Thursday, September 25, 2025

CP New Orleans Chicken Steak Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara berger dari Thailand yang pertama kali Sha cuba ialah berger ini.. Sha makan tanpa sos dan rasanya sedap.. Tak pedas walaupun dah ada sos.. Kepingan ayamnya adalah ayam gril jadinya lembut jelah.. Cumanya Sha makan dah sejuk sebab bawa ke pejabat.. Jadinya roti dia agak liat sikit.. kikiki.. Kalau terus makan, roti dia lembut ja.. Harganya pula Sha tak pasti tapi murah sikitlah dari beli dekat 7E Malaysia..

CP New Orleans Chicken Steak Burger (121g)

ebook | Aku Dengar Kat Dapur Ada... oleh Frog

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini memang lain macam seramnya.. Bayangkan tempat yang kita selalu lepak buat kopi, masak mi segera, atau curi-curi makan pada waktu tengah malam, tiba-tiba jadi lokasi misteri dan menakutkan.. Setiap cerita berjaya bawa suasana meremang, macam ada mata lain yang memerhati dari sudut gelap dapur.. Gaya penulisan penulis yang santai, tapi cukup terperinci sampai buat kita rasa seolah-olah bunyi sudu jatuh atau bunyi peti ais terbuka sendiri tu bukan lagi satu perkara yang biasa.. Buku ini sesuai untuk pembaca yang sukakan perasaan ‘seram dekat rumah’.. Bila habis baca, pasti akan berfikir-fikir kalau nak ke dapur sorang-sorang pada waktu malam..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2025..

Published November 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Wednesday, September 24, 2025

Munchy's Lexus: Pek Keceriaan Edisi Terhad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pek besar dan pelbagai ini, lain tempat lain harganya tau.. Ini Sha beli dekat pasaraya TF Value Mart.. Kalau dekat 99 Speedmart, murah lagi.. huhuhu.. Memang rezekilahkan.. Kena pandai survey dan cari.. Mana yang lebih berbaloi dibeli.. Isi dalam ini ada 5 jenis biskut dari rangkaian Lexus.. Memang kesukaan anak-anak Sha..

Munchy's Lexus: Pek Keceriaan Edisi Terhad (418g) - RM9.99

Munchy's Lexus: Vanilla Cream (4pcs)
Munchy's Lexus: Chocolate Cream (3pcs)
Munchy's Lexus: Peanut Butter (1pcs)
Munchy's Lexus: Chocolate Coated Biscuits (3pcs)
Munchy's Lexus Cookies: Dark Choc (2pcs)
1 Fotokad BT21

ebook | Aku Dengar Kat Bilik Tidur Ada... oleh Leoz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bukan sekadar buku yang menghimpunkan cerita seram.. Ia membawa kita masuk ke ruang paling peribadi iaitu bilik tidur, tempat yang kita rasa paling selamat dan selesa tapi dalam buku ini ia bertukar jadi lokasi yang paling menakutkan.. Setiap kisah disusun dengan gaya yang mudah dibaca, tetapi cukup untuk membuat jantung kita berdegup dengan laju dan bulu roma meremang.. Penulis sangat pandai bermain dengan bayangan, bunyi, dan suasana gelap yang membuatkan kita sebagai pembaca tertanya-tanya, adakah semua cerita ini hanyalah khayalan penulis atau memang ada sesuatu yang bersembunyi di sebalik pintu bilik itu? Jika anda sukakan kisah seram yang dekat dengan kehidupan seharian, buku ini pasti meninggalkan kesan sampai ke waktu tidur malam.. Cubalah.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2025..

Published September 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Nestle: KitKat Chocolate Drink & Milo Intense Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat 2 sachet minuman dari Nestle iaitu KitKat dan Milo.. Rasanya ini minuman baru dari Nestle.. Promosi memperkenalkan lah kot.. Rasa air coklat yang berbeza dari biasa.. Lama dah dapat, baru perasan tak publish entry ini.. huhuhu..

Nestle KitKat Chocolate Drink (33g)
Nestle Milo Intense Dark Chocolate (33g)

Rasa coklat kitkat tapi dalam bentuk minuman.. Sedap diminum panas-panas.. Kalau sejuk kena tambah ais baru sedap.. 

Rasa milo yang digabung dengan coklat gelap.. Memang padulah jadinya.. Paling syok bila tak ada rasa manis.. Memang sepenuhnya rasa coklat, sesuai diminum semasa dalam keadaan sejuk seperti di pejabat..

Tuesday, September 23, 2025

Toblerone Dark

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat hitam dengan madu dan nougat badam di dalamnya.. Memang sedaplah kunyah sebab tak manis lepas tu ada rasa ketulan kecil yang kenyal-kenyal.. Memang layanlah, tau-tau ja dah habis sebungkus.. kikiki.. Selalu makan yang kuning tu ja, bila dah cuba yang coklat gelap ini Sha lagi suka yang ini.. Coklat gelap ini lebih mewah rasa coklatnya dan tak manis..

Toblerone Dark (100g) - RM8

Keratan rentas coklat..

ebook | Aku Dengar Kat Tepi Jalan Ada... oleh Kron, Dragon Teo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menghimpunkan kisah-kisah pelik, misteri dan urban legend tempatan yang mungkin kita pernah dengar sepintas lalu.. Penulis berjaya menulis cerita dengan gaya santai tetapi penuh rasa ingin tahu, membuatkan kita sebagai pembaca tertanya-tanya, betulkah semua cerita ini sekadar mitos, atau sebenarnya ada kebenaran yang terselit di sebalik setiap cerita jalanan itu? Sebuah bacaan ringan yang seronok dibaca untuk mengisi masa lapang sambil membiarkan minda kita hanyut dengan teka-teki kehidupan seharian..

Sha baca dan selesai pada 23.09.2025..

Published January 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Monday, September 22, 2025

Cloudiz Mini Biscuits filled with Cocoa Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengancam ya biskutnya.. kikiki.. Paling syok bila tengok gambar kartun spongebob pada kotak tu.. kikiki.. Biskut comel dengan inti krim coklat.. Tak manis tu yang paling best.. Krim coklat tu sedang elok ja di bahagian dalam.. Tu belum lagi corak menarik pada permukaan biskut.. Ada muka senyum, muka pakai kaca mata dan love.. Owh ya, biskut ini ada orang beri sebenarnya jadi tak pastilah dimana ada jual..

Cloudiz Mini Biscuits filled with Cocoa Cream (30g)

Ini pek comel dalam kotak bersama gambar Patrick..

Lupa pula nak terbalikkan biskut tu.. kikiki..

EzyGo Fish and Double Cheese Burger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula tu Sha ingatkan burger ayam, bila baca balik bungkusan baru perasan burger ikan rupamya.. Tapi sedaplah sebab dah ada sos dan juga keju.. Sha makan sikit, selebihmya Amani yang makan.. Amani tambah sos cili nak bagi rasa pedas-pedas sikit.. Sha makan awal tu memang tak tambah sos, pun dah sedap.. Panaskan dalam microwave lebih kurang 1 minit 30 saat, lepas tu terus makan.. Mudah dan cepat..

EzyGo Fish and Double Cheese Burger (108g)

Penang White Coffee: 3in1 White Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Padu betul rasa kopi ini.. Sha bancuh dalam cawan besar untuk kurangkan rasa manis tapi rasa kopi dia tetap ngam.. Memang berbaloilah kalau nak beli paket besar.. Ngam betul minum panas-panas tapikan kalau bancuh sejuk pun sedap ini sebab kopinya padu.. Ini antara kopi yang Sha beli dalam entry sebelum ini..

Penang White Coffee: 3in1 White Coffee (40g) - RM2.59

Sunday, September 21, 2025

Kelas Tambahan Tahun 6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 13 - 21 September 2025 (16/09/2025 - Cuti), setiap pagi Sha akan hantar Imani ke sekolah agama untuk kelas tambahan.. Kelas tambahan ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan PSRA yang dijangka akan dilaksanakan pada hujung bulan September.. Okaylah pada Sha sebab usaha dari ustaz dan ustazah haruslah dihargai dengan menghadirkan diri.. Sha memang sedaya upaya usaha hantar juga Imani ke sekolah agama walaupun Rabu tu, Sha dah mula kerja dan encik suami berada di luar kawasan.. Sha tak naklah hampakan usaha ustaz dan ustazah yang mengorbankan waktu cuti mereka untuk anak-anak ini.. Cuma pada hari Jumaat (19.09.2025) ja Imani tak perlu ke sekolah, sebaliknya kelas tambahan diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet.. Sepanjang kelas tambahan tu semalam dan hari ini ja encik suami yang uruskan.. Imani minta ayahnya hantar guna motor..

Semoga segala usaha dan tenaga yang dicurahkan ustaz dan ustazah mendapat balasan ganjaran yang baik dari Allah.. Aamiin..

Ini Sha beli masa hari ketiga dia semangat ke kelas tambahan sebagai hadiah.. Sukalah dia..

Wall's Sweet Heart

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariklah rasa dia.. Sha suka rasa aiskrim strawberi di bahagian dalam.. Cukup rasa masam dan manisnya.. Coklat yang salut bahagian luar pula nipis ja, tak adalah tebal mana dan rapuh.. Memang makan habis coklat baru makan aiskrim strawberi tu.. Gandingan yang menarik.. Paling comel dah tentulah bentuk dia tu.. 

Wall's Sweet Heart 50g) - RM2.90

Comelkan bentuk hati/love..

Bahagian dalamnya warna merah jambu melambangkan rasa strawberi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com