Friday, September 27, 2024

India | Rorschach (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Psiko betul filemnya.. Luke mengatakan isterinya hilang selepas berlaku kemalangan pada mereka.. Jenuhlah polis dan orang kampung mencari isteri beliau namun akhirnya semua mengalah sebab tak jumpa-jumpa.. Luke tetap mencari dan terus mencari sampailah Balan menawarkan rumah separuh siap yang dibuat anaknya kepada Luke.. Luke beli dan tinggal di rumah tersebut.. Kejadian demi kejadian mengiringi naratif tentang apa sebenarnya berlaku.. Sedikit demi sedikit kita didedahkan dengan motif sebenar Luke.. Betapa jiwanya yang tak menerima kematian cuba membalas dendam namun yang dikejar rupanya sudah tiada.. Namun itu tetap tidak menghapuskan dendam.. sebaliknya menyebabkan perlakuan yang lain.. Memang psiko okay.. 

Rorschach
2022 ‧ Action/Thriller/Mystery ‧ 2h 30m
When Luke Antony's wife goes missing, he sets off to search for her and stumbles into the Balan family. However, terrorising events start occurring as Luke grows closer to the clan.

Thursday, September 26, 2024

ebook | Happy Birthday, Herbie Hippo! by Mallika Vasugi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. comel sangat kawan-kawan Herbie ini.. Berusaha nak meraikan harijadi dengan memasak kek.. Tapi tu lah.. Mereka masak menggunakan bahan-bahan yang tak sepatutnya seperti garam, keju, susu dan tomato.. kikiki.. Apalah agaknya rasa kek tersebut ya.. Buku yang sesuai dibaca semua peringkat umur.. Kalau kanak-kanak baca pun bagus sebab buku ini bergambar, berwarna dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.. Comel ja..

Sha baca dan selesai pada 26.09.2024

Published April 8, 2012 by Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

US | The Mentalist (TV Series 2008–2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini Sha tonton masa remaja dulu.. Rancangan yang menarik sebab Sha suka tengok karekter Patrick Jane yang sinis dalam membantu CBI menyelesaikan kes mereka.. Musim 1ini menyaksikan Patrick Jane berkerjasama dengan CBI bagi mencari Red John, pembunuh yang membunuh isteri dan anaknya.. Selain itu Jane juga membantu menyelesaikan kes yang berlaku.. Jane ini suka ikut kepala dia namun semuanya sukses dengan masalah dan ejen Lisbon yang kena cover dia.. Memang syoklah tengok..

Musim 1 ini ada 23 episod dan baru saja habis disiarkan di TV2 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad..

The Mentalist
2008 ‧ Crime/Drama/Mystery/Thriller/Police procedural ‧  Seasons 1
Using his heightened observational skills and impeccable knowledge of the human psyche, a consultant helps solve several criminal cases in search of his family's killer.

ebook | Penat: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa oleh Alizi Alias

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini merupakan bacaan yang sangat baik bagi mereka yang memerlukan rehat untuk sementara bagi menyegarkan minda dan fizikal yang kepenatan.. Buku ini mampu memberikan emosi yang lebih baik selepas anda membacanya.. Perasaan penat itu adalah lumrah kehidupan, semua orang akan merasainya bila sampai satu tahap atau ketika.. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan berhenti seketika, tenangkan diri serta berehat.. Kemudian bangkit dan teruskan semula perjalanan apabila kita telah kembali bersedia.. Jangan pernah berhenti hanya kerana kita penat.. Berehatlah dengan buku ini dan kemudian teruskan langkah kembali..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2024..

Published October 1, 2022 by IMAN Publication

Wednesday, September 25, 2024

US | Trap (2024)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini tentang usaha seorang psikopat melarikan diri dari perangkap yang disediakan polis.. Psikopat ini bawa anak dia ke konsert tanpa mengetahui yang konsert itu merupakan perangkap untuk menangkap dia.. Bila masuk ke ruang konsert psikopat tu peliklah tengok banyak gila polis dan askar.. Bila dapat tahu yang konsert tu perangkap, psikopat tu cuba cari jalan untuk melepaskan diri.. Psikopat tu berjaya lepaskan diri namun dia akhirnya tertangkap juga bila isteri dia berjaya beri dia makan dadah yang menyebabkan dia berkhayal.. Cuma tu lah, hujung-hujung macam berjaya lagi je lari.. Adoilah..

Trap
2024 ‧ /Psychological Thriller/Serial KillerCrime/Horror/Mystery/Thriller ‧ 1h 45m
A man and his teenage daughter realize they're at the center of a dark and sinister event while watching a concert.

ebook | Rebut Hati Encik Duda oleh Ezdiani A. Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya santai sahaja.. Kisah Humaira yang putus tunang bila tunangnya buat hal.. Tak adalah dia menangis ke apa, lebih pada marah sebab dikhianati.. Tengah melepas perasaan di laut, dirinya ditegur seorang anak kecil yang memanggilnya umi.. Sudahnya Humaira tersuka dekat Ziyad bapa budak kecil tu.. Jenuh jugalah nak memikat Ziyad yang baru kematian isteri.. Kalau dah jodoh, memang tak ke manalah kan.. Konflik dalam hidup Humaira ini lebih pada bekas tunang dia yang masih menganggu.. Okaylah buku ini.. Kelakar dan santai..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2024..

Published January 1, 2016 by Fajar Pakeer

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, September 24, 2024

India | Christopher (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki yang sangat membela wanita.. Lelaki bernama Christopher ini berkerja sebagai polis.. Beliau selalu melakukan ecounter untuk pesalah yang beliau rasakan perlu untuk dibunuh tanpa perlu melalui perbicaraan.. Namun Christopher akhirnya diberikan cuti bila terlalu ramai aktivis yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau.. Satu pasukan ditubuhkan untuk melakukan siasatan terhadap Christopher.. Pada masa yang sama anak angkat beliau dirogol dan dibunuh.. Penyiasatan Christopher berjaya menemukan beliau dengan penjenayahnya.. Nampak macam kalah tapi sebenarnya memasang perangkap untuk memastikan dalang sebenarnya terhukum..

Christopher
2023 ‧ Action/Thriller ‧ 2h 30m
Christopher Antony is an IPS officer who carries out justice when the system fails to. Later, when he kills a group of criminals, ACP Sulekha sets off to stop him.

ebook | Takdir Yang Kupilih oleh Ameera Ameer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Farha setelah bercerai dengan Raof.. Membina semula kehidupan selepas kembali ke Malaysia.. Walaupun awalnya takut untuk memulakan semula hubungan namun mula yakin dengan tindakan dan usaha Zahrain.. Saat hati mula berbunga, Raof cuba mengganggu namun pendirian Farha tetap pada Zahrain.. Akhirnya bahagia yang dicari menjadi milik Farha..

Sha baca dan seleaai pada 22.09.2024..

Published March 1, 2023 by AA Idea Publication

India | Sinam (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahahaha.. Sabar je lah tengok filem ini dengan sarikata kelakar.. Adoilah.. Inilah sebabnya syok menonton filem India.. Sarikata tu main peranan tau.. Hahaha.. YTJT.. kikiki..

Kisahnya tentang seorang anggota polis yang jujur.. Namun dia teruji bila isterinya ditemui mati bersama seorang lelaki.. Laporan bedah siasat mengatakan isteri Pari dirogol dengan teruk.. Awal tu penyiasatan nampak macam tak jumpa jalan tapi bila fikiran Pari mula tenang, satu persatu petunjuk mula di jejak.. Penjenayah dia memang gila, langsung tak ada belas kasihan.. 

Sinam
2022 ‧ Action/Crime/Drama/Thriller ‧ 1h 52m
A police sub-inspector investigates the sudden disappearance of his beloved wife. When he finds out what happened to her, he sets out to exact revenge against the culprit.

Monday, September 23, 2024

Komik | Siri Putera 36: Pemuja Keindahan [Landskap Semula Jadi] oleh Kaoru, Candy Factory

Assalamualaikum..
Hye semua..

Putera Dhaluu dari Maldives kembali ke akedemi dan mengajak putera-putera yang lain membina taman tema yang menampilkan keajaiban dunia.. Namun begitu tanpa mereka sedari, Putera Dhaluu yelah melakukan sesuatu yang tidak dijangka.. Namun semua putera berada dalam keadaan baik..

Komik kali ini memaparkan info tentang 7 keajaiban semula jadi, lokasi ekstrem dunia dan Taman Negara Malaysia.. Taman Negara Malaysia merangkumi 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.. Hutan hujan dalam Taman Negara berusia sekitar 130 juta tahun dan merupakan salah satu hutan hujan yang tertua di dunia..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2024..

Published April 1, 2022 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Jepun | Acma:Game (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa cerita ini sebenarnya.. Kisah kunci yang dimiliki syaitan.. Kalau manusia dapat 99 batang kunci ini, manusia boleh jadi paling berkuasa.. Teruasa telah diberikan kunci oleh ayah dia, namun kerana sikap ingin tahu Teruasa mencari tahu pasal kunyi syaitan ini, bapa dia terbunuh dan harta milik keluarga dia dirampas.. Demi menyelamatkan Teruasa, kawan bapa dia hantar dia ke India.. Teruasa membesar dalam keadaan payah dan terus mencari maklumat mengenai kunci syaitan.. Hinggalah berlaku kematian dan mereka yang mati menyebut perkataan syaitan.. Rupanya mereka yang mati pernah memiliki kunci syaitan dan berlawan dalam permainan Acma.. Yang menang akan memiliki apa sahaja yang dimiliki oleh yang kalah termasuk kunci syaitan.. Teruasa dengan dibantu Yuki, Ai dan Senya telah bergabung untuk mengumpulkan kunci syaitan dan menentang pembunuh ayah dia..

Malangnya bila sampai episod 8, bapa Teruasa rupanya tak mati lagi dan menjadi Guide, pemilik kunci yang paling banyak dan berkuasa..

Drama: Acma:Game
Also Known As: Acma Game, Akuma Gemu
Director: Toya Sato, Kariyama Shunsuke
Screenwriter: Izumi Yoshihiro, Taniguchi Junichiro
Genres: Action, Mystery, Drama, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Apr 7, 2024 - Jun 9, 2024
Aired On: Sunday
Original Network: NTV
Duration: 55 min.
Oda Teruasa, a gifted high school senior who is the heir of Japan's wealthy trading company Oda Group, lost everything 13 years ago when his father was murdered by a mysterious organization. The culprit was, in fact, after a weathered key which was in Seiji's possession.

Whoever acquires this key will allegedly see their fortune rise with the number of keys they collect, and with 99 keys, one can gain control over everything in this world. Entrusted with this key by his father just before the fatal incident, Teruasa managed to escape overseas, and since then, he has traveled the world, accumulating knowledge and experiences.

Returning to Japan after 13 years to avenge his father, Teruasa finds himself entangled in the "Akuma Game", a life-threatening battle of wits against rivals aiming for the demonic key.

~~ Adapted from the manga series "Acma:Game" (アクマゲーム) written by Mebu (メーブ) and illustrated by Megumi Koji (恵広史). ~~

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com