Tuesday, November 5, 2019

Novel | Hipnotis oleh Mafeitz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang yak menyesal beli buku ini.. Buku yang sangat ohsem.. Memang Sha cadangkan untuk bacaan semua..

Buku ini nipis je.. 90 muka surat.. Sejam dah selesai pembacaan.. Namun isinya sangat menyentuh perasaan.. Menceritakan kisah seorang doktor yang bertugas di ICU.. Unit rawatan rapi yang menerima pelbagai jenis pesakit ktitikal.. Sama ada berjaya diselamatkan ataupun tidak, doktor hanyalah perantara.. Bukan mudah untuk ahli keluarga redha menerima berita yang disampaikan doktor.. Memang memberi perasaan yang pelbagai kepada Sha.. Bagunya buku ini sebab terma-terma perubatan ada di terangkan di bahagian nota kaki.. Memang best..

Sha baca dan selesai pada 03.11.2019..

Koleksi kutub khanah Sha..
Published April 2016 by WhiteCoat Enterprise

Monday, November 4, 2019

Menang Giveaway Lelaki Langit Bumi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Keputusan untuk Giveaway Lelaki Langit Bumi dah keluar dekat Wattpad.. Boleh tengok dekat SINI senarai pemenang dan juga hadiah.. Ini merupakan kemenangan dan hadiah pertama yang Sha terima untuk bulan November ini.. Kebetulan pula birthday month Sha, memang jadi super special hadiah ini.. Terima kasih kepada Girang untuk hadiah yang super duper ohsem ini.. Sha doakan semoga Girang akan terus berkarya.. Tak sabar nak baca novel baru..

Inilah hadiah yang Sha terima.. Yeah!!

Jangan lupa klik SINI untuk baca novel Lelaki Langit Bumi..

Novel | Quest for the Keys (LEGO Elves: Chapter Book) by Stacia Deutsch (Illustrator), Scholastic Inc. (Illustrations)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini hasil tangkapan di Jualan Gudang MPH, pilihan Imani.. Tapi Imani tak minat sebab tak ada gambar.. Mak tolong bacakan..

Cerita pasal Emily yang kematian nenek dan menemui portal ke dunia elf.. Namun jalan masuk tu hilang sebaik sahaja Emily melangkah ke dunia ajaib itu.. Maka dengan bantuan empat orang elf, maka mereka mula mencari 4 batang kunci bagi membuka portal di dalam istana.. Memang dunia fantasi yang menarik dan mengajar erti kerjasama antara mereka..

Sha baca dan selesai pada 03.11.2019..

Koleksi kutub khanah Sha..
Published August 25th 2015 by Scholastic Inc.

Berhujung Minggu Cara Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perak cuti 3 hari.. Bermula hari Jumaat sempena Hari Keputeraan Sultan Perak tapi anak-anak Sha tetap bersekolah agama (sebab sekolah agama dekat Selangor).. Selain pergi menziarahi mak saudara sebelah abah Sha, masa selebihnya kami di rumah.. Untuk itu, Sha telah meminjam beberapa buah komik dan novel remaja untuk dibaca oleh Amani dan juga Imani.. Memang 3 hari tu, Amani habiskan semua buku untuk dibaca.. Sha juga turut membaca bersama.. Melentur buluh biar dari rebungnya dan Sha berharap anak-anak Sha akan teruskan hobi membaca ini hinggalah mereka tidak lagi boleh membaca..

Antara buku yang Sha pinjamkan untuk Amani dan Imani.. Komik dan juga novel.. Habis Amani baca dalam 1 hari je.. Haih la Amani.. Ingatkan bolehlah bertahan 3 hari.. 

Hari Jumaat cuti sekolah pagi, kami menonton filem Mary Poppins Returns sambil kunyah-kunyah.. Hehehe..

Hari Ahad tak ada ke mana, makanya sambil tengok Boboiboy Galaxy mereka bermain masak-masak dan membaca buku yang dibeli di Jualan Gudang MPH..

Baiki kerusi dengan memasang skru.. Kerusi lama kan.. Ginilah jadinya..

Sunday, November 3, 2019

Komik | Misi 10A Finale oleh Nazry Salam & Afiq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ohsem dari PTS.. Memang bahan bacaan yang sangat bagus untuk anak-anak kita.. Memberi motivasi kepada pembaca untuk terus berusaha dan belajar.. Buku ini juga memberikan gambaran tak semestinya belajar bertungkus lumus sahaja.. Sebaliknya sambil belajar, boleh juga beriadah.. Memang ohsem.. Persahabatan juga dijadikan salah satu subjek yang unik dalam buku ini..

Baca dan selesai pada 02.11.2019..

Pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published January 20th 2014 by PTS Media Groups

Jualan Gudang MPH, Balakong.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info jualan gudang ini dikongsikan rakan Facebook.. Kebetulan Sha memang nak ke area Balakong semalam, maka Sha minta encik suami lajak ke sini.. Tak jauh mana pun dengan rumah mak saudara Sha.. Memang seronoklah kami mencuci mata tengok buku-buku pelbagai genre.. Yang paling teruja Amani lah.. Siap minta belanja buku.. Sha okay je.. Yang paling Sha tak sangka, encik suami pun turut memilih buku untuk dirinya.. Dapatlah 17 buah buku dan 2 setem little pony dengan harga RM37 sahaja..

Jualan gudang MPH ini akan berlangsung dari 01.11.2019 sehingga 10.11.2019..
Bermula jam 10 pagi hingga 8 malam..
Harga serendah RM1..

Banyaknya buku.. Bahagia rasanya.. Kalau ikut hati, memang nak ambil je semua tapi mengenangkan rak buku dah penuh dan buku tak berbaca banyak lagi, kita tahan nafsu.. hahaha.. Buku BI langsung Sha tak amik walaupun banyak genre kesukaan Sha.. Hanya tengok je.. huhuhu..

Tengah seronok memilih buku.. Amani tengah usaha cari Train Your Brain level 1 tapi tak berjaya.. Dapat yang level 2 dengan level 3 je..

Ini pilihan encik suami.. Buku ini harga asal dia RM40 tu sebuah.. Tapi dekat jualan gudang ini dapat murah giler.. Memang berbaloi sangat..
Fighter - RM3
Military Machines - RM3

Pilihan Sha banyak sikitlah.. hehehe.. Tukang bayar kan..
Hipnotis - RM2
Apokalips - RM2
Cerpen Terbaik 2016 - RM2
Arkib Angker Negara vol 1&2 - RM10

Ini pilihan Amani.. 
Reinforcing & Captivating Crossword (4in1) - RM1
Geometric Design Coloring Book - RM3
Lego Friends - RM1
Train Your Brain Level 2 - RM1
Train Your Brain Level 3 - RM1

Buku pilihan Imani pula
Lego Elves - RM3
Lego Friends - RM1

Jalan-jalan ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Cheras memenuhi jemputan kenduri kesyukuran dan Aqiqah saudara sebelah abah.. Gerak dari rumah jam 9.30 pagi, sampai di tempat kenduri lebih kuran jam 12.30 tengahari.. Beramah mesra dengan saudara mara dan makan-makan.. Jam 2 lebih kami gerak ke Jualan Gudang MPH tak jauh dari rumah kenduri.. Sempatlah melabur RM37 di jualan gudang ini..

Dari jualan gudang, kami gerak ke Sate Willy sebab Amani dah kelaparan.. Makan sate dulu buat alas perut.. Tak order banyak pun.. Masih kenyang makan kendurikan..

Order Sate Ayam (5 cucuk), Daging (5 cucuk), Kambing (5 cucuk), nasi impit (2 ketul) & Lontong (1 ketul).. Air pula kita minum nescafe ais, teh o ais & teh o ais limau.. Semua sekali RM26.30..

Amani minta untuk lalu depan Menara Berkembar.. Maka berjalanlah kami ke sini dan bergambar di bahagian luar..

Terus gerak ke Menara KL pula.. Bayar parking RM5 (untuk tempah sejam) sahaja.. Jalan-jalan ambil gambar di bahagian bawah..

Singgah Masjid Negara untuk solat..

Jalan-jalan di Dataran Merdeka sekejap.. Itupun hujan dah mula turun semula..

Hentian terakhir kami ialah Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Prima Sri Gombak.. Makan malam sebelum gerak balik.. Makan kat sini best sebab masakannya memang sedap dan kuantiti banyak.. Berpatutanlah dengan bayaran.. Kami sekeluarga memilih air Mangga dan lemonade (RM6).. Makanan pula kami ambil Braised Chicken Rice (RM12.10), Fried Mee Beef (RM14) & Ramen Soup Beef (RM12.10).. Jumlah keseluruhan RM46.85 (termasuk service tax)..

Sampai rumah jam 11.30 malam, ikut jalan lama.. 

Saturday, November 2, 2019

Filem Korea | Homme Fatale (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kelakar dan juga menyentuh perasaan mengenai seorang lelaki yang menjadi peneman kepada wanita-wanita yang kesepian.. Mereka ini ialah wanita yang belum berkahwin dan dah berusia serta wanita yang kematian suami dan tidak dibenarkan berkahwin lagi.. Lelaki ini dilahirkan oleh Gisaeng dan membesar di rumah para gisaeng ini.. Bila dipaksa untuk mengambil peperiksaan dan menjadi pegawai kerajaan, beliau tak nak.. Sebaliknya beliau mencadangkan supaya membenarkan kaum wanita yang dah jadi balu ini untuk datang ke gibang untuk berhibur.. Wanita-wanita ini hanya ingin pendengar sebenarnya.. Mereka kesepian..

Tapi kisah hidup lelaki tu agak tragis lah sebab sampai ke tua tak berkahwin dan dia sangat gemar melukis.. 

Homme Fatale (English title) @ Gibang Bachelor (literal title) @ 기방도령 @ Gibangdoryeong
KR Movie | Released : 10 July 2019 | Runtime : 110 Minutes | Genre: Comedy |
Heo Saek (Lee Joon-Ho) is a lovely young man. His mother was a gisaeng and he grew up at the gibang (place where gisaeng work). He becomes the first male gisaeng in Joseon, a time when women suffered from oppression. Hae-Won (Jung So-Min) is a beautiful woman with a progressive way of thinking. They try to find true love.

Shopee | Persiapan Sekolah 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagi beberapa minggu sahaja persekolahan akan berakhir.. Sha dah mula buat persiapan untuk sesi tqhun 2020.. Sebelum ini dah beli kain ela untuk buat baju sekolau.. Kali ini Sha beli alat tulis untuk tambah mana yang tak cukup je.. Alat tulis yang beli sebelum ini masih ada lagi lebihan yang boleh digunakan tahun hadapan..

Stabilo Swans 36 Color (percuma 1 box) - RM24.00x2 (sekotak jadi RM12 je.. Murahkan..)
UHU Happy Glue 50ml Buy 3 Free 2 - RM4.80
Gunting - RM1.50x4
Setelah diskaun Sha bayar RM60.90 (termasuk pos)..

Friday, November 1, 2019

Komik | Koleksi Cerita Hantu Dunia 05: Cerita Hantu Rusia oleh Kim Hye-Ryeon, Gan Chee Wee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama untuk bulan November.. Komik dan juga cerpen hantu dari negara Rusia.. Dalam ini ada 16 komik dan 15 cerpen pendek yang mendebarkan dari negara Rusia.. Bermacam cerita seram yang disampaikan oleh penulis buat pembaca.. Walapun tak sampai 200 muka surat namun isinya yang padat berjaya membuatkan Sha membaca dengan perlahan-lahan.. Memang menarik dan mendebarkan.. Malah di Rusia juga ada bunian dan buniannya 

Sha baca dan selesai pada 01.11.2019..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published January 1st 2015 by Exact Publisher

Drama China | The Lost Tomb 2: Explore With The Note (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok drama ini dengan harapan pelakonnya sama macam The Lost Tomb 1 tapi malangnya tak sama.. Mereka guna pelakon yang berbeza dan cerita tak bersambung dari penamat The Lost Tomb 1.. Makanya tengoklah juga sebab dah tertengokkan.. Tapi memang perlahanlah sebab cerita dia agak banyak elemen mengejut.. Hehehe.. Seramlah juga.. Dahlah gelap je.. Dalam makam kan.. Tapi pelakon yang bawa watak Zhang Qi Ling tu okaylah.. Pelakon untuk watak Wu Xie pun not bad.. 

Sha start tengok pada 17 September.. Lepas tu stop.. Kemudian weekends baru ini sambung tengok balik.. Terseksa jugalah tengok drama ini.. Sebab drama 40 episod namun tak selesai juga.. Misteri Snaked Eyed Copper Fish tetap menjadi misteri.. Bersambung di The Lost Tomb 3 pula yang dijangka akan ada 70 episod.. Adoi makin banyak pula episod dia.. Tak tahulah rajin ke tak nak tengok nanti.. hehehe..

 The Lost Tomb II , Daomu Biji 2 , Tomb Notes 2 , The Lost Tomb Explore With The Note , The Lost Tomb 2: The Wrath of The Sea  | 06 June 2019 | 40 episodes | Action, Adventure, Friendship, Mystery, Youth, Supernatural |
Sinopsis | The group of heroes are pulled into another tomb-raiding expedition that takes them beneath the sea. In an ancient Ming Dynasty ship, they encounter monstrous creatures and puzzling traps.
Wu Xie opens the box that he obtained from the Seven Star Coffins of Lu Wang's Palace to discover a snake-bowed copper fish. Wu Sansheng recounts the strange occurrences over ten years ago when they went on an archaeological expedition to Paracel Islands. Wu Xie leads a team down to the same place to explore a sunken ship where hidden dangers await.
(Source: ChineseDrama.info)
— Adapted from The Grave Robber’s Journal novel of the same name by Kennedy Xu

2019 Reading Challenge #10

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan Oktober ini sha dapat baca 22 buah buku.. Semakin dekat dengan target bacaan.. Tinggal lagi beberapa buah buku sahaja sebelum target tercapai.. Kena lakukan pecutan ini.. Ada beberapa buku yang sangat menarik pada Sha bulan ini.. Memang tak sangkalah sebenarnya penulis di Malaysia ini banyak je yang bagus-bagus.. Cuma mungkin promosi dan tajuk nya tak berapa memikat.. Mungkinlah.. Lain orang lain penerimaannya kan.. Sha berjaya menemui buku-buku yang menarik pada bulan ini.. Memang ohsem..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com