Thursday, March 7, 2024

Tong Garden NutriOne: Baked Cocktail Nuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Unsalted katanya.. Jadinya jomlah cuba.. Kekacang memang kegemaran Sha.. Warna hijau ini hanya ada Badam, Gajus, Macadamia dan Kacang tanah.. Walaupun kacangnya tak banyak pilihan namun tetap kesukaan Sha sebab tak bergaram dan dibakar.. Memang sedap dan menjadi snek sihat sekiranya tak nak makan berat.. Sha beli di Kedai Mesra Petronas, jadinya harga dia sedikit mahal.. 

Tong Garden NutriOne: Baked Cocktail Nuts (85g) - RM11.20

Persiapan Ramadan 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini awal sikit Sha beli kurma.. Tapi tetaplah tak berjaya beli kurma yang Sha selalu beli..Jadinya kita cubalah kurma yang lain.. Selalu Sha beli Safawi tapi tahun ini habis pula.. Makanya kita cubalah kurma yang lain.. Beli sikit-sikit.. Bila beli atas talian ini, harga lebih murah.. Tapi tak adalah murah melampau.. Bolehlah, yang ianya Sha malas nak cari dekat pasaraya.. Kadang tu tak kena dengan kehendak Sha.. Kedai atas talian ini memang jadi pilihan Sha untuk beli kurma sebab kurma dia kena dengan Sha.. Biasanya tak terlalu kering dan keras.. Sambil tu Sha beli juga buah Aprikot yang menjadi kesukaan Sha, badam dan chickpeas.. Badam tu, anak-anak Sha pun suka makan..

Mariami (500g), Medjool Jumbo (250g), Mabroom VIP (260g) dan Ajwa AA (250g).. 

Perbezaan saiz, warna setiap kurma.. Dari kiri Mariami, Medjool Jumbo, Mabroom VIP dan Ajwa AA..

Apricot (500g)

Badam (1kg) & Chickpeas (500g)
Walaupun dia tulis salty tapi badam tu tak adalah masin.. Adalah rasa garam tapi hujung-hujung je.. Paling penting rangup dan tak lemau.. Chickpeas tu pun rangup dan sedap dikunyah.. Pertama kali sebenarnya Sha beli.. Tak sangka sedap dan mengenyangkan.. Memang ohsemlah..

Kopiko: L. A. Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak beli kopi ini.. Sha dapat dalam buah tangan orang kahwin.. Kopi ini rendah asid katanya.. Ini formula yang yelah ditambah baik.. Macam yang tertulis pada peket tu.. Sedap kopi dia.. Tak kuat sangat dan tak manis.. Ngam-ngam je.. Lembut je rasa kopi dia..

Ada 4 peket dalam ini.. 4 X 21g..

Secawan kopi di pagi hari..

Wednesday, March 6, 2024

Korea | Killing Romance (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang kelakar.. Permulaan cerita je dan juga babak bila Yeorae dan Beomwoo cuba bunuh Jonathan.. Tapi keselurhan ceritanya menyampaikan mesej yang berat.. Hubungan suami isteri yang teruk dimana Jonathan mengongkong dan mendera Yeorae.. Beomwoo pula terpaksa berkerja keras untuk masuk ke Univeriti Seoul untuk memenuhi ekspetasi keluarga.. gila..

Sepatutnya kita melakukan apa yang kita suka dan yakin dengan diri sendiri..

Movie: Killing Romance
Also Known As: jukyeojunuen romaenseu, jugyeojuneun lomaenseu
Director: Lee Won Suk
Genres: Music, Thriller, Comedy, Romance
Country: South Korea
Release Date: Apr 14, 2023
Duration: 1 hr. 46 min.
'Killing Romance' tells the story of a retired actress who marries an island chaebol and meets a 3-time-test-taker who lives next door. It is a comic thriller musical film with a unique concept.

Yupi: Neonstix, Aquarium & SweetHeart

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rupanya banyak jenis gummy dari jenama Yupi ini.. Hari tu Sha singgah di kedai runcit mana entah, Sha jumpa 3 bentuk gummy yupi ini.. Comel-comel je bentuknya.. Ada gummy sour bentuk panjang-panjang, bentuk hidupan air dan juga bentuk hati.. Harga tak adalah mahal.. Okaylah untuk sekali makan.. Memang menarik..

Yupi: Neonstix (30g) - RM1.80
Yupi: Aquarium (30g) - RM1.80
Yupi: SweetHeart (11g) - RM1.00

Panjang-panjang tu ada rasa masam masam sikit.. Dua lagi tu rasa buah.. Cuma yang betuk hati tu tekstur dan rasa dia tak berapa best.. Sha suka gummy aquarium tu.. Menarik.. Cumanya gummy ini manis.. Jangan makan selalu ye.. Sha pin makan berkongsi dengan Amani dan Imani..

Wordless Wednesday 2024


Tuesday, March 5, 2024

Chupa Chups Sour Bites

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang terbaiklah.. Lama dah sebenarnya Sha cari Chupa Chups Bites ini.. Ingatkan masam sesangatlah.. kikiki.. Okaylah.. Ada rasa masam namun tak keterlaluan.. Saiz pun comel, senang nak makan..

Chupa Chups Sour Bites (80g) - RM5.90

Dapatlah sebekas comel..

US | Avatar: The Last Airbender (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun kartun dia Sha tak tengok sangat.. Sha suka je layan cerita macam ini.. Kikiki.. Lebih menarik sebab manusia sebenar.. 

Bila Aang mencari kembali avatar-avatar yang sebelum ini, semuanya suruh Aang bergerak secara sendiri.. Memang tugas seorang avatar tu adalah secara bersendirian supaya tak terluka.. Namun Katara dan Sokka tak pernah meninggalkan Aang sebaliknya kekal bersama membantu Aang dalam menempuh cabaran menjadi avatar.. Mereka menjadi penguat semangat buat Aang dan menjadikan Aang avatar yang hebat..

Zuko lah paling kesian.. Dipergunakan bapa sendiri demi kekuasaan dan juga menaikkan adik dia Azula.. Harapnya musim baru Zuko jadi sahabat Aang.. 

Avatar: The Last Airbender
2024 ‧ Action/Adventure/Comedy/Drama/Family/Fantasy/Mystery ‧ 1 season
A young boy known as the Avatar must master the four elemental powers to save a world at war and fight a ruthless enemy bent on stopping him.

Senarai Episod
1. "Aang"
2. "Warriors"
3. "Omashu"
4. "Into the Dark"
5"Spirited Away"
6. "Masks"
7. "The North"
8. "Legends"

Resensi Buku: Bicara Bersama Inche Lebah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sempat juga sertai secara GM.. Banyak ilmu yang menarik dikongsikan penulis.. Topiknya memang menyentuh mengenai buku bertajuk 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐊𝐚𝐮 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐰𝐚 𝐋𝐚𝐠𝐢.. Terima kasih Shikin Razali sebab berkongsi info.. Kalau tak memang tak berpeluang nak sertai..

Kek Tapak Kuda

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dengan kawan pejabat.. Bukanlah yang viral-viral tu.. Tak kuasa Sha nak beratur.. Kek ini bukan boleh makan sekaligus, manis okay.. Jadinya Sha makan selang selang.. Bersama secawan kopi atau teh kurang manis.. Mujurlah saiz dia kecil, jadinya tak ada simpan-simpan.. Buka je satu rasa, terus habis makan dengan anak dan encik suami..

Kek Tapak Kuda (Mix Flavour) - RM25

Comel je keknya.. Ada 5 rasa iaitu:-
Matcha Crunchy
Red Velvet Crunchy
Pandan Crunchy
Hazelnut Crunchy
Pistachio Cruncy

Matcha Crunchy - Adalah rasa matcha tu pada inti yang crunchy bahagian tengah tu.. Rasa matcha tu tak adalah kuat sangat.. Okay okay sahaja..

Red Velvet Crunchy - Rasa yang biasa sahaja.. Tak ada yang wow.. Macam makan kek dengan inti coklat..

Pandan Crunchy - Warna hijau kek tu memang cunlah.. Rasa pandan dia tak adalah kuat.. Biasa-biasa sahaja.. 

Hazelnut Crunchy - Pergh!! Mantap.. Rasa kacang hazel tu memang best..

Pistachio Crunchy - Ini memang yang paling best.. Puas hati.. Ngam betul dengan tekak..

Monday, March 4, 2024

Harvest Crisps Chickpea Chips: Sea Salt & Roast Chick'n

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dari rakan sekerja.. Dia jual 1 pek ini dengan harga yang berbaloi dibeli.. Tambahan pula makanan ini bebas gluten.. Memang sedaplah kunyah cumanya dia makanan sihatkan, akan adalah yang tak menggemarinya.. Rasa dia lebih plain berbanding makanan yang tak berapa nak sihat.. hahaha..

Harvest Crisps Chickpea Chips: Sea Salt (25g) - RM1.50
Harvest Crisps Chickpea Chips: Roast Chick'n (25g) - RM1.50

Isi dalam dia.. Sedap je.. Rangup lagi..

Raikan Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ulang tahunnya semalam namun berlaku sedikit kekangan, kita merancang namun perancangan Allah tetaplah yang terbaik.. Hari inilah baru diraikan.. Itupun hanya kami bertiga.. Encik suami kerja luar.. Jadilah.. Gegurl time.. kikiki.. Sha raikan dengan makan-makan sahaja.. Semalam Sha dah bagi Imani satu set buku kanak-kanak dan encik suami bagi dia bantal comel.. Ini antara moment yang tak akan berulang.. Anak-anak makin membesar, Sha makin menua.. Selagi ada kesempatan, kita hargailah apa yang ada.. Raikan dengan cara kita.. 

Kami..

Menu kami..

Sempatlah bawa dia shopping di ECO sebelum makan-makan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com