Friday, January 3, 2020

Filem China | Medical Examiner Dr. Qin: Blood Red Wedding (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susah juga nak cari info pasal filem ini.. Sinopsis dan pelakon dia pun sha tak pasti siapa.. Tapi bukan pelakon yang sama dalam drama Medical Examiner Dr. Qin (2016).. Boleh tonton online di SINI..

Dalam filem ini Dr. Qin berdepan dengan dua kes pembunuhan yang menyerupai kes pembunuhan yang tak selesai pada 15 tahun dulu.. Mulanya pihak polis menganggap yang kes pembunuhan itu adalah pembunuhan bersiri yang berkaitan dengan pemujaan.. Namun semakin siasatan berjalan barulah polis menemui sebab lain yang menunjukkan kes-kes tersebut bukan pembunuhan bersiri.. Dalam masa yang sama kes pembunuhan ini mengajar Dr. Qin untuk lebih menghargai orang yang selalu berada di samping beliau..

Medical Examiner Dr. Qin: Blood Red Wedding
Two highly ceremonial wedding homicides involved the wedding murders eight years ago. The highly similar death law of the three brides puzzled Qin Ming and others, but found that he and his fiancee Ding Lingling appeared at the wedding with...

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah kita sertai GA rakan-rakan blogger..

DUE DATE: 31 Januari 2020

Goodreads | Reading Challenge 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry wajib awal tahun ini.. Sasaran pembacaan untuk tahun 2020.. Sha bermula dengan 237 buah buku dahulu.. Lebih sikit  je dari tahun lepas.. Semoga tercapai dengan jayanya.. Bukan tak yakin untuk bubuh angka yang lebih besar namun untuk tahun ini akan ada cabaran dan halangan yang lebih besar.. hehehe..

Kena baca sekurang-kurangnya 4.5 buah buku seminggu untuk Sha capai sasaran itu dengan jayanya.. 

Ini adalah jumlah buku untuk tahun-tahun sebelum ini.. Sha mula buat cabaran ini pada 2016.. Memang boleh keep tracklah berapa buah buku yang kita nak baca.. 

Segmen Bloglist 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Segmen pertama untuk tahun 2020..
Jom joint guys..

Segmen Tamat : 15 Januari 2020 | 11.59 Malam

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum..
Hye semua..

Moh le reramai joint GA Kak Adda ni.. Hadiah dia ohsem okay..

Tamat pada 31 January 2020

Selesai Balut Buku Teks Sekolah Petang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam selesai balut buku-buku teks sekolah agama Amani dan Imani.. Walaupun buku teks yang diterima memang ada berbalut, namun pembalut tu dah tak cantik dan bertampal nama murid yang lama.. Maka Sha kenalah buka dan balut yang baru.. Imani bawa buku teks ikut jadual yang cikgu bagi.. Amani pula kena bawa semua buku.. Memang selalu buku teks sekolah agama dapat hari pertama persekolahan.. Sekarang menunggu buku aktiviti Amani, Imani dan juga buku teks Amani..

10 buah buku teks untuk Amani dan 6 buah buku teks untuk Imani.. 

Thursday, January 2, 2020

Drama Bersiri Malaysia | Black (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa info pasal drama ini dekat Group Facebook Movie Addict.. Memang menggodalah untuk ditengok.. Versi Korea pun Sha suka, boleh baca review Sha di SINI.. Versi Malaysia ini not bad lah.. Pandai juga direktor Malaysia kita ini ubahsuai cerita supaya kena dengan orang Malaysia.. Walaupun Black veri Korea lebih berat dan gelap, versi Malaysia ini boleh tahan jugalah.. Tambah pelakon dia best-best..

Versi Malaysia ini ada kelakarnya yang menarik.. Lakonan Kamal Adli, Khir Rahman memang menarik dan ohsem.. serius.. Walaupun cerita ini gelap dan agak 18sx/sg tapi kelakar wei.. Sha gelak sampai keluar air mata.. Jangan tengok dengan anak-anak ye.. Tak sesuai.. Cuma sampai episod 8 dan cerita masih tergantung.. Kalau baca komen, rata-ratanya mengatakan akan ada sambungan lagi.. Ini yang tak best.. Bila dah syok tengok, cerita tergantung pula.. Lakonan Kamal Adli dalam drama ini memang ohsemlah.. Harapnya ada sambunganlah.. Tontonan melalui VIU..

JUDUL : BLACK
EPISOD : 8 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2019
PENULIS SKRIP : Bernice Low
PENGARAH : Razaisyam Rashid & Kroll Azri
PRODUKSI : Alpha47 Films
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman, Khir Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Albakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan.

SINOPSIS BLACK
Mengisahkan Black, makhluk bunian yang diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia. Black telah jatuh dengan wanita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Mereka berdua kemudiannya terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai selama 20 tahun..

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Dua hari sebelum sekolah bermula, cikgu kelas Amani dan Imani dah tubuhkan group WhatsApp dan hantar jadual waktu pembelajaran untuk sesi 2020.. Ada beberapa pelajaran baru yang Sha nak kena tanya dengan guru nanti.. Supaya lebih faham apa yang diperlukan cikgu dan sekolah..

Keterujaan Imani untuk bersekolah bermula Selasa petang lagi.. Sibuk dia suruh Sha kemaskan beg sekolah dia.. Malam tu tak boleh tidur sebab terlalu teruja.. hehehe.. Gigih dia membaca buku..

Pagi tadi lambat pula dia bangun.. Tidur awal semalam.. Kakak pula yang tak boleh tidur.. Dah siap-siap nak ke sekolah, Imani nak terkucil pula.. Lambatlah sampai ke sekolah.. Dah nak sanpai sekolah, perut dia sakit pula.. Sha dah susah hati.. Mujur lepas dia buang air besar, perut dia okay semula.. Risau dah beberapa kali perut dia sakit balik ini.. Harapnya tak jadilah lagi usus dia termasuk ke dalam.. Masuk kelas, susun atur meja dah berubah.. Mujur dia masih pilih untuk duduk depan.. Sha tunggu dia sampai waktu rehat.. Ajar dia beli kuih, tengok dia makan dari jauh je.. Lepas dia masuk kelas, tunggu Amani pula.. Tengok Amani beli makanan dan makan fengan kawan-kawan dia.. Lepas tu baru balik..

Pukul 12.50 tengahari Sha dah ada balik ka sekolah.. Nak tengok Imani dan Amani naik van untuk pergi rumah pengasuh.. Alhamdulillah semua okay je..

Siap-siap kemas alat tulis dan buku untuk hari pertama persekolahan.. Amani masih belum dapat buku teks.. Cuma bawa buku tulis dan latihan je.. Imani dah dapat buku teks.. Memang beratlah begnya.. hehehe..

Beg Imani warna pink.. Hello kitty untuk sekolah petang dan yang kosong sekolah pagi.. Kakak Amani pula warna biru untuk sekolah pagi dan merah untuk sekolah petang..

Alhamdulillah.. Walaupun agak kelam kabut pagi pertama namun semuanya berlalu lancar buat Amani dan Imani.. Selamat menempuh dunia persekolahan.. Semoga Amani fan Imani suka untuk ke sekolah menuntut ilmu.. Aamiin.. Aamiin..

Makanan | Ramly Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kek kedua yang Sha cuba dari Ramly.. Kali ini Sha pilih Blueberry.. Rasa masam blueberry itu memang cukup mengimbangi rasa cheese dan kek.. Tak terlalu masam dan tak memuakkan.. Sedang elok je dengan tekak Sha.. Sangat-sangat berbaloi dengan harga jualannya.. RM3.50 sebekas.. Nak lagi sedap, sila simpan dalam peti sejuk dahulu sebelum makan.. Makan masa dia sejuk-sejuk tu buat rasa kek ini jadi lagi wow.. Memang sangat-sangat sedap dan puas hati..


Memang mengancam bila scoop kek tu.. Lapisan cheese yang ohsem dan tebal.. Puas hati..

Wednesday, January 1, 2020

Goodreads | My Year 2019 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry wajib bila habis tahun.. Jom tengok berapa banyak buku yang berjaya Sha baca sepanjang 2019 ini.. Selain buku fizikal, Sha juga baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader, Libby by Overdrive, E-Sentral Reader dan terbaru Oakbee Buffet.. Genre kesukaan Sha dah semestinya seram dan thriller tapi Sha juga membaca genre-genre lain.. Cuma keseronokkan membaca genre seram dan thriller itu lebih sikitlah dari genre lain.. hehehe..

Ini adalah perjalanan Sha membaca buku untuk tahun 2019..

Jumlah muka surat dan buku yang Sha berjaya baca.. Target 230 buah buku je, saat-saat akhir berjaya pula lebih dari target..

Buku paling pendek dan nipis dah tentulah buku kanak-kanak.. Manakala buku paling panjang dna tebal ialah buku Melur Jelita yang bertajuk The One..

Buku yang paling popular Sha baca ialah buku Harry Potter bertajuk Philosopher Stone yang dah dialih bahasa dan yang tak popular pula ialah buku terbitan Karangkraf bertajuk Mila's Big Splash..

Ini review pertama Sha untuk tahun 2019.. Buku nukilan Hilal Asyraf.. Buku yang menarik..

Buku terakhir pula ialah buku cinta yang bertajuk Ulam Kasih Sambal Cinta..

Lebih 39 buah buku dari target.. Alhamdulillah..

Makanan | Ramly Tiramisu Cheese Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa kek ini dekat kedai sejuk beku yang jual produk Ramly.. Tak sangka rupanya kek ini dah viral.. Tengok dekat website Ramly tak ada pula produk ini.. Harga untuk sebekas ini RM3.50 sahaja.. Pada Sha berbaloilah harga tu dengan kek yang dia jual.. Cukup rasa dia wei.. Puas hati sangat.. Selain dari Tiramisu, ada 3 lagi perisa iaitu Coklat, Lemon dan Blueberry.. Nanti Sha review yang lain pula ye.. Kalau korang berminat nak cuba bolehlah search dekat Facebook atau Instagram untuk cari orang yang jual selain kedai-kedai sejuk beku yang jual produk Ramly..

RM3.50 satu bekas ini..

Nampak tak mewah dengan cheese.. Cuma rasa dia sedikit manis pada tekak Sha..

Performance Blog KasihkuAmani 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. 2019 dah selamat kita tinggalkan dengan pelbagai kenangan.. Ada suka dan duka, kegembiraan dan kesedihan, kehilangan.. Semuanya mendewasakan kita.. Tahun 2019 dilalui dengan pelbagai entry.. Ada masanya banyak, ada masanya sikit.. Bacaan Sha tetap mencapai sasaran malah berjaya melengkapkan cabaran 1000 buah buku dari tahun 2012.. Perkongsian di blog pun boleh tahan juga pencapaiannya.. Berjaya capai 1000000 pageviews pada 22.12.2019.. Memang tak sangka.. Malah Pageview untuk sebulan pun naik dengan banyak.. Awesome.. Terima kasih pada yang singgah blog Sha.. 

Pageviews pada 22.12.2019..

 Ada peningkatan dari segi followers.. Dah bertambah 11 orang.. hehehe.. Terima kasih awak, awak yang jadi followers saya.. Paling banyak dah tentulah komen yang ditinggalkan.. hehehe..

 Yeah!! Berjaya capai target.. Dapat juga 20 ribu pageview untuk disember.. Terima kasih sudi jenguk blog saya..


Tak sangka ramai yang cari entry Drama Malam Tahlil Suhaila Balik tu.. Berbaloi tengok walaupun dari celah-celah jari.. Hahaha.. Adoi.. Takkan nak kena tengok drama/filem seram lagi kot.. Nantilah cari kekuatan..

 Untuk entry setahun masih lagi ketinggalan.. hehehe.. Tahun 2017 masih cemerlang dengan 1152 entry..

Ini pula pecahan mengikut bulan.. Nampaknya Januari mengungguli carta..

Apapun.. Terima kasih pada semua yang sudi mengunjungi blog Sha dan tinggalkan komen.. Walaupun kadang entry merapu dan stress je.. hehehe..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com