Wednesday, February 6, 2019

Korea | Feel Good To Die (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Suka Sha tengpk drama ini walaupun ada kekurangan di sana sini.. Yang penting, mesej tu sampai.. Selalunya politik pejabat ini, kat mana-mana pun berlaku.. Orang yang ada kuasa selalu menyalahgunakan kuasa.. Yang lemahlah yang selalu tertindas.. Tak kiralah swasta ke kerajaan ke.. Sama je..

Kita sebagai manusia selalu ambil kesempatan dan biarkan perkara yang tak elok berlaku macam watak utama drama ini.. Lee Doo Ra yang nak hidup biasa-biasa tanpa fikir apa yang terjadi pada orang di sekeliling beliau.. Bila dia terpaksa melalui hari yang sama berulang kali baru dia mula menghargai orang di sekeliling dia dan juga masa yang dia ada..

"I was sick of today, and I couldn't wait for tomorrow to come. But... what did I even know about today? I always took tomorrow for granted, but maybe that's only for people who spent today to it's fullest."  [Lee Doo Ra, reflecting about her day, episode 2]

Seperti kenyataan Doo Ra diatas, kita selalu mengambil ringan dengan apa yang kita lalui hari ini dan sekiranya keadaan menjadi susah kita akan mengharapkan esok datang dengan cepat.. Walhal kalau kita hargai hari ini seolah-olah esok tak akan datang pasti banyak perkara yang boleh kita buat dan hargai.. 

Drama ini walaupun nampak tak logik dan remeh tapi mesej yang disampaikan sangat mudah difahami.. Cuba memandang dengan mata hati.. Jangan merasa kita je yang susah sednagkan ada orang lagi susah dari kita.. Setiap tindakan yang kita ambil ada akibatnya.. Yang paling penting ialah peluang kedua.. 

Feel Good To Die
Also Known As: Jookeodo Joa; Love Over Death; Happy If You Died
KDrama | Friendship, Comedy, Romance, Drama, Fantasy, Adapted From A Webtoon | 32 Episodes | 7 Nov 2018 - 27 Dec 2018 |

Wordless Wednesday #75


Tuesday, February 5, 2019

Selamat Bercuti

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat bercuti buat semua.. Berhati-hati di jalan raya.. Pastikan rumah yang ditinggalkan berkunci rapi.. Peralatan elektrik ditutup kemas.. Sha tak kemana pun.. Mereput di rumah je dengan anak-anak.. Hehehe.. Layan buku dan dramalah nampak gayanya.. Tapi tak berapa nak membara pula semangat membaca bulan ini.. Hari ini dah 05.02.2019 tapi Sha baru baca 3 buah buku je.. Hahaha.. Nampak tak.. Kemurungan telah menjelma.. Apa pun jomlah sterika baju sekolah anak-anak, sebelum lagi lemau dibuatnya.. Katil tu melambai-lambai je suruh tidur lagi.. Teruk dah ini.. Hahaha.. Apa pun, selamat bercuti buat semua.. Tak kisahlah apa yang anda lakukan..


Monday, February 4, 2019

Raid Arjuna oleh Rose Harissa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Raid Arjuna ini disebabkan review yang Sha baca di Goodreads.. Review yang mengatakan novel ini bagus dan tidak berkisarkan cinta.. Bila ramai yang kata novel ini ada babak aksi, haruslah Sha belikan.. 

Bila dah baca memang Sha tak nafikan novel ini kena dengan selera Sha.. Bukan tipikal novel.. Yang paling seronok dan buat Sha jatuh cinta ialah penggunaan bahasa dalam novel ini.. Betul-betul menggambarkan Raid Arjuna tu.. Sangat cantik bahasa yang digunakan.. Penyampaian mengenai luka dan penderaan yang dilalui Raid Arjuna juga berjaya membuatkan Sha rasa sedih.. Memang menggerunkan.. Penulis berjaya mewujudkan satu watak yang kuat.. Heroin yang digandingkan dengan Raid Arjuna juga bukan heroin biasa.. Bukan perempuan lembik yang tahh menangis dan menjerit tapi boleh berlawan mempertahankan diri bila diganggu penjahat.. Gandingan yang mantap dan membuka mata untuk terus membaca hingga ke perkataan Tamat. Tahniah buat penulis untuk novel yang mantap dan mendebarkan..

Sha baca pada 01.02.2019 dan selesai pada 02.02.2019..

Buku ini koleksi Sha..

Menang Segmen Bloglist By The Wonderful Jannah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha Menang Segmen Bloglist By The Wonderful Jannah.. Terima kasih Jannah.. Terima kasih juga pada Yaya sebab maklumkan Sha.. Senarai pemenang boleh tengok di SINI..

Nama Sha no 2..

Terima kasih Yaya..

Aiseyman, Driver Aje! oleh Arasharrina

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook pertama untuk bulan Februari.. Sha pilih novel ini sebab isinya santai dan menggelikan hati.. 

Kisah Irham yang ego dan membenci perempuan tapi dapat pemandu peribadi perempuan.. Disebabkan kebencian Irham pada perempuan, habis dimaki dan ditengkingnya pemandu beliau si Pelangi.. Pelangi pula demi meneruskan kelansungan hidup dan menyambung pelajaran terpaksa membiarkan Irham dengan perangai garang tak bertempat tu.. Memang kelakar dan ada juga pengajaran yan diselitkan.. Bukanlah hiburan santai semata-mata.. Sikap Irham dan kawan-kawan yang tetlalu bebas sebenarnya mengundang masalah di kemudiannya.. Kawan baik Pelangi pula ingin merubah kejadian dan ketentuan Allah hanya kerana ingin mengikut nafsu sendiri akhirnya ditunjukkan dengan kejadian yang menginsafkan.. Dalam garang-garang Irham, Irham sangat menyayangi dan menghormati bondanya..

Sha baca dan selesai pada 02.02.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

Sunday, February 3, 2019

KFC Fried Mashed Potato Fingers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah rasa KFC Fried Mashed Potato Fingers? Sedap.. Sebab rasa kentang.. Hehehe.. Sha ini memang peminat kentang.. Jadinya bila produk tu dari kentang, wajiblah Sha cuba.. KFC Fried Mashed Potato Fingers ini ialah kentang lenyenk yang dijadikan jejari dan digoreng rangup tapi lembut di dalam.. Didatangkan bersama sos colonel.. Nak cicah sos tu pun sedap, makan macam tu je pun sedap.. 

Dapat 10pc fried mashed potato fingers dengan colonel gravy.. Harganya RM5.90..


Kompilasi Generasi Yang Hilang oleh Abdul Rahim Awang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel pertama untuk Februari 2019.. Novel ini ada 2 cerita..

Generasi Yang Hilang merupakan cerita pertama yang agak menyedihkan.. Semuanya bermula dengan kesilapan si ayah yang terpakai duit Koperasi.. Dari situ tanpa sengaja beliau terbunuh pengawal keselamatan.. Anaknya Nordin pula telah ditemukan dengan kawan yang salah lalu hanyut dengan dadah dan mencuri.. Dibuang sekolah.. Isteri dan anak-anak yang lain terpaksa gergantung harap dengan menantu yang hanya berkerja sebagai kerani.. Musibah demi musibah membuatkan mereka akhirnya kehilangan satu demi satu ahli keluarga mereka.. Dadah, pecah amanah memang mampu membuatkan sebuah keluarga berpecah belah.. Memang sadis..

Cerita kedua bertajuk Legasi.. Berkisar tentang watak utama bernama Mansur yang dianiaya oleh Penghulu Kampung apabila ayah dan mak angkatnya mati kemalangan.. Kemudiannya Mansur telah ditangkap dan dihantar ke Sekolah Henry Gurney atas kesalahan merosakkan harta awam.. Legasi menceritakan apa yang terjadi kepada Mansur setelah dewasa dan juga sebelum dewasa secara berselang seli melalui babak imbas semula dan juga surat-surat Ijan kepada Azni, kakak mansur.. Cuma penamatnya sedikit tergantung.. Kematian Azni, pesalah sebenar yang menyebabkan Ijan dihukum gantung tidak diceritakan..

Sha baca pada 01.02.2019 dan selesai pada 02.02.2019..

Novel ini dipinjam dari Perpustakaan.. Bukan milk peribadi Sha..

Terbitan Creative Enterprise tahun 2002

Saturday, February 2, 2019

KFC Parmesan Truffle Crunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Merasa juga menu baru KFC Parmesan Truffle Crunch ini.. Kebetulan teman encik suami hantar kereta tukar cermin depan.. Terus singgah KFC untuk lunch.. Ambil yang 3 ketul ayam.. Sha makan seketul je.. Lagi dua encik suami yang makan.. Salutan pada ayam tu SHa suka.. Rasa dia sedikit unik dan lain dari ayam spicy yang biasa.. Cumanya masa Sha beli tu, ayam dah tak panas.. Jadinya bila tabur chesse tu dah tak jadi apa.. Pada Sha secara peribadi, Sha lebih suka makan tanpa taburan cheese.. Lebih sedap.. Cheese tu Sha ratah je.. Hahaha.. Ini tekak Sha.. Tekak korang.. kenalah rasa sendiri.. Nak beli lagi?? Taklah kot.. Harganya agak mahal dan rasanya tidak terlalu wow untuk Sha beli lagi..

 Set KFC Parmesan Truffle Crunch ini didatangkan dengan secawan air, 3 ketul ayam, dua bekas shredded parmesan cheese, ketang putar dan salad.. Ini set 3 ketul ayam.. Harganya RM19.90..

Selepas ditaburi shredded Parmesan Cheese

Korea | Memories Of The Alhambra (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik dan ohsem.. 16 episod tapi rasa macam akan ada sambungan lagi.. Penamatnya tak macam penamat.. Sha tengok drama ini lepas semua episod keluar.. Baru rasa seronok dan tak tertunggu-tunggu.. Drama ini seronok sebab melibatkan tempat yang cantik, jalan cerita yang menarik dan pelakon yang ohsem.. gandingan Hyun Bin sebagai Yoo Jin Woon dan Park Shin Hye sebagai Jung Hye Joo memang ohsem..

Suka dengan usaha Jin Woo mencari Se Joo sambil bermain virtual game.. Episod pertama je dah boleh nampak keterujaan Jin Woo dengan virtual game tu.. Bila makin lama makin susah hingga melibatkan kematian kawan baik merangkap musuh dia Hyung Seok masa main game tu dan kemudiannya mucul dalam game, memang lagi rasa teruja nak tahu apa yang jadi.. Drama ini memang cukuplah rencah dia.. Sedih, gembira, sweet dan semangat.. Pandai penulis dia buat jalan cerita dia.. Babak romantik Jin Woo dengan Hee Joo pun tak banyak.. Ada sikit tapi memang terkesanlah.. Cuma itulah.. Penamat dia.. Tak sempat langsung Hee Joo nak jumpa Jin Woo yang dha terperangkap dalam satu runag lingkup game tu.. 

Semoga akan ada musim ke dua..

Memories Of The Alhambra
Also Known As: Alhambeura Goongjeonui Chooeok; Memories Of Alhambra Palace
KDrama | Action, Suspense, Thriller, Mystery, Romance, Crime, Sci-Fi, Fantasy, Melodrama, Virtual Game | 16 Episodes | 1 Dec 2018 - 20 Jan 2019 |

Menang Bloglist Exchange Segment by Abam Kie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Februari datang dengan berita gembira yang ohsem dari Abam Kie.. Sha berjaya Menang Bloglist Exchange Segment by Abam Kie.. Dapat topup RM5.. Alhamdulillah.. Bolehlah buat beli data tambahan.. Terima kasih kepada Abam Kie yang telah memilih Sha sebagai pemenang.. Semoga Allah murahkan rezeki Abam Kie sekeluarga.. Aamiin.. Jom singgah blog Abam Kie.. Klik SINI..

Senarai pemenang boleh klik SINI..

Tahniah juga buat semua pemenang..

Friday, February 1, 2019

Salam Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam Jumaat.. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com