Friday, March 23, 2018

Mister Potato Crisp : Spicy Prawn Flavour (Limited Edition)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Kawan pejabat belanja.. Katanya masa Chinese New Year hari tu perasa ini keluar.. Ini kira stok yang masih tinggallah.. Kata staf 99Speedmart tu, habis je stok ini memang tak ada dah jual.. 

Pada Sha perasa Udang Pedas ini sedap.. Siapa yang suka udang macam Sha memamng akan suka punyalah.. Cuma sedikit masin.. So tak bolehlah nak makan banyak.. Karang naik pula kandungan garam dalam badan.. Kikiki.. Packaging dia pun cun.. Pink uollss..
 

Thursday, March 22, 2018

Benci Ke Sayang? oleh Nurina Feeza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mengenai Erena Amani yang berperangai kebudak-budakkan, manja dipaksa berkahwin dengan Doktor Qasyiful Hakim yang serius memanjang.. Kahwin paksa yang memang mengundang protes dari Erena tapi tidak Dr. Qasy.. Sepanjang tempo pertunangan mereka, bermacam cara yang dilakukan oleh Erena untuk memutuskan pertunangan.. Tapi tak berjaya.. Saat cinta mula berputik datang pula pengacau mengganggu.. Berjayakah hubungan mereka?? Kenalah baca..

Novel ini okay.. cuma ada satu watak tu macam tergantung.. Tak payah ada pun okay sebenarnya..

Sha baca pada 19.03.2018 dan selesai pada 20.03.2018..
(ebook - PNM e-Reader)

Kad Dari Amani

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ambil Amani dari rumah pengasuh, dia bagi kad ini dekat Sha.. Kenangan dari Amani.. Bila tanya kad ini untuk apa, Jawab amani "saja nak bagi Mak.." Terharu mak dapat kad..
 
 

 

Wednesday, March 21, 2018

Korean Variety | Youn's Kitchen 2 (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan dari Korea ini memang menarik.. Yang Sha tengok ini season 2, diorang buka restoran dekat Garachico, Spain.. Season 1 dekat Indonesia.. Memang menariklah.. sebab tukang masak expert dia Yoon Yeo Jung, dibantu 3 pekerja.. Lee Seo Jin memang dah memasak dari rancangan Three Meals A Day lagi.. Cuma dalam Youn's Kitchen ini dia lebih pada pelayan.. Dengan senyuman manis dia tu memang boleh tarik ramai pelangganlah.. Dari hidangan biasa, kepada hidangan set.. Dari walk in customer kepada yang tempah secara berkumpulan.. Memang seronok tengok.. Boleh tengok online di SINI..Rancangan ini masih ongoing tau.. Sekarang ini baru episod 9.. Kalau tak salah Sha episod last dia episod 11.. So ada 3 episod lagi.. Kalau nak tengok yang musim 1 boleh klik SINI.. Tapi yang musim 1 ini hanya dua episod sahaja ada subtitle.. Yang lain raw.. Huhuhu.. Musim 1 ada 9 episod je..


Youn's Kitchen S2 | 2018 | KShow | Variety Show |

Kaella Beloved Fellas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Segmen ohsem ini..

http://thekaellaaaa.blogspot.my/2018/03/segmen-kaella-beloved-fellas-by-kaella.html
Tamat pada 31.03.2018

Amani dan Peperiksaan Percubaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, peperiksaan percubaan untuk sekolah Agama dah pun selesai sebelum cuti sekolah bermula.. Markah ujian ada sedikit penurunan.. Tapi masih di tahap yang okay.. Lepas cuti sekolah nanti, Amani akan balik pukul 6 untuk hari Isnin, Selasa dan Khamis.. Sebab anak pengasuh transit yang sekolah sekali dengan Amani akan ada kelas tambahan untuk UPKK, jadinya Sha minta ustazah ajarkan Amani mengaji.. Ini kelas tambahan jadi bayaran tambahan untuk ustazah terpulang pada kita.. Seikhlas hati, jadi kenalah bayar ikut sewajarnya..

Peperiksaan sekolah pagi akan bermula lepas cuti.. Bila disuruh membaca, Amani sibuk menonton kartun.. Jadinya ikutlah Amani.. Mak okay je.. kikiki.. Tapi adalah juga suruh dia buat latihan, sebab ada buku latihan yang dibeli masa cuti sekolah tak habis buat lagikan.. Sekurang-kurangnya dia mengulangkaji dengan latihan..

Cloud Reader untuk PNM e-Reader

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nak baca guna komputer pun boleh tau.. Mudah sahaja.. Cuma pergi ke website https://pnm.elib.com.my/index.php/home dan terus scroll ke bahagian bawah, sampai anda jumpa Download Desktop App..

http://pnm.elib.com.my/reader/

http://pnm.elib.com.my/reader/
 Bolehlah sign in ke akaun anda..

Lepas sign in, cloud reader akan paparkan library anda..
Bolehlah klik pada buku yang nak dibaca..
Arahkan cursor ke buku nanti akan keluar perkataan read, klik dan boleh mula membaca..

Paparannya seperti dalam gambar ini.. klik je anak panah di tepi untuk ke muka surat seterusnya..

Tuesday, March 20, 2018

Tebus Voucher Zalora

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga tebus voucher Zalora.. Lama sebenarnya dok fikir nak beli apa.. Sudahnya Sha beli casual Kurta (jenama Aqeela).. Tak payah bayar apa-apa.. Sha beli pada 14.03.2018 dan baju sampai pada 15.03.2018.. Okaylah pada Sha.. Cepat wei dia proses.. Tapi maaflah tak boleh nak pakai lagi.. Saiz baju dah okay.. Malangnya tangan tu terlebih panjang.. Cam nak kena adjust sikit.. Kain best.. Warna pun lawa.. Nanti dah okay dan dah pakai, Sha tempek gambar OOTD di sini ye..

Dalam gambar..

Kenangan Bercuti

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah hari keempat cuti sekolah berlalu.. Kalau tahun lepas kami ke Terengganu, tahun ini tak ke mana pun.. Huhuhu.. Budget tak mengizinkan.. Sedih la juga tapi tak apa.. Mana tahu hujung tahun nanti ada rezeki nak jalan-jalan kan.. Korang ke mana cuti sekolah ini?


Drama Korea | A Korean Odyssey / Hwayugi (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini memang menarik.. Berbeza dengan versi dari China..

Sha suka watak-watak utama dalam cerita ini terutama sekali Son Oh-gong, Woo Ma-Wang dan Jin Seon-mi.. Tiga watak yang memainkan peranan besar dalam perjalanan cerita ini.. Hubungan benci, sayang antara mereka bertiga ini kadang-kadang membuatkan Sha ketawa dan juga sedih.. Dari awal cerita lagi mereka bertiga ini sudah saling terikat.. 

Cerita ini memang roller coaster betul.. Huru hara emosi sha bila menonton drama ini.. Kejap geram.. Kejap kesian.. Kejap rasa cam nak marah.. Penjahat pun tak macam penjahat.. Huhuhu.. Memang seronoklah menonton versi Korea ini.. Lari dari versi cina.. Kaitan antara watak.. Perjalanan cerita dari mula munculnya zombie/Bu Ja sampailah kepada pengorbanan watak Jin Seon-mi demi menyelamatkan dunia dari kehadiran bencana.. Sokongan Son Oh-gong dan juga Woo Ma-wang sangat membantu.. Perjalanan cinta Ma-wang juga berjaya diselesaikan dan sebenarnya anak dia ada je dekat dengan dia.. Kalau siapa yang menonton pasti perasan.. Sesekali bila roh jahat muncul agak menyeramkan tapi memang seimbanglah.. Ada seram, thrill, suka, sedih dan juga kelakar.. Watak Ma-wang dan Oh-gong yang saling mengenakan dan saling menjaga memang sweet habis.. kikiki..

Penamat dia agak menyedihkan.. Huhuhu.. Sha macam nak dia sambung lagi.. Tapi cam okay je tergantung.. Hai.. Entahlah.. kikiki..


A KOREAN ODYSSEY @ HWAYUGI | 23 December 2017 | 20 episodes | Horror, Comedy, Romance, Fantasy
Sinopsis: A self-serving mythical creature's bid for invincibility backfires when he finds himself at the mercy of a woman who can see otherworldly spirits. Son Oh Gong and King Woo Ma are in conflict with each other and they look for a true light in a dark world where evils exist everywhere. ~~ Adapted from the classic Chinese novel “Journey to the West,” but reinterprets the story into the present day and hasa romantic-fantasy twist.

Monday, March 19, 2018

Sabun Champaca

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mula pakai pada 02.11.2017.. Sha sukalah sebab sabun ini memang berjaya membersihkan kotoran serta meninggalkan bau wangi pada baju.. Tahi lalat dekat telekung pun boleh bersih cuma tengok jugalah.. Kalau baju sekolah selalunya Sha rendam semalaman dan esoknya terus masuk dalam mesin basuh untuk dibasuh.. Kalau telekung yang ada kesan tahi lalat pula Sha rendam dengan air panas.. Sha buat dua kalilah..

Owh ya, walaupun rendam dua ke tiga hari bau wangi masih tetap sama.. Sabun ini tak mengeluarkan bau busuk kalau kita terendam lama.. Itu part yang paling Sha suka.. Sabun ini ada dua bau, satu bau cempaka dan satu lagi bau rose.. Sha suka bau cempaka ini.. Bau dia memang wangi.. Sha dah dua kali beli.. Untuk berat 850g ini harganya RM20 sekali dengan caj penghantaran.. Ada juga berat 1.5kg (RM27.00).. Sha jumpa sabun ini pun melalui perkongsian Blogger Ben Ashaari.. Tapi yang Blogger Ben share ini packaging lain tapi sabun yang sama.. Beliau yang bagi contact ejen berdekatan dengan tempat Sha.. itu yang sabun ini COD je.. Kalau nak cuba boleh klik SINI untuk lebih maklumat.. Atau mesej no ini 0189132844.. Nanti dia akan bagi no ejen yang terdekat dengan anda..




China | Die Now (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang ohsem.. Permulaan je dah mengujakan.. Bayangkan, kawan yang kita kenal hilang dan tak wujud langsung dalam memori oran lain melainkan kita.. Kemudian kita dibawa kepada penemuan misteri yang membuka laluan ke dalam permainan.. Drama ini ada 20 episod dan setiap episod hanya 36 minit je.. Cuma penamatnya agak tak bestlah..

Memang menarik sangat bila tengok watak utama berusaha memenangi setiap permainan yang tersedia dengan bantuan GM (game manager).. Masa tengok cerita ini memang rasa ohsem okay.. Point yang peserta menang boleh digunakan sebagai duit.. Dia ada 3 dunia.. Dunia permainan, dunia separuh benar dan dunia sebenar.. Xia Chi kena bermain untuk mencari kekasih hatinya iaitu Qíng Zhi.. Kemudian bila kawan baik Xia Chi bermain iaitu Meng Xin, beliau terjumpa dengan penemuan yang mengejutkan.. Rupa-rupanya permainan Die Now bukanlah permaianan biasa sebaliknya permainan yang sangat bahaya.. Nak tahu apa yang Meng Xin jumpa?? Kenalah tengok..

Die Now (2017) | CH Drama | 20 episodes | Aired: Dec 6, 2017 - Jan 9, 2018 | Genres: Suspense, Sci-Fi, Adapted From A Manhua |
Sinopsis : Die Now tells the story about a college student who becomes involved in a mysterious hunting game while trying to find his missing girlfriend.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com