Tuesday, August 27, 2019

Tanjung Malim | Kedai Makan Ayah Din

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Bila dapat gaji, selalunya Sha dan encik suami akan belanja anak-anak makan yang best sikit.. Kali ini kami ke kedai mee kicap yang popular di Tanjung Malim.. Kedai Makan Ayah Din.. Menu Mee Kicap ini hanya di jual pada hari Sabtu, Ahad & Isnin.. Sha memang suka makan mee kicap kat sini.. Sedap dan berbaloi.. Kuantiti dia pun banyak.. Selain mee kicap, ada je menu lain macam kuih muih, nasi lemak.. Boleh tengok gambar dekat bawah ye..

Alamat - Kedai Makan ayah din 23, Jalan Besar, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Negeri Perak
Telefon : 011-1213 1481

Ini adalah set mee kicap.. RM6 sahaja..
Mee sepinggan penuh bersama ayam.. Semangkuk sup dan sambal kicap..

Imani makan separuh mee kicap ini.. Amani makan nasi lemak.. Amani kurang suka mee or mee hoon.. Sebelum makan sempat anak dara berdua ini berposing.. Sepanjang dinding ini ada mural yang cantik tau..

Antara menu menarik di Kedai Makan Ayah Din.. Menu ini dihidangkan mengikut hari ye..






Monday, August 26, 2019

Korea | The Prison (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang ini agak ekstrem sikit babak berdarah.. Kalau tak suka cerita yang ganas-ganas, Sha tak galakkan korang tengok.. Tapi memang boleh rasalah betapa sakitnya perasaan hero bila terpaksa melakukan kekejaman demi meraih kepercayaan penjahat dan membuktikan kesalahan penjahat.. Ekstrem okay.. Polis yang terpaksa menyamar sebagai banduan dan menempuh hidup dalam penjara demi membongkar satu organisasi jenayah yang beroperasi dari dalam penjara.. Tak mudah tapi polis tu berjaya melaksanakan tugasnya..

Movie: The Prison
Country: South Korea
Release Date: Mar 23, 2017
Duration: 2 hr. 5 min.
Genres: Action, Crime
Sinopsis | At nights, prisoners leave the prison to commit perfect crimes. Ik-Ho (Han Suk-Kyu) is an inmate who wields king like power in the prison. Yoo-Gun (Kim Rae-Won) is a new inmate charged with hit-and-run, destruction of evidence and bribery. He is an ex-detective with a 100% arrest record. Ik-Ho pays attention to Yoo-Gun who has a strong will and hot temper.

Novel | Lara Wirang oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca cerita Lara Wirang ini membuatkan Sha sedar, setiap manusia itu ada ujiannya.. besar atau kecik tetap ujian.. Bagaimana manusia menghadapi ujian itu penentu pengakhiran hidupnya.. Salim yang memilih untuk mengikut kejahatan sehingga mengorbankan anak sendiri akhirnya tak kemana.. Manakala Ustaz Muiz yang memilih taat dan tunduk pada Allah menemui sinar.. Walaupun ujian yang dilaluinya bukan biasa-biasa namun kerendahan hati dan kesediaan memaafkan memberikan balasan yang baik buat kehidupannya.. Sikap yang tenang memang teladan yang baik.. Terasa nipis buku ini.. semoga penulis sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menghasilkan lebih banyak karya yang mengancam..

Sha baca pada 24.08.2019 dan selesai pada 25.08.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published June 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

Sunday, August 25, 2019

Korea | Detective K: Secret of Virtuous Widow (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Filem yang awesome walaupun dah lama.. Detective K ini memang memberi impak betul.. Karekter yang menarik.. Menyiasat dengan cara yang kelakar tapi cekap.. Menonton filem ini memang boleh bergelak ketawa melihat aksi Kim Myung Min sebagai Detective K.. Selain cerita, Sha suka juga tengok pakaian mereka.. Cuma untuk watak perempuan tu sedikit seksa.. Hahaha.. Tapi memang ohsemlah.. Tambah bila Detective K terpaksa berdepan dengan anjing untuk mendapatkan sebuah buku.. Part ini memang kelakar.. Hahaha.. Pembunuhan yang dilakukan pun agak extreme.. Menusuk sebatang paku dibahagian kepala untuk menyekat salur darah.. Memang orang tak sangkalah sebab paku tu terlindung di sebalik rambutkan..

Detective K: Secret Of Virtuous Widow (2011) | KMovie | Release Date: Jan 27, 2011 | Duration: 1 hr. 55 min. | Genres: Historical, Mystery, Comedy |

Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis oleh Teme Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulisan yang menarik dari Teme.. Tak sangka idea yang digubah menjadi sebuah cerita yang dibukukan ini mampu memberi impak pada Sha.. Walaupun bersambung Sha tak rasa nak marah atau geram.. Ceritanya tidak tergantung walaupun Sha tahu akan bersambung.. Disampaikan walaupun sedikit meleret namun masih lagi mengekalkan momentum cerita dengan sangat menarik.. Apa yang disampaikan Teme dalam buku ini, memang itulah yang terjadi sekarang ini.. Lebih mudah menghasut pemeikiran manusia daripada mengangkat senjata.. Cerita yang belum tentu benar lebih mudah diterima dari cerita yang benar.. Kesinambungan kali ini lebih menyentap dan kekal difikiran.. Cuma kesudahannya agak sedikit mengejutkan.. Tekaan Sha sedikit tersasar mengenai penjahatnya.. Tapi manusi memang selalu diuji dan yang terpedaya memang tak disangka..

Sha baca dan selesai pada 23.08.2019..

Sha pinjam buku ini dari kawan pejabat Sha..
Published March 2019 by Iman Publication

Malaysia - Faizal Tahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini kan bulan kemerdekaan.. Teruja rasa nak kongsikan pasal lagu ini walaupun lagu ini dah lama.. Suka lirik, muzik dan penyampaian FT.. Melekat di hati gitu.. Dengar berulang pun masih best.. FT ini memang talented lah.. Semua genre dia tapau..


Malaysia - Faizal Tahir
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Selamat datang semua
Ini masa kita
Tunduk berhemah
Bukannya lemah

Selamat datang semua
Ini masa kita
Di mata dunia
luar biasa

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Malaysia Malaysia
Pada mu ku setia
Tetap di hati selamanya

Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia

Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku

Malaysia

Saturday, August 24, 2019

Bila 1 Nikmat Ditarik Sementara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Related image

Dah seminggu sebenarnya pergelangan tangan kanan Sha sakit.. Tak boleh nak bengkok ke bawah.. Setiap kali bangun tidur mesti jari tangan kebas.. Rasa ngilu je.. Semalam sakit sangat dan pagi tadi sebab dah tak tahan, ke klinik lah kita.. Mujurlah Klinik Kesihatan Tanjung Malim dah beroperasi setiap Sabtu (8.00 pagi - 12.00 tengahari).. Doktor kata kemungkinan saraf Sha tertindan menyebabkan perjalanan darah tak okay.. Tu yang sakit dan ngilu.. Doktor tak bagi bubuh bandage.. Cuma sapu krim panas dan ubat tahan sakit.. Pergerakan pun doktor suruh kurangkan.. Kalau tak okay juga, lepas 5 hari doktor suruh datang balik dan mungki doktor akan buat surat rujukan ke pakar terapi.. Harapnya okaylah.. Tangan kanan kan.. Memang menginsafkan bila nikmat tu ditarik sementara oleh Allah.. 

Image result for ujian sakit dari allah

My Remedy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas dapat gaji kelmarin, Sha singgah pasaraya cari kawan karib sha ini.. Hehehe.. Tapi budget agak ketat maka tak banyaklah pilihan yang berjaya dibuat.. Dapat beli 3 jenis ini je.. Kena tunggu next week pula.. Ada rezeki lebih, nak beli lagi jenis lain pula.. Hehehe.. Sedap dinikmati ketika menonton drama/filem atau pun sewaktu membaca.. Hehehe..

Sha beli coklat kesukaan Sha.. Jenama Beryl's dan Cadbury..
Beryl's tu Sha beli dark chocolate yang dalam kotak.. RM5.90..
Lepastu Cadbury beli yang bubbly.. RM3.30 yang kecik.. 

First time beli.. Nampak macam menarik.. Okaylah.. Coklatkan.. Macam mana pun, tetap sedap dimakan.. Yang ini ada rice cereal.. sedap mengunyah sambil membaca..

Paparan Baru PNM e-Reader

Assalamualikum..
Hye semua..

Lama juga tak buka website PNM elib dan PNM e-Reader.. Bila buka baru ini, paparan muka dia lebih menarik dan cantik.. Sha kongsikan dibawah.. Sha pun dah jarang baca guna aplikasi ini.. Mata agak pedih kalau mengadap lama.. Sesekali layan juga..

Ini paparan kalau buka di Komputer..


Ada pecahan koleksi yang lebih menarik untuk pembaca..

Bawah ini pula paparan kalau buka guna apps di telefon pintar.. Lebih catchy..


Friday, August 23, 2019

Drama American | Wu Assassins (Netflix)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod 9 memang bestlah.. Suka tengok aksi lawan Iko Uwais (Kai Jin) dengan Lewis Tan (Lu Xin).. Cerita ini realistiklah juga pada Sha walaupun slow ya amat.. Hahaha.. Hero lawan tapi ambil masalah juga baru menang.. Tak adalah lawan kejap je, penjahat dah mati..

Cerita ini pasal 5 elemen iaitu tanah, api, air, logam dan kayu yang dikuasai oleh manusia dan manusia tu dipanggil Wu Warlods.. Kuasa yang mereka ada ini digunakan ke arah kejahatan.. Maka akan ada satu pembunuh Wu yang membunuh Wu Warlods ini untuk keseimbangan dunia.. Kai Jin (Iko Uwais) telah dipilih sebagai Wu Assassins.. Tak mudah tapi tugas harus dilaksanakan.. Cerita ini tamat dengan bergaya tapi macam akan ada sambungan.. 

Wu Assassins 
Netflix Series | Release Date: 8 Aug 2019 | 10 Episode | Genre: Action, Crime |
Sinopsis | A warrior chosen as the latest and last Wu Assassin must search for the powers of an ancient triad and restore balance in San Francisco's Chinatown

Rezeki Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini dijamu dengan bubur kacang.. Alhamdulillah.. murah rezeki buat yang memberi.. Kenyang Sha dengan semangkuk bubur kacang hijau.. Cukup rasanya.. Bila rezeki datang dalam pelbagai bentuk, memang rasa syukur sangat.. Rezeki makanan yang tak disangka.. Semalam pun dapat rezeki juga.. sebungkus meehoon goreng dan satu plastik kek butter dari pengasuh Amani dan Imani.. Alhamdulillah.. Rezeki tu tak pernah salah alamat andai sudah tertulis buat kita..


Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka
Image from SAYS

Kegemaran Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam gaji dah masuk.. Makanya shopping jem kesukaan anak-anak lah kan.. Sapuan untuk roti ini memang kena sentiasa ada.. Mudah untuk amani bersarapan sebelum ke sekolah.. Selain biskut sapuan ini memang penting untuk sentiasa ada.. Cuma Sha tukar-tukar perisa dan jenis je.. Supaya tak bosan untuk Amani makan..

Mentega kacang tu RM13.99

Beli Nutella dapat lunchbox.. RM14.99 (350g)..

Tak adalah besar bekasnya tapi sebab warna merahkan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com