Monday, May 27, 2024

Ladang Lima Gluten Free Beet Noodle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli mi ini dari rakan sekerja.. Bebas gluten.. Sikit je mi dia lepas dimasak.. Tak sama macam mi segera yang biasa tu.. Rasa dia okaylah.. Cuma perencah dia tu agak pedas untuk Sha.. Sedap tapi pedas.. Untuk kurangkan pedas tu, Sha makan dengan kimchi.. kikiki.. Memang layanlah..

Ladang Lima Gluten Free Beet Noodle (76g) - RM6.50

Ada dua peket perencah..

Warna purple pucat mee dia.. Walaupun nampak sikit tapi kenyang tau..

Makan dengan kimchi barulah umph..

Rezeki Orang Bagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita 3 minggu lepas.. Jumpa gambar ini dalam galeri telefon, jadinya kita simpan sini.. Encik suami dapat sebenarnya coklat ini masa dia bertugas bawa orang ke KL.. Orang bagi, kita ambil.. Bertuah dekat isteri dan anak-anaklah.. kikiki.. Semua suka coklat memang kejap je licinnya.. Terima kasih orang baik..

Dark Chocolate (100g)

Tinggal ini je yang sempat nak diambil gambarnya.. kikiki..

ebook | Court, Marry, Kill J.T. Lawrence

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Curtis dan Monica.. Kisahnya pendek sahaja.. Awal cerita kita dihidangkan dengan keadaan di mana mayat yang tercampak ke laut dimakan haiwan laut.. Kemudian beralih ke babak perkenalan Monica dan Curtis.. Rupanya Curtis ini taklah baik mana.. Terlalu mengongkong dan suka memukul.. Tapi Monica dah terperangkap.. Siapa agaknya yang mati antara Monica dan Curtis ini.. Kenalah baca..

Sha baca dan selesai pada 25.05.2024..

Published August 17, 2018 by Fire Finch Press

Pokok Kunyit 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Pokok kunyit dah mula keluarkan daut setelah ditanamditanam semula.. Sha perasan petang semalam masa tengah angkat baju.. Alhamdulillah banyak anaknya.. Seronok betul rasanya bila tengok dah keluar pucuk-pucuk baru.. Semoga terus tumbuh dengan sihat dan berbakti pada yang memerlukan.. kikiki.. Cepat juga perkembangan pokok ini.. Awal April, ini penghujung Mei dah naik segini.. Syoklah juga tengok bila dah mula keluar pucuk macam ini.. Kawasan dia pun besar, harapnya membesar dengan jayanya.. 

Paling besar.. 

Ada dua yang comel dihujung batu..

Satu baru nak keluar dan satu lagi dah kembang..

Kesemuanya ada 5 anak baru.. Alhamdulillah..

Gardenia Puazz! Ban Ayam Lada Hitam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Korang dah cuba ban baru dari Gardenia ini? Pedas.. Kikiki.. Tapi masih okay dimakan buat yang suka rasa lada hitam dan pedas.. Sha okay je.. Cuma pedaslah kan.. Makan pula dengan kopi panas, pergh!! Mantap.. Roti dia best, padat..

Gardenia Puazz! Ban Ayam Lada Hitam (60g) - RM1.60

Inti dia, meriah..

Sunday, May 26, 2024

ebook | Bodyguard.com oleh Zint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sempoi kisahnya.. Tentang 4 orang sahabat yang berkerja sebagai pengawal peribadi.. Melalui beberapa perkara yang tak diduga menemukan mereka dengan cinta tapi tak bersatu kerana tiada lagi rasa ingin terikat.. Selain itu mereka juga belajar tentang diri mereka sendiri.. Memang sempoilah..

Sha baca dan selesai pada 24.05.2024..

Published May 1, 2005 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

US | Abigail (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seorang kanak-kanak bernama Abigail telah diculik.. Malang buat semua penculik bila mereka sebenarnya diperangkap dan Abigail bukanlah kanak-kanak perempuan yang biasa.. Ye.. Abigail tu sebenarnya vampire yang ingin membalas dendam dan mendapatkan perhatian ayahnya.. Semua yang menculik Abigail tu sebenarnya disuruh Abigail sebab dia nak bunuh diorang kecuali Joey.. Tapi tu lah.. Ada pula pengkhianatan dalaman.. Lepastu Joey tolong Abigail bunuh Frank.. Dalam banyak-banyak penjahat yang terperangkap, Joey saja yang dilepaskan..

Melampau betul babak-babak meletup mayatnya..

Abigail
2024 ‧ Horror/Thriller ‧ 1h 50m
A group of would-be criminals kidnaps the 12-year-old daughter of a powerful underworld figure. Holding her for ransom in an isolated mansion, their plan starts to unravel when they discover their young captive is actually a bloodthirsty vampire.

ebook | Hero oleh Zint

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah komik yang simple dari Zint.. Komik ini memfokuskan sepenuhnya tentang band punk underground.. Bagaimana mereka mempamerkan muzik mereka secara lantang walaupun tidak disukai.. Sehinggalah akhirnya mereka ditangkap dan persembahan jalanan mula diterima ramai.. Memang menarik.. Komiknya simple tapi punya mesej tersendiri..

Sha baca dan selesai pada 23.05.2024..

Published November 1, 2007 by Gala Unggul Resources Sdn Bhd

Saturday, May 25, 2024

US | Death Race 2 (2010)

Assalamualaikum..
Hye semua..

FIlem yang tak sesuai ditonton dengan kanak-kanak.. Jenuh cover mata walaupun dah dewasa.. kikiki.. Kisahnya Lucas ditangkap dan dipenjarakan.. Dalam masa yang sama ada yang menjadikan banduan sebagai hiburan dengan memaksa mereka berlawan smapai mati.. Tapi kemasukkan Lucas ke penjara menyebabkan perlawanan lain tercetus iaitu lumba kereta.. Memang yang aneh-aneh sahaja hiburan yang dicari.. Perlumbaan kalah mati.. Menang dibenarkan keluar.. Kalah mati gitu je..

Death Race 2
2010 ‧ Action/Sci-fi ‧ 1h 40m
Carl Lukas is serving his term at the Terminal Island prison for killing a cop. Soon, a producer approaches the prisoners to participate in his reality show where convicts race to the death.

ebook | Cinta K-Pop oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
hye semua..

Istimewanya kalau komik dengan satu penulis ini ialah tips yang dikongsikan.. Macam komik ini, Ben kongsikan 10 Tip Berkomik Untuk Bakat Baru iaitu kukuhkan asas, usah tergesa-gesa, cari hala tuju, keunikan tersendiri, konsisten, tambah ilmu, peka, jaga kesihatan dan 2 lagi adalah mengenai penerbit tak beri peluang serta pilihan terbitan sama ada terbit sendiri atau beri penerbit.. Selain itu penulis juga berkomgsi gambar mengenai ruang kerja beliau.. Buku ini ada 5 komik comel tentang cinta.. Memang bestlah baca..

Sha baca dan selesia pada 23.05.2024..

Published February 1, 2017 by Komik-M

Korea | Death's Game Part 2 (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masuk bahagian kedua barulah kita dapat tahu punca sebenar kejadian awal.. Cerita ini dia macam bergerak secara pusingan.. semua yang dilalui Yi Jae tu macam ada kaitan..

Masa awal permulaan cerita bahagian kedua ini memang seram betul sebab Yi Jae masuk dalam badan psikopat.. Bila psikopat bertemu psikopat, memang ngerilah nengoknya.. Perangkap yang dibuat oleh Yi Jae akhirnya memakan Tae Woo iaitu orang gila yang berada di awal cerita dan saling berkait dengan hampir semua manusia yang roh Yi Jae masuk sama ada secara langsung atau tak.. 2 episod akhir baru nampak Yi Jae berusaha hidup dengan baik sebab hayat yang lama dia dapat sebelum dia mati.. 

Drama: Death's Game Part 2
Also Known As: I Will Die Soon Part 2, I’ll Die Soon Part 2, Yi Jae, You’ll Die Soon Part 2, Ije God Jukseubnida Pateu 2
Screenwriter & Director: Ha Byung Hoon
Genres: Thriller, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Jan 5, 2024
Aired On: Friday
Original Network: TVING
Duration: 55 min.
After learning what Death meant when they said his death would become more painful, Choi Yi Jae becomes hellbent on revenge.

Friday, May 24, 2024

ebook | Kelab Da Vinci oleh Nazry Salam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nizam mempunyai trauma yang tersembunyi.. Berpindah ke sekolah baru Nizam menyertai kelab melukis.. Kelab yang hanya ada 6 ahli termasuk Nizam.. Nizam baru sahaja ingin membina semangat namun Pengetua memberikan arahan pembubaran kepada kelab mereka.. Nizam dan rakan-rakan yang lain berusaha memujuk pengetua.. Maka pengetua telah memberikan mereka 3 syarat iaitu mencari dana sebanyak RM1000, melantik guru penasihat dan mendapatkan 30 ahli berdaftar.. Semua ini mestilah dilakukan sebelum 1 Jun.. Berusahalah mereka bersama-sama tanpa putus asa.. Walaupun melalui pelbagai rintangan dan kejutan, akhirnya usaha mereka berjaya.. Maka wujudlah Kelab Da Vinci..

Sha baca dan selesai pada 22.05.2024..

Published June 24, 2011 by PTS One Sdn Bhd
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com