali semula dalam kehidupan Irina??

Konflik yang ditimbulkan penulis memnag menarik.. Cerita cintanya tida terlalu sweet tapi memberi kesan.. Konflik yang dibina turut membantu menyedapkan jalan cerita yang ingin disampaikan..

Sha baca dan selesai pada 19.11.2018..

Buku ini telah Sha jadikan hadiah cabutan bertuah.. Semoga penerima hadiah ini akan mencintai dunia membaca..

Wordless Wednesday #book

Tuesday, November 20, 2018

Hari Kecemerlangan 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada sambutan Hari Kecemerlangan di Sekolah Agama Amani.. Alhamdulillah Amani dapat keputusan yang baik.. Harapnya akan terus cemerlang di tahun tahun mendatang.. Majlis bermula agak lambat sebab menanti kedatang VIP.. Ada hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan AJK Lembaga Pengurusan Kafai Ar Rahman dan juga pihak sekolah.. Memang meriah..

Masa ini juga, pihak sekolah mengedarkan surat untuk pembayaran yuran.. Bolehlah ibu bapa mula buat perancangan.. Jumlah keseluruhan yuran yang Sha perlu bayar ialah Rm133.00 untuk Amani dan RM90 untuk Imani.. Bayaran yuran ini untuk setahun.. Imani murah sikit sebab baru 6 tahun.. Memang Sha nak Imani mula belajar di sekolah agama seawal yang boleh.. Lagipun pihak sekolah hanya amik 10 orang sahaja untuk umur 6 tahun.. Tarikh pembayaran yuran ialah pada hujung bulan Disember..



The Accidental Detective (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gandingan yang ohsem.. Hahaha.. Memang ketawa tak hingat tengok filem ini.. Polis yang ganas dan blogger ala detektif yang ohsem tapi takut dengan bini.. Sabar jelah perangai.. Penyiasatan yang menarik tapi dia punya plot twist dekat hujung cerita memang tak jangka.. Pembunuh memang tak diduga.. Filem yang menarik..

The Accidental Detective
KMovie | Mystery, Comedy, Detective, Investigation | 24 Sep 2015 |

Antologi Mengejar Mimpi oleh Idora Darwina, Jaja Ahmad, Fathi Fatim dan Arsya Aisya (Zine)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah baca Zine dari 4 orang penulis yang ohsem ini.. Zine ini mengandungi 4 cerita dari empat penulis.. Walaupun zine ini pendek tapi isi yang disampaikan padat.. Seronok baca Zine ini sebab ada 4 topik yang dibawakan oleh 4 penulis.. Topiknya mengenai anak yang kurang upaya, anak yatim, mereka yang istimewa tapi di aniaya dan kisah persahabatan.. Memang ohsem dan berbaloi dimiliki..

Cerita yang ada dalam ini ialah:
Maira oleh Idora Darwina
Naz oleh Jaja Ahmad
Zed oleh Fathi Fatim
#wawafateh oleh Arsya Aisya

Sha baca dan selesai pada 18.11.2018..

Salam MaulidurRasul 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam MaulidurRasul dan selaamt bercuti..

 
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya Keperibadian Terpuji.

Masyarakat Arab Quraisy amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Monday, November 19, 2018

Monday Are Red by Nicola Morgan

Assalamualaikum..
Hye semua..


Kulit buku ini sangat menarik untuk Sha membacanya.. Hitam dengan tulisan merah, dua warna kegemaran Sha.. Sha tertrik untuk teruskan pembacaan bila membaca keadaan Luke yang agak unik.. Begitu berwarna warni dan memandang dunia dengan pandangan yang berbeza dari kita..

Selepas hampir mati kerana penyakit meningitis, Luke bangun dengan kebolehan untuk membaca warna, merasakan bunyi dan melihat bau.Keadaan Luke ini dipanggil "Synesthesia".. Dalam kepalanya ada makhluk pelik dan sinis bernama Dreeg yang asyik memberitahu Luke bahawa dia boleh melakukan bermacam-macam perkara dengan menggunakan emosi yang ada dalam dirinya..

Sha baca pada 17.11.2018 dan selesai pada 18.11.2018..

Sinopsis: Waking from a coma, Luke discovers his mind has altered. His senses are behaving strangely and a sinister creature inhabits his head. This is a chilling modern take on the Faust story by a stunning new literary talent.

Synesthesia is a condition in which one sense (for example, hearing) is simultaneously perceived as if by one or more additional senses such as sight. Another form of synesthesia joins objects such as letters, shapes, numbers or people's names with a sensory perception such as smell, color or flavor.

The Player (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik.. Walaupun hanya 14 episod namun berjaya memberikan keseronokkan pada Sha yang menonton.. Kisah mengenai seorang anak yang berusaha membersihkan nama ayahnya yang dituduh sebagai penjahat.. Berkerjasama dengan pendawakraya demi memberkas penjahat yang menggunakan orang lain dan wang dengan sesuka hati dan memanipulasi media serta undang-undang.. Cerita ini seronok sebab 4 watak utama yang berkerjasama memerangkap penjenayah.. Karekter mereka yang berbeza mewarnakan drama ini..

THE PLAYER @ HUSTLE, ROUND, PAN @ PLAYER | 29 September 2018 | 14 episodes | Action, Suspense, Friendship, Mystery, Comedy, Crime, Investigation|
Sinopsis: A police redemption team consisting of a swindler, a fighter, an elite hacker, and a talented driver is asked to take back property hidden away by criminals. The driver, Cha Ah Ryung, grew up on the streets after being abandoned by her parents. (Source: MyDramaList)

Sunday, November 18, 2018

Lambaian Bulan oleh Syasya Bellyna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel dan cerpen dengan tajuk yang sama.. Cerpen ini memang best walaupun pendek.. disertakan sekali dengan novel ini.. Sha beli dengan penulis.. Lebih istimewa.. 

Cerpen Limited Edition Lambaian Bulan.. Berserta penanda buku yang ohsem..
Cerpen ini mampu menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca mengenai sihir yang dinyatakan.. Kesudahannya juga kita tahu bahawa sihir itu berhasil..

 
Novel Lambaian Bulan.. Cerita penuh mengenai Sihir Lambaian Bulan.. Membaca novel ini menambah ilmu buat Sha.. Pelindung diri satu je, berpegang teguh pada Allah dan ajaran Islam.. Bila selain dari Allah yang dicari memang akan menyiksa diri.. Ada rahsia antara Andara dan Azhar.. Khairul dan makcik Tijah juga menjadi misteri.. Memang penuh teka teki dan persoalan.. Namun helain demi helaian membuka cerita dendam Melur pada Nang Lana yang tidak pernah berkesudahan hingga ke keturunannya terkena tempias.. Yang tamak berusaha melunaskan ketamakkan hingga tak peduli nyawa siapa yang terkorban.. Plot twist di akhir cerita memang mengancam..

Sha baca agak lama novel ini sebab mengurangkan perasaan seram.. hahaha..
Sha baca pada 14.11.2018 dan selesai pada 16.11.2018..

Melayu | Split (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok drama melayulah pula.. Kantoi.. hahaha.. Drama ini adaptasi daripada novel karya Nurul Ain Syuhada dengan tajuk yang sama Split.. Novel Split ini memang Sha dah baca.. Boleh baca review Sha di SINI.. Bila tengok episod pertama yang dilakonkan oleh Sarah Ali dan Shukri Yahaya ini memang menarik.. Gandingan pelakon berdua ini dalam menjayakan watak Maryam (Sarah Ali) dan Mikael (Shukri Yahaya) memang menjadi.. Hahaha.. Memang kelakar dan berjaya buat Sha tersenyum-senyum menonton.. serius.. hahaha..

Drama ini ada 20 episod.. Sha baru dapat tengok sampai episod 4.. Memang menarik dan mengujakan..

Update : Sekarang bila dah sampai episod 7 memang makin menarik.. Tambah bila dua lagi personaliti dalam diri Mikael keluar.. Hahaha.. Sabar jelah perangai masing-masing.. 

JUDUL : SPLIT TV SERIES
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 November 2018
WAKTU SIARAN : Selasa-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENULIS NOVEL : Nurul Ain Syuhada
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Carolina Binur, Fahmi Reza, Azhar Amir, Nisa Rissa, Liza Rafar

SINOPSIS SPLIT TV SERIES
Kisah Maryam yang jatuh cinta dengan Mikael tanpa menyedari Mikael sebenarnya mempunyai personaliti berganda.

Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam. Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Miakael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split. (Sumber dari SINI)

Saturday, November 17, 2018

L.U.T.H oleh Wawa Taufik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak baca novel cinta.. Sha baca sebab tertarik dengan sinopsis di belakang buku.. Pada Sha, novel ini menari dan sweet.. Kisah hubungan dua darjat dan gangguan perempuan yang menjadi calon isteri.. Tak berat sangat konfliknya dan balasan pun setimpal.. Lebih pada hubungan antara hero dan heroin.. Konflik mak mertua yang memilih harta hanya sekejap.. Lebih pada konflik hubungan suami isteri watak utama.. Kira okaylah u tuk bacaan santai dan feeling feeling..

Sha baca pada 12.11.2018 dan selesai pada 13.11.2018..


Buku Terbitan Idea Kreatif

Koleksi Novel Bulan November #2

Assalamualaikum..
Hye semua..


Kali ini ada 3 buku berjaya Sha beli.. Satu zine yang ada 4 cerita dari 4 penulis.. Satu lagi Novel seram keluaran Buku Prima dan yang satu lagi novel preloved..

Zine Antologi Mengejar Mimpi: Cinta.Hidup.Jiwa.Rasa oleh Idora Darwina, Jaja Ahmad, Fathi Fatim dan Arsya Aisya.. Zine ini limited edition.. Sha berjaya beli pun sebab ada pembeli yang tarik diri.. Cantik zine ini, kemas..

Buka parcel tengok ada dua bungkusan.. Satu novel Lambaian Bulan yang berbalut cantik siap bereben.. Satu lagi sampul surat yang di DIY oleh penulis..

Dalam sampul tu ada beg kecik, penanda buku, cerpen limited edition Lambaian Bulan, kad ucapan dan poskad..

Ini pula dekat bahagian dalam novel.. Sangat kreatif.. Ada sticker Cetakan Pertama dalam novel ini..

Vampira: Hidupkan Cintaku #1 oleh Izza Hani (dalam bulatan) ini Sha beli pre loved dekat group Facebook.. Kalau korang berminat boleh whatsapp penjual - www.wasap.my/60173601420
Masa Sha buat entry ini, buku tu belum sampai lagi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com