Saturday, March 7, 2020

Komik | Giris (Antologi Komik Misteri #03) oleh Dhang Ayupratomo, Fukushi Eigo, Patrick Roon, W. Ritter, Septian Hadinata Uka, Kristedy Rinto, Erde, Tony Wilim , Andik Prayogo, Frachreza Octavio, Angelika Sagtavilia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi komik ini mengandungi 5 cerita seram yang menarik.. Cerita ini dialih bahasa dari bahasa Indonesia.. Walaupun hanya 5 cerita pendek namun tetap menarik dan memikat untuk dibaca.. memberi pengajaran dan juga teguran.. Namun ada juga yang ceritanya tak berpenghujung dan tergantung.. Kenalah teka endingnya..

Sha baca dan selesai pada 05.03.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 2019 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd. (first published November 2017)

Drama Korea | Maybe, Maybe Not (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini ada 8 episod je dan setiap episod hanya 10 minit.. Kejap je dah habis tengok.. hehehe.. Tak sampai 2 jam pun.. Cerita pasal seorang perempuan yang boleh baca fikiran orang lain.. Namun bila dia berkenalan dengan Jung Seok, dia tak boleh baca fikiran Jung Seok.. Melalui Jung Seok juga beliau belajar bahawa kita kena suarakan apa yang kita tak suka dan apa yang kita suka.. Barulah orang lain boleh tahu apa yang kita suka dan tak suka.. Kelebihan membaca fikiran tak menjamin kebahagiaan pun..

Drama: Maybe, Maybe Not
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Mar 12, 2019 - May 7, 2019
Aired On: Tuesday
Duration: 10 min.
A girl who can read minds has always been an outsider at her university due to her sensitivity to what other people think of her. Suddenly, she meets a senior classmate, and to her surprise, she can't read his mind. As they begin spending time together, they start falling in love.

Imani | Kem Bistari Solat 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Imani ada Kem Bistari Solat anjuran sekolah dibawah Program j-Qaf Kementerian Pendidikan Malaysia.. Kem bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.. Pelajar dikenakan bayaran RM5 untuk nota dan makan.. Sebelum menghantar Imani ke kem, Sha bawa Imani bersarapan dulu.. Supaya Imani berada dalam keadaan kenyang dan gembira.. Seronok dia.. Belajar mengambil wudhu' dan membaca niat wudhu'..

Habis dah kemnya..

Antara yang dipelajari semasa kem..

yang ini kena buat dirumah..

Random Photo #7 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap hari, ada je gambar yang memberi erti kepada kehidupan seharian kita.. Memberi pengajaran dalam meneruskana hari-hari yang mendatang.. Ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyentap tangkai jiwa..

Sebelum ini Sha ada kongsikan buah mulberry yang dah merah-merahkan.. Kali ini Sha kongsikan putik-putik baru pula.. Walaupun baru je berbuah tak lama hari tu.. Bila dah dicantas, pokok mulberry ini akan kembali mengeluarkan tunas dan buah baru.. Kali ini pun banyak juga buahnya..

Kuih Permata Zamrud namanya.. Sedap kuih ini.. Dalam dia ada pes kacang merah.. Ada juga yang tak bubuh pes kacang merah dalam tu tapi bubuh kelapa manis.. Ada juga yang biar kosong je.. Cuma pulut dan santan..

Rezeki hari Selasa.. Potongan ikan patin tu berharga hanya RM1 sahaja.. Manakala nasi dan ulam salad itu dibelanja sahabat sekerja.. Kuasa bersedekah.. Melalui hari selasa dengan permulaan yang agak tidak baik sebenarnya namun menerima kunjungan rezeki berlipat ganda.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. setelah jenuh mencari, berjaya juga jumpa kek idaman Imani.. Harganya RM35.. Mujurlah ada juga yang berbaloi nak dibeli dari Orang Melayu dan beragama Islam.. Susah betul nak cari kek budget.. Kalau yang non muslim jual, ada je harga RM15 dan cantik-cantik hiasannya.. Sedihlah.. Bila jadi macam ini, Sha terfikir macam manalah untuk orang yang tak berkemampuan nak meraikan anak-anak.. Bila jadi macam ini memang terasa insaf.. Kalau kita susah, ada yang lagi susah dari kita..

Friday, March 6, 2020

Filem Melayu | Busut Bonang (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik kelakar dan penuh dengan kata pujangga serta peribahasa.. Memang best walaupun sedikit seram.. Pada Sha filem ini lebih kepada komedi seram.. Memang layan habislah.. Sambil buat kerja sambil menonton filem ini..

Kisah sebuah busut yang telah dijamu selama beberapa keturunan.. Cerita yang disampaikan walaupun nampak biasa tapi lakonan pelakon-pelakonnya memang menarik untuk ditonton.. Cerita seram namun banyak aksi komedi yang tak dibuat-buat.. Memang berjaya menggeletek hati bila ditonton.. Seram komedi yang ohsem..


Novel | Suami Yang Kubenci oleh E-Man Sufi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang berjaya buat Sha bergelak ketawa dengan gembira.. Walaupun temanya cliche cerita kahwin paksa.. Namun babak dalam novel ini sangat menggelikan hati.. Watak orang ketiga pun tak adalah melampau atau dasyat.. Hero dengan heroin dia je yang dasyat berbalas kata.. Bertekak dan saling mengusik hingga terbitnya rasa cinta.. Bila dah jodoh, lari kemana pun tak akan terpisah.. Memang novel yang sangat seronok dibaca..

Sha baca pada 03.03.2020 dan selesai pada 04.03.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published November 2011 by Karya Seni Enterprise

Kedai Makan | Naan Lounge UPSI, Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tahu pasal tempat makan ini pun sebab encik suami yang bawa.. Encik suami selalulah masuk dekat kampus UPSI baru ini.. Encik suami ini macam inilah.. Bila dia jumpa tempat makan menarik dia bawalah Sha dan anak-anak pula untuk cuba.. Bila makan kat sini, Sha emmang puas hati.. Kedai bersih, makanan tak mahal.. Berbaloi-baloi bila dapat makan dekat sini.. Servis pun laju je.. Yang paling best, roti naan dia lembut.. Kuah dia sedap.. Kenyang sangat bila dapat makan sekeping.. Even yang plain pun sedap.. Ini ikut sekala tekak Sha lah.. hehehe.. Owh ya.. Nak masuk dalam kampus UPSI ini memang tak ada sekatan.. 

Kami berempat..

Teh O Panas, Teh O Ais Lemon dan Lemon Asam Boi..

Cheese Naan (RM5) & Cheezy Cheese Naan (RM7)

Plain Naan (RM1.80)

Chicken Tandoori (RM7)

Ini bil kami untuk malam tu.. Memang berbaloi..

Thursday, March 5, 2020

Filem United States | Jumanji: The Next Level (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menonton filem ini memang seronok sebab ada Dwayne Johnson.. Memang minggu ini dok layan filem je.. Rasa seronok pula melayan filem-filem macam ini.. hehehe..

Kali ini Spencer memilih untuk masuk dalam game Jumanji sebab rasa diri lebih bermakna berbanding di dunia nyata.. Biasalah, kehidupankan.. Ada masa gembira, ada masa kita bersedih dan tertekan.. Melarikan diri ke dunia game bukanlah pilihan yang baik sebenarnya.. Namun persahabatan antara mereka berempa berjaya mengumpulkan mereka kembali di dunia game.. Kelakar, persahabatan dan juga pengembaraan yang ada dalam filem ini memang menarik.. Santai dan menghiburkan..


Novel | Miss KPOP Lawan Che Mek Molek oleh Ain Maisarah, Hazira Hanapi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang menarik dan menyeronokkan.. Pertembungan dua minat iaitu tarian tradisional dan Kpop.. Bukan mudah mencari keserasian bila terlalu obses dengan sesuatu perkara hingga menimbulkan kebencian dan dendam.. Buku ini mengajar untuk saling menghormati dan juga meminati seadanya akan sesuatu perkara.. Bila terlalu menunjuk pasti akan ada yang mengambil kesempatan dan memarakkan lagi permusuhan..

Sha baca dan selesai pada 03.03.2020..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published March 2016 by Blink Book Sdn Bhd

Filem China | Kung Fu Traveler (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang berlaku di masa hadapan bila China dijajah makhluk asing.. Bukan mudah manuasia nak menewaskan makhluk asing yang ganas dan dah tahu kelemahan manusia.. Namun seorang askar berjaya berlawan secara dekat menggunakan kungfu.. Maka keputusan dibuat, robot dihantar ke masa lalu demi mendapatkan ilmu kungfu untuk dimuat naik ke dalam sistem robot masa depan.. Bukan mudah bila makhluk asing turut menghantar sekutu mereka untuk menghalang usaha manusia.. Filem yang lain dari biasa.. Memang menarik untuk ditonton..

Movie: Kung Fu Traveler
Also Known As: Kung Fu Cyborg, Gong Fu Ji Qi Xia, Kungfu Kling Fli Man
Genres: Action, Adventure, Historical, Romance, Drama, Sci-Fi, Fantasy
Country: China
Release Date: Feb 1, 2017
Duration: 1 hr. 35 min.
Aliens have invaded and overtaken the Earth. Trying to escape defeat, a Chinese General is accidentally sent back in time while trying to devise a way to defeat the alien invaders. Stars Tiger Chen of "Man of Taichi" and "The Matrix" 

Wednesday, March 4, 2020

Buku | Doktor Sakit oleh Dr. Atikah Razali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah sehari-hari seorang doktor.. Bermacam ragam dan kerenah pesakit yang perlu dilayan.. Ada yang berterima kasih, ada yang memaki hamun.. Bukan mudah untuk jadi doktor namun tugas ini adalah lubuk pahala yang tak ternilai.. Selain menceritakan apa yang perlu dihadap dan dilalui doktor, ada juga perkongsian mengenai masalah sosial dan pesakit depresi.. Malah doktor pun manusia juga.. Ada masa penat hingga mengganggu emosi dan mengundang sakit.. Bagus dibaca buku ini..

Sha baca dan selesai pada 02.03.2020..

Sha baca menggunakan PNM e-Reader..
Published 2018 by Must Read Sdn Bhd

Drama Jepun | Repeat (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton drama ini atas cadangan Tiara.. Memang menarik dan lebih ringkas.. Sungguh tak disangka bila masterminds di sebalik kematian peserta itu.. 8 orang telah dipilih secara rawak oleh kazama untuk kembali ke 10 bulan sebelum ini untuk merubah kehidupan masing-masing.. Namun apa yang berlaku ialah kematian seorang demi seorang.. Siapa agaknya yang membunuh mereka? Adakah pembunuh dikalangan mereka atau apa yang mereka lalui ini hanyalah sebuah permainan untuk hidup atau mati?? 

Kalau korang berpeluang kembali ke masa sebelum ini, korang nak ubah apa??

Drama: Repeat
Also Known As: Repeat: 10 Months Which Changes Fate, Ripito Unmei wo Kaeru 10kagetsu, Repeat ~ Unmei o Kaeru Juukagetsu
Directors: Kurakata Masatoshi, Yuasa Hiroaki, Katagiri Kenji
Screenwriters: Izumisawa Yoko
Genres: Suspense, Mystery, Romance, Crime, Sci-Fi, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jan 11, 2018 - Mar 15, 2018
Aired On: Thursday
Original Network: NTV
Duration: 45 min.
Shinozaki Ayumi receives a strange call telling her that an earthquake will occur one hour from now. She hangs up the phone thinking it was just a prank call. But one hour later, she feels herself sway a little. When she turns on the television, she realises that what the caller said about the time and the epicentre was on the mark. After that, she receives another phone call from the same caller who identifies himself as Kazama. He says that he knows what will happen in the future because he went back to a certain spot from the future and made a fresh start in life. Calling this time travel “Repeat”, he invites Ayumi to be his guest. Besides Ayumi, Mori Keisuke and Tendo Taro are among the eight people who have been invited by Kazama to participate in “Repeat”. These eight people who are making a repeat as a result of past regrets, are hit with a series of unanticipated events. Under the difficult situation, Ayumi and Mori develop feelings for each other.
~~Based on the novel "Repeat" by Inui Kurumi
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com