Friday, August 4, 2023

Aik Cheong: White Coffee Original, Hazelnut, Less Sweet & Kosong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aik Cheong ini ada banyak jenis kopi.. Ini dari siri White Coffee.. Kalau yang Original tu Sha da pernah review dah.. Entry ini untuk 3 lagi rasa dari siri White Coffee ini.. Sha beli di Shopee 1 sachet untuk setiap perisa tu.. Saja gatal nak cuba.. kikiki.. Kalau dekat kedai dia jual 1 pek besar kan.. Karang tak kena dengan selera, membazir je.. Beli dari kedai yang berlainan, harga pun lain-lain..

Aik Cheong: White Coffee Original, Hazelnut, Less Sweet & Kosong

Aik Cheong: White Coffee Hazelnut - RM1.00
Kopi yang pekat dan wangi dengan bau kacang Hazel.. Rasa kacang tu tak terlalu kuat tapi ngam-ngam sahaja.. Rasa dia pun tak mengusai, masih ada rasa kopi.. Memang layan.. Kalau nak kelainan, boleh cuba kopi ini..

Aik Cheong: White Coffee Less Sweet - RM0.97
Memang best.. Tak manis langsung.. Rasa kopi dia pekat dan padu..

Aik Cheong: White Coffee Kosong (2in1) - RM0.97
Memang best buat yang suka kopi dengan creamer tapi tak nak gula atau nak kurangkan gula.. Rasa kopi dia yang padu, memang layanlah.. Sha minum tanpa gula dan kemudian tambah sesudu kecil je.. Best..

Thursday, August 3, 2023

US | Nimona (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita memang dah best tapi tetaplah nak masukkan unsur hurm tu.. Iah.. Iah.. Animasi ini memang best.. Cukup best untuk ditonton dengan anak-anak.. Tapi tu lah.. Ada pula babak yang tak sepatutnya.. Ish.. Ish.. 

Kisah Nimona yang nak sangat diterima manusia tapi selalu disalah ertikan hanya kerana dia boleh bertukar bentuk.. Nimona bertemu dengan Ballister yang dianiaya dan mereka berkerjasama membersihkan nama Ballister dan juga Nimona sendiri.. 

Kalau filem ini tayangkan kisah Nimona dengan pahlawan Ballister tu pun dah cukup kuat untuk tarik penonton.. Tak payah pun babak tak sepatutnya tu.. 

Nimona
2023 ‧ Animation/Adventure/Action ‧ 1h 41m
A knight is framed for a crime he didn't commit, and the only person who can help him prove his innocence is Nimona, a shape-shifting teen who might also be a monster he's sworn to kill.

Shopee | HausBoom Sparkling Juice Lychee & Guava

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua ini Sha tak pernah jumpa pula dekat kedai atau pasaraya, tu yang beli di Shopee.. Okaylah penjual ini sebab dia bungkus dengan kemas.. Balut bubble wrap dan kotak untuk elakkan pecah.. Terbaik.. 

Laici tu sedap.. Rasa buah laici tapi berkarbonat.. Okaylah bila tambah ais.. Kurang manis sikit.. kikiki..
Jambu tu pula sedap wei.. Sha ingatkan rasa dia pelik.. Tak sangka best.. Memang ngamlah..

HausBoom Sparkling Juice Lychee (275ml) - RM3.90
HausBoom Sparkling Juice Guava (275ml) - RM3.90

ebook | Dendam Bakar oleh Danial Zuher

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan cerita dan topik yang dibawakan penulis memang best dan menarik dibaca.. Namun gaya persembahan penulis agak kaku dan tidak mengujakan.. Terlalu banyak perkara sampai Sha agak pening dengan bacaan..

Kisah mengenai Bakar yang cuba membalas dendam atas kematian isterinya dengan menjadi penyamar di kalangan penjenayah.. Namun saat dia dituduh membunuh salah seorang penjenayah dan rahsia penyamarannya terbongkat, Bakar menemui kebenaran yang tak diduga mengenai siapa sebenarnya isteri beliau dan juga yang dikejar bukanlah seperti apa yang dibayangkan.. Malah pengganas sebenarnya ada terlalu dekat dengan beliau dan merupakan kenalan beliau sendiri.. 

Satu yang unik dan mengagumkan Sha ialah mengenai kuasa Bakar dan apa yang boleh meransang kuasa tersebut.. Memang unik habislah.. Tak terjangkau di fikiran.. Tahniah penulis.. Semoga terus bersemangat untuk menulis..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2023..

Published January 1, 2022 by Mahakarya
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Wednesday, August 2, 2023

Biography | TOMORROW X TOGETHER: OUR LOST SUMMER

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dokumentari mengenai jelajah konsert mereka.. Memang pelbagai kepayahan yang perlu dilalui demi menjadi Idola.. Latihan dan kerja keras dalam nak menyampaikan persembahan yang mantap.. Semuanya terubat bila melihat peminat bergembira dengan persembahan mereka.. Okaylah dokumentarinya.. Konsert jelajah ini mereka lakukan pada tahun 2022..

TOMORROW X TOGETHER: OUR LOST SUMMER
KR | Released: 28 July 2023 | Runtime: 81 Mins | Genre: Biography, Documentary | 
TOMORROW X TOGETHER are back post-pandemic and are ready to embark on their first world tour from Seoul to North America. The band's nerves and excitement are kicking in, but they have challenged themselves to give the performance of a lifetime.


Coretan 02 Ogos 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji di Klinik Orthodontik, hari ini bawa Imani untuk temujanji di Klinik Pergigian Pediatrik.. Rupanya ketua doktornya tak ada dan sepatutnya Klinik Ortho tu bagi surat untuk tindakan seterusnya iaitu cabut gigi taring susu Imani.. Doktor yang sedia ada tak berani nak teruskan jadi tangguhkan dulu.. Doktor bagi temujanji baru untuk bincang semula sebab ada satu masalah yang perlu diselesaikan serentak semasa gigi taring susu Imani nak dibuang iaitu gigi lebihan yang berada di hidung tu.. 

Gambar kaki siapalah ini..

La Cremeria: Mango Sticky Rice

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah hampir dua bulan iklan aiskrim ini kterpapar dekat peti aiskrim, hari ini baru dia wujud dalam peti tu.. kikiki.. Warna pembungkusan dia tu sangat menggoda okay.. Oren terang.. Gitu.. kikiki.. Aiskrimnya lembut dan sangat creamy.. Memang kena laju menggigit dia ini kalau tak habis cair.. Tapi bestlah sebab lembut je aiskrim dia.. Rasa mangga tu pun tak adalah terlalu kuat.. Bestlah..

La Cremeria: Mango Sticky Rice - RM4

Aiskrim dia berlapis-lapis.. Cantik dan sedap..

Webinar Keluarga vs Kerjaya : Harmoni di Rumah, Produktif di Tempat Kerja.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha sertai Webinar yang menarik.. Melalui perkongsian ahli panel, peserta belajar mengenai bagaimana mewujudkan harmoni antara suami dan isteri.. Panel menerangkan perbezaan diantara lelaki dan perempuan, perbezaan hormon, cara berfikir dan cara mendengar.. Panel juga berkongsi bagaimana lelaki dan perempuan boleh bersepakat dalam membina SOP untuk mengurangkan pergeseran dan menambahkan kasih sayang antara suami dan isteri.. Kejujuran dalam hubungan, raikan hari-hari penting secara berdua untuk terus kekalkan rasa berkasih sayang.. 

Pada Sha webinar ini memang menarik dan berinformasi.. Kadang-kadang kita terlupa untuk meraikan perbezaan dan cuba bertolak ansur dalam hubungan hingga mewujudkan pergaduhan yang tak perlu..

Antara perbezaan yang dikongsi oleh panel..

Keluarga pintu KEBERKATAN, kerjaya pintu REZEKI

Ingin tahu tips keseimbangan tanggungjawab / peranan di rumah dan di tempat kerja? Jom sertai kami pada ketetapan berikut :

Webinar Keluarga vs Kerjaya : Harmoni di Rumah, Produktif di Tempat Kerja.

Panel : Pak Utih
Tuan Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Anjuran bersama :
- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
- Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)
- Kelab Kebajikan Kakitangan PIS

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, August 1, 2023

Shopee | Check Hup: Kokoo Original & Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain kopi, jenama Chek Hup ini juga adminuman coklat yang datang dalam 2 rasa iaitu original dan hazelnut.. Jadinya kita beli dan cuba.. 

Check Hup: Kokoo 3in1 Chocolate Drink Original & Hazelnut (40g)

Check Hup: Kokoo Original - RM1.50
Pergh!! Pekat betul koko dia.. Memang best dan mengenyangkan.. Puas hatilah..

Check Hup: Kokoo Hazelnut - RM1.50
Pekat betul coklat dia.. Rasa kacang hazel tu adalah tapi tak terlalu ketara sangat.. Rasa coklat tu dah menguasai.. kikiki..

ebook | Abnormaliti oleh Profzoref

Assalamualaikum..
Hye semua..

9 cerita pendek dalam ini.. Seram + komedi.. Memang layan.. Cerita paling kelakar bertajuk Orang Minyak Sonsang dan Makhluk Jadian.. Memang mengekek Sha gelak.. Adoilah.. Okaylah layan sambil tunggu anak balik sekolah..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2023..

Published January 1, 2020 by Profzoref
Bacaan menggunakan aplikasi Google Play Books..

Shopee | Julie's Milk & Chocolate Flavoured Sticks

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli melalui Shopee.. Tak jumpa pula dekat pasaraya, yang ada stick keju tapi dalam pek besar.. Sha ingatkan biskutnya panjang-panjang, rupanya saiz comel je.. Memang senanglah nak makan.. Buat kudap-kudap dekat pejabat pun best ini.. Biskut yang rasa susu tu ada rasa masin berlemak, Sha suka yang susu ini.. Biskut coklat pula, rasa coklat biasa.. Memang layanlah kunyah dua biskut ini.. Harga pun murah je.. Berbaloi nak beli kalau beli makanan lain sama.. Kalau beli dia je, kurang berbaloi nak bayar postage.. kikiki..

Julie's Milk Flavoured Sticks (80g) - RM2
Julie's Chocolate Flavoured Sticks (80g) - RM2

Dapatlah sebalang comel bila campurkan dua-dua
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com