Tuesday, June 4, 2024

Variety Korea | Jinny's Kitchen: Team Building (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelakar betul tengok pasukan ini pergi kem bina semangat.. Adoilah.. Masing-masing nakal sangat.. Tu belum lagi tengok PD Na tertekan melihat perangai mereka berlima ini.. Syok juga sesekali layan rancangan variety macam ini.. Relaks rasanya.. Lagipun kejap saja.. Ada 2 episod..

TV Show: Jinny's Kitchen: Team Building
Also Known As: God of Communication Business Trip: Seo Jin’s Edition, God of Communication: Jinny's Kitchen, God of Business Trip Communication: Seo Jin’s Edition, Chuljang Sotongui Sin: Seo Jinine Pyeon
Director: Na Young Seok, Park Hyun Yong
Genres: Comedy
Country: South Korea
Episodes: 2
Aired: Oct 12, 2023 - Oct 19, 2023
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 9 min.
"You need communication between the boss and the staff."

Thanks to an anonymous report, the "god of communication", Na PD, is going on a business trip.

Jinny's Kitchen's first team-building retreat begins! The communication service that will go anywhere in the nation wherever communication is needed.

Monday, June 3, 2024

Julie's Le-Mond Chocolate Hazelnut Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba biskut ini.. Sedap sebab biskut dia ada rasa masin-masin sikit, lepas tu kat tengah ada sapuan coklat kacang hazel.. Memang ngamlah rasa dia.. Paling best sebab di paketkan secara berasingan dan comel-comel.. Senang nak bubuh dalam beg tangan.. Sekali ngap je, selesai dua keping.. kikiki.. Boleh jadikan sarapan cepat kalau tak sempat ataupun makanan ringan semasa membaca..

Julie's Le-Mond Chocolate Hazelnut Cream (288g) - RM8.53

16 bungkus yang comel

Dalam setiap pek ada 2 set biskut..

Comel je saiznya, krim coklat hazel tu pun penuh..

India | Rathnam (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Rathnam ini nama orang.. Permulaan cerita ini ada orang jumpa keratan badan manusia lepas tu tragedi pembunuhan dan rompakan kejam yang dilakukan 3 manusia.. Lepas tu beralih kepada babak Rathnam bunuh seorang perempuan tua masa dia budak.. Bila besar, tiba-tiba Rathnam ini selamatkan seorang perempuan muda dari dibunuh.. Bila tengok ini nampak macam saling tak berkaitkan.. Tunggu dan sabar.. Tengok sampai habis nanti korang akan jumpa kaitan antara cerita.. Memang bestlah cumanya ada babak ganas gila yang mungkin tak sesuai dengan korang.. Suka je Sha layan.. kikiki..

Rathnam
2024 ‧ Action ‧ 2h 36m
When a girl travels alone to Vellore for an interview, a group of hooligans tries to harm her; Rathnam saves her, but must continue to protect her.

Oatside: Original, Chocolate & Coffee

Assalamualaikum
Hye semua..

Beli sebab ada promosi harga lagipun dia guna susu oatkan.. Susu oat campur kopi, memang padu.. Tak manis tapi agak tajam rasa kopi ya.. Memang ngamlah dengan Sha.. Boleh beli lagi kalau promosi.. kikiki.. Coklat pun sedap.. Tak manis tapi mewah dengan rasa coklat.. Kenyang minum.. Suka Sha.. Original Oat pun sedap tau guys.. Rasa dia memang best.. Sha suka dan kalau ada promosi, bolehlah beli lagi.. kikiki..

Oatside: Original (200ml) - RM2.90
Oatside: Chocolate (200ml) - RM2.90
Oatside: Coffee (200ml) - RM3.90

Sunday, June 2, 2024

Jepun | Kingdom 3: Flame of Destiny (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ketiga ini kita akan ketahui kenapa Raja Eisei bersungguh nak satukan semua negeri.. 
Jeneral Ohki dilantik untuk menentang tentera Zhao setelah beliau bersetuju dengan perjuangan Raja Eisei.. Shin menjadi antara watak penting dalam peperangan dan perjuangan mereka ini.. Kyokai pun ada juga.. Memang masa ini nampaklah cara Ohki melaksanakan strategi dia dalam berperang.. Memang nampak macam tak ada apa-apa saja tapi dengan kata-kata semangat, Ohki berjaya memberikan arah tuju pada Shin dan 100 tentera dia.. Meeka digelar pasukan Hishin.. Menyerang umpama anak panah.. Gitu..

Macam tengok perlawanan bola sepak dan rugby pula masa Shin menyerang ini.. Kikiki..
Aduh!! Baru nak seronok dapat menang sekali ada pula serangan mengejut.. Lepas tu habis pula.. Kenalah tunggu sambungan dia.. Ish..

Movie: Kingdom 3: Flame of Destiny
Also Known As: Kingudamu 3: Unmei no Hono, Kingudamu 3: Unmei no Honou
Director: Sato Shinsuke
Screenwriter: Kuroiwa Tsutomu
Genres: Action, Historical, War
Country: Japan
Release Date: Jul 28, 2023
Duration: 2 hr. 9 min.
Set in China, during the Warring States Period. The powerful neighboring country of Zhao suddenly attacks Qin. Shin, who dreamed of becoming a great general, fights against Zhao.

~~ Adapted from the manga series "Kingdom" (キングダム) by Hara Yasuhisa (原泰久). ~~

Marigold Yogurt Low Fat: Peach & Mixed Fruits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yogurt ini Sha beli di kedai ECO.. Jadinya harga dia lebih murah berbanding beli di pasaraya.. Sha okay ju cuma versi yang ini agak tak kena untuk tekak Sha.. Tapi habislah makan.. kikiki..

Marigold Yogurt Low Fat: Peach
Marigold Yogurt Low Fat: Mixed Fruits

Peach ini ada ketulan buah tapi bentuk kiub.. Macam bukan buah pic sebenar pula.. kikiki..

Mixed fruits ini ada ketulan buah tapi tak sure buah apa.. Susah nak beza bila dah bercampur-campur tu..

Indonesia | Saranjana: Kota Ghaib (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ingatkan cerita tentang pengembaraan dan pencarian yang biasa-biasa.. Sekali tu dia.. Muncul pula pocong.. Mistik.. 20 minit terakhir barulah ada babak ala-ala sains fiksyen.. Seramlah masa dalam hutan tu tapi dah layan.. Teruskan jelah.. Itupun jenuh tutup mata.. hahaha.. Sabar jelah.. Sitha hilang dan dikatakan telah dibawa pergi ke Kota Saranjana.. Kawan-kawan dia dan pengurus mereka cuba mencari jalan untuk mendapatkan Sitha semula tapi bukanlah mudah.. Semuanya harus dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.. Halangan demi halangan sehinggalah akhirnya mereka berjaya, mujurlah Sitha mahu dibawa pulang.. Kalau tak, sia-sia saja berkorban..

Saranjana: Kota Ghaib
2023 ‧ Horror/Adventure/Sci-Fi ‧ 1h 38m
When Sitha, the lead singer of a famous band goes missing, the band goes on a search, finding out that Sitha is in Saranjana, a supernatural city, and to bring her back they must find a portal through an adventure of mystical events.

Saturday, June 1, 2024

Lactel Bliss Yogurt Drink: Mixed Barries

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau beli air dengan tawaran harga yang murah, pastikan tengok tarikh luput tau.. Sha dah selamat minum air ini baru nampak tarikh luputnya.. Kikiki.. Mujurlah bukan hari yang Sha minum.. Tapi memang dah dekatlah.. Jadinya silalah berhati-hati ya..

Air ini sedap sebab campuran buah beri memang kesukaan Sha.. Bagus minum air yogurt ini untuk pelawasan.. Versi air sedap, versi yang yogurt ini pun sedap juga..

Lactel Bliss Mixed Barries (200g) - RM3.60

Kreativiti Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini hasil kerja tangan Imani.. Memang nampaklah dia suka sangat dengan kerja-kerja seni dan kreatif.. Imani buatkan bunga ini untuk Sha.. Demi sebuah kenangan yang mahal, haruslah diabadikan dalam blog ini.. Manalah satu hari nanti ingin menatap kembali.. Adalah kenangannya disini.. Buat anakku Imani, semoga terus kreatif dan menghasilkan.. Jangan pernah berputus asa kerana kreativiti itu luas..


Jepun | Golden Kamuy (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Halah.. Selalu macam ini tau.. Filem tergantung.. Taklah tergantung sepenuhnya lebih pada permulaan cerita filem ini.. Nanti dia sambung dalam drama bersiri pula.. Awal-awal ini cerita pasal pertemuan antara Sugimoto yang dipanggil dewa kerana tak mati dengan Asirpa keturunan Ainu.. Pemilik asal emas yang diorang nak cari ini.. Dihujung cerita mereka ditemani Shiraishi, seorang banduan yang digelar raja larikan diri.. Memang unik betul mamat ini.. kikiki..

Filem ini walaupun ganas dengan aksi gore tapi sesekali terselit babak kelakar.. Memang menariklah..

Movie: Golden Kamuy
Also Known As: Golden Kamui
Screenwriter: Kuroiwa Tsutomu
Director: Kubo Shigeaki
Genres: Action, Adventure, Historical, Comedy
Country: Japan
Release Date: Jan 19, 2024
Duration: 2 hr. 7 min.
In the early twentieth century, Russo-Japanese War veteran Saichi “Immortal” Sugimoto scratches out a meager existence during the postwar gold rush in the wilderness of Hokkaido. When he stumbles across a map to a fortune in hidden Ainu gold, he sets off on a treacherous quest to find it. But Sugimoto is not the only interested party, and everyone who knows about the gold will kill to possess it! Faced with the harsh conditions of the northern wilderness, ruthless criminals and rogue Japanese soldiers, Sugimoto will need all his skills and luck—and the help of an Ainu girl named Asirpa—to survive.

~~ Adapted from the manga "Golden Kamuy" by Noda Satoru. ~~

Galau di Hati

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini sekadar luahan.. Luahan hati yang tengah berserabut.. Ya.. Hidup ini tak mudah.. Memang tak akan pernah mudah.. Ujian demi ujian untuk kita hambaNya sebelum diberikan kemanisan diakhirat kelak.. Adakala diri rasa kuat, adakalanya rasa macam nak tersungkur dan terus rebah.. Tak nak bangun dah.. Sha selalu berkonflik dengan diri sendiri.. Sha tahu je apa yang berlaku itu adalah kenyataan yang perlu Sha hadapi malah Sha terima je.. Tapi sebahagian dari diri rasa macam nak putus asa, nak menyendiri menangisi segala-galanya.. Pedih dan terluka.. Akhir-akhir tetaplah diri yang salah dan terus terluka..

Susah juga nak berdamai dengan takdir walaupun kenyataannya Sha faham je yang itulah takdirnya.. Tak tahulah sampai bila nak berperang dengan diri sendiri.. Kadang-kadang okay je, kadang-kadang rasa nak mengalah tapi sebahagiannya macam nak terus berjuang.. Konflik sungguhlah.. 

Lega bila dapat meluah.. InsyaAllah.. Sha okay je.. Sorry tau kena baca luahan Sha yang pelik-pelik ini.. 

Miaow Miaow Choco Buddy's Mini Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau sebelum ini Sha kongsikan mengenai Miaow Miaow Choco Buddy's Mini Double Choc, kali ini Sha kongsi yang original pula.. Kalau yang original ini rasa coklat dia tak sepekat coklat berganda tapi masih sedap dan ngam.. Kalau cicah susu sedap tau.. Sekali makan je dah habis sebab dia dalam pek individu.. Memang sekejap jelah habisnya.. Sha beli dekat kedai ECO..

Miaow Miaow Choco Buddy's Mini Original (88g) - RM2.40

Ada 4 pek comel dalam satu pek besar tu..

6 keping comel setiap pek
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com