Monday, April 4, 2022

Kopi Gantung Wak Jam, Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha meneruskan pemburuan mencari kopi.. hehehe.. Sha cari ini hari Sabtu, sehari sebelum puasa.. Sehari sebelum puasa.. Tak berapa kaw sangat rasa kopi dia.. Ini ikut skala tekak Sha tau.. Selain kopi, ada juga mocha, bandung dan coklat kalau korang tak minat kopi.. Boleh google map je untuk cari kedai dia..

Trademark dia ohsem..
"Kerna Kopi Bisa Buat Bahagia"

Antara pilihan air yang ada..

ebook | I'm Your Man oleh Moon Leeya Zafrina

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini membawakan tema kehilangan dan Covid19.. Huda yang mengalami peristiwa sedih membawa diri dan tak bergaul dengan orang.. Kerja harian Huda juga tak memerlukan dia bersemuka namun kehadiran jiran di sebelah rumah mula mengubah sikap Huda.. Amzar yang tinggal di sebelah rumah kena kuarantin.. Huda pula atas dasar jiran, menghantar makanan buat Amzar.. Dari situ mereka mula berkawan.. Amzar tahu Huda mempunyai masa silam yang sedih kerana dia juga pernah mengalaminya.. Perlahan-lahan Amzar meletakkan dirinya sebagai sandaran Huda.. Memang nice..

Sha baca dan selesai pada 04.04.2022..

Sha beli dengan penulis dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published 2021 by Nur Liyana binti Shamsuddin

Filem China | Faqiu-The Lost Legend (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini mengisahkan tentang Zhang yang mencari ayahnya.. Ayah Zhang hilang semasa ekspedisi mencari pokok hidup abadi.. Selain Zhang dan rakan-rakan, ada sekumpulan askar Jepun turut mencari pokok abadi ini.. Ini kerana profesor mereka turut hilang bersama ayah Zhang.. bukan mudah untuk menemui kedudukan pokok abadi tu bila ia tersembunyi didalam gunung salji.. Tanpa mereka sedari pokok abadi tu bukanlah seperti apa yang mereka harapkan dan terdapat jiwa yang terperangkap didalam pokok tersebut..

Sha tonton di aplikasi iQiyi..

 The Legend of Kunlun
1 h 20 m
Action | Thriller | Adventure
Region: China's
Description:In order to prevent foreign forces from stealing the tree of immortality, Faqiu lineage Zhang Wenfeng and his friends accidentally crashed into Kunlun Ruins, an ancient miracle that contains "hundred gods". Kunlun is full of rare and precious treasures, mixed with the corpses of tomb robbers all over the place, filled with a gloomy and terrifying atmosphere. The surrounding mountains and forests are full of terrifying legends. Every day after dark, there are often extremely frightening screams in the valley. However, what Zhang Wenfeng did not expect was that behind these creepy horror legends and treacherous journeys, there are unfathomable human hearts. 

Sunday, April 3, 2022

White Coffee Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rehat Jumaat kan lama.. Sha pun merayaplah ke kedai ECO.. Biasanya sebelum pergi, tujuannya lain.. Bila sampai barang lain yang dibeli.. Sha jumpa biskut ini dan cuba.. Memang bestlah.. Buka je plastik semerbak bau kopi.. Selain bau dan rasa kopi, bahagian tengah dia ada inti badam.. Sedaplah..

RM2.20

Ada 7 pek kecil di dalamnya..

Drama Jepun | Mystery to Iunakare (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan tertengok sebenarnya drama ini dan drama ni jugalah punca Sha layan drama/filem Jepun yang lainnya.. Tapi drama ini sampailah saat Sha publiskan entry ini belum lagi berjaya Sha tengok episod akhirnya.. Ada dah episod akhir dia tapi tak ada sarikata, memang tak fahamlah kan.. Sha tengok atas talian je drama-drama Jepun ini.. Google tajuk dan jumpalah website yang boleh tonton.. Kadang kalau nasib baik, ada dekat Youtube beserta sarikata english .

Kisah bermula dengan penangkapan Kuno yang dituduh membunuh rakan universiti beliau tapi Kuno tak mengaku malah memberikan beberapa logik dalam menepis tuduhan membunuh tersebut.. Akhirnya dengan bantuan Kuno, pembunuh sebenar mengaku salah.. Episod 2 dan 3 pula membawa kepada Kuno yang tersalah bas dan turut diculik oleh beberapa individu demin mencari pembunuh bersiri yang ada dalam bas tersebut.. Meang tak sangkalah bila tahu siapa pembunuh sebenar dan episod ini ada kaitan dengan episod 11 dan juga episod akhir.. 

Suka tengok watak utama iaitu Kuno yang menolong pihak polis tanpa sengaja dalam menyelesaikan penyiasatan.. hehehe..

Update: Dah berjaya tengok episod akhir tapi tu lah.. Ending dia tergantung.. Harapnya cepatlah keluar second season dia.. Jalan cerita dia memang menarik gila..

Drama: Mystery to Iunakare
Also Known As: Do Not Say Mystery , Mystery to Iu Nakare
Director: Aizawa Hideyuki, Matsuyama Hiroaki
Screenwriter: Aizawa Tomoko
Genres: Mystery, Psychological, Life, Drama
Country: Japan
Episodes: 12
Aired: Jan 10, 2022 - Mar 28, 2022
Aired On: Monday
Original Network: Fuji TV
Duration: 54 min.
Follows mystery-solving college student Kuno Totono. At the beginning of the story, the police bring him in for questioning on suspicion of murdering his classmate.
(Source: mangaupdates)
~~ Adapted from the manga " Mystery to Iunakare" (ミステリと言う勿れ) by Tamura Yumi (田村由美). ~~

Marhaban Ya Ramadan

Assalamualaikum..
Hye semua..


Saturday, April 2, 2022

Drama Jepun | Boku no Satsui ga Koi wo Shita (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama in best tapi dalam masa yang sama, geram pula Sha tengok dengan watak heronya.. Lembik dan tak mengancam macam seorang pembunuh upahan.. Sha lebih sukakan watak villainnya walaupun berlebihan nampak lebih berkarisma bila menjalankan tugas.. hahaha..

Shu ni tak lah didik untuk jadi pembunuh upahan tapi bapa angkatnya iaitu Joi memang ada ajarkan banyak perkara pada Shu secara sambil lalu.. Bila Joi mati dibunuh, Shu merasa bertanggungjawab untuk mencari dan membunuh pembunuhnya.. Shu melaksanakan misinya dengan bantuan Shiori.. Orang yang harus dihapuskan Shu ialah seorang pelukis manga bernama Mitsuki tapi malangnya Shu bukannya membunuh sebaliknya menyelamatkan Mitsuki berulang kali dari dibunuh Death Prince.. Dalam masa yang sama Shu merasakan seolah-olah Mitsuki ini adalah Aoi iaitu kawan lama beliau.. Betullah Mitsuki adalah Aoi dan pembunuh Joi?? Tanpa Shu sangka ada konspirasi terancang yang tidak diketahui Shu..

Drama: Boku no Satsui ga Koi wo Shita
Also Known As: Hitman in Love, My Murderous Intent Was In Love, I Fell in Love With My Murderous Intention, Boku no Satsui ga Koi o Shita
Screenwriter: Tokunaga Yuichi, Miura Kisa
Director: Hoshino Kazunari, Horai Tadaaki
Genres: Action, Comedy, Romance, Drama
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jul 4, 2021 - Sep 12, 2021
Aired On: Sunday
Original Network: NTV, Tencent Video, YTV
Duration: 55 min.
Onotora Shu does not know that his foster father is a legendary professional killer. However, his daily life dramatically changes after someone murders this professional killer. Onotora decides to take over the family business and become a hitman in order to avenge his foster father. He is well prepared when he approaches Narumiya Mitsuki who is his assassination target. Despite his physical abilities as a hitman, he is not able to kill her because of his terrible timing, no matter how he tries. On the contrary, he ends up protecting her as danger approaches. The two of them, who should not fall in love, have an unlikely romance.

Fox's Crystal Clear: Fruits Oval Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi gula-gula jenama Fox's.. Dalam ini ada dua perisa iaitu lemon dan blackcurrant.. Rasa lemon dia tak adalah kuat sangat berbanding blackcurrant.. Jadinya kalau yang tak suka masam, memang sesuailah beli yang ini.. Rasa lemon tu ada tapi tak masam.. hehehe.. Blackcurrant dia pula memang kuat dan padu rasanya..

Fox's Crystal Clear: Fruits Oval Candy
Lemon & Blackcurrant
RM2.20

Isi dalam dia tak sama banyak.. hehehe.. Kalau packaging macam ini, senang nak simpan..
Blackcurrant - 29
Lemon - 20

Drama Jepun | Fuujinshi (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Jepun ni best layan.. Kisah manusia yang mempunyai perasaan gelap dan kotor yang kemudiannya menghasilkan pedang yang membunuh.. Kakeru ditugaskan untuk mengunci pedang kotor tersebut.. Namun dengan setiap usahanya mengunci pedang, Kakeru turut menerima kesan.. Mereka yang dikunci turut menghilang.. Dalam mereka menjalankan tugas, Kakeru bertemu dengan wartawan yang boleh melihat debu kotoran pada manusia yang mempunyai pedang kotoran tersebut..  Walaupun dah dilarang, Kakeru akhirnya beberapa kali terpaksa melindungi wartawan tersebut.. Dari situ juga Kakeru akhirnya bertemu dengan manusia yang mempunyai pedang Onigami, pedang yang menghasilkan manusia dengan pedang kekotoran.. Kakeru juga berpontensi menghasilkan pedang kotor bila mana kekotoran makin banyak terkumpul dalam badan dia.. Namun rakan-rakannya berusaha merawat dan memulihkan Kakeru..

Bila manusia dengan pedang kekotoran membunuh, tak ada darah yang keluar sebaliknya hanya ada kesan luka sahaja..

Drama: Fuujinshi
Also Known As: Blade Master
Director: Fujii Michihito, Kuwajima Kenji
Screenwriter: Nakashima Kazuki
Genres: Action, Mystery, Fantasy
Country: Japan
Episodes: 9
Aired: Jan 15, 2022 - Mar 12, 2022
Aired On: Saturday
Original Network: TV Asahi
Duration: 30 min.
Osagami Kakeru is a blade master who is tasked with the mission of sealing the ''blades of filth'' called Kegareyaiba. These blades are born from the dark sides of people's hearts and make those corrupted by that filth murderers. However, with every blade sealed, the filth also affects Kakeru.

Friday, April 1, 2022

Goodreads | Bacaan Mac 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tamat dah cabaran untuk bulan Mac.. hehehe.. Sha berjaya baca 25 buah buku/ebook.. Tu pun sebab hujung bulan terlalu asyik melayan drama Jepun.. hehehe.. Tersuka drama Jepun pula.. hehehe.. Tapi berjayalah kurangkan rak 'To Be Read' fizikal dan maya Sha.. hehehe..




ENAQ Sambal Garing Tempe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi sambal garing dari Enaq.. Kali ini ada tempe.. Memang menariklah untuk dicuba.. Sha beli kombo bersama dengan sambal garing bilis.. Jadi harganya agak berbaloilah pada Sha.. RM25 untuk dua bekas sambal..

Rasa dia agak pedaslah untuk Sha.. Tapi kalau makan dengan nasi, kurang sikitlah pedasnya cuma Sha tak adalah ambil banyak.. Yang pasti sambal ini membuka selera makan.. hehehe.. Memang best makan dengan nasi putih..

ENAQ Sambal Garing Tempe (200g)

Isinya agak banyak berbanding sambal bilis garing..

ebook | MF2014: Antologi Cerpen Ebook Fixi oleh Adib Zaini, Anuar Shah, Dayang Noor, Faizal Sulaiman, Julie Anne, Khairi Mohd, Lokman Hakim, Nadia Khan, Saat Omar, Syaihan Syafiq, M. Faiz Syahmi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen yang terkandung di dalam naskah ebook ini semuanya berkaitan dengan isu semasa di Malaysia.. Berkaitan hidup sosial rakyat negara ini.. Ada beberapa buah cerpen yang buat Sha rasa teruja ketika membacanya tapi terlalu pendek dan singkat.. Terdapat beberapa cerpen yang menarik namun tak memuaskan sebab terlalu pendek.. Tengah seronok, seronk terhenti.. Gitu.. hehehe.. Tapi tak bolehlah nak kata apa sebab Fixi bagi percuma je ebook ini.. 

Terima kasih kepada Fixi untuk bacaan percuma ini!

Sha baca dan selesai pada 31.03.2022

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published September 15th 2014 by Buku Fixi
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com