Wednesday, August 24, 2022

Coretan 24 Ogos 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha cuti.. Hehehe.. Cuti sebab anak dara Sha yang besar tu ada peperiksaan percubaan untuk sekolah agama.. Lepas tu sajalah nak rehat-rehat kat rumah.. Kikiki.. Bila cuti ni dapat jumpa rakan sekerja di tempat lama.. Saja singgah bertanya khabar dan berbual kosong.. Berbelas tahun disini.. Ukhwah yang terjalin atas bermacam dugaan.. 

Kaunter tempat bertugas satu masa dahulu..

Dapat gula-gula pula.. TQ Lady Dee..

Petangnya lepas hantar anak-anak dara ke sekolah agama, kita singgah beli soya gula merah buat hilangkan dahaga..

Subway: Curry Sekali Beef

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuba menu baru dari Subway.. Hari ini cuti, jadinya 'me time' lah.. hehehe.. Walaupun tak berapa nak yakin tapi sebab nak cuba, kita beli juga.. Sha suruh adik tu suggest sos.. Adikt subway tu cakap kalau yang kari ini elok bubuh sos kari dengan mayonis je supaya rasa dia ngam.. Kalau campur sos, rasa dia akan jadi pelik.. Sha pun ikutlah cadangan adik tu..

Memang terbaiklah.. Bau kari yang ohsem.. Pilihan Sha dah tentulah daging.. Dia pakai daging cincang bukan sekeping.. Tapi okay je.. Janji daging.. Rasa kari nya ngam ngam je.. Tapi lepas makan tu memang ada rasa kari yang tertinggal di lidah.. Jadinya kalau tak suka rasa kari macam ini, Sha tak galakkan untuk cuba.. Harga dia RM14 lebih kalau tak silap.. Sha beli ala carte..

Meriah dengan sayur dan sos.. Memang syok..

Kertas pembungkusan sempena sambutan Hari Merdeka 2022.. Cantikkan..

Kerana iklan ini berlegar-legar di FB lah yang buat Sha tergoda untuk mencuba.. hehehe..

Wordless Wednesday 2022


Tuesday, August 23, 2022

Animasi Jepun | Tekken: Bloodline (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Ohsem gila animasi ni.. Babak berlawan dia emmang gempaklah.. Sha tak adalah ikut sangat siri Tekken ini tapi cam best pula layan animasi dia ini.. Perkembangan Jin Kazama dari seorang budak yang kehilangan mak kepada pahlawan Jin memang gempak.. 

Suka tengok perubahan dan kematangan berfikir dia.. Walaupun dah berjaya menjadi no 1 dan menggunakan gene devil, Jin tetap ingat pesanan mak dia.. Jin bukan ayah dia yang hanyut dengan gene devil dan berubah menjadi jahat..

Tekken: Bloodline
2022
 Genres : Action & Adventure, Sci-Fi & Fantasy, Animation
‣ First aired : 2022-08-18
‣ Seasons : 1
‣ Production Company : Bandai Namco Entertainment
Jin Kazama learned the family self-defense arts, Kazama-Style Traditional Martial Arts, from his mother at an early age. Even so, he was powerless when a monstrous evil suddenly appeared, destroying everything dear to him, changing his life forever. Angry at himself for being unable to stop it, Jin vowed revenge and sought absolute power to exact it. His quest will lead to the ultimate battle on a global stage — The King of Iron Fist Tournament.

Hershey's Cocoa Creations: Salted Caramel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semerbak bau caramel, bila koyak plastik dia.. Memang bestlah makannya.. hehehe.. Rasa caramel tu tak adalah kuat, sedang elok je.. Memang syok kunyah sebab rasa coklat gelap dan karamel tu ngam gila.. Ini antara flavour yang ditawarkan dari seleksi cocoa selection.. Ada satu je lagi Sha tak jumpa.. Sha dan coklat memang kawan baik.. hehehe

Hershey's Cocoa Creations Salted Caramel Flavour Chocolate Bar (40g)
RM4.20

Ketulan biskut..

Monday, August 22, 2022

Filem Jepun | Fullmetal Alchemist: Revenge Scar (2022)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pertama ditayangkan pada 2017 bertajuk Fullmetal Alchemist.. Tahun 2022 baru keluar filem yang ini.. Lama gila nak tengok sambungan dia.. hehehe..

Filem yang hebat.. Kali imi Al dan Alphonse kena berdepan dengan Scar yang membunuh State Alchemist.. Bila Al dalam kesesusahan, Homunculi Envy muncul menyelamatkan mereka.. Kemunculan Envy dan Glutton memang mengejutkan.. Rupanya ada yang tak kena dengan pasukan tentera.. Rahsia peperangan yang berlaku lama dahulu mula muncul.. Menarik tapi tu lah.. Bersambung lah pula.. Kena tunggu lagilah nampaknya..

Movie: Fullmetal Alchemist: Revenge Scar
Country: Japan
Release Date: May 20, 2022
Duration: 2 hr. 5 min.
When a mysterious figure starts to target State Alchemists for their sins against God, Alchemist Edward Elric and his brother Alphonse are at their most vulnerable, meanwhile the homunculi begin to unveil themselves once again.
(Source: IMDb)

~ Adapted from the manga "Fullmetal Alchemist" (鋼の錬金術師) by Arakawa Hiromu (荒川弘). ~

ebook | Cakar Ayam Seorang Doktor oleh Fahd Razy, Sharif Ahmad, Onn Azli, Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul, Ahm Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Catatan serta pengalaman para doktor dari sisi kehidupan dan kerjaya mereka.. Memang menarik tambahan pula buku ini turut menyentuh betapa ramainya pesakit yang lebih mempercayai perubatan entah apa-apa tanpa pengesahan klinikal berbanding apa yang doktor nertauliah katakan.. Ragam dan keletah pesakit turut mengusik hati Sha sebagai pembaca.. Memang ada rasa yang menarik seperti kelakar dan juga geram.. Ada beberapa perkongsian yang membuka mata Sha juga..

Selain itu, buku ini ada tip kesihatan dan Klinik Mini..

Sha baca dan selesai pada 22.08.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 29th 2016 by Penerbitan Kata Pilar / KataPilar Books

Animasi Jepun | Dance with Devils (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. syok sebab pertama kali tengok animasi muzikal macam ini.. Ceritanya berselang-seli dengan muzik.. Kisah pasal Ritsuka yang tersedar rupanya disekeliling dia ada demon dan vampire yang tengah berperang.. Ritsuka merupakan kunci untuk mereka menemukan artifak penting yang telah lama hilang.. 

Sesekali layan anime macam ini, syok juga.. hehehe.. Boleh pula sambil lawan sambil menyanyi.. Cerita serius pun boleh jadi kelakar.. Hahaha.. Tapi memang syoklah..

Dance with Devils
2015 ‧ Musical ‧ 1 season
A devilish tale of high school seduction. Ritsuka discovers some of her male classmates are demons.

Sunday, August 21, 2022

Minuman | Munif Hijjaz: Squeezy Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa air ini dekat Pasaraya Segi.. Beli satu sebab Sha memang suka limau.. Okaylah.. Tak masam sangat.. Rasa limau dia lembut je.. Orang yang tak suka masam, mesti akan suka air ini.. Tak manis, tak masam.. Sedang elok je.. Minum waktu sejuk, memang ngam.. Cuma tu lah.. Lupa harganya.. Beli dah lama, lepastu lupa.. kikiki..


ebook | Dr Isaac Luth oleh Afiadz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Aina yang menjadi doktor pelatih di Sabah.. Menghadapi kesukaran disebabkan Doktor Isaac Luth dan dalam masa yang sama patah hati bila keksaih hatinya memutuskan hubungan.. Bukan mudah melalui patah hati dengan bebanan tugas yang memerlukan fokus.. Disaat hati berantakan, Aina kembali pada yang Esa dan hubungannya dengan Dr. Isaac juga semakin baik.. Bila dah jodoh pasti tak ke mana..

Sha baca dan selesai pada 20.08.2022..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2021 by Afiadz

Drama US | The Sandman (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini ditayangkan di Netflix, jadinya tolong jangan bagi anak-anak tengok.. Tak sesuai.. Sangat tak sesuai..

Menarik betul drama nie.. Seriouslly menarik kalau buang bahagian-bahagian yang tak patut.. Walaupun drama tapi rasa macam tengok filem.. Ohsem gila.. Drama yang bergerak laju dan ada 10 episod dengan 2 episod istimewa.. Sha suka gila dengan watak Sandman sebab gelap.. Hahaha.. Tapi tu lah.. Terlalu berusaha meletakkan watak-watak yang tak sepatutnya.. Sedangkan jalan cerita dia memang kukuh gila tanpa perkara yang tak sepatutnya..

Sandman dengan Death, dua watak ini memang best..

The Sandman
2022 ‧ Drama ‧ 1 season
When the Sandman, aka Dream, the cosmic being who controls all dreams, is captured and held prisoner for more than a century, he must journey across different worlds and timelines to fix the chaos his absence has caused.


Saturday, August 20, 2022

ebook | SUCI oleh Hadi M. Nor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penceritaan novel ini merupakan keadaan selepas dunia musnah dan hancur.. Manusia yang terjangkit dipanggil Makhluk.. Menyerang manusia lain dan menyebabkan mereka berubah emnjadi makhluk.. Manusia hidup berkumpulan mengikut ajaran dan pegangan yang berbeza..

Adan,Im, Erina dan Syikin merupakan 4 pahlawan yang telah terpilih untuk berkawal di luar perkampungan mereka yang mengikuti Kuasa Suci Alam.. Semasa bertugas, mereka berjumpa beberapa perkara dan kemudiannya diserang oleh kumpulan Orangmata.. Adan dan Im terselamat manakala Erina dibawa lari.. Pengembaraan diteruskan oleh Adan dan Im namun kemudiannya Im mati.. Adan duduk setempat setelah ditinggalkan berseorangan.. Kemudiannya dijumpai oleh Kartini, Koi, Maia dan Jaki.. Mereka menggembara bersama sehinggalah sampai ke tempat Tuan Idris.. Disini Tuan Idris sedang membina kapal dan tak menggalakakkan peperenagan dan pembunuhan.. 

Peperangan antara kumpulan Tuan Idris dan Orangmata tetap berlaku namun kerana kecekapan orang kanan Tuan Idris, mereka berjaya mengalahkan Orangmata yang datang menyerang..

Sha baca dan selesai pada 19.08.2022..
Paksa baca sampai habis walaupun terseksa.. hahaha..


Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 25th 2022
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com